Baru kelmarin pelakon dan juga usahawan, Neelofa meluahkan rasa terkilan dek kerana ada individu tidak bertanggungjawab memuat naik wajah anaknya yang selama ini dirahsiakan oleh mereka.
Hari ini, sekali lagi Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir netizen yang tidak bermoral yang sanggup menyunting gambar anak lelakinya, Muhammad Bilal menggunakan gambar yang tular tersebut.
Luahan ini dikongsikan Neefola sendiri di Instastory di Instagram miliknya. Menurutnya, perbuatan menyunting gambar Bilal telah mengundang komen-komen negatif warga maya yang lain.
Ads
Neelofa turut menegur agar warga maya tidak melampaui batas semata-mata untuk memuaskan hati sendiri.
Ads
Dia juga memohon agar individu-individu ini untuk menjaga perasan ahli keluarganya dan baginya hanya ibu-ibu yang melalui fasa melahirkan anak pasti akan sedih apabila anak dijadikan bahan jenaka di media sosial.
Sememangnya perbuatan ini salah kerana menimbulkan aib terutama mangsa keadaan pula merupakan sorang bayi yang masih kecil dan tidak berdosa yang boleh dijadikan bahan jenaka.
Kehilangan insan tercinta pasti merupakan saat sukar untuk kita hadapi. Jika buat suami, kehilangan isteri disaat anak anak yang masih kecil sungguh mencabar.
Struggle is real! Sebagaimana yang diluahkan oleh saudara Khairul Abdullah yang menyambut Ramadan tahun ke 3 tanpa isteri disisi.
Mengimbau saat mengejarkan solat terawih dengan anak-anak yang masih kecil sudah tentu ada cabarannya.
Beliau juga meluahkan rasa rindu akan arwah isteriya yang dahulu menyediakan juadah sahur dan berbuka.
Kini sejak pemergian isteri tersayang, beliau tidak berselera menjamah hidangan, cukup sekadar sahur bersama kurma.
Perkongsian ini yang mendapat tanda emoji simpati sebanyak 17K dan 1.8K share telah menarik perhatian warganet.
TAHUN KE TIGA URUSKAN SENDIRI ANAK-ANAK
Angkat takbir terawih tadi air mata berjurai. Entahlah.
Ini tahun ke-3 dah bersendirian dengan anak-anak. Tahun pertama waktu arwah pergi, memang struggle lah nak terawih ni. Baby waktu tu baru 7 bulan. Kejap-kejap merengek. Abang-abang dia pun baru 2 dan 4 tahun.
Tahun ke-2 macam lega sikit, tapi masih banyak gangguan lagi. Cuma tahun ke 3 ni dah ada makmum 3 orang kat belakang. Tapi sempat 2 rakaat jer pun, 2 orang dah bertebaran serata alam. Tinggal sorang jer sampai rakaat ke 5 lepas tu dia pun hanyut bertebaran bersama abang dan adik dia. Tinggallah aku seorang diri buat sampai habis.
RINDU ARWAH ISTERI
Tiga tahun sambut ramadan dan syawal tanpa orang yang kau sayang ni memang syahdu habis. Sentiasa terbayang sosok dia yang sibuk uruskan sahur dan berbuka. Sahur sentiasa makan best.
Sejak dia takde aku sahur kurma jer. Turun dapur, walau ada nasik atau apa sahaja makanan lain memang aku tak lalu nak makan. Sunyi wehh duduk sorang kat dapur tu. So aku cepat-cepat jer minum dan makan sikit dan terus naik ke bilik. Kau yang masih ada pasangan tu, nikmatilah Ramadan ini dengan sebaiknya. Seronok dapat solat bersama, berbuka dan bersahur bersama. Dan salinglah bantu membantu yer. Nanti bila seorang dah tak ada, taklah kau rasa terkilan sangat. Begitulah.
Aku nak paksa anak-anak bangun sahur pagi nanti. Tak taulah berjaya ke tidak. Aku cubalah. Anyway, Ramadan Kareem dan Selamat Berpuasa buat semua rakan-rakan di FB, semoga segala amalan kita diterima olehNya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memberikan kata-kata semangat dan simpati apa yang berlaku. Malah ada juga yang mendoakan beliau mendapat pasangan hidup baru untuk melengkapi hidup keluarganya.
Sebut sahaja tentang hutang, tentu antara kita ada pengalaman yang tersendiri sama ada sebagai orang yang memberi wang atau yang berhutang. Sebagaimana kita semua maklum, hutang itu menjadi tanggungjawab dan amanah untuk dilunaskan oleh setiap yang berhutang.
Pun begitu, tidak dinafikan ramai juga yang tidak mahu membayar hutang; tidak mampu sering dijadikan alasan untuk terus melengahkah bayaran bahkan ada yang hingga buat-buat lupa untuk melunaskan hutang tersebut.
Senang kata, kalau bercakap tentang hal menuntut hutang memang tidak pernah habis kisahnya. Bahkan hingga menyebabkan pemberi hutang pula yang terpaksa menangih wang tersebut dipulangkan.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Namun lain pula kisahnya yang dikongsikan oleh Ustazah Huda di media sosial bila berkongsi sekeping gambar berupa wang syiling dan beberapa wang kertas bernilai RM1 dan RM5 dengan kapsyen yang cukup menarik tumpuan dan perhatian warganet.
Ini perkongsiannya dan jadikan ia inspirasi buat semua.
Dah lama saya nak tulis tentang amanah (hutang), Allah izinkan saat ini. Gambar di bawah ni adalah pinjaman yang dibayar adik saya. Terharu hanya Allah yang tahu saat melihat dia mengangkat satu plastik besar yang mengandungi sejumlah wang syiling RM1,000 dan keseluruhannya termasuk wang RM1 dan RM5 ini total RM3,000.
Saya hanya mampu membalasnya dengan doa moga Allah terus deraskan lagi rezqinya. Allah nilai usaha gigihnya dengan berniaga mengumpul wang ini untuk menyelesaikan segala amanahnya.
Teringat adik saya pernah cerita kisah seorang sahabatnya yang sangat baik dan telah meninggal dunia di usia yang sangat muda. Suatu hari arwah datang dalam mimpi sahabatnya dan dalam mimpi tersebut arwah minta tolong sahabatnya cari nota yang dia tinggal dan tolong selesaikan hutangnya.
Selepas terjaga dari mimpi sahabat arwah mencari nota yang di maksudkan arwah dan dia terjumpa sticky note yang tertulis hutang arwah dan dia segera menyelesaikan hutang tersebut.
Selepas dengar kisah ni saya sangat terpanggil untuk menulis perihal hutang. Ya benar hutang memang dibenarkan dalam Islam. Tapi satu perkara penting yang kita selalu lupa ialah mencatat hutang-hutang kita. Realiti berlaku sekarang ramai yang menganggap hutang adalah perkara kecil. Sedangkan Allah cerita panjang tentang hutang dalam Ayat 282-283 Surah Al-Baqarah. Bukalah Quran tafsir dan hayatilah terjemahan ayat 282-283 ini.
Baginda Nabi Muhammad s.a.w juga meninggalkan pesan pada kita dengan sabdanya :
“Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan keresahan di malam hari dan menyebabkan kehinaan (aib) di siang hari” (Hadith Riwayat Al-Baihaqi)
“Ruh seorang mukmin itu tergantung dengan hutangnya hingga lah dia melunasinya.” (Hadith Riwayat Tirmidzi).
Marilah sama-sama kita mula menulis hutang-hutang kita dan tanamkan azam serta niat untuk menyelesaikan kembali segala hutang-hutang tersebut.
Pesan pada orang terdekat kita jika kita meninggal dunia bagaimana cara mereka boleh bantu melunasi hutang-hutang tersebut.
Bila kita berhutang jangan larikan diri atau bermusuhan. Jika masih belum mampu bayar hubungilah orang yang kita pernah berhutang dan maklumkan keadaan yang kita masih belum mampu melunasi hutang-hutangnya. Ingatlah sahabat, orang yang mati syahid sekalipun ruhnya masih tergantung selagi hutangnya tidak diselesaikan.
Semoga Allah bantu kita kembali mengadapnya dalam keadaan bebas dari segala jenis hutang piutang. Allahumma Aamiin Ya Allah Mujeeb.
Kadang-kadang tanpa sedar, kita anggap apa salahnya salin baju depan anak kecil. Kita rasa biasa kerana anak masih lagi kecil. Disebabkan itulah kita tanpa rasa segan silu menukar pakaian depan anak-anak. Jangan biasakan!
Kenapa tak elok ibu ayah salin baju depan anak dan apa kesannya? Ikuti perkongsian Kaunselor Keluarga, Tuan Haji Hushim Salleh.
Kadang-kadang mak ayah tanpa kita sedar kita adalah sebagai contoh pada anak-anak. Sebenarnya dalam Islam pun kita ada disebut kita kena jaga aurat kita depan anak-anak.
Anak-anak walaupun masih kecil dan tak berapa faham sangat tapi kita masih tetap kena jaga aurat kita sebab ia tidak digalakkan dalam Islam.
Kenapa tak bagus salin baju depan anak?
Misalnya kalau tukar baju depan anak, kemungkinan ada aurat kita yang terdedah dan anak-anak akan melihatnya.
Anak-anak di bawah 10 tahun walaupun masih belum punya nafsu misalnya namun dengan dunia sekarang dan dengan pelbagai kartun yang tidak sihat yang dilihat anak-anak, dimana dalam kartun itu sendiri tanpa disedari anak-anak menonton benda yang tak sepatutnya, terutama yang tidak menutup aurat.
Dalam masa yang sama pula, kita sebagai mak ayah mendedahkan aurat kita depan mereka. Ini sebenarnya perkara yang tidak sihat.
Sebaiknya lihat sekeliling dahulu dan bila anak tiada barulah mak ayah dengan selesanya salin pakaian. Jadikan ini kebiasaan.
Dalam psikologi sendiri, biasanya pemerhatian dan penglihatan ini akan mempengaruhi pemikiran kita.
Kalau kita baca Quran hari-hari, bila tak baca rasa rindu. Macam itu juga dengan kanak-kanak, bila dia melihat benda yang tak sepatutnya di rumah, bila di sekolah berkemungkinan dia cenderung terhadap sesuatu yang dilihatnya.
Sebaiknya jangan tukar pakaian depan anak-anak, tak kiralah sama ada di dalam bilik atau di ruang tamu. Jagalah aurat kita dan jadikan model pada anak-anak.
Supaya anak bila membesar menjadi anak dengan akhlak yang baik. Kita jaga akhlak kita depan anak-anak, Allah jaga keluarga kita.
Tok Ram rajin memasak buat keluarga menjadi antara sisi penyayang yang dikongsikan Alyah. Penyanyi itu turut meluahkan rasa syukur dipertemukan jodoh dengan maestro muzik berkenaan.