Tanpa angan-angan mimpi takkan bermakna. Bermula dengan impian Dan disusuli dengan kerja keras, akhirnya penyanyi Bunga Isme berjaya memiliki kediaman sendiri.
Selepas dua tahun berkecimpung dalam industri seni, Bunga atau nama sebenar Noor Ayu Fatini, 21, memberitahu rumah tersebut merupakan hadiah untuk ibunya, Siti Rohani.
“Alhamdulillah! Syukur impian pertama saya akhirnya tercapai, sejak awal bekerja memang saya nak ada rumah sendiri. Rumah ini juga merupakan hadiah untuk ibu saya.
“Dahulu kami sekeluarga hidup berpindah-randah kerana emak dan ayah selalu bertukar lokasi kerja, jadi rumah baharu yang dijangka siap beberapa tahun lagi ini akan jadi kediaman tetap kami.
“Lagi pula usia ibu pun dah lanjut, sebab itu saya nak ada rumah sendiri supaya ibu boleh duduk sekali, bolehlah saya jaga dan berbakti kepada keluarga pula,” katanya kepada mStar.
Akui Bunga, Sebelum membeli rumah, dia terlebih dahulu membuat persediaan awal. Ini termasuklah menguruskan kewangan dengan baik dan mendapatkan rujukan mereka yang lebih pakar mengenai hartanah.
Ads
“Sejak tahun lepas saya dah bertanya dengan beberapa orang mengenai pembelian rumah, saya juga ada Google info-info dan tip sebelum membeli rumah.
“Bukan senang sebenarnya nak beli rumah, kena menguruskan wang dengan baik… saya lupakan kemahuan, mula menabung dan buat potongan setiap bulan.
“Selain itu saya juga perlu menjaga keluar masuk wang di akaun bank supaya nampak cantik… memandangkan memiliki rumah memang impian saya, jadi awal-awal lagi saya dah belajar menyimpan,” ujarnya.
Melihat anak-anak membesar di depan mata menjadi momen yang cukup berharga buat ibu bapa. Biarpun sibuk dengan kerja seharian, namun anak-anak dan keluarga tetap menjadi keutamaan.
Tidak hairanlah ada yang tidak melepaskan peluang mengabadikan kenangan anak-anak baik dalam gambar mahupun video untuk menjadi kenangan apabila mereka dewasa kelak.
Demikian juga dengan isteri kepada Faris Khairol Anuar ini, yang lebih selesa menghabiskan masa di rumah memberi sepenuh perhatian menjaga anaknya.
Elfira Loy rajin berkongsi perkembangan anak lelakinya, Muhammad Rayyan Khalaf menerusi laman instagramnya.
Terbaru, Elfira berkongsi potongan video berpura-pura pengsan untuk melihat reaksi anak lelakinya itu.
Awalnya, Rayyan ketawa sambil mengintai wajah mommynya itu. Namun apabila si mommy tidak membuka mata, rayyan memandang ke arah kamera sambil memegang tubuh Elfira.
Disebabkan mommynya tidak memberi sebarang reaksi, rayyan terus mengucup pipi menyebabkan Elfira tidak dapat menahan ketawa.
Akhirnya Elfira ‘menyerah kalah’ sambil berkata ok mommy bangun’ kepada Rayyan yang tidak henti-henti mencium pipinya. Comel dan bijak Rayyan, seolah-olah tahu mommynya hanya berpura-pura sahaja.
Banyak cara serta tip yang dikongsikan bagi yang ingin tanam sayur-sayuran di rumah. Selain mudah hidup kaedah yang dipraktikkan ini juga tidak menggunakan banyak modal serta ruang yang luas.
Cara tanam kunyit.
Setelah menelaah beberapa article dan ilmu di internet, ada banyak cara sebenarnya. Tapi ini cara yang saya gunakan.
1. Beli kunyit hidup di kedai.
2. Potong razom (ubi) kepada 1-2 inci. Pastikan ada mata untuk tunas pokok.
3. Bungkuskan di dalam tisu basah dan masukkan ke dalam bekas bertutup (tipuware). Masukkan hirisan bawang besar sekali bagi mempercepatkan pertumbuhan tunas.
4. Biarkan 1-2 minggu pada suhu bilik. Sentiasa pastikan tisu dalam keadaan lembab.
5. Apabila razom sudah ada tunas, boleh ditanam di atas tanah / pasu.
6. Pastikan pokok mendapat air dan baja yang mencukupi. InsyaAllah, dia akan membesar dengan jayanya.
Daun kunyit dah mahal sekarang ni. So, boleh la try tanam sendiri. Mudah je kan.
Jujur kita boleh katakan, mendidik anak zaman ini cabarannya cukup luar biasa. Sebagai ibu bapa dan juga role model kepada anak-anak, kita sebenarnya kena buka mata dan muhasabah diri kita sendiri untuk jadi insan yang lebih baik.
Hakikatnya hanya dengan berbekalkan Al Quran, bukan sahaja anak-anak akan mudah dididik, baik akhlaknya malah kita seisi keluarga mendapat manfaat dan rahmat daripadaNya.
Untuk itu, ada lima perkara yang dinyatakan oleh Ustazah Norhafizah Musa melalui sebuah program di Tv ini patut kita amalkan.
1. Ayat-ayat Quran. Setiap hari baca Quran. Baca walau satu ayat dan tadabbur bagaimana ia mempengaruhi aqidah kita, ibadah kita dan akhlak kita.
2. Pandang apa-apa disekeliling kita dan ingat akan kebesaran ALLAH. Semua tu Allah yang ciptakan!
3. Fokus pada kesyukuran. Celik mata kena syukur belum berada dalam kubur. Syukur hari ni masih lagi hidup, masih lagi boleh bertaubat, masih diberikan peluang tambah amal, masih boleh lihat orang-orang tersayang, masih lagi ada keluarga. Ukur kesyukuran kita.
4. Renungi kesalahan dosa-dosa kita. Ya ALLAH aku ni emosional sangat la. Ya ALLAH aku ni suka mengumpat. Aku ni suka ujub, aku ni suka check in check out, aku ni suka feeling bless feeling ohsem asyik upload FB. Nak puasa pun ambik gambar syukur rezeki sahur hari ni. Nak buka puasa upload gambar syukur ni menu buka puasa aku hari ni. Dah riak takabbur tunjuk amalan kat orang. Tengok balik kita punya posting, kita punya percakapan di FB, IG, Whatsapp ada tak kita ujub, riak, takabbur atau bajet bagus.
5. Renung tanggungjawab kita. Aku ni buat ke tak tanggungjawab aku sebagai seorang anak, sebagai isteri, sebagai suami, sebagai ibubapa, sebagai menantu, sebagai mertua, sebagai majikan, sebagai pekerja.
Lima perkara ni kena renungkan setiap hari terutama selepas solat, ketika kita dalam keadaan bersih hati kerana aura energy positif kita adalah selepas solat dan sebelum kita tidur.
Bila setiap kali kita renung ayat-ayat Allah, kita akan jadi hamba yang taat. Bila tengok apa-apa yang berlaku ingat Allah. Mata hati kita jadi lebih terang bila kita sedar akan kuasa Allah di mana-mana.
Apbila kita bersyukur, kita juga semakin kurang merungut setiap hari. Kalau kita lihat silap dan dosa diri , kita sibuk nak perbaiki diri sendiri, tak ada masa nak tengok berita nak lihat nak cari salah orang. Kalau kita renungi tanggungjawab kita, kita akan jadi orang yang amanah yang menjalankan tanggungjawab.
Insyaallah hidup kita akan jadi lebih tenang dan bahagia. Nak tahu status hati kita tengok status ketenangan.
Kalau kita solat tapi hati tak tenang ada something wrong dengan solat. Ada something dengan solat, takut ada something wrong dengan wudhuk.
Mekap yang tak dicuci dengan sebersihnya menggunakan makeup remover menyebabkan wudhuk tak sah. Wudhuk tak sah mengakibatkan solat tak sah. Bila solat kita Allah tak terima, hati tak tenang, hidup tak bahagia.
Begitu kata Ustazah Norhafizah. Jadi kita kenalah muhasabah diri dan periksa diri kita setiap hari sepertimana yang disarankan oleh beliau.
Sepuluh ayat ni juga boleh anda amalkan setiap hari untuk jadi insan yang lebih baik. Usahakan diri untuk berubah.
10 Surah Yang Baik Di Amalkan Setiap Hari
1. Surah Al Fatihah – Baca ketika hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh dari gangguan syaitan.
3. Surah At Dhuhan –Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita selamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. Surah Al-Waqi’ah –Baca setiap malam, insyaallah tidak akan miskin.
5. Surah Al Khausar –Allah SWT akan mengabulkan hajatnya termasuk rezeki.
6. Surah Al-Khafirun -Perumpamaannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.
7. Surah Al-Mulk – Lepas dari siksa kubur.
8. Surah Al Ikhlas –Terlepas kesusahan duniawi, dimudahkan gelombang sakratulmaut dan dihindarkan dari kegelapan kubur.
9. Surah Al Falaq –Terlindung dari godaan syaitan dan kejahatan manusia.
10. Surah An Nas – Buat hati lebih terang dan dilindungi daripada syaitan dan jin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.