Baru-baru ini kecoh di media sosial satu insiden yang melanda Nur Athirah apabila menjadi mangsa kecurian motosikal Yamaha 135LC miliknya. Dia yang kehilangan motosikal tersebut ketika sedang melakukan kerja penghantaran makanan di Batu Caves, Selangor.
Insiden tersebut bukan sahaja mendapat perhatian ramai, bahkan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman turut berkenan menyampaikan sumbangan peribadi iaitu sebuah motosikal kepada Nur Athirah Abdul Latiff.
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram Selangor Royal Official, baginda menzahirkan rasa sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular di media sosial mengenai nasib malang gadis berusia 23 tahun itu.
Ads
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.
Nur Athirah yang merupakan anak kedua dari tiga beradik tinggal bersama ibunya di Batu Caves kini bertindak selaku penyara keluarga dengan melakukan kerja penghantaran makanan sepenuh masa.
Ads
DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berharap dengan sumbangan ini Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga.
Titah Baginda lagi, di waktu kita semua sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini, Baginda amat berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat perikemanusiaan dan bertimbang rasa di antara satu sama lain.
Ads
Baginda turut mendoakan agar sekalian rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T.
Memang perit untuk menerima kenyataan orang yang kita sayangi pergi buat selama-lamanya. Lebih-lebih lagi banyak kenangan bersama yang sehingga kini tersimpan di lipatan hati. Justeru, pelbagai cara dilakukan bagi melepaskan rasa rindu di hati. Antaranya termasuklah menziarahi kubur yang tersayang.
Cinta agung seorang suami. Demikian yang boleh diungkapkan pada lelaki yang tidak jemu menziarahi kubur isterinya. Hampir setiap hari dia berbuat demikian dengan tujuan untuk melepaskan rasa rindu di hati.
Perkongsian itu telah dimuat naik sendiri oleh anaknya yang dikenali sebagai Atam Ayue menerusi laman facebooknya baru-baru ini.
Bukti kasih sayang, bukti cinta dia
Menurutnya, bapanya sering membawa anak angkatnya iaitu budak-budak tahfiz untuk menemaninya membersihkan kubur arwah isteri tercinta.
Menerusi posting tersebut, Atam Ayue juga mendoakan agar bapanya dirahmati oleh Allah S.W.T dan sentiasa berada dibawah lindungan-Nya.
Entri tersebut ternyata mendapat perhatian ramai hingga meraih lebih 500 tanda suka dan 129 perkongsian oleh pelayar Facebook.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain mendoakan yang baik -baik buat bapanya.
Wang ringgit, kedudukan, pangkat, harta, zuriat, rumah dan sebagainya bukanlah kayu pengukur sebuah kebahagiaan.
Bahagia itu tidak dilihat pada kebendaan semata-mata, bahkan tiada gunanya harta menggunung sekiranya hati tidak tenang dan bahagia.
Kebahagiaan itu sebenarnya terletak pada diri sendiri dan hati kerana hanya diri yang dapat menentukan hala tuju kehidupan sama untuk mengecapi kebahagiaan atau kemewahan.
Berkongsi tentang bahagia orang yang berbeza-beza, Ustaza Noor Laila Aniza berkongsi penulisannya di media sosial untuk kita renung-renungkan bersama.
Bahagia Orang Berbeza-beza
Ada orang rasa bahagia boleh bagi makan dekat kucing-kucing tepi jalan. Tak cukup dengan tu, kucing-kucing yang sakit dirawatnya dan dijaga penuh kasih sayang.
Ada orang bahagia bila siap masak pada suami atau anak-anak je hidang cantik pastu tangkap gambar untuk kenangan. Satu kepuasan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata.
Ada orang bahagia saat boleh bagi makan dekat anak-anak yatim, rasa puas boleh lihat anak-anak syurga gembira. Kasih dan sayang tu tak semua orang boleh merasa.
Ada orang bahagia dapat belikan anak-anak pakaian baru, walaupun hanya beli di pasar malam. Rasa nak membahagiakan orang tersayang tu terlalu kuat. Dapat gaji terus belanja anak tanpa fikir keperluan diri yg lama tak berganti. Nikmatnya tengok anak tersenyum bahagia.
Ada orang bahagia setiap hari bersedekah, walaupun sedikit tangannya laju memberi. Bahagia melihat orang yang susah dapat merasa dan memiliki. Tanda syukur dengan rezeki yang Allah bagi.
Ada orang bahagia dapat solat berjemaah dan mengaji Quran setiap hari, diperbaiki solatnya & bacaan. Tak kira usia atau waktu lapangnya. Dikejarnya akhirat seperti esoknya dia mahu pulang ke negeri abadi.
Ada orang bahagia setiap langkah dipenuhi doa dan zikir. Selalu berzikir mengingati Allah. Halang diri bercakap benda-benda tak baik, bercakap keburukan orang atau pun nak mencari salah orang jauh sekali. Bahagianya bila lidah tak terpisah dengan zikir.
Tak kira siapa pun kita, kaya ke miskin, apa pun pangkat kita, kita tetap manusia biasa dan sentiasa perlu perbaiki diri.
Setiap orang akan melalui saat sukar, saat diuji dengan ujian kecil dan berat, tapi Allah maha baik. DigantiNya dengan perkara yang baik-baik tanpa kita sedar.
Laluilah hidup dengan tenang, bahagiakan diri sendiri dan orang sekeliling, maafkan semua orang, bersangka baik dengan semua orang dan sayangi semua orang.
Moga Allah sayang dan kebaikan yang bahagiakan kita tu asbab untuk kita ke syurga paling tinggi. Aminn..
Dalam sesebuah rumah tangga, suami atau isteri sama-sama memainkan peranan. Dalam bab tinggal bersama mentua misalnya, mungkin sesetengah pasangan melihat mungkin perkara ini sebagai sesuatu yang memudahkan selain dapat menjimatkan.
Tetapi sebenarnya, banyak cabaran sebenarnya apabila kita memilih untuk tinggal bersama keluarga sendiri mahupun mentua selepas kahwin. Kerana itu, suami isteri patut ada perbincangan dua hala berkenaan situasi ini. Supaya kedua-duanya boleh meluahkan kehendak masing-masing.
Berkenaan isu ini, jom baca perkongsian yang cukup menarik oleh saudara Firdaus Shakirin. Moga kita mendapat manfaat daripadanya.
Kalau isteri boleh tinggalkan keluarganya utk ikut suaminya, kenapa suaminya tidak boleh tinggalkan org tuanya utk bina kehidupan sendiri?
Sesuatu yg perlu kita faham dlm2…
Isteri ajak duduk berasingan bukan sebab dia nak putuskan tanggungjawab kita kpd org tua kita…
Bukan…
Dia cuma nak bina kehidupan keluarganya, antara dia, suami dan anak2 dgn cara dia sendiri tanpa campur tangan dr org lain…namun bila dia suarakan niat utk tinggal berasingan, penerimaan kita tu sebaliknya…kita anggap mcm isteri tak faham akan tanggungjawab kita kpd org tua kita…
Kita anggap mcm isteri xnak bagi kita jalankan tugas kpd org tua kita… Kita anggap mcm isteri tak faham syurga kita tu dibawah tapak kaki siapa…
Tinggal berasingan ni tak semestinya perlu berjauhan sehingga berlainan negeri…kita mgkin boleh tggal di negeri yg sama, daerah yg sama, mukim yg sama serta kampung yg sama…cuma tak sama rumah…itu sahaja…
Paling kurang pun, bersebelahan dgn rumah org tua kita…ini yg paling2 kurang kita boleh buat klu xnk tggal jauh2…
Ini pun dah bleh buat isteri senang hati…terlalu byk kepala dlm satu rumah tu sebenarnya tak bagus dan baik utk hubungan…mesti ada saja perkara yg tak kena dan byk hati yg perlu dijaga…
Selama mana dia mampu menjaga hati semua org dgn sebaiknya?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...