GAMBAR HIASAN (3)

Jika dahulu barang kemas sering dijadikan perhiasan. Namun kini, barang kemas menjadi perhatian apabila nilainya  menjadi lebih berganda. Ia terbukti apabila perkongsian ini menyatakan bahawa dulu nilai emasnya hanya RM2000, kini setelah 7 tahun ukar menjadi tiga kali ganda.

Menarik kan? Ikuti perkongsian ini.

Dulu RM2000, Sekarang Dah RM6000! Emas Bukan Perhiasan, Tapi Pelaburan Berguna Masa Kecemasan. 

Inilah buktinya barang kemas itu bukan sekadar perhiasan sahaja tetapi satu pelaburan yang sangat bagus. Dalam masa 7 tahun, Puan ini berjaya meningkatkan aset beliau sebanyak 300% iaitu 3 kali ganda (anggaran).

Jika ada yang tertanya-tanya berapa agaknya berat rantai Puan ini, tak perlu Google cari harga 7 tahun yang lalu. Hanya perlu bahagikan RM6,000 itu dengan harga emas semasa.
Katakanlah harga emas semasa dari kedai tanpa upah seperti Gull Jewellery
ialah RM267 untuk 1 gram. Ini bermakna RM6,000 / RM267 = 22.47 gram.

Bagaimana pula harganya 7 tahun dari sekarang? Bayangkan harganya juga akan naik 3 kali ganda. Tapi mungkin itu terlalu tinggi, kita cuba 2 kali ganda. Bukan ke dari RM6,000 akan jadi RM12,000? Berat tetap sama, tetapi nilainya sudah jauh berbeza.
Apa yang kita dapat dari sini? Kumpullah emas. Tak kira berapa berat pun. In Shaa Allah nilainya akan naik.

IKLAN

Saya tunjukkan sedikit jadual ringkas tentang nilai emas yang anda ada sekarang berbanding 7 tahun dari sekarang. Ini hanyalah satu kebarangkalian.
1 gram
2020 = RM267
2027 = RM534
5 gram
2020 = RM1,335
2027 = RM2,670
10 gram
2020 = RM2,670
2027 = RM5,340
15 gram
2020 = RM4,005
2027 = RM8,010
20 gram
2020 = RM5,340
2027 = RM10,680
25 gram
2020 = RM6,675
2027 = RM13,350
30 gram
2020 = RM8,010
2027 = RM16,020
50 gram
2020 = RM13,350
2027 = RM26,700
100 gram
2020 = RM26,700
2027 = RM53,400

Nampak tak? Kalau sebelum ini kita tak buka mata, saya harap mata anda terbuka seluas-luasnya.

Lamanya nak tunggu 7 tahun? Sebenarnya 7 tahun tu tak lama mana. Perasan tak betapa kejapnya anak kita dah masuk darjah 1? Tak lama mana.

Mulalah dari sekarang. Jangan tunggu-tunggu lagi. Sampai bila nak tunggu? Ada sikit duit, beli 1 gram. Ada lebih duit, beli 2-3 gram. Dapat untung perniagaan lebih, beli 10 gram. Dapat bonus lebih beli 20 gram. 

IKLAN

Kalau boleh, amalkan 1 bulan 1 gram. Dalam 1 tahun dah 12 gram. Kalau tak boleh, amalkan 1 bulan 0.5 gram. Dapat juga 6 gram setahun. Kalau simpan duit sahaja memang cepat habisnya. 

Jenis apa yang mudah nak beli? Kalau yang 1 gram tu belilah subang atau charms.
Kalau 5 gram tu boleh beli rantai tangan budget atau cincin 1 atau 2 bentuk.
Kalau 10 gram tu dah banyak pilihan dia. Pokok pangkalnya diri kita tu nak atau tidak sahaja. 

Kalau sentiasa fikir : Emas MESTI perempuan. Emas HANYA perhiasan. Emas PEREMPUAN sahaja yang gila-gilakan. Memang agak susah.

Tapi cuba fikir :  Emas ialah PELABURAN. Emas sangat berguna pada masa KECEMASAN.
Emas akan memberi KEGEMBIRAAN. Saya pasti para suami atau lelaki pun akan mengumpul emas.

IKLAN

“Saya tak suka pakai barang kemas”. Cari yang padu. Yang padu ini rekaan dia ringkas tetapi berat. Kalau tak nak pakai langsung, simpan sahaja. Bila cecah 85 gram emas yang tidak dipakai, baru wajib bayar zakat emas. Jika anda berjaya kumpul sebanyak itu, saya pasti anda sendiri sudah berjaya dan akan sentiasa berlapang dada untuk membayar zakat.

Bayangkan berapa ramai umat Islam dapat dibantu dengan RM22,695 bayaran zakat yang anda buat. Berdoalah yang kita semua akan sampai ke tahap ini suatu hari nanti.
Itu sebabnya saya buat #CabaranRM3. Dah masuk hari yang ke 94 dari 180 hari sasaran.

Dengan mengumpul RM3 setiap hari, pada hari ini anda sepatutnya sudah ada RM282 sekurang-kurangnya. Itu sudah lebih dari 1 gram. Dah boleh dah pecah tabung kalau nak dan pergi beli emas. Esok boleh mula balik. Betul tak?

Semoga dapat mendetikkan sesuatu. Ini adalah kiraan anggaran sahaja berdasarkan apa yang Puan itu beritahu dan berdasarkan harga emas semasa 2020.

Kredit: Akhtar Syamir

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI