Siapa kata duduk rumah appartment tidak boleh tanam pokok bunga tau. Ini salah satu idea menarik untuk mendeko balkoni yang kosong terus nampak berseri apabila diletakkan poko bungan yang cantik dan berseri ini.
Malah susunan dan cara dekorasi cukup kemas membuatkan mini garden ini sedap mata memandang. Dengan bajet kira-kira RM350, barang-barang tersebut diperoleh di banyak kedai termasuklah eco, shopee, DIY dan banyak lagi.
Sebelum dekoDalam proses dekoHasilnyaSimple tapi sedap mata memandang
Si pencinta bunga, apa tunggu lagi, jom kita mendeko. Cukup simple tapi cantik mata memandang deko pada balkoni milik puan Adibah Adnan ini.
Berkongsi ilmu menanam kunyit hinggalah boleh menghasilkan serbuk kunyit sendiri daripada saudara Akmal Al Yahya ini dapatlah kiranya dimanfaatkan.
Ini perkongsiannya.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sebelum kita ke perkongsian kali ini,
izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu.
Saya lebih mesra dikenali dengan panggilan Akmal dan buat masa ini sedang mengusahakan sebuah kebun kecil bersebelahan dengan rumah saya yang saya nama kan dengan nama ‘Kebun Lokal’.
Di Kebun Lokal, tiada sebarang Racun Kimia Rumput/Racun Kimia Serangga dan Baja berunsur Kimia (termasuk baja kopi dan Baja AB) yang kami gunakan.
Dan itulah tujuan asalnya saya mula berkebun, iaitu untuk menghasilkan sebuah bank makanan bagi keluarga kecil saya.
Baiklah.
Jom kita ke tajuk utama perkongsian kali ini ya. Kami menanam kunyit berdekatan dengan Green Cone Compost saya.
Lebih mudah kerana tanah sekitar Green Cone Compost telah dibekalkan dengan tanah kompos secara semula jadi, hanya dari bahan lebihan dapur.
Ini lah hasil tuaian yang lepas.
Alhamdulillah. Kalau tak salah, ada juga dalam 8-12 bulan baru sesuai di tuai hasilnya.
Perlu diingatkan, jika tuan/puan suka menuai daun kunyit maka rizom yang terhasil akan lebih kecil berbanding dengan pokok kunyit yang tidak selalu dituai daunnya.
Berdekatan dengan pokok Kunyit, kami tanam juga halia dan kacang tanah secara bersilang-silang.
Alhamdulillah, nampak gayanya mereka menjaga adik beradik mereka dengan baik.
Untuk mendapatkan daun kunyit yang besar dan menghijau. Kami tanamnya di tempat yang teduh, seperti berdekatan dengan pokok yang besar supaya cahaya matahari tidak terus ke kawasan tanaman kunyit kami.
Rizom yang telah mengeluarkan daun kami keratkan dan asingkan untuk disemai semula bagi tanaman akan datang.
Dengan cara ini, kami mampu menjimatkan masa untuk semaian kunyit dan mengurangkan peratusan semaian daripada gagal bertunas.
Ini lah rupa rizom kunyit yang telah mengeluarkan daun.
Mengikut pengalaman kami, rizom yang telah berdaun perlu dikerat dalam sebesar ibu jari dari rizom asal agar tumbuh dengan baik.
Baik, ini pula proses untuk membuat serbuk kunyit.
Pertama, bersihkan rizom kunyit dari tanah yang melekat, sebersih-bersihnya. Kami gunakan berus gigi tau, licin semuanya di kerjakan.
Langkah seterusnya adalah rizom kunyit tadi direbus/dikukus dalam jangka masa 45 minit. Kemudian dipotong halus-halus bagi memudahkan proses jemuran kelak.
Mengapa perlu rebus/kukus?
Jika kita tanam sendiri maka kita tahu baja yang kita gunakan.
Proses rebusan atau kukus ini bertujuan untuk melucutkan segala macam jenis kandungan baja yang tertinggal.
Jika baja kimia mungkin tak berapa kita geli. Tetapi kami khuatir jika baja tersebut daripada baja urea, baja tinja ayam, kambing atau lembu yang diproses masih ada pada rizom.
Jika tuan/puan nak skip bab rebus/kukus ini boleh sahaja. Terpulang lah ye.
Kunyit yang telah dipotong tadi, dijemur pula.
Elakkan dari jemur terus di bawah sinaran matahari, paling baik di bawah pokok atau garaj kereta.
Lebih baik begitu. Oh daun kunyit tadi jangan pula dibuang ya.
Daun kunyit ini sama ada tuan/puan boleh masukkan ke dalam rendang atau pun balut sahaja pada ikan atau daging yang hendak dikukus atau dibakar. Aroma daun kunyit ini memang menaikkan selera. Percaya lah. Harga daun kunyit di pasaran juga boleh tahan.
Setelah 5 hari, ini lah rupa kunyit yang telah dikeringkan.
Masukkan ke dalam pengisar, kisar sehingga betul-betul lumat.
Tapiskan dan ayak kunyit yang telah dikisarkan tadi.
Serbuk kunyit yang terhasil adalah serbuk kunyit paling baik digunakan kerana tiada sebarang pengawet malah tiada sebarang pewarna tambahan juga pada serbuk kunyit ini
Simpan serbuk kunyit tadi di dalam balang yang kedap udara, jika ada balang kaca jauh lebih baik dari balang plastik.
Ini pula rizom yang berdaun tadi. Kami lebih suka semai dahulu sementara menunggu batas untuk sedia untuk digunakan.
Kami dapati ada beberapa rakan menanam kunyit menggunakan kaedah hidroponik tetapi lebih kepada penghasilan daun kunyit berbanding rizom kunyit.
Walaubagaimana pun, terpulang pada tuan/puan tentang aplikasi kaedah tanaman pilihan masing-masing ya. Sehingga di sini sahaja perkongsian saya kali ini.
Masih ada lagi ke yang belum berjaya menanam pokok daun sup di dalam pasu walau berkali-kali mencubanya?
Usah putus asa, apa kata anda cuba serentak 3 teknik yang dikongsikan oleh Nina Diana ini. Menurutnya, ada cara dan teknik yang boleh digunakan ketika menanam pokok daun sup sama ada menggunakan keratan batang, anak pokok mahu pun biji benih.
Ini perkongsiannya.
“Selain ketumbar saya juga cuba tanam daun sup dengan 3 cara”
1. Keratan batang & akar 2. Anak pokok 3. Benih.
Alhamdulillah berjaya.
Yang ini tanam dari keratan batang. Dari bulan April sampai ke hari ni pokok hidup
subur.
Tanam datam botol susu yang dipotong 2. Letak span di muncung botol untuk serap air. Pakai sedikit sahaja tanah/peatmoss utk cover akar. Air pula saya pakai baja AB.
Yang ini beli anak pokok di nursery. RM13
sepasu kecik.
Balik saya tukar ke pasu nutripot. (Pasu ni beli di shopee RM5 je sbb kategori reject colour)
Menggemuk bagai johan.Baja AB di bawah. Topup bila dh berkurang.
Subur dan tak perlu siram dari atas. Hanya sesekali spray cuka kayu.
Yg ini dari benih. Ambil masa sebulan untuk
sebesar ini.
Saya cadang akan pindahkan ke nutripot
juga. Senang jaga.
Menyediakan hidangan untuk keluarga sebenarnya tidaklah memerlukan masa yang lama kalau tahu caranya.
Amat sesuai dipraktikan sepanjang bulan puasa nanti, jadi tidaklah kita rasa letih setiap hari menghabiskan masa berjam-jam di dapur. Cukup sehari kita peruntukkan untuk siapkan beberapa jenis pes, dan di hari-hari yang lain Memasak akan jadi lebih cepat dan mudah.
Ini sebagaimana apa yang dibuat oleh Suhaidah Ahamd ini, jom semak.
Untuk ibu-ibu yang sibuk… Saja akak nak share resepi pes… Bukan lauk siap tau… Pes ni kita boleh pelbagai kan dengan ikan daging atau apa jer…nanti bulan puasa boleh guna.. jimat masa…Resepi pes ni akak gugel jer…
1.RESEPI PES KARI
Bahan-bahan
Bawang besar 5 biji*
Bawang kecil 10 biji*
Bawang putih 6 ulas*
Halia 5 inci*
6 sudu besar Rempah kari daging Faezah (Pek kuning)*
Rempah 5 sekawan
1 sudu halba
Cara-cara
1. Blender semua bahan kecuali rempah 5 sekawan.
2. Tumiskan rempah 5 sekawan terlebih dahulu. Kalau yang suka light soup, tak payah gunakan rempah ini ya. Kemudian dah naik bau, bolehlah masukkan bahan blender tadi. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi 2 minit. Akhir sekali, perasakan dengan garam gula dan perasa.
4. Siap. Bekukan.
5. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali. Masukkan air, asam jawa dan tambahkan ayam / daging / ikan segar bersama sayur pilihan. Boleh juga dibuat makan dengan mee kari. Bubuh ayam yang dipotong kecil.
2.PES RENDANG
Bahan-bahan
Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 3 inci
Lengkuas 2 inci
Kunyit hidup 2 inci(optional)
6 batang serai
2 gengam Cili kering(xperlu rebus ,masuk terus dlm blender)
Santan 2 kotak harmoni
Daun kunyit dan daun limau purut hiris halus.
Cara-cara
1. Blend dan tumis semua bahan di atas sampai pecah minyak dan naik bau.
2. Masukkan santan, garam, gula, perasa, daun limau purut, dan daun kunyit.
3. Dah siap, macam biasa boleh bekukan dalam freezer.
4. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali dengan air secawan. Masukkan ayam, masak sampai kering atau hingga ayam empuk.
3.RESEPI PES SAMBAL TUMIS
Bahan-bahan
Bawang besar 2 biji
Bawang besar 2 biji (hiris bulat)
Bawang putih 5 ulas
Cili kering 4 genggam (potong, rebus, basuh, kisar)
Asam jawa
Garam, gula, perasa
Cara-cara
1. Tumis semua serentak sampai pecah minyak dan naik bau.
2. Masukkan asam jawa, garam, gula, perasa dan hirisan bawang. (seimbangkan rasa)
3. Apabila siap, biarkan sejuk. Boleh bekukan.
4. Bila nak makan nanti boleh defrost dan goreng ikan bilis untuk masukkan ke dalam sambal tumis itu. Boleh juga digunakan untuk memasak mee goreng, bihun goreng, dan sebagainya.
Sumber : Suhaida Ahmad via Resipi Meletop
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.