Gambar sekadar hiasan

Tengok rupa nampak tua tapi usia masih muda. Pernah tak berlaku pada anda. Rasa ngeri kan? Sebenarnya proses penuaan berlaku pada semua kerana satu proses semula jadi, justeru, kita tak mampu nak elak. Cuma boleh lambatkan dengan cara yang betul.

Berikut 5 tabiat yang perlu dielakkan jika anda tidak mahu proses penuaan menjadi lebih cepat berbanding biasa:

1. Tidur Meniarap Muka Ditutup Bantal

Apabila kita selalu mengenakan tekanan ke atas kulit muka dengan bantal semasa tidur, ini akan menghasilkan trauma pada kulit muka. Apabila ada tekanan pada muka yang terhasil akibat geseran dengan sarung bantal, ini akan menghasilkan kedut akibat kolagen yang pecah.

Keupayaan kulit untuk memulihkan keanjalan wajah juga terhenti kerana peraliran darah tersekat akibat tekanan yang wujud pada wajah. Tidur dengan wajah tidak ditutup membantu mengelakkan masalah ini berterusan.

2. Suka Berdendam

Setiap hari kita akan berhadapan dengan tekanan yang datang dari pelbagai sudut. Ada kajian yang membuktikan wujudnya hubungan di antara kesihatan badan dengan orang yang pemaaf. Seseorang yang suka berdendam, akan meningkatkan sistem aktiviti saraf yang mengawal kebimbangan dan akan menggalakkan rembesan hormon kortisol.

Kortisol akan membuatkan penambahan berat, kenaikan tekanan darah, meninggikan kadar gula dalam darah dan meningkatkan risiko diabetis.

IKLAN

3. Berhenti Bersenam

Orang ramai selalu mengamalkan senaman dengan meletakkan sasaran tertentu. Apabila sasaran tercapai, kebanyakan mereka akan berhenti bersenam. Banyak penyelidikan sudah membuktikan dengan senaman yang berterusan, akan menurunkan kadar kortisol serta meningkatkan hormon seperti testosterone yang banyak memberi faedah pada individu.

Pihak American College of Sports Medicine menyarankan 30 minit diperuntukkan untuk aktiviti senaman setiap hari.

4. Suka Makanan Dan Minuman Bergula

IKLAN

Gula mempercepatkan kadar penuaan badan kita. Memakan gula berlebihan akan menyebabkan kerosakan pada kulit, seperti masalah jerawat dan kedut-kedut muka.

Apabila kita makan gula dan gula diproses oleh badan, ini akan menghasilkan molekul baru yang digelarkan AGE yang akan merosakkan fiver-fiver protein yang mengawal tahap keanjalan kulit.

5. Suka Berjaga Malam

Ketika remaja, berjaga malam memang menyeronokkan kerana kita mempunyai banyak masa untuk berseronok. Namun menjelang dewasa, berjaga pada waktu malam akan membuatkan kita kelihatan lebih tua daripada biasa. Apabila berjaga malam, kita akan kekurangan tidur yang cukup. Ini akan menjadikan mata kita kelihatan bengkak dan sembab. Kita akan kelihatan kurang bermaya dan kusam.

IKLAN

Sumber: Petua ibu

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI