Memberi pendidikan kepada anak-anak bukan sekadar pendedahan kepada pembelajaran dan cara hidup yang positif. Ia juga hal aurat dan adab ketika anak mandi. Memang nampak, biasa-biasa aje tetapi ia memberi kesan mendalam kepada perkembangan anak itu.

Tidak dinafikan memberi didikan kepada anak suatu cabaran kepada ibu bapa. Seperti kata pepatah, “it takes a whole village to raise a child” yang bermaksud yang bermakna memerlukan seluruh kampung untuk membesarkan seorang anak. Nyata membesarkan bukan tugasan yang mudah.

Jadi, bagaimana untuk mendedahkan anak-anak mengikut cara Islam. Jadi apakah sepatutnya yang ibu-bapa lakukan? Mengambil panduan daripada perkongsian oleh Muhammad Hassan , mari kita lihat tips dan panduan mendidik anak, termasuk memukul anak mengikut cara Islam.

Didik Anak Aurat Dan Adab Dalam Bilik Mandi. Lelaki Ini Beri Peringatan Supaya Jangan Anggap Remeh Hal Ini.

Didik anak anak kita dari kecil supaya jaga tutur kata,jaga aurat,tidak mandi bersama dalam bilik air berbogel bersama sepupu mereka.

Secara peribadi saya tak galakkan anak saya 4 tahun tidur,mandi bersama sepupu mereka. Didikan perlu dari awal supaya mereka faham batas pergaulan walaupun bukan dalam bentuk perintah arahan dari kita.

Tidak perliklah zaman dulu apabila menjelang hari raya tidak berasa kekok untuk bersalaman dengan sepupu bahkan mendedahkan aurat. Sedangkan dalam islam taraf sepupu adalah bukan mahram kita.

IKLAN

Baik. Pasti ada yang bertanya. Kan mereka itu belum akil baligh. Ya benar,mereka bukan akil baligh. Tapi bukan bermakna kita boleh biarkan mereka bergaul sehingga menyentuh kemaluan antara satu sama lain. Dan usia kanak kanak ini kita perlu tekankan kepada mereka bahagia mana yang tidak boleh ditunjuk,tidak boleh disentuh dan tidak boleh selalu melihat.

Didik Anak Aurat Dan Adab Dalam Bilik Mandi. Lelaki Ini Beri Peringatan Supaya Jangan Anggap Remeh Hal Ini.

Biasa sangat kita tengok kanak kanak bergurau ketika mandi mereka akan sentuh kemaluan antara satu sama lain. Sebenarnya dari situlah mereka akan belajar untuk explore lebih jauh untuk menyentuh badan orang lain sehingga mereka ingat apa yang mereka buat setelah dewasa.

Sebab itu kita pernah dengar. Alah jangan malulah dengan aku,zaman kanak kanak kau pun mandi bogel dengan aku,pegang zakar aku.
Nampak tak kesan dia. Kita fikir kita akan lupa apa yang yang berlaku zaman kanak kanak. Tetapi memori otak kita ini boleh imbau kembali apa yang berlaku.

IKLAN

Dan kita perlu ingat. Akil baligh berlaku lebih cepat terhadap remaja sekarang. Akil baligh bermakna kematangan seks itu sedang berlaku. Rembesan hormon gonadotrfin(GnRH) untuk meransang kelenjar pituitary untuk merembeskan hormon Estrogen bagi perempuan dan testosterone bagi lelaki.

Perubahan hormon ini sebenarnya memberi kesan besar kepada bentuk badan,pemikiran dan tingkah laku mereka. Sebab itu kita pernah dengar kanak kanak berusia 13 tahun hamil dan 15 tahun sudah berbelas kali melakukan hubungan seks bebas.

Puncanya didikan awal kanak kanak itu tidak didedahkan kepada mereka. Sehinggakan mereka tidak tahu perubahan yang berlaku kepada badan mereka sendiri. Saya ingin tekankan disini kepada ibu bapa. Ajar anak anak kecil kita mulai hari ini. Zakar,faraj atau kemaluan mereka adalah tempah yang langsung tidak boleh disentuh, dipegang oleh sesiapa pun hatta adik beradik mereka sendiri.

IKLAN

Ajar kepada mereka untuk sentiasa tutup bahagiab tersebut. Dengan erti kata lain jangan ajar mereka bebogel. Sebolehnya didik mereka dari kecil pakai pampers atau seluar terus dari dalam bilik air setelah mandi atau buang air. Tindakan begini sebenarnya ingin kita wujudkan sifat malu dalam diri mereka.

Anak saya sendiri. Saya tidak ajar dia berbogel walapun selepas mandi. Dalam bilik air lagi terus pakaikan seluar atau tutup dengan tuala.

Kesannya bila umi dia pakaikan seluar untuk dia dalam bilik. Terus dia cakap. Abi jangan tengok,saya malulah. Sambil dia tutup bahagian kemaluan.

Dan kita mak ayah perlu tunjuk tauladan yang betul kepada anak anak. Ini mak ayah sendiri mandi bogel bersama anak. Berseluar dalam di dalam rumah tanpa rasa malu kepada anak anak. Ini sebenarnya kita tunjuk tauladan yang tidak baik kepada mereka.

Paling saya terkejut pernah tengok satu video kanak kanak yang dirakam oleh seseorang sedang bercerita aksi hubungan intim mak ayah sendiri. Jadi mak ayah tolong. Setiap perlakuan kita sedang ditonton oleh anak anak,didik anak dengan tauladan yang baik. Ajar mereka adab adab berpakaian dan pergaulan dengan rakan rakan lain terutama sepupu mereka.

Moga bermanfaat.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI