Wanita bernama Syazwani Mohd Rosli ini merupakan anak kelahiran Sungai Petani, Kedah. Disahkan invasive breast carcinoma/breast cancer stage 2 pada lima tahun lalu.

Disahkan Kanser Sejak Usia 24 Tahun, Wanita Ni Kekal Positif & Kini Bertemu Jodoh!

Di sini dikongsikan kisah perjalanan hidupnya dalam melawan kanser semoga kisah ini turut dapat menyuntik semangat buat pejuang kanser yang lainnya.

TANDA-TANDA AWAL

Saya sedar sejak Mac 2014, dan mulanya saya sangkakan hanyalah pembengkakan kelenjar yang berkemungkinan disebabkan perubahan hormon, namun ketulan menjadi keras dan statik sehingga Julai 2014 namun tidak sakit.

Keadaan berlarutan dan tiada sebarang perubahan,akhirnya mengambil keputusan untuk rujuk ke klinik kesihatan terdekat seterusnya dipanjangkan ke Jabatan Pembedahan Hospital Putarajaya pada November 2014.

Sepanjang tempoh beberapa bulan sebelum rujuk ke hospital, mengalami demam pada sebelah malam hampir setiap minggu dan keletihan yang tidak masuk akal sedangkan hanya bertugas di pejabat sahaja tanpa tugasan berat.

Selama tempoh follow up, perlu menjalani pelbagai procedure bermula dengan biopsy pada ketulan untuk diuji di makmal dan keputusan biopsy menyatakan berkemungkinan kanser.

Kemudian, menerusi procedure ultrasound biopsy dan MRI Breast, setelah hampir 2 bulan akhirnya doktor mengesahkan saya positif invasive breast carcinoma @ kanser payudara stage 2 pada 4/2/2015.

DATANG BERSEORANGAN

Ketika hadir untuk mengetahui keputusan,saya hanya hadir berseorangan tanpa ditemani rakan apatah lagi keluarga kerana tuntutan tugas di Putrajaya (ketika itu bertugas di sana)

Disahkan Kanser Sejak Usia 24 Tahun, Wanita Ni Kekal Positif & Kini Bertemu Jodoh!

IKLAN

Perasaan ketika menerima perkhabaran ini ialah clueless dan blur, seakan tidak percaya saya positif dengan semua ujian klinikal yang telah dilakukan.

Rasa remuk dan kecewanya hati saat itu hanya tuhan saja yang tahu, namun air mata tidak lagi mampu menzahirkan kesedihan ketika itu kerana terlalu terkejut. Apatah lagi tidak pernah sejarah dalam keluarga yang pernah menghidapi mana-mana sakit kronik seperti ini.

SUKAR TERIMA KENYATAAN

Paling menyukarkan saya untuk menerima kenyataan adalah apabila doktor terpaksa membuat keputusan untuk membuang keseluruhan payudara sebelah kiri tanpa perlu melalui proses reconstruction (pembinaan semula payudara menerusi pembedahan plastik) kerana pelbagai rawatan susulan telah dirangkakan untuk saya selepas pembedahan dijalankan.

Terasa gelap masa depan kerana memikirkan status diri yang masih itu belum berkahwin dan tidak percaya perkara sebegini akan menimpa diri saya seawal usia 24 tahun.

Saya akur kepada pasukan perubatan untuk melakukan pembedahan Mastectomy (pembuangan sebelah anggota payudara) di Hospital Putrajaya 29/4/2015 untuk mengelakkan sel kanser merebak ke bahagian yang lain.

Selesai pembedahan, sesi kimoterapi diteruskan sebanyak 6 sesi (dose FEC) dan disusuli radioterapi sebanyak 23 kali sebelum diteruskan dengan hormon terapi sehingga kini.

IKLAN

Pihak keluarga terutamanya ibu dan ayah tetap berada disisi serta sabar dengan segala kerenah saya sepanjang sesi rawatan yang dijadualkan.

TERUSKAN RAWATAN

Alhamdulillah berkata doa dari mereka dan sokongan rakan-rakan, keadaan bertambah pulih hingga kini.

Saya masih terikat dengan rawatan susulan iaitu hormon terapi (Tamoxifien intake) dan rutin flushing 3 bulan sekali namun ianya hanya bekalan ubatan yang dibekalkan secara bulanan dan perlu diambil secara konsisten setiap hari selama 5 tahun.

AKTIF MENDAKI

Saya tidaklah seaktif yang orang lain sangka, namun saya cuba menyeimbangkan tuntutan kerjaya dan juga kesihatan.

Disahkan Kanser Sejak Usia 24 Tahun, Wanita Ni Kekal Positif & Kini Bertemu Jodoh!

IKLAN

Justeru saya pilih sukan mendaki ini sebagai terapi untuk saya pulih dan melawan penyakit ini. Saya pernah terbaca satu jurnal yang mengulas kebaikan sukan mendaki kepada pesakit kanser,sebagai salah satu alternatif untuk memulihkan kembali badan (regenerative cells) setelah mengalami kesan kimoterapi yang teruk, lalu saya mencuba sebagai satu terapi untuk sembuh.

Disahkan Kanser Sejak Usia 24 Tahun, Wanita Ni Kekal Positif & Kini Bertemu Jodoh!

Alhamdulillah,sedikit sebanyak melalui terapi ini ia membantu memulihkan kesihatan saya melalui kaedah pernafasan, nature theraphy dan sebagai salah satu latihan kardio.

Kelihatan aktiviti hiking ini sesuatu yang berat,namun saya tidak terlalu memaksa diri dan mencuba sekadar kemampuan diri sahaja.

Sepatutnya tahun 2020 saya ada planning nak hiking ke Annapurna Base Camp Nepal. Namun terpaksa dibatalkan akibat Covid-19.

Disahkan Kanser Sejak Usia 24 Tahun, Wanita Ni Kekal Positif & Kini Bertemu Jodoh!

Pun begitu, perancangan Allah itu begitu indah. Alhamdulillah, Allah ganti ianya dengan hadirnya seorang lelaki bergelar suami. Saya berkahwin pada tanggal 4.7.2020 di musim PKP, syukur.

Sumber : Syazwani Mohd Rosli

Jangan lupa saksikan Power Talk 18 Nov ini di fb Mingguan Wanita.

Disahkan Kanser Sejak Usia 24 Tahun, Wanita Ni Kekal Positif & Kini Bertemu Jodoh!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI