Menyimpan baki duit belanja dapur dalam plastik disertakan dengan tarikh. Menarik bunyinya kan.
Tidak kisahlah betapa banyak kita menyimpan, yang penting kena konsisten.
Walaupun sedikit amaunnya, namun hasilnya tidak mengecewakan.
Gambar sekadar hiasan
Demikianlah cara yang dipraktikkan oleh puan Watie Resaliza. Baki membeli kuih dijadikan simpanan olehnya. Katanya cara tersebut sudah lama dipraktikkan setiap kali suaminya memberi wang untuk membeli kuih.
Menarik idea yang dikongsikan ini. Boleh cuba amalkan sendiri dan lihat hasilnya nanti.
Siapa ingat lagi cara saya saving duit hasil dari baki belanja beli lauk. Baki beli sarapan..atau beli kuih kuih.
Ads
“Husband bagi duit sy g beli dan baki saya packing mcm ni…hujung bulan buka…dapat la 300-400 tengok pada baki la kan.
Alhamdulillah..murah rezeki husband kan😁🥰🥰smoga suri2 terinspirasi ya.
Cara dipraktikkan ini bukan saja mampu elak diri membeli barangan bukan keperluan, tetapi juga dapat melihat baki mengikut yang dibelanjakan.
Packing Baki Ikut Tarikh
Ads
Caranya:
– Packing baki duit lauk yang suami bagi seperti ini. boleh elakkan membeli barangan yang bukan keperluan.
– Jika beli sarapan atau minum pagi, jika ada duit baki, suami akan hulurkan dan terus tercetus idea untuk packing dalam plastik setiap hari.
– Sebelum ini jika tidak menyimpan duit baki berkenaan, semua baki akan masuk dalam beg duit dan digunakan untuk membeli barangan disukai.
Ads
– Apabila cukup sebulan jumlah akan dikira. Tidak kisah berapa jumlahnya, yang penting ada duit simpanan setiap bulan.
Malah Emma anaknya juga mungkin mewarisi daripada ibunya, Yatimah Zainab yang berasal dari Scotland memiliki rambut perang.
“Saya tidak warnakannya tapi memang rambut anak saya begitu, warna original.”
Emma memberitahu bahawa ketika kecil rambutnya juga berwarna sebegitu. Akibat kerap mewarnakan rambut, warna asal pudar.
Jauh disudut hatinya Ema tidak berkecil hari jika ada yang bersangka buruk dan mendakwa rambutnya diwarnakan di salon sehingga berubah menjadi keperangan.
“Saya tak kisah orang nak kata apa, asalkan jangan benda-benda negatif. Saya rasa tiada kesan apa-apa pun. Bagi saya kita jangan uat andian terhadap sesuatu perkara tanpa mengetahui hal sebenar.”
Penyanyi Wany Hasrita kini lebih berhati-hati setiap kali berkongsi mengenai anaknya di media sosial.
Semuanya kerana bimbang penyakit ain yang boleh memberi kesan kepada anaknya. Bercerita soal itu kata Wany, dia mula nampak kesan kepada anaknya bila terlalu kerap berkongsi di media sosial.
“Saya memang kawal perkongsian dalam media sosial sejak dulu. Kalau rasa sudah terlalu banyak saya akan berhenti sekejap.
“Penyakit ‘ain ini memang wujud dan adakalanya apabila saya terlalu banyak berkongsi, kadang-kadang anak akan mula meragam.
“Jadi langkah terbaik adalah jangan keterlaluan apabila nak muat naik mengenai anak dan kawal jenis kandungan yang mahu dikongsi kepada umum,” katanya.
Namun menurut Wany, dia bersyukur kerana anak perempuannya, Aishah Al Iman tidak menjadi sasaran mulut jahat netizen di media sosial.
“Sejujurnya memang saya takut, apatah lagi saya ada kongsikan wajah anak dalam muzik video saya dalam YouTube sebelum ini.
“Namun, tindakan itu dibuat dengan niat baik iaitu sekadar nak kongsi kegembiraan kepada semua, cuma tidak dilakukan secara berlebih-lebihan,” jelasnya.
Untuk rekod, Wany mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohd Al Adib Fahmi Harun pada 2022.
Melihat pasangan ini menguruskan dan mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri nyata memberi motivasi kepada ibu bapa lain. Tidak hairanlah setiap kali mengemas kini status terbaru di media sosial, ada sahaja pertanyaan dan permintaan daripada orang ramai yang ingin mereka berkongsi ilmu keibubapaan.
Tidak sekadar itu sahaja, pasangan ideal Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina juga tidak menggunakan bantuan pembantu rumah dalam menguruskan anak-anak. Sebaliknya mereka lebih selesa melakukan sendiri sejak dahulu lagi.
Push anak belajar banyak benda
Senada dan sehati dalam segala hal, namun Dato’ Dr Sheikh Muszaphar sedikit ‘dominan’ terutama dalam mendidik anak-anak. Tegasnya, anak-anak perlu didedahkan dengan segala kemahiran sejak kecil lagi bagi memudahkan pada masa akan datang.
“Alahmdulillah, syukur kerana ini rezeki yang Tuhan berikan pada kami. Saya dan isteri memang suka anak ramai. Saya suka mendidik anak-anak ikut cara saya yang dipraktikkan hasil pembelajaran melalui ajaran ibu bapa saya dan juga sebelah Halina. Saya suka tonjolkan anak-anak dengan unsur kasih sayang selain ‘push’ mereka sehingga ke tahap maksima kerana kita tidak tahu potensi mereka yang boleh pergi.
“Saya mahu didik mereka dalam semua bidang termasuklah bab agama, akhlak, mengaji, belajar berenang, tekwando dan pelbagai lagi. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, demikian juga kami. Dalam hal ini, saya mengharapkan anak-anak akan jadi lebih baik daripada kami kelak. Awalnya isteri saya agak takut dan kesian kerana anak-anak masih kecil.
“Tetapi sebenarnya mereka suka jika apa yang kita suruh buat itu benda yang menyeronokkan buat mereka. Penerimaan Bella dan Tasha baik dan saya tidak suka mereka membazir masa begitu sahaja kerana pada saya setipa minit itu adalah pelajaran. Kebetulan juga kami berdua sibuk dengan kerja, kerana itu saya suka hantar anak-anak ke kelas untuk menambahkan kemahiran mereka.
“Pernah juga mak saya tegur kononnya biarlah anak-anak main tetapi bagi saya pelajaran juga satu corak permainan. Contohnya ke kelas menyanyi, persekitaran tersebut cukup menyeronokkan. Jadi, daripada situ mereka selesa dan seronok untuk belajar. Saya berimpian mahu melihat anak-anak mengikut jejak langkah kami dalam bidang kedoktoran. Kerana itu saya mendedahkan mereka dengan bidang perubatan ini sejak awal lagi.
“Tetapi andai suatu hari nanti mereka mahu memilih bidang lain, saya akur. Tetapi saya percaya jika kita didik dan asuh minda mereka sejak awal ke arah tersebut, maka saya yakin mereka akan menuju ke arah yang betul.
Take a break elak stress
Ditanya mengenai cabaran memiliki anak kembar, jelas Angkasawan negara ini lagi, memang sangat mencabar dan dalam masa yang sama terselit kebimbangan tidak mampu memberi kasih sayang sama rata.
“Memang stress dan kadang kala penat sangat kerana boleh dikatakan 24 jam kami menguruskan anak-anak sendiri. Saya bangun jam 2-3 pagi untuk susukan dan dodoikan anak. Pada saya suami kena banyak berkorban dan jangan harapkan isteri sahaja. Saya lebih suka berjaga malam dan biarkan Dr Halina tidur dan berehat. Pada saya, sebagaimana isteri berkorban begitu juga suami dan kedua-dua kena main peranan.
“Saya selalu pesan pada isteri, kalau penat ambil rehat dengan pergi keluar untuk ‘take a break’ walau hanya 30 minit. Tetapi jarang sebenarnya nak stress kerana penat macam mana sekali pun itu adalah sesuatu yang kami suka lakukan. Lagipun kembar memerlukan perhatian lebih terutama Noah yang agak kecil berbanding Adam. Jadi, dalam diam-diam saya susukan lebih supaya dapat naikkan beratnya dan Alhamdulillah tidak banyak beza kedua-duanya,” seloroh Dato’ Dr Sheikh Muszaphar lagi.
Anak sekolah aliran Cina
Tidak mahu anak terkena kejutan budaya membuatkan pasangan ini menghantar anak-anak bersekolah lebih awal sedari usia 3 tahun. Bahkan Bella menurut Dato Dr Sheikh Muszaphar lagi sudah mencapai level tahun empat untuk subjek matematik dan Bahasa Inggeris. Mengakui Bella banyak mengikut jejak langkah isterinya terutama bab bergaya, mekap, kasut dan sebagainya, Dato Dr Sheikh juga menghantar anak-anak ke sekolah Cina.
“Saya selesa menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan kerana tidak mahu anak berasa diri ‘besar’ sebaliknya mahu mereka jadi orang biasa yang sentiasa rendah diri. Sekolah Cina menjadi pilihan kerana mahu mereka fasih bahasa Mandarin. Walaupun saya secara peribadinya tidak tahu berbahasa Cina dan terpaksa membuka Google translate apabila mengajar anak-anak, saya tidak kisah kerana bahasa ini amat penting untuk masa depan,”ulas Dato Sheikh Muszaphar.
Parenting satu eksperimen
Mengakui masih baru dalam bab keibu bapaan, Dato Dr Sheikh Muszaphar tidak mengharapkan semua orang menerima kaedah yang dipraktikkannya itu.
“Ini cara saya dan kepada mereka yang tidak setuju tidak apa. Kerana proses parenting ini seperti satu eksperimen. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Mungkin kita sudah berikan yang terbaik tetapi hasilnya berbeza. Namun yang pasti saya sudah melakukan yang terbaik dan jika ada yang mahu mencontohi cara saya, maka boleh ikut.
“Keutamaan saya lebih pada keluarga dan bab memberi ceramah masih diteruskan cuma tidak mahu terima terlalu banyak. Soal penerimaan tawaran untuk anak-anak buat masa sekarang kami masih kawal lagi. Kami tidak mahu mereka didedahkan pada bidang komersil dan memilih produk yang bersesuaian dengan anak-anak,”jelas Dato Dr Sheikh Muszaphar yang mengakui kerjasama dan perancangan awal yang sistematik memudahkan dia dan isteri menguruskan anak-anak baik di rumah mahupun ketika bercuti dan sebagainya.
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Feb 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di