Sekitar bulan Jun 2022, tular kes kematian Nour Rania Asyifaa atau lebih dikenali sebagai Baby Syifaa yang berusia 15 bulan ketika itu di bawah jagaan pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Pada ketika itu kecederaan bayi malang tersebut dikatakan terjerut buai tetapi tidak masuk akal kerana ada kesan luka di kakinya. Menurut siasatan awal polis, pengasuh mengatakan mangsa arwah Baby Syifaa dalam keadan tidak sedarkan diri dengan leher dan kepalanya terkeluar dari buaian manakala badannya masih di dalam buaian.
Melalui hasil bedah siasat merumuskan kematian bayi tersebut disebabkan tekanan pada leher. Hal ini telah membuatkan bapa arwah Baby Syifaa, Yuseri Yusoff menuntu keadilan di atas kematian anaknya itu.
Sangat memeranjatkan apabila pada Selasa yang lalu, Yuseri ditahan polis berkaitan kes penipuan dalam urusan yuran guaman. Ketika ditangkap, polis telah mengesahkan bahawa dia juga positif dadah.
Bapa Arwah Baby Syifaa Positif Dadah
Dipetik dari artikel di Sinar Harian, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Hal ini telah dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail.
Beliau berkata, ujian air kencing dibuat setelah suspek ditahan dalam satu serbuan di sebuah unit kediaman di Wangsa Maju, di sini berhubung kes penipuan berkaitan kutipan bagi bayaran guaman.
Ads
Bertindak atas maklumat risikan, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibupejabat Polis (IPD) Wangsa Maju telah membuat serbuan di sebuah unit kediaman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Selasa.
Sumber foto: Sinar Harian
Yusseri Dituduh Menyalahguna Harta Sebanyak RM67,000
Hari ini, Yusseri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas satu pertuduhan menyalahguna wang milik seorang wanita sebanyak RM67,000 pada tahun lalu.
Yuseri, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Illi Marisqa Khalizan.
Ads
Sinar Harian melaporkan bahawa mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak perempuan itu didakwa menyalahguna harta sebanyak RM67,000 milik seorang wanita di sebuah premis di Jalan Wangsa Delima 6, Wangsa Maju pada 20 Julai hingga 12 Oktober 2023 lalu.
Dia yang memakai baju T berwarna kelabu, didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda, jika disabitkan kesalahan.
Sedihnya bila membaca laporan berita mengenai kes kematian bayi akibat Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS). Ianya sering berlaku pada bayi di mana bayi boleh meninggal dunia ketika tidur. Kematian mengejut pada bayi berumur bawah 1 tahun secara tiba-tiba tanpa tanda-tanda tertentu seperti penyakit atau sebab yang jelas. Inilah yang disebut Sindrom Kematian Bayi Mengejut atau SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini terus berlaku, berikut merupakan beberapa perkara yang harus dielakkan oleh ibu bapa untuk mencegah perkara ini terjadi.
Artikel Berkaitan
Tip / Petua
1. Elakkan tidur dalam posisi meniarap. Dalam posisi meniarap, kemungkinan untuk tertutup hidung dan mulut sangat tinggi. Bayi masih tidak kuat untuk menukar posisi andaikata lemas.
2. Elakkan tidur di atas tilam dan cadar lembut. Tilam dan cadar yang lembut akan membuatkan bayi tenggelam dari paras selamat dan berkemungkinan akan terbenam mukanya.
3. Elakkan letak mainan lembut (soft toys) berdekatan bayi tidur. Ini akan menyebabkan kemungkinan mainan lembut boleh menutup muka bayi ketika tidur.
4. Elakkan bayi dari perokok. Kajian menunjukkan bayi yang terdedah dengan asap rokok dan sisa rokok berisiko tinggi untuk mati mengejut.
5. Elakkan memakai pakaian berlapis-lapis ketika tidur. Ini menyebabkan suhu badan bayi menjadi tinggi. Keadaan bayi yang terlalu panas boleh menambah risiko SIDS.
6. Elakkan bayi tidur dengan kanak-kanak lain. Kemungkinan kanak-kanak lain menghempap bayi tanpa sedar ketika tidur.
7. Menyusu badan anak dapat mengurangkan risiko SIDS 50%.
8. Jika bayi mengalami masalah jangkitan salur pernafasan, segera dapatkan rawatan doktor.
9. Ibu bapa perlu beri lebih perhatian pada bayi yang pramatang kerana risiko SIDS sangat tinggi.
10. Kerap pantau bayi ketika tidur untuk memastikan bayi tak lemas dan masih bernafas.
Jika ada anak usia bawah setahun, mak ayah wajib tahu perkara ini. Jangan biarkan.
Pemergian pelakon Ridzuan Hashim beberapa minggu yang lalu bukan sahaja mengejutkan ahli keluarganya tetapi peminat-peminat industri hiburan tanah air.
Selepas video di majlis perkahwinan anaknya yang mengundang sebak tular, kini satu lagi perkongsian dari anak sulung arwah yang membuatkan warganet menitiskan air mata.
Mungkin pada pandangan kita sebagai peminat melihat pelakon ini sebagai seorang yang tegas dan bengis namun rupanya ada sisi lain yang tidak kita ketahui mengenai pelakon yang popular dengan watak ‘King’ dalam filem KL Gangstrer.
Baru-baru ini, anak sulung arwah yang bernama Nur Dhaniyah Ridzuan telah berkongsi barangan yang terdapat dalam dompet arwah.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram anak sulung arwah Ridzuan iaitu Nur Dhaniyah, telah berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan barang yang terdapat di dalam wallet arwah.
Dalam entri tersebut turut diselitkan gambar throwback Dhaniyah bersama ayahnya sewaktu dia bersama arwah bapanya menguruskan borang pernikahan di masjid Shah Alam.
Apa yang memeranjatkan Dhaniyah adalah gambarnya dan adik-adik diselitkan dalam dompet tersebut. Dia tidak menyangka sama sekali bahawa arwah ayahnya itu menyimpan foto-foto mereka dalam dompet.
Menurut Dhaniyah, gambar pasport itu diambil adalah ketika Dhaniyah mengisi borang untuk menikah beberapa tahun yang lalu. Arwah bapanya telah menemaninya sepanjang dia menguruskan borang tersebut.
Perkongsian oleh Dhaniyah ini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Beruntung sgt punya seorang Ayah yg begitu penyayang dan peduli…. So touching… Alfateha (dibaca) buat Almarhum Mohd Ridzuan Bin Hashim semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yg dikasihi Allah SWT. Aamiin Ya Mujeeb.. ”
” Father’s infinity love is his daughter. Same goes to me.. Akhir hayat dia nama anak2 perempuan yg disebut2. Alfatihah to our father.. ”
Wallet ayah selalu melengkung gitu, Ada Gambar Ahli keluarga dan kad. Melengkung sb duduk dlm poket seluar dan ayah2 ni jarang tukar wallet, pakai sampai k0yak. Atok, ayah dan suami, wallet mereka sama, yg beza warna wallet leather hitam atau brown ori leather colour.. ”
Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Gambar kecederaan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan ketika proses bedah siasat tersebar. Gambar keadaan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin mula tersebar di media sosial. Gambar tersebut dipercayai ketika proses bedah siasat dilakukan.
Memetik Harian Metro dua gambar berkenaan dimuat naik menerusi aplikasi telefon pintar, Telegram sejak malam tadi. Kedua-dua gambar berkenaan memaparkan keadaan kanak-kanak berkenaan selepas ditemui di anak sungai berhampiran kediamannya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.
Sebelum ini, tular kertas siasatan pembunuhan kanak-kanak berkenaan di aplikasi yang sama. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan penularan kertas siasatan terbabit.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dilaporkan berkata sekiranya ia kertas siasatan yang benar, pihak yang menyebarkannya perlu diambil tindakan berikutan kes berkenaan akan dibicarakan di mahkamah.
“Tindakan pihak-pihak tertentu memasukkan perkara seperti ini (kertas siasatan) dalam Telegram umpamanya, tidak diketahui sama ada maklumat itu (kertas siasatan) betul atau tidak, sama ada direka atau dibuat-buat,”katanya.
Sebelum ini, ibu dan bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin dilaporkan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, Disember tahun lalu.
Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang berusia 29 tahun itu dilaporkan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.
Pada 6 Disember lalu, mayat Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman di Damansara Damai dekat sini, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.
Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya.
Ibu bapa kanak-kanak malang itu kemudiannya ditahan pada 31 Mei lalu di sekitar Puncak Alam, Selangor dan direman selama 13 hari bermula 1 Jun lalu bagi membantu siasatan.
Berikut kronologi peristiwa menyayat hati yang menimpa Zayn Rayyan:
5 Disember 2023 – Zayn Rayyan dilaporkan hilang selepas bermain di taman permainan di rumahnya.
Keluarganya memuat naik status kehilangan Zayn Rayyan di media sosial sebelum melaporkan kehilangan itu kepada polis. Kanak-kanak itu dilapor dilihat kali terakhir memasuki belukar bersebelahan blok kediamannya.
6 Disember 2023 – Polis Daerah Petaling Jaya dan persatuan penduduk kediaman berkenaan melakukan operasi pencarian dari rumah ke rumah serta mengawal laluan keluar masuk di blok kediaman bermula 8 malam.
Jasad Zayn Rayyan ditemui di aliran anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya kira-kira pukul 10 malam. Polis berkata lokasi penemuan mayat itu merupakan kawasan pencarian yang sudah dilakukan Unit Anjing Pengesan (K9) hari sebelumnya.
7 Disember 2023 – Polis mengklasifikasikan kematian Zayn Rayyan sebagai kes bunuh selepas proses bedah siasat dilakukan di Hospital Sungai Buloh. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata hasil bedah siasat mendapati terdapat kecederaan di leher dan badan kanak-kanak itu.
8 Disember 2023 – Polis melakukan tapisan individu yang mempunyai jenayah lampau di sekitar daerah berkenaan. Polis sahkan tiada kesan kecederaan lama menjurus penderaan dikesan pada jasad kanak-kanak berkenaan.
10 Disember 2023 – Seramai 228 individu diambil ujian DNA bagi membantu siasatan yang melibatkan pemeriksaan 2,484 unit rumah dan premis perniagaan.
13 Disember 2023 – Polis menemui sehelai stokin dalam takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan dijumpai selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pengaliran dan Saliran Selangor menyedut keluar air di aliran anak sungai berkenan.
14 Disember 2023 – Stoking yang dijumpai dalam air bertakung sekitar anak sungai berhampiran lokasi disahkan bukan kepunyaan Zayn Rayyan.
23 Disember 2023 – Polis meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dalam pencarian bukti kes Zayn Rayyan.
6 Februari 2024 – Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor Datuk Seri A. Thaiveegan menawarkan ganjaran RM20,000 kepada individu yang membantu penahanan suspek.
23 Februari 2024 – Dilaporkan tiada pihak yang tampil memberi maklumat berhubung kes Zayn Rayyan walaupun ganjaran RM20,000 ditawarkan kepada individu yang membantu penahanan suspek.
8 Mei 2024 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain menegaskan pihaknya masih mengharapkan petunjuk baharu.
31 Mei 2024 – Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan di sekitar Puncak Alam oleh Polis Selangor bagi membantu siasatan polis.
1 Jun 2024 – Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan reman pasangan berusia 29 tahun itu selama tujuh hari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
7 Jun 2024 – Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan tempoh reman pasangan suami isteri berusia 29 tahun dilanjutkan selama enam hari lagi sehingga 13 Jun.
10 Jun 2024 – Polis membawa ibu Zayn Rayyan ke Apartment Idaman Damasara Damai untuk melakonkan semula situasi kejadian semasa kehilangan Zayn Rayyan sehingga kepada penemuan mayatnya.
12 Jun 2024 – Ibu Rayyan dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bagi mendapatkan pengakuan salah wanita itu berhubung siasatan kes. Polis kemudiannya menahan datuk dan nenek Zayn Rayyan bagi membantu siasatan pada pukul 2.30 petang.
13 Jun 2024 – Ibu dan bapa Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, Disember tahun lepas.