“Alhamdulillah, urusan berjalan lancar, saya berpuas hati dan amat berterima kasih kepada semua yang hadir memberi sokongan serta semangat.”
Gali Semula Kubur Syamsul Haris, Ibu Hargai Sokongan Orang Ramai
Itulah kata-kata Ummu Haiman Bee Daulatgun, ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, sejurus selesai proses penggalian semula kubur anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu, Semenyih, pada Jumaat.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang sanggup hadir memberikan sokongan moral ketika proses berlangsung. Katanya, dorongan itu sekurang-kurangnya mengurangkan beban emosi yang ditanggung keluarga sepanjang menantikan jawapan sebenar berhubung kematian anaknya.
“Sekarang kami hanya menunggu keputusan bedah siasat kedua, semoga semuanya dipermudahkan,” katanya ketika ditemui di lokasi penggalian.
Ads
Terdahulu, kerja penggalian semula kubur pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) berusia 22 tahun itu selesai kira-kira jam 9 pagi. Tidak lama selepas itu, pada jam 9.37 pagi, van jenazah yang membawa jasad Syamsul Haris dilihat meninggalkan kawasan tanah perkuburan untuk dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan bedah siasat kedua.
Masalah akan timbul bila seorang suami mengharapkan isteri jadi “submissive provider” – tunduk tapi dalam masa sama menggalas tanggungjawab besar sebagai penyumbang utama ekonomi keluarga.
Tuntutan macam ni bukan sahaja membebankan isteri, tapi boleh menghakis kasih sayang dan keseimbangan dalam rumah tangga. Hubungan yang sihat sepatutnya saling menyokong, bukan berlandaskan harapan tak adil dari satu pihak sahaja.
Sebagaimana perkongsian Ustazah Sharifah Zahidah yang mengulas sebuah posting yang menyentuh mengenai isu mengenai tanggungjawab suami termasuk jangan terlalu memanjakan suami.
Ikuti perkongsian ini untuk kita muhasabah diri dalam membina sebuah keluarga bahagia.
Benar. Konflik yang sama juga berlaku apabila lelaki mengharapkan “submissive provider” dari watak seorang isteri.
Saya teringat satu hari tu saya “termengadu” depan ibu mertua bahawa husband sangat sibuk bekerja. Sampai pagi raya pertama pun cuma beberapa jam dengan keluarga – kemudian sudah keluar bekerja kerana ada urusan kerja event pagi raya di Istana Negara.
Kita pagi raya kita-kita sesama keluarga saja yang berkocoh kacah. Istana ini – pagi raya kena sub/melibatkan kontraktor luar untuk persiapan. Jadi memang ada sektor tak kritikal yang terpaksa bekerja di pagi raya.
Sebenarnya. Saya bukan mengadu merungut apa pun. Macam saja sembang-sembang sebab takda topik.
“Itulah mak. Raya pertama pun kerja juga. Tak reti nak rehat dia ni…” Betul-betul saya ingat hanya sembang kosong saja. Tapi bagi mertua saya, lain pula.
Dengan lembut dia balas; “Biarlah dia, dia lelaki. Itulah tugas dia nak jaga keluarga. Asalkan dia buat benda halal..” Haha, terdiam saya.
Saya suka bila mertua saya selalu sebut ayat “Dia lelaki, dia lelaki.” Bagi saya, itu satu penghormatan/pandang tinggi terhadap lelaki.
Yang tak betul ialah, “Dia lelaki. Biasalah tak matang.” “Dia lelaki. Biasalah miang.” “Dia lelaki. Biasalah busuk dan pengotor.” “Dia lelaki. Biasalah malas dan kuat tidur.” “Dia lelaki. Biasalah main game dan lepak-lepak.”
Salah tu. Kena ubah dari sekarang ibu-ibu.
“Dia lelaki. Kehebatan dia pada tenaga fizikalnya.” “Dia lelaki. Kehormatan dia pada melindungi keluarga.” “Dia lelaki. ALLAH lebihkan mereka dan angkat jadi ketua keluarga.” “Dia lelaki. Dia tahu bagaimana nak laksanakan tanggungjawab dia selayaknya.” “Dia lelaki. Dia lebih bijak mengurus dan mengatur perjalanan dan keperluan keluarga.”
Apa yang kita semai dalam diri anak-anak tentang KUALITI JANTINA mereka – sangat banyak mempengaruhi mereka dalam keberhasilan mereka berperanan dalam rumahtangga.
Berbalik kepada perbualan saya dengan mertua. Bagi mertua saya, apa yang saya utarakan made me sound like a non-supportive wife walhal bukan niat saya untuk tidak support/tidak bersetuju dia keluar di pagi raya. Saya okey teramat sangat. Saya kenal dia macam mana. Cuma mungkin saya tak berhati-hati dalam menutur kata ketika itu.
Masa tu jugak saya terfikir dalam hati. “Patutlah anak-anak lelaki ibu mertua saya lincah buat kerja. Dan sangat bertanggungjawab bab bekerja dan menafkahi. Sejenis memang tak ajar anak lelaki duduk rumah malas-malas relaks-relaks. Setahap ini maknya reda anak bekerja di pagi raya demi keluarga.”
Kalau belanja sudah cukup. Mungkin logik suruh anak berehat. Tapi ibunya juga tahu struggle anak lelakinya yang berbisnes zaman sekarang ini. Maka yang lebih mulia adalah tetap saja bekerja selepas berehat seketika (before Raya dah bercuti/tiada job).
SITUASI YANG SAYA SEBUT INI TAK SESUAI PUN UNTUK SEMUA ORANG.
Husband tu kampong dia kat KL. Yang kampong kat Kedah Perlis apa bagai jangan sibuk tiru idea kerja di pagi raya ni pula ya. Lepas Zohor, dia terus balik rumah. Dah siap kerja. Boleh sambung beraya dan berziarah. Tiada apa yang tragis pun.
Cuma masa tu – bagi saya agak PELIK SEBAB KERJA RAYA PERTAMA? Benda pelik sangat dalam keluarga saya. Tak merungut, cuma pelik/awkward. Tapi selepas dengar apa mertua cakap – terbuka keluasan pandangan saya dalam memahami perkara ini. “Kerja keras ni ada ke masa dengan keluarga? Dok pulun kerja sampai abai keluarga buat apa?”
Jawapannya, teramatlah ada masa bersama keluarga. Walaupun busy. Walaupun banyak kerja. Saya hampir tak pernah shopping/beli barang sendirian atau pegang steering kereta sebelum ini. Sekarang je dah kena drive sendiri semula sebab tuntutan keadaan juga sudah berubah.
Kadang-kadang bergaduh manja sebab nak suruh dia tu berehat. Sebab? Kasihan tengok dia pulun bekerja dan memerah tenaga. Tapi bila kenang semula. Melihat dia bekerja keras – adalah apa yang membuatkan saya jatuh hati dengannya. Itulah kriteria paling mencairkan jiwa.
Jadi tak perlu paksa atau overthink atau pandang rendah pada tenaga dia. Pandailah dia berehat bila dia penat. Yang perlu, salurkan emosi yang stabil dan penuh kasih sayang untuk memulihkan tenaga mereka. Wanita yang sihat dan stabil emosinya, adalah wanita yang memiliki kecantikan kelas tinggi di mata lelaki sejati.
Melihat lelaki yang menumpahkan keringatnya demi keluarga, kita rasa secure. Rasa secure yang saya tak pernah rasa sebelum itu kerana sebelum kehadiran dia, sayalah yang perlu bekerja keras untuk segalanya.
Saya yakin. Sebegitu jugalah lega dan tenang seorang lelaki bila dikurniakan isteri yang stabil dan cantik emosinya.
Jika wanita perlu rasa secured di sisi lelaki. Lelaki perlu rasa nurtured di sisi wanita. Begitulah. Soal lelaki perkasa VS lelaki manja. Semuanya bermula dari DIDIKAN KELUARGA.
To be specific – semuanya bermula dari “WHAT KIND OF MENTAL ATTITUDE DOES A MOTHER INSTILL IN HER SONS.”
Mentaliti manja dan asyik-asyik kena rehat – maka yang lahir nanti juga lelaki yang manja.
Mentaliti gigih dan TEKUN berusaha – maka yang gigih, tekun dan perkasa jugalah yang akan lahir dari keluarga kita.
Ibu-ibu memang kasihan kalau tengok anak bekerja. Tapi ketahuilah, KITA RASA PENAT tengok lelaki bekerja sebab kita compare dengan tenaga fizikal/kudrat kita yang terbatas.
Kepenatan mereka tak sama macam kita. Tangki kudrat mereka banyak dan powerful. Yang mereka tak sekuat kita adalah dari sudut emosional. Maka dari situ kita perlu SALURKAN TENAGA EMOSI kita yang cantik dan sihat kepada mereka agar mereka terdorong cemerlang dan gembira dalam pekerjaan/peranan mereka. Bukan tenaga fizikal yang mereka perlu dari kita. Tapi, sentuhan/tenaga emosional.
Begitu juga lelaki. Mereka tak perlu sangat bagi tenaga emosi mereka yang terhad pada wanita. MERINGANKAN TUGASAN FIZIKAL SEORANG ISTERI itu sendiri adalah DITAFSIRKAN SEBAGAI BANTUAN/SOKONGAN EMOSI kepada wanita.
Sebab itu ramai wanita ANGGAP MASALAH BESAR bila suami tak bantu house chore dan jaga anak-anak yang melibatkan kudrat. Sebab KETERBATASAN TENAGA FIZIKAL adalah isu besar untuk wanita.
Sebab itu, mandikan anak, bersihkan najis (kena dukung2 anak – pressure on rahim dan back pain utk anak setahun atau 2 tahun ke atas) angkat kain semua tu LEBIH DIHARAPKAN isteri berbanding bangun tengah malam susukan anak, tukar pampers etc. Bangun malam pula kerja lebih pada emosi. Jadi normal kalau isteri bangun dan suami tidur mati.
Bukan suami tu tak guna atau tiada empathy. Cuma, nak kejut dia tu kena ada extra effort sebab EMOSI dia tak sesensitif emosi ibu.
Ibu ni, anak dah tidur nyenyak pun dia terbangun-bangun nak cek anak ok ke tak. Bapaknya, anak menangis pun dia boleh terlelap. Nak tidurkan anak, dia yang tertidur dulu. Kita geram je tengok kan? Tapi sekarang kita akan lebih faham inshaALLAH. Jangan dimarahi. Dia bukan jahat begitu.
Cuma, nature dia begitu. Ada sesetengah perkara easier done by women. Ada yang easier done by men. Ada yang tahap harmoninya lebih dari biasa maka semuanya dia boleh berbahagi tugas dengan cara lebih luar biasa. Pandai-pandai adjust antara kita dan pasangan.
Ingat, SETIAP RUMAHTANGGA DAN SETIAP PENDIRI RUMAHTANGGA ITU UNIK. Apa yang saya tulis sekadar coretan ringkas gabungan pembacaan, pembelajaran dan kes-kes client yang saya uruskan. Bukan final. Pandai-pandailah ambil dan sesuaikan. Tak perlu terima bulat-bulat.
Begitulah sembang santai tentang tenaga lelaki dan wanita. Lelaki. Stop expecting a submissive provider. Wanita. Stop expecting a feminine and passive provider. A provider is MASCULINE. A provider is ACTIVE AND DECISIVE. They dont get along with the idea of being BOTH a provider and feminine or passive. Allahualam.
Sumber: Sharifah Zahidah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noda kekasih 13 tahun, Ronaldo diarah jalani khidmat masyarakat 240 jam. Seorang pelajar kolej diarah menjalani hukuman khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di Seremban atas pertuduhan merogol teman wanitanya yang bawah umur, Mei lalu.
Hakim, Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap tertuduh, Ronaldo Sillo Chundi, 20, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.
Beliau turut mengarahkan tertuduh dihadapkan semula ke mahkamah serta boleh dihukum mengikut peruntukan hukuman asal sekiranya gagal menjalani khidmat masyarakat berkenaan.
Selain itu, remaja berkenaan dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap 1 hari bulan setiap bulan dan perlu mengikut sesi kaunseling diadakan serta mematuhi jadual aktiviti yang ditetapkan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Surita juga mengenakan bon cagaran RM5,000 dengan penjamin daripada ahli keluarga dan sekiranya gagal, boleh dikenakan penjara setahun.
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan kesalahan merogol seorang remaja berusia 13 tahun di sebuah hotel di Port Dickson, kira-kira jam 3 petang, 15 Mei lalu.
Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Peguam, Kartikeyan Supramaniam merayu hukuman berbentuk khidmat masyarakat dikenakan terhadap anak guamnya memandangkan tertuduh adalah pesalah muda, malah mangsa dalam kes itu adalah teman wanitanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi memaklumkan tiada halangan terhadap permohonan pihak pembelaan dan menyerahkan kepada budi bicara mahkamah.
Pada prosiding tersebut, Pegawai JKM turut membaca laporan sosial dan akhlak tertuduh.
Kesempatan bertemu dengan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel dalam satu majlis khas sempena meraikan ulang tahun kelahiran 2 orang anaknya iaitu Soffya dan Zahri, pasangan ini telah berkongsi hadiah istimewa yang diberikan untuk kedua cahaya matanya ini.
Jika ibu bapa lain akan memberikan gadjet, pakaian ataupun perhiasan namun bagi pasangan ini mereka sepakat untuk memberikan hadiah kondominium untuk Soffya dan Zahri demi masa depan mereka.
“Alhamdullilah, kita memikirkan masa depan anak-anak. Jadi setiap kali birthday mereka adalah hadiah yang diberikan untuk masa depan mereka. This time, kita kasi anak-anak rumah jenis kondo.”
Tambah Wawa, “Setiap anak kami mempunyai rumah masing-masing dan kami tidak pernah skip simpan duit untuk mereka.”
“Sedar tak sedar, anak kami yang tua berumur 11 tahun sudah mempunyai banyak simpanan. Kita tak tahu di masa akan datang apa yang akan berlaku, jadi itu adalah simpanan untuk mereka. Untuk mereka belajar, apabila kecemasan ataupun sebagainya.
Berkongsi kenangan melahirkan kedua cahaya matanya ini,
“Sebenarnya Soffya dan Zahri due date bersalin sama tarikh dengan birthday Aeril, 2 Disember tapi terberanak awal. Sebeb itulah tarikh lahir mereka berturut-turut.”
Dalam majlis yang berkonsepkan ‘beach’ ini, Wawa turut melancarkan produk terbaru iaitu Wawa Mummy Baby Sunscreen Set yang diadakan di Bangi Golf Club.
“Pelancaran sunscreen untuk kanak-kanak ini adalah kerana kanak-kanak mempunyai kulit extra sensitif. Oleh yang demikian ianya diformulasi secara mineral yang sangat bagus untuk kulit kanak-kanak seawal usia 6 bulan.”
Walaupun baru dilancarkan, jualan bagi produk ini sudahpun mencecah 40 000 unit. Ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan lebih-lebih lagi sunscreen Wawa yang dilancarkan sebelum ini sudahpun terbukti keberkesanannya.
Wawa dan Aeril turut mengumumkan akan mengedarkan 100 000 Wawa Sunkids secara percuma kepada kanak-kanak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...