Anak adalah anugerah yang amat bernilai buat ibu bapa. Untuk mendidik anak bukan suatu yang mudah tambahan pula anak lelaki dan perempuan mempunyai emosi yang berbeza.
Begitulah yang dilalui oleh saudara Abu Hurairah Asifa yang dikurnikan empat orang anak perempuan kesemuanya.
Beliau mengakui mendidik anak perempuan banyak cabarannya. Malah banyak mengorbankan perasaan egonya sebagai ayan untuk mendidik anak dengan penuh kasih sayang.
________________________________________
Bergaduh dengan anak perempuan sendiri, Lebih pahit dan sakit dari isteri. Nak marah anak akan lebih sakit hati. Nak pukul hilang pula rasa kasih ini. Nak diam nanti sakit akan lebih rasa lagi.
Masa makan dimeja dua-dua diam seribu bahasa. Semasa dalam kereta dua-dua membatu sahaja. Biasanya sebelum tidur akan salam dan bermaafan, namun masing-masing terus melelapkan mata.
Kadang, sebagai ayah saya banyak kalah dari menang dengan perasaan ini. Apalagi bila anak perempuan semakin membesar, lagi lah saya buntu mahu menjadi kesayangannya yang macamana.
Ya. Anak perempuan semuanya rapat dengan saya terutama anak sulung ni. Apa saja yang ada padanya, adalah salinan penuh dari ayahnya.
Buruk dia, itulah saya. Baik dia, itu jugalah yang dia dapat dari saya.
Akhirnya, saya faham sebagai ayah, sayalah yang perlu mengorbankan perasaan.
Saya lah yang kena turunkan ego meletakkan segala kesalahannya di tepian. Saya lah yang perlu menunjuk kasih untuk dirinya rasa disayang.
Ads
Akhirnya, dalam gaduh, anak perempuan tahu bahawa sekalipun teruk dimarahi, tidak ada lelaki yang mampu menyayangi dan memberi seperti ayahnya ini.
Ayahnya garang, tapi diwaktu gelisah ayahnya adalah tempat penenang. Ayahnya tegas, namun dikasih ayahnya ada cinta yang amat luas.
Anak perempuan, adalah bayangan kasih dan cinta yang tak pernah bertepi buat siapapun yang bergelar abah, papa, baba, ayah dan Abi. Kesayangan ayah, kamu semua anak-anak perempuan.
Anak sulung, ifa dia tak pandai nak bercakap dan meminta maaf dengan saya. Begitu juga saya. Masih belajar bagaimana nak bercakap dengannya.
SURAT DARIPADA ANAK
Surat dibawah, cukup membuatkan saya sebak.
Ads
“Kalau ayah saya dah pergi, saya tak nak ayah lain sebab takkan sama macam ayah saya sekarang”
Usah diabaikan anak sulung. Merekalah yang mengajar kita bagaimana menjadi ibu bapa kerana mereka yang pertama.
Kasih sayang kita pada mereka dulu sepenuh hati dan tiada lain. Kini setelah mempunyai anak lain, kasih anak sulung terpinggir.
Begitulah perkongsian saudara Mohd Fhais tentang anak sulung dan anak bongsu. Kena ada seimbang kasih sayang.
Anak sulung dan adik bongsu
Patut la ramai anak sulung ni jadi keras kepala dan susah dengar nasihat mak ayah. Rupanya mereka tak dapat rasa di sayangi dan di hargai.
Anak sulung selalu jadi mangsa keadaan..
Adik yang menangis tapi yang kena sound jangan bising mesti anak sulung. Kesian..
Adik nak susu dalam masa satu saat kita dah berlari buat tapi bila anak sulung minta macam-macam alasan kita bagi. Anak tu boleh terasa tau!
Adik yang main bersepah sepah, tapi si kakak atau abang pula yang kita suruh kemas. Konon nak ajar anak mengemas. Rasa tak adil..
Adik buat apa pun kita mudah ketawa walaupun dia buat perangai tapi anak sulung berlari balik sekolah datang kat kita tunjuk yang dia berjaya dapat bintang dalam kerja sekolah kita cakap “hmm, ok, bagus la”, macam tu je respon kita?
Memang patut la anak sulung selalu rasa cemburu dan dengki dengan adik beradik.
Dalam hati anak sulung ni mesti cakap adik perampas, adik dah kebas kasih sayang mak ayah dia.
Bagi anak sulung ni dapat adik dia punya trauma sama macam poligami. Sengsara ya amat bila terpaksa berkongsi kasih sayang.
Anak buat perangai bukan sebab dia dah jadi jahat tapi sebenarnya dia dah hilang trust dengan kita sebab kita terlalu lebihkan si adik.
Jadi sebelum kita nak hukum atau terlalu berkeras dengan anak sulung ingat la bahawa dia pun anak kita dan dia puan layak dapat kasih sayang kita.
Malah lebih layak di kasihi daripada adik beradik lain sebab dia yang sulung…
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Anak sulung kena sayang adik adik
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian daripada seorang ibu ini tentang apa sebenarnya yang diharapkan dan diimpikan oleh anak perempuan daripada lelaki bergelar ayah. Ini penting agar hati anak perempuan tidak terasa kosong malah diisi dengan penuh rasa kasih dan sayang daripada seorang lelaki bergelar ayah.
Oleh itu, ikuti perkongsian penuh daripada Puan Nurul Ilyani yang dipetik daripada siri ceramah Ustaz Nouman Ali Khan. Jom semak.
Jangan biarkan lelaki asing mengetuk pintu hati anak gadis kita sebelum tiba masanya..
Saya membuka siri ceramah beliau. Dalam bahasa Inggeris. Saya suka. Saya suka. Ustaz Nouman Ali Khan, pendakwah yang sangat saya senangi. Antara intipati kali ini:
Tahukah anda apakah self-esteem yang paling penting bagi anak gadis kita?
Bukan rasa dia pandai. Bukan rasa dia hebat.
Tapi diterima, dipuji, dikagumi oleh bapanya sendiri.
Perasaaan self-esteem tinggi apabila dikagumi oleh ayahnya sendiri bakal menyahkan lelaki-lelaki ajnabi yang cuba menggoda anak gadis kita.
Awak cantik pakai tudung. Awak sangat menarik bila membantu ibu. Hubby
Ayat-ayat di atas, jangan sampai keluar dari mulut lelaki ajnabi. Tapi biar keluar dari mulut ayahnya sendiri.
Pernahkah ayah-ayah memuji anak gadis begini? Jika belum, lakukan sekarang.
Bilakah kali terakhir ayah-ayah memuji anak gadis begini? Jika sudah lama mulakan semula.
Dengan ini self-esteemnya naik dan dia tidak ‘lapar’kan pujian lelaki lain yang boleh menjerumus dia ke kancah maksiat dan kebinasaan.
Ayah, Anak perempuan mahu didengari. Anak perempuan mulutnya becok dan banyak cakap biasanya. Kadang-kadang cerita pasal kawan yang dia bergaduh. Kadang-kadang cerita tentang permainan patungnya.
Ayah fokus. Jangan buat tidak tahu. Jangan terus masuk bilik. Tidur.
Baik anak lelaki mahupun perempuan semuanya perlu dilayan sama rata. Jika anak perempuan diajar mengemas rumah, anak lelaki perlu diajar lebih lagi supaya terbiasa dengan tanggungjawab ini.
Bukan dibiarkan layan macam raja. Ini yang mak ayah perlu tahu dan cuba didik pada anak-anak lelaki. Biar mereka tahu tanggungjawab mereka kelak.
Ikuti perkongsian dari Dr Redza Zainol mengenai cara mendidik anak lelaki yang sebaiknya. Biar anak lelaki kita jadi manusia yang bertanggungjawab.
Semakin lama saya tengok budak ni, makin menjadi-jadi perangai dia. Buku jatuh atas lantai, dia minta mak kutip. Selipar tercabut minta mak kutip dan pakaikan balik pada kaki dia. Ewah ewah.
Sekali anak ni minta nak minum, mak dia keluarkan botol susu dari beg. “Dah darjah 1, minum pakai botol lagi ke?” Maknya cuma tersengih.
“Dia tak nak pakai cawan. Kalau paksa sangat, nanti sampai bergaduh.”
Selidik punya selidik, rupanya mak ni dah serupa bibik di rumah. Semua kerja rumah, dia yang buat. Apa anak nak, dia ikutkan semuanya. Saya pun cakap jangan manjakan sangat anak lelaki ni.
Anak usia bawah 2 tahun memang kita jaga macam anak raja. Tapi bila dah masuk umur 2 tahun, kita dah boleh mula latih anak sama-sama buat kerja rumah (house chores).
Boleh guna teknik single step command (satu arahan):
✅ Contoh: Tolong ambilkan tuala mandi.
Atau guna teknik 2 steps command (2 arahan dalam 1 ayat):
✅ Contoh: Tolong ambil pampers ni dan buang ke dalam bakul / tong sampah.
Dua-dua teknik ni sesuai untuk kanak-kanak usia 2 tahun. Senang je kan.
Bila anak tak dilatih:
❌ Dia tak ada rasa bertanggungjawab.
❌ Dia tak pandai urus masa.
❌ Keyakinan diri jadi rendah.
❌ Kurang pandai jaga kebersihan.
Anak usia 2-3 tahun ni:
✔️ Kena belajar kemas mainan sendiri.
✔️ Biar dia belajar lap meja dan lantai.
✔️ Biar dia biasa letak baju kotor dalam bakul.
✔️ Letak pinggan dan cawan plastik dalam sinki lepas makan.
✔️ Galakkan dia angkat barang yang ringan.
Lepas mereka buat, kita ucapkan terima kasih, bagi pelukan dan puji pencapaian dia tau.
Barulah anak lelaki tahu, kerja-kerja rumah ni bukan kerja wanita semata ya. Kita nak anak lelaki kita jadi pemimpin hebat untuk keluarga mereka kelak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di