Kebersihan adalah antara perkara penting yang perlu ibu-ibu cakna terutama dalam penyediaan makanan. Apa tidaknya, lihat kes keracunan makanan sehingga mengundang maut yang berlaku baru-baru ini disebabkan oleh makanan itu tercemar. Ia boleh memudaratkan kesihatan orang yang memakannya.
Just nak kongsi sikit perkara-perkara yang dekat dengan kita, yang mungkin kita tak perasan sebab kekerapan kita menggunakannya. Cuba lihat gambar blender di bawah. Bagi jenis jug yang boleh dibuka begini, berapa kerap anda buka dan cuci? Sesetengah orang tidak tahu pun jika blender yang beliau gunakan sekian lama boleh dibuka dan dibasuh. Di dalamnya ada satu getah bulat yang berfungsi sebagai pengetat dan penebat kebocoran cecair yang diisi di dalam blender tersebut.
Ads
Ads
Di bawah ini la sisa makanan selalu terperangkap. Sisa makanan ini akan mereput dan akhirnya menjadi tempat pertumbuhan bakteria. So lepas ni, ibu-ibu, mak-mak, anak2 dara yang selalu memasak tu boleh check blender masing-masing ok. Bukak dan cuci bersih. Boleh juga direndamkan air panas sebentar untuk menyah kuman. Yang kedua adalah chopping board. Bagi yang masih gunakan chopping board jenis kayu, perhatikan permukaannya. Pasti dah terhakis, kan? Ia boleh menyebabkan pencemaran fizikal iaitu serpihan kayu masuk ke dalam makanan. Selalu yang saya perhatikan, penjual daging dan ayam di pasar menggunakan chopping board jenis kayu ini. Saya nasihatkan bertukar kepada jenis chopping board jenis plastik (PE dan HDPE) – yang bewarna putih kebiasaannya (namun kini ada juga chopping board yang menggunakan color coding). Kerana ia kurang risiko pencemaran fizikal tetapi tetap perlu dibersihkan dengan baik bagi mengelakkan ia menjadi pusat pembiakan bakteria. Ok, cukup 2benda ni dulu. Nanti tolong check, ok? Ps: Gambar adalah carian Google
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah pasangan kembar siam Ahmad dan Muhammad suatu ketika dahulu pernah mendapat perhatian umum hatta hingga keperingkat dunia apabila pasangan kembar yang bercantum di bahagian dada dan punggung ini berjaya menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard, Arab Saudi pada tahun 2002.
Kini , pejam celik pejam celik begitu cepat masa berlalu, adik beradik kembar ini sudah pun berusia 21 tahun dan kini menyambung pelajaran di Managemant and Science Univercity (MSU) di Shah Alam sejak Mac 2016. Mengetahui lanjut kisah adik beradik kembar ini, ianya telah dikongsikan di page KampusUols.
Sambung pengajian
Ahmad Rosli dan Muhammad Rosli, 21 tahun kini menyambung pengajian di Management and Science University (MSU) di Shah Alam sejak Mac 2016.
Ahmad mengambil jurusan Diploma Reka Bentuk Grafik manakala adiknya Muhammad mengikuti pengajian Ijazah Sains Komputer dalam bidang Teknologi Maklumat.
“Adik saya berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sedangkan saya masih di peringkat diploma. Saya tak sempat habiskan pengajian diploma kerana sebelum ini saya berhadapan dengan masalah kesihatan dan memaksa saya untuk membuat perubahan jadual. Jadi ia memakan masa untuk menguruskannya,” kata Ahmad ketika dihubungi wartawan Kampus Uols.
“Alhamdulillah, sepanjang belajar kami tidak berhadapan dengan kesukaran kerana di MSU ada menyediakan kemudahan untuk golongan OKU. Nak ke kelas mudah kerana ada disediakan lif untuk OKU, tandas juga mesra OKU, termasuklah surau dan kafeteria. Malah untuk pergerakan ke kelas atau kuliah juga kami tidak perlu jauh kerana kedudukan bangunan saling berdekatan.
“Dulu, kononnya nak ambil jurusan seni halus, namun di MSU tak ada jurusan tersebut. Kalau nak kena ambil di universiti lain, tapi tak ada disediakan kemudahan OKU pula. Selepas berfikir, saya buat keputusan untuk menerima tawaran belajar di MSU,” katanya.
Akui Ahmad walaupun ketika bercakap menampakkan dia seorang peramah namun realiti sebenar dia seorang yang pendiam dan tidak mempunyai ramai kawan di kampus. Namun berbeza dengan Muhammad, dia seorang yang peramah dan mempunyai ramai kawan baik.
“Kami memang serasi untuk bersama dan boleh dikatakan Muhammad ibarat kawan baik saya. Pergi ke mana-mana berdua. Buat keputusan pun bersama,” katanya.
Kekurangan bukan halangan Pasangan yang mendapat tajaan dari Lembaga Zakat Selangor ini juga bersyukur kerana dihadiahkan dua kerusi roda hasil sumbangan pihak tertentu untuk memudahkan pergerakan mereka.
“Sejak ada kerusi roda ini, kami dah tak pakai tongkat. Kerusi roda manual ini sangat membantu dalam memudahkan pergerakan kami dengan lebih cepat. Kalau sebelum ini kami guna kerusi roda jenis hospital, susah nak tolak sebab besar dan tangan jadi cepat melecet,” katanya.
Bercerita tentang waktu kuliah, jelas Ahmad, disebabkan mereka berlainan jurusan, maka waktu kelas juga kadang-kadang berbeza. Ada masanya kelas Ahmad pada sesi pagi dan Muhammad sesi petang atau sebaliknya.
“Kami akan datang ke kelas setiap pagi meskipun salah seorang dari kami ada kelas petang. Biasanya Muhammad mula kelas 8 pagi manakala saya ada kelas jam 4 petang. Kami akan tunggu sampai masing-masing tamat kelas dan barulah kami balik ke rumah.
“Memang lama juga nak tunggu sampai waktu kelas tamat, tapi kami tak nak susahkan ayah, Rosli Abdul Rahim, 48, dan ibu tiri, Junaidah Awang, 43, untuk kerap hantar dan ambil kami ke kelas, lagipun mereka juga perlu hantar dan ambil adik-adik dari sekolah, yang berumur 17,14,11 dan 6 tahun.
Hasil lukisan Ahmad memotret wajah Muhammad.
“Dalam tempoh menunggu tu, saya banyak habiskan masa dengan melukis. Saya suka melukis potret dan yang selalu jadi mangsa adalah Muhammad. Saya akan ke surau untuk melukis kerana di situ saya boleh meniarap. Tambahan pula saya dan Muhammad tak boleh duduk terlalu lama sebab daging pinggul tak ada, jadi cepat lenguh apabila duduk,” katanya lagi.
Selaku anak sulung dalam keluarga, Ahmad mahupun Muhammad sebolehnya mahu menjadi contoh dan teladan yang baik buat adik-adiknya dan tidak menjadikan ‘kekurangan’ sebagai halangan untuk melakukan kerja seperti manusia normal yang lain.
“Insya ALLAH mungkin selepas tamat diploma ni saya akan cari kerja atau berkhidmat sebagai pereka grafik bebas. Bukannya saya tak mahu sambung belajar ke peringkat ijazah, tapi tahap kesihatan yang tidak menentu tidak mengizinkan saya berbuat demikian. Manakala Muhammad katanya, dia mahu bekerja atau sambung ke peringkat Master,” kata pasangan ini yang pernah menjalani latihan praktikal di SIRIM.
sumber : Kampus Uols.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap pasangan suami isteri inginkan bahagia hingga hujung nyawa. Biarpun dugaan yang datang, tetap menempuhinya dengan tabah.
Biarpun, mempunyai anak pasangan suami isteri harus meluangkan masa untuk keluar atau ‘dating’ bersama.
Usia perkahwinan yang sudah lama bukan alasan untuk tidak kekal kan romantis.
Menarik dengan perkongsian wanita ini, wawa shauqi mengenai cara untuk eratkan hubungan suami isteri.
Cara eratkan hubungan suami isteri
Orang kata, sekali sekala suami isteri kena berdating.
Saya tarik nafas panjang. Lepaskan seberat-berat beban keluhan yang tersimpan.
Sepanjang 10 tahun kahwin ni, belum pernah lagi kami dating berdua. Plan pun tak ada.
Dating kami hanya di rumah. Waktu anak dah tidur. Atau waktu anak pergi sekolah. Itupun, dating seminit dua beli kuih bersama. Sebab lepas tu husband dah perlu gegas ke ofis.
Waktu ambil vaksin berdua hari tu baru merasa jenjalan berdua. Tu pun rasa canggung. Macam ada sesuatu yang tercicir. Rasa ada organ dalaman yang tertinggal. Habis je vaksin, menggelupur ambil anak.
Nak kata kami sentiasa lekat dengan anak, idak juga.
Sebab ada hari yang saya perlukan me time, suami akan take over. Kalau suami perlukan me time, saya pulak take over.
Awal tu, down juga bila orang kata laki bini wajib cari masa dating. Down sebab kesempatan tu susah kami nak jumpa.
Tapi bila kami berdua bincang, kami pilih untuk ‘dating’ ikut cara yang kami selesa. Dating ikut piawaian sendiri.
Lepas hantar anak, kami sesama pergi cari makan berdua. Tak pun bersembang sambil cicah biskut kering lepas tidurkan anak.
Ada hari yang kami on movie di tengah malam sambil lumba lipat kain bersama.
Kadang-kadang, saja saya mengadu sesuatu nak dengar dia bercakap acah-acah pakar motivasi.
Mungkin tak seromantik mana. Tapi cukup bagi kami untuk tautkan semula hati dengan rasa cinta.
Kalau ada yang sekapal dengan kami, cubalah. Usahakan.
Usaha adakan masa bersama. Usaha buat pillow talk. Usaha makan bersama. Usaha sebantal bersama. Usaha sambut hari penting sehabis baik.
Kami pegang nasihat seorang sahabat. “Perkara yang kita usahakan secara ‘istimewa’, akan bertambah istimewa. Kalau kita ambil sambil lewa, spark pun susah dah nak menyala.”
Tapi, kalau rasa mustahil nak adakan masa berdua, jangan down-down. Boleh jadi, masa bermesra bersama dengan anak-anak tu lebih bermakna. Sebab boleh jadi itu adalah rezeki kita yang tak ramai orang mampu nak ada.
Yang penting, jangan fokus pada benda yang kita tak dapat buat. Tapi fokus macam mana nak perindahkan perkara yang kita mampu buat.
Jangan fokus apa yang kita tak ada. Tapi fokus pada apa yang kita ada.