Gaun pengantin bau ketiak, wanita dipaksa beli dengan harga RM1,228. Seorang wanita di China berang apabila dipaksa membeli gaun pengantin bernilai 2,000 yuan (RM1,228.35) yang tidak dimahukan selepas didakwa meninggalkan bau ketiak ketika mencuba pakaian itu.
Gaun Pengantin Bau Ketiak, Wanita Dipaksa Beli Dengan Harga RM1,228
Insiden itu bermula apabila wanita yang dikenali sebagai Momo mengunjungi sebuah butik pengantin bersama kekasihnya dan mencuba dua gaun pengantin berbeza.
Menurut Momo dari Shandong, dia tidak menyukai pakaian pertama sebelum mengembalikannya kepada pekerja yang melayannya.
Katanya, dia juga menyedari pekerja kedai itu tidak begitu gembira selepas menerima gaun pengantin pertama yang baharu dicubanya, namun tidak mengendahkannya sebelum terus mencuba gaun pengantin kedua.
“Saya masih tidak menyukai gaun pengantin kedua dan tempat itu (tingkat 2) tidak mempunyai penghawa dingin, jadi saya memutuskan untuk pergi,” jelasnya dalam catatan di media sosial Xiao Hong Shu (RED) melalui akaun miliknya seperti dilaporkan World of Buzz.
Momo berkata, ketika dia dan kekasihnya bersiap untuk pergi selepas memulangkan gaun pengantin kedua, mereka tiba-tiba dihalang pihak kedai.
“Kekasih saya bertengkar dengan pekerja kedai itu sebelum salah seorang daripada mereka menghubungi pengurus kedai.
“Selepas bercakap dengan pekerja, pengurus datang memberitahu kami tentang bau badan pada gaun itu,” katanya.
Ads
Katanya, dia mempertahankan dirinya bahawa tempat itu benar-benar panas.
“Tingkat dua kedai itu tiada penghawa dingin sehingga saya berpeluh dalam pakaian saya.
“Sejujurnya, saya rasa saya tidak perlu bertanggungjawab, namun untuk tidak memanjangkan isu, saya tiada pilihan selain terpaksa membayar 2,000 Yuan untuk gaun pengantin yang saya tidak mahu.
“Saya tidak sangka kedai pengantin itu tergamak memeras pelanggan dengan cara begini kerana bau ketiak,” katanya dalam catatan 30 Ogos lalu.
Seorang guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima anak murid perempuan berusia sembilan tahun, Mei lalu.
Tertuduh yang juga bapa kepada enam anak itu menafikan semua pertuduhan selepas dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya. Kes guru amang seksual murid ini mengejutkan ramai pihak kerana melibatkan pelajar sekolah rendah.
Pertuduhan Terhadap Guru Bahasa Melayu
Berdasarkan kertas pertuduhan, perbuatan itu didakwa berlaku di dalam bilik darjah sebuah sekolah rendah pada 8, 13 dan 15 Mei lalu. Tertuduh berdepan dengan enam pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.
Akta ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan. Oleh kerana tertuduh merupakan individu berautoriti terhadap mangsa, hubungan amanah turut menjadi faktor pemberatan kesalahan dalam kes guru amang seksual murid ini.
Keputusan Mahkamah dan Hujahan Pendakwaan
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Haikal Hazwan Md Yatin, yang tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu dikategorikan sebagai tidak boleh dijamin (non-bailable offence). Namun, mahkamah mempunyai budi bicara mempertimbangkan jaminan atas faktor tertentu.
Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin. Beberapa syarat tambahan turut dikenakan seperti yang dicadangkan pihak pendakwaan bagi memastikan kehadiran tertuduh pada prosiding akan datang.
Tarikh Sebutan Semula Kes
Hakim menetapkan 17 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi tujuan lantikan peguam dan serahan dokumen kepada pihak pembelaan. Kes guru amang seksual murid ini dijangka mendapat perhatian umum kerana melibatkan aspek keselamatan pelajar di sekolah.
Orang ramai diingatkan untuk sentiasa peka terhadap tanda-tanda gangguan atau penderaan dalam kalangan pelajar dan melaporkan sebarang kejadian mencurigakan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan insiden seperti kes guru amang seksual murid berulang.
Siapa sangka, walaupun baru berusia 4 tahun namun kanak-kanak ini telah berjaya mengharumkan nama negara selepas menyertai kejohanan push bike terbesar di Jepun iaitu Runbike Championship Series (RCS).
Ayden Maleeq telah mengharumkan nama negara selama dua hari berturut-turut selepas berjaya menaiki podium. Kejayaan ini membuktikan anak Malaysia juga mampu menduduki podium di kedudukan kedua pada hari kedua kejohanan tersebut berlangsung.
Difahamkan kejohanan disertai bakal cilik terbabit berlangsung pada bulan Januari yang lalu, namun video yang menyaksikan Maleeq menaiki podium kembali tular di media sosial dan rata-rata ramai yang kagum melihat kanak-kanak seusia ini berjaya mengharumkan nama negara.
Rintangan yang dihadapi oleh anak kecil itu bukan biasa-biasa memandangkan dia terpaksa berlumba dalam keadaan suhu mencecah 1 darjah celsius.
“Cuaca di sini cukup mencabar, Maleeq beraksi dalam keadaan suhu sejuk mencecah 1 darjah celcius.
Di entri yang sama, pihak Bike 8 juga mengucapkan tahniah buat Maleeq kerana membawa nama Malaysia untuk terus dikenali di mata dunia terutama melibatkan sukan push bike.
“Hari pertama dia sudah menunjukkan prestasi cemerlang apabil menduduki tangga ketiga.
“Pada hari kedua pula, Maleeq berjaya memperbaiki kedudukannya apabila naik satu tangga berada di tempat kedua.
Semoga kejayaan Maleeq ini menjadi inspirasi buat masyarakat di luar sana.
Masih ingatkah lagi dengan cerita Aku Tanpa Cintamu lakonan Zamurul Hisyam dan Bella Astillah yang pernah mencetuskan fenomena tahun lalu.
Dalam drama ini, Zamarul Hisyam yang memegang watak Adam, iaitu seorang pengarah terkenal mempunyai sikap narsistik. Mungkin kita semua jarang mendengar mengenai perkataan ini dan kurang paham mengenai maksudnya.
Namun selepas pelakon Puteri Sarah Liyana ada menyatakan mengenai perkara ini berikutkan kemelut rumahtangga yang dihadapi membuatkan ramai yang ingin penerangan lanjut mengenainya.
Posting Puteri Sarah Liyana mengenai indiviri narsistik yang banyak membuka mata masyarakat mengenai perkara ini.
Narsistik adalah gejala narcisstic personality disorder (NPD) atau gangguan personaliti narsistik (taasub pada diri sendiri). Individu dengan gejala gangguan personaliti narsistik ini biasanya sering mengalami masalah hubungan dengan orang lain.
Tingkah laku individu yang memiliki sikap narsistik juga sering gagal dalam perhubungan intim, kekeluargaan dan profesyen.
Berikut ialah ciri-ciri individu yang mengalami gangguan personaliti narsistik :
1. Berasa diri sendiri lebih penting.
2. Kerap berasa bahawa diri sendiri adalah lebih baik daripada orang lain. Sebagai contoh, kerap berasa lebih pandai, lebih cantik, lebih kacak, lebih berjaya dan lebih berkuasa daripada orang lain.
3. Menganggap diri mereka adalah seperti golongan atasan dan hanya layak bergaul dengan golongan tersebut sahaja. Memerlukan pujian setiap masa daripada orang lain.
4. Rasa mempunyai hak atau berhak ke atas sesuatu walaupun hakikatnya tidak mempunyai hak ke atas sesuatu.
5. Tergamak untuk mengambil kesempatan ke atas orang lain demi mencapai tujuan dan matlamat peribadi.
6. Kurang memahami individu lain, kurang bersifat empati dalam memahami perasaan atau situasi yang dilalui individu lain.
7. Bersikap sombong atau memandang rendah kepada orang lain.
8. Ingin diiktiraf atau dikenali ramai.
9. Kerap menyatakan mengenai pencapaian dan bakatnya kepada orang lain.
10.Mengawal perbualan dan sering kali perbualan tersebut hanya berkenaan pencapaian dan kehebatan dirinya