Siapa tak bangga apabila memakai jam yang tersergam indah di tangan. Auranya pasti membuatkan si pemakai tampak lebih berkeyakinan dan elegen. 

Anda tentu pernah mendengar jenama Ice Watch yang sentiasa hadir dengan rekaan eksklusif dan classy bagi setiap keluarannya. Terbaharu, Ice Watch telah mengeluarkan satu keluaran yang pasti membuatkan para penggemar sukan tersenyum riang. 

Ice-Watch telah menghasilkan satu lagi inovasi dengan pelancaran salah satu jam tangan pintar yang paling komprehensif. Pelancaran ICE smart one menandakan kejayaan besar dalam teknologi namun Ice Watch masih mengekalkan keunikan jenama itu yang dari awal dipacu oleh pengasas Ice-Watch Jean-Pierre Lutgen.

Jam tangan pintar generasi terbaru ini di datangkan dalam 4 warna. Koleksi ICE smart one menggabungkan teknologi termaju dan menggabungkan pelbagai reka bentuk jenama. 

IKLAN

Jam tangan pintar tercanggih ini secara semula jadi menampilkan semua fungsi yang anda perlukan seperti cuaca dan menjejaki kecergasan, tidur, kesihatan atau sesi sukan anda lakukan. 

Ia juga merekodkan bilangan langkah yang diambil, jarak yang dilalui dan jumlah kalori yang dibakar pada siang hari. 

IKLAN

Anda juga boleh menggunakan penderia bersepadunya untuk mengukur tekanan darah anda, kadar denyutan jantung anda dan juga tahap oksigen darah anda. 

Lebih menarik lagi, anda boleh merakam dan memaparkan jumlah tempoh tidur anda serta fasa tidur nyenyak dan ringan yang direkodkan pada waktu malam.

IKLAN

Akhir sekali, mod latihan ini boleh merekodkan lebih 100 aktiviti sukan seperti berjalan kaki, larian luar, berbasikal, ponteng, badminton, dan lain-lain. 

Sekiranya berlaku kecemasan, anda juga boleh bergantung pada peranti pintar ICE anda dimana ia memaparkan butiran hubungan tiga orang untuk dihubungi sekiranya berlaku bahaya, terjatuh atau kecederaan.

Jam ini boleh didapati di semua cawangan ICE Watch dengan harga hanya RM499. 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI