Pelakon dan pengacara terkenal, Nabila Huda yang juga merupakan anak kepada rockers Malaysia, Amy Search telah meluahkan pendapatnya apabila ramai kaum wanita yang obses untuk memiliki warna kulit yang cerah dan putih.
Nabila yang sememangnya memiliki raut wajah yang jelita asli serta kulit yang cantik melalui ciapannya di Twitter, Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkata bahawa warna kulit asli wanita Melayu adalah cantik.
“Kenapa ramai perempuan Melayu tak suka warna kulit sendiri? Ramai yang obsessed nak berkulit putih.
“Korang sedar tak, kulit asli warna kita ni sebenarnya menggambarkan wanita Melayu cantik,” katanya.
Menurut Abil lagi, dia sangat berbangga dengan warna kulitnya yang seakan-akan warna gula perang itu.
“Brown sugar is sexy you know. I love my skin so much and I am so proud of it,” ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Abil dan menyatakan isu warna kulit cerah ini sebagai ‘beauty standard’ orang Asia yang bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja.
Ads
Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman diejek oleh rakan-rakan kerana memiliki warna kulit yang gelap.
Siapa kata kalau nak bercucuk tanam memerlukan ruang laman rumah yang luas. Meskipun orang kata rumah tidak bertanah sekali pun, tidak mustahil anda boleh bercucuk tanam dan menikmati hasilnya.
Ya tidak sukar sebenarnya untuk bermula cuma anda perlu sedikit kerajinan, sabar dan sedikit ilmu untuk memulakan projek tanam sayur di rumah. Malah tidak perlu kawasan yang besar asalkan cukup untuk beberapa biji pasu.
Untuk bermula KELUARGA cadangkan anda cuba dahulu 12 jenis sayuran yang mudah hidup ini. Ini kerana jika anda memilih tanaman yang mudah hidup, secara tidak langsung ia membakar semangat anda apabila melihat sayur-sayur ini hidup subur dan mengeluarkan hasil. Siapa yang tidak gembira melihat hasil tangan sendiri dan menjadi hidangan seisi keluarga kan?
Lettuce mudah ditanam di dalam bekas cetek dan tidak memerlukan medium tanaman yang banyak. Selain itu ia juga sesuai ditanam di tempat teduh kerana tekstur daunnya yang nipis dan apabila terkena cahaya matahari yang terlalu terik akan mengakibatkan daunnya melepuh. Ia juga sesuai ditanam secara hidroponik.
Bok choy atau chinese green ini, seperti lettuce ia juga mudah ditanam tetapi jangka hayatnya lebih panjang dari lettuce. Pastikan pasu mempunyai saliran yang baik kerana bok choy memerlukan air yang banyak tetapi sensitif kepada tanah bertakung air. Bok choy lebih cepat dituai pada musim panas dan terdapat banyak nurseri yang menjual biji benih bok choy ini.
Kailan bukanlah terdiri dari pokok yang bermusim. Ia boleh ditanam sepanjang tahun terutamanya musim panas. Untuk hasil yang optimum siram pokok ini dua kali sehari iaitu pagi dan petang. Pokok kailan tidak perlu dituai seluruh pokok, hanya petik daunnya dan batang pokok akan mengeluarkan daun yang baru.
Bayam merupakan pokok yang tahan lasak dan sesuai diranam di dalam bekas atau pasu. Ia memerlukan cahaya matahari tetapi bukan direct sun oleh itu ia sesuai ditanam di tempat teduh. Kaedah penanaman bayam adalah melalui keratan batang. Batang dan akar bayam yang dibeli di pasar jangan dibuang, anda boleh terus tanam di dalam pasu.
Kacang panjang merupakan tumbuhan yang popular di Malaysia. Salah satu teknik tanaman ini adalah anda perlu meyediakan kayu pemancang untuk pokok ini memanjat. Kacang panjang memerlukan air yang banyak tetapi tidak bertakung dan sebaiknya letakkan sungkupan di atas tanahnya untuk sumber nutrien dan mengekalkan lembapan.
Kacang buncis antara pokok yang mudah ditanam dan mudah hidup. Ia juga mudah bercambah dan dapat dituai dalam masa yang singkat. Sama seperti kacang panjang, kacang buncis juga memerlukan pemancang kayu untuk pokok ini menjalar. Kacang buncis memerlukan cahaya yang banyak pada waktu pagi dan tanah bersaliran baik.
Tomato adalah tumbuhan menjalar yang ditanam dalam masa singkat. Ia cepat mengeluarkan hasil dan memerlukan kayu pemancang atau tomato cage untuk memberi sokongan kepada pokok. Tomato memerlukan cahaya yang banyak tapi tidak terlalu terik terutamanya di waktu pagi.
Kangkung antara tanaman yang mudah bercambah dan dituai. Ia boleh dibiakkan melalui biji benih atau keratan batang. Kangkung sukakan persekitaran yang lembap oleh itu pastikan anda kerap menyiram terutama ketika musim panas. Kangkung boleh dituai setelah usianya mencecah empat hingga enam minggu selepas disemai.
Sawi merupakan agen anti kanser hebat yang mengandungi vitamin A,B dan C. Sawi sesuai ditanam di dalam pasu tetapi tanahnya perlulah sentiasa digembur. Sawi memerlukan siraman yang kerap dan boleh dituai selepas 28 atau 35 hari selepas disemai.
Kucai adalah sayur dari keluarga bawang dan tumbuh secara merimbun. Teknik tanamnya sama seperti bawang iaitu melalui rhizome atau biji benih. Kucai tidak memerlukan air yang banyak. Teknik tuainya adalah kerat pada bahagian daun dan biarkan batangnya, ia akan tumbuh daun yang baru.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Setiap ibu bapa pasti ada cara tersendiri dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Semuanya demi memastikan anak-anak menjadi ‘orang’. Begitu juga dengan pelakon dan usahawan Hanis Zalikha, 30.
Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Melihatkan cara pemilik jenama Cakenis ini membesarkan anak-anaknya cukup memberi inspirasi terutama kepada pasangan muda yang lain.
Tidak hairanlah, setiap kali memuat naik video mahpun gambar perkongsian di instagramnya, ramai ibu-ibu yang memberi komen.
Terbaru, Hanis memberitahu yang dia membuat peraturan yang mana anak-anaknya hanya dibenarkan untuk menonton televisyen pada hujung minggu.
“Budak-budak ni dapat tengok televisyen hari Sabtu dan Ahad. Pukul 6 petang kena tutup televisyen, dah faham sendiri,” demikian perkongsiannya menerusi insta stories.
Sebelum ini, Hanis mendedahkan dia tidak memberi anaknya gajet di usia yang awal. Jelas isteri kepada aktor Hairul Azreen ini lagi, anak kecil tidak mudah berasa bosan jika dibandingkan dengan orang dewasa.
“Ramai tanya tak bosan ke kalau anak-anak tak tengok televisyen? Sebenarnya anak-anak kecil ni hebat, imaginasi sangat tinggi. Diorang bukan macam kita dah tepu dan cepat bosan.
“Kanak-kanak mampu kreatif dalam suasana yang paling kosong dengan barang yang terhad,” kongsinya lagi.
Tak dinafikan, nak makan di restoran atau hotel mewah ini ada kalanya membuatkan kita risau jika tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak tersebut untuk menjaga imej mereka.
Kadang kala syarat-syarat ini membuatkan ramai yang ‘jauh hati’ untuk menikmati hidangan di tempat mewah ini.
Namun seorang pencipta kandungan (content creator) dari Mumbai dengan selamba telah ‘melanggar’ etika ketika menikmati hidangan di restoran mewah di Hotel Taj.
Siddhesh Lokare telah memesan piza dan mocktail untuk dinikmatinya. Semasa membuat pembayaran, dia tanpa rasa bersalah telah menggunakan duit syiling.
Video ini telah dimuat naik sendiri oleh Siddhesh di laman Instagramnya.
Dalam video itu, Siddhesh yang memakai sut lengkap dilihat membayar bil hidangannya dengan syiling yang diisi dalam satu beg kantung dan menyerahkannya kepada seorang pelayan.
Pelayan berkenaan kemudian dilihat membawa kantung syiling untuk dikira.
Insiden itu turut mengejutkan pengunjung restoran tersebut yang berada di sekeliling.
MenurutSiddhesh, dia sekadar mahu menyampaikan mesej bahawa tidak salah untuk menjadi diri sendiri dan jangan terpengaruh dengan orang lain sehingga berpura-pura.
Sebahagian warga maya menyambut baik mesej Siddhesh namun segelintir daripadanya mengecam kerana menyifatkan tindakan lelaki itu hanya menyusahkan pelayan.
Anak Nasir Bilal Khan bertunang dan mencuri perhatian ramai apabila wajah manis bakal pengantin wanita menerima pelbagai pujian netizen. Majlis sederhana itu turut dibanjiri doa dan ucapan tahniah.