Dekorasi yang ringkas tetapi nampak kemas dan teratur membuatkan hati penghuni di dalam nya rasa tenang kan. lebih-lebih lagi buat ibu-ibu.
Demikian juga dengan keluarga ini yang hanya tinggal di rumah atas air serta berdindingkan kayu dan berbumbungkan zink. tetapi atur letak dan susunan barang dan dekorasi yang ringkas. Nampak cukup kemas dan menarik. Perkongsian tersebut sebelum ini pernah tular selepas pemilik rumah memuat naik foto dekorasi rumahnya yang kelihatan sangat bersih dan kemas di Page Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY Terbaru, Puan Mariyah Ghazaliberkongsi idea bagaimana memastikan wallpaper melekat kuat tanpa tercabut walaupun terkena panas dan air. Bagi ibu-ibu nak cuba, bolehlah lihat perkongsian ini. Cukup mudah dan yang penting jimat kerana menggunakan kotak terpakai je. Ini cara sy ..orang tanya xcbut blk ke sbb kna panas lama2. biasa gam akn cabut …tapi sy ada cara sy..Alhamdulilah than elok … bilik air pon xcbut wlau pon selalu kena air ..sy bt setakat mampu #rumahkusyurgaku…
Usaha pengacara popular, Pak Nil atau nama sebenarnya Datuk Aznil Nawawi mencari dana membantu membiayai kos pembedahan penyanyi Zamani Slam, akhirnya membuahkan hasil.
Siapa sangka tidak sampai 10 jam tabung tersebut dilancarkan, sudah berjaya mengumpul lebih RM100,000 hasil sumbangan orang ramai.
Kutipan tersebut bertujuan membantu Zamani yang menderita penyakit tulang belakang atau skoliosis.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story sebentar tadi, Pengacara popular ini memaklumkan tabung bantuan itu telah pun ditutup.
“Tabung bantuan untuk Zamani dah Pak Nil tutup ya. Itu adalah jumlah penuh yang dapat dikutip.
Memang di luar jangkaan dan memang ramai sayangkan Zamani. Semoga Allah balas kebaikan kamu semua dengan rezeki yang berlipat kali ganda. Semoga dengan bantuan ini, Zamani dapat disembuhkan. Aminn,” tulisnya.
Sebelum itu, dia ada memuat naik rakaman perbualannya dengan Zamani serta memohon maaf kerana membuat kutipan tanpa pengetahuan penyanyi itu.
“Minta maaf buat kutipan untuk Zamani tak cakap dengan Zamani sebab Pak Nil tahu Zamani kata tak nak meminta-minta
“Tapi Pak Nil kata tak apa biar Pak Nil yang buat. Zamani nak buat ‘show’ banyak-banyak, Pak Nil rasa keadaan Zamani nanti lagi memudaratkan,” katanya.
Zamani yang sebak bagaimanapun enggan menerima wang tersebut serta meminta Aznil menyimpan wang tersebut sehingga tiba waktu penbedahan.
Dia kemudian meminta Zamani mengambilnya untuk kegunaan rawatan kerana tidak mahu Zamani risau dan tertekan kerana boleh memudaratkan kesihatannya.
Sebelum ini, pengurus Zamani meminta pihak yang mahu mewujudkan tabung dana agar tidak berbuat demikian kerana penyanyi itu masih di peringkat awal rawatan serta bimbang jika wujudnya scammer yang mahu mengambil kesempatan.
Memang tidak dinafikan zaman kanak-kanak adalah zaman yang cukup menyeronokkan.
Ketika inilah, aktif melompat sana sini dan kalau boleh semuanya ingin dibuat tanpa fikirkan bahaya atau sebagainya.
Sebab itu juga, kita sebagainya ibu bapa perlu bagi pengawasan lebih untuk pastikan semasa anak-anak bermain di dalam keadaan selamat.
Namun jika terjadi juga perkara yang tidak diingini, seperti terhantuk, terjatuh atau mengakibatkan luka dan pendarahan yang serius apa yang perlu kita buat segera sebelum menerima rawatan di hospital atau klinik?
Jika tidak tahu, melalui perkongsian ini dapat kiranya memberi info dan manfaat.
Bila berhadapan situasi mencemaskan jangan panik. Jika anak luka dan berdarah, tekap luka berkenaan dengan kain atau tuala bersih.
Tekan (sederhana kuat) selama 10 minit bagi menghentikan pendarahan. Lekatkan kain berkenaan supaya ia terus berada di atas luka selama beberapa minit atau ikat.
Kaedah ini sangat penting kerana pendarahan yang tidak berhenti boleh membahayakan nyawa si kecil kerana jumlah darah dalam badan mereka sedikit.
Sekiranya saiz luka besar, dalam dan berdarah banyak, tekap luka dengan
kain bersih td dan segera bawa ke klinik atau hospital berhampiran.
Apa yang penting ialah memberikan tekanan pada luka supaya pendarahan berhenti.
Masih teringat pesan doktor sewaktu abang amir luka berdarah kat dahi masa umur 4 tahun dulu sampai kena 6 jahitan.
Itulah pesan doktor, ikut step yg aida bg tau tadi. Alhamdulillah Yusuf dah selesai kat klinik, doktor tampal gam dan kena balik berehat. Pantau dalam masa 2 3 hari ni tengok keadaan dia cam mana.
Sumber : NZ Haida
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru nak relaks di sofa sambil hilangkan penat seharian di pejabat tetapi tiba-tiba anak-anak bergaduh berebutkan barangan. Penat meredah jem belum hilang anak-anak sudah buat hal.
Waktu itu pasti emosi anda menjadi tidak stabil. Itu belum bab rumah sudah macam tongkang pecah, bersepah barangan mainan di sana-sini. Keletihan badan dan minda membuatkan anda naik angin. Yang jadi mangsa anak-anak.
Bayangkan jika setiap hari anak dimarahi kerana situasi ini, sudah tentu tidak baik untuk perkembangan emosi mereka. Justeru Dr. Siti Ujila Masuri, seorang pensyarah dan juga penulis buku keibubapaan berkongsi tip berikut untuk membantu para ibu menangani situasi ini dengan betul.
“Sebagai manusia, emosi kita tidak menentu. Kadang balik rumah dengan kepala yang kusut, ‘bateri’ tenaga tinggal 10% dan perlu di ‘charge’ segera. Masalahnya baru saja nak charge, rumah sudah terlebih dahulu dilanda ribut taufan. Tuan-puan pun boleh teka apa yang jadi selepas itu.
“Dalam hidup ini, kita cuba melakukan yang terbaik dan bekerja keras namun terkadang kita lupa apakah sebenarnya yang kita inginkan. Jawapannya ada pada ayat ini yang sangat terkesan di hati:
““Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu” Surah Al Fajr ayat 27-30
“Ya Allah, bila baca ayat ini, seolahnya Allah beritahu “whatever you do, all you really want adalah jiwa yang tenang”.
“Jiwa yang apapun masalah yang datang dalam hidup, orang kata ‘dalam hati ada taman’. Subhanallah, rupanya Allah dah bagi jawapannya dalam Quran. Kita kerja keras, kita besarkan dan didik anak-anak, kita bersolat mengaji, kita bersilaturrahim, semuanya untuk kita mencapai satu pekara:
“Jiwa yang tenang. Hati yang redha dan diredhai.
Izinkan saya berkongsi beberapa tip yang mungkin boleh digunakan. Tip yang saya amalkan dan alhamdulillah bonding saya dengan anak-anak kuat walaupun ada masanya saya jadi cikgu disiplin yang garang.
Cuba 5 Tip Ini
Saya percaya, tip ini bukan perkara baru. Sekadar satu perkongsian yang moga-moga bermanfaat buat saya dan para pembaca:
1. Peganglah jawapan yang Allah berikan itu saat kita melangkah kembali ke rumah selepas seharian bekerja. Katakan dalam hati: “I am going to see my loved ones. This is our happy moment“. Kalau boleh, tampal nota di mana-mana sebagai friendly reminder.
2. Happy moment bukan bermaksud kita tak marah anak. Jika kita perlu tegur kesalahannya, ia mesti dilakukan dan pastikan anak-anak sedar kesilapannya.
3. Tapi bila mood kita OK, ambillah peluang itu sehabis baik untuk katakan pada anak “Sayang mama kat kakak”. Sambil makan bersama atau tengok tv, peluk anak atau sesekali usap kepalanya sambil kita katakan “Sayang anak mama ni”.
Walaupun anak kita masih leka menonton tv saat itu, tapi sebenarnya kata-kata kita itu sampai ke hatinya hingga ia tahu yang ‘mama sayang saya’
4 Bila anak buat perkara yang baik yang menggembirakan kita walaupun sekadar menolong kita mengambil telefon di tingkat atas, pujilah dia sehabis baik “Baiknya anak mama ni, thank you sayang tolong mama. Good sayang. Mesti Allah sayang kakak kan sebab tolong mama ni” sambil picit pipinya yang comel atau hidungnya yang cute.
5. Carikan satu aktiviti yang kita boleh lakukan bersama dengan anak-anak yang boleh buat kita gelak-gelak bersama. Tanpa perlu keluarkan wang dan tanpa perlu keluar dari rumah.
Contohnya, saya dan anak-anak suka bermain ‘dinasour’ di mana saya akan jadi dinasour yang akan mengejar anak-anak sampai mereka berlari lintang pukang sambil ketawa tak kering gusi dibuatnya.
Saya suka sangat momen ini. Dapat buat 10 minit pun sudah cukup menggembirakan anak. Abahnya pula suka bermain ‘horse’. Abah duduk di kerusi, kemudian anak-anak duduk di kaki abah. Konon-konon masukkan duit syiling 50 sen, tiba-tiba horse bergerak (kaki abah) dan mereka punyalah suka (walaupun bergerak setempat).
Supaya, walaupun ada masanya kita marah…ada masanya kita kurang sabar melayan karenah anak-anak, tapi anak tahu yang kita sayangkan mereka. Kerana ada masanya kita tergelak bersama. Ada masanya kita memeluk dan memujinya.
Tip di atas adalah antara elemen dalam Teknik ADHA (Allah Dalam Hati Anakku). Apabila kita melakukannya, secara automatik kita sendiri akan jadi mak ayah yang “full of love“. Kita yang terlebih dahulu akan menjadi ibu bapa yang mudah menunjukkan kasih sayang, hanya dengan satu teknik yang santai.
Humairah dan Umar cemerlang dalam pelajaran serta dipuji guru kerana sahsiah yang baik. Nurul Shuhada meluahkan rasa syukur dan bangga terhadap pencapaian membanggakan kedua-dua anaknya.