Peranan ayah sebagai ketua keluarga adalah tanggungjawab yang berat. Sehingga karektor ayah digambarkan sebagai seorang yang garang dan tegas. Malah, dengar suara ayah pun berderau darah. Berbanding ibu yang bersikap lembut dan penenang jika dimarahi ayah.
Oleh kerana itu, ada segelintir ayah dianggap serius oleh anak-anak. Sehingga wujud jurang dalam keluarga. Jika bercakap pun hal yang penting sahaja. Lebih-lebih lagi jika diajak bergambar, tentu sukar.
Bagaimana pun, situasi berbeza pula bagi Mega Zarif yang mempunyai ibu bapa yang sporting.
Melalui perkongsian di twitter miliknya beliau memaparkan aksi keluarganya bergambar dalam kegembiraan termasuk ayahnya. Lebih menarik, ayahnya berlari laju semata-mata ingin turut serta dalam rakam video.
Tanpa disangka, rakaman video keluarga bahagia ini telah dikongsi hampir 30,000 retweet dengan setengah juta tontonan. Menariknya!
GELAGAT AYAH LAJU TARIK PERHATIAN RAMAI
“Bapak aku sanggup lari dari jauh nak masuk dalam video”.
Kini dekorasi rumah menggunakan wainscoting menjadi pilihan ramai. Dekorasi konsep ini memberi impak rumah kemas dan mewah.
Namun kos pembuatan wainscoting menggunakan kayu memerlukan bajet yang agak mahal.
Bagaimana pun, melalui beberapa perkongsian ada yang menggunakan wainscoting mengunakan bahan yang murah. Antaranya menggunakan tape putih (pelekat putih) atau wallpaper. Menarik idea ini untuk dicuba. Jom tengok!
__________________________________
Siapa stay rumah sewa atau kuaters macam sis ni nak buat wainscoting jimat bleh try diy sendiri buat macam saya ni.
Guna tape putih je bajet RM2.10 saja dapat 3 gulung tape.
Heheh ukur betul-betul yer. Nanti duduk rumah sendiri baru kita guna kayu @ plastik khas utk wainscoting. Duduk kuaters ni jimat-jimat dulu.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian puan Bonda Anna menggunakan wall paper untuk dijadikan ala wainscoting.
Menarik idea kreatif ini. Jimat dan mudah!
Kredit: Syazwanny Bukhari dan Bonda Anna
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isu melibatkan pengacara Awal Ashaari dengan pihak pengurusan rumahnya menjadi viral baru-baru ini.
Belum reda insiden tersebut,kini pelakon Amar Baharin turut berkongsi masalah yang sama. Menurut suami kesayangan Amyra Rosli ini lagi, dia tidak dibenarkan melakukan aktiviti penggambaran di premisnya sendiri.
“Saya pemilik mutlak rumah itu namun tidak menetap sepenuhnya di situ disebabkan lebih banyak kerja di Kuala Lumpur dan menetap di rumah saya di sana.
“Sebagai pelakon saya sering menggunakan kediaman sendiri untuk penggambaran dan saya akur setiap aktiviti keluar masuk di rumah memerlukan kebenaran pihak pengurusan.
“Tetapi baru-baru ini saya didatangi oleh wakil dari JMB dan meminta bukti kebenaran penggambaran di rumah saya. Wakil saya telah berhubung dengan pengurusan dan mengesahkan kebenaran tetapi JMB tidak berpuas hati dan cuba mencari salah saya,” katanya.
Dalam perkongsian yang dibuat itu, Amar turut mempersoalkan hal dirinya sebagai pemilik rumah berkenaan.
“Apa guna saya sebagai pelakon membeli rumah di kawasan yang tidak dibenarkan untuk buat penggambaran sedangkan itu kerjaya saya dan saya beli rumah tersebut hasil titik peluh sendiri.
“JMB ini bila ada kuasa setahun dah lupa diri… Belum jadi wakil rakyat. Sampai mesyuarat agung tahunan pasti kena tukar,” ujarnya.
Sementara itu, suami kepada pelakon Amyra Rosli ini turut mengingatkan supaya sentiasa mengeratkan hubungan baik dalam kalangan jiran dan bukan hanya mencari masalah apabila diberi kuasa.
“Kita hidup berjiran, fikir macam mana hendak eratkan silaturrahim dan bukan bila ada kuasa di sesebuah kawasan hanya mahu cari salah orang lain.
“Sekarang ini saya rasa beli rumah tapi bukan sepenuhnya milik saya. Ramai nak ambil tahu fasal rumah saya, nasib baik tak ambil tahu hal dalam kain,” jelasnya lagi.
Awal yang juga suami kepada Scha Alyahya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara bulan lalu.
Mengikut pertuduhan selebriti itu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian sebanyak RM600 di pondok pengawal perumahan itu di Jalan PJU 3/30 pukul 11.30 pagi pada 16 April lalu.
Semalam kita dikejutkan dengan kemalangan tujuh kenderaan dekat Ipoh yang meragut nyawa empat individu merupakan sepasang suami isteri bersama dua anak perempuan pada petang Rabu.
Mereka dikenali Rahim Ramli, 60, yang merupakan pesara polis, isterinya Siti Petimah Omar, 59, serta dua anak perempuan, Nor Nadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27.
Ketika kejadian sekitar jam 3 petang itu, semua mereka yang menaiki kereta jenis Proton Persona dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah ke Kuala Lumpur untuk menghantar seorang anak perempuan mereka yang baru mendapat kerja di ibu kota.
Anak saudara kepada Siti Petimah yang mahu dikenali sebagai Atie, 43, berkata, keluarga berkenaan bertolak awal pada sebelah pagi dan kali terakhir dapat dihubungi sekitar jam 12 tengah hari ketika mereka berada berhampiran Alor Pongsu.
“Sekitar jam 4.30 petang saya cuba untuk hubungi ibu saudara saya untuk bertanyakan sudah sampai di mana, namun talian tidak bersambung.
“Saya cuba telefon ke nombor tiga yang lain, tetapi tiada satu pun yang berjaya membuatkan hati saya tak tenang.
“Sampailah saya dapat panggilan daripada seorang lagi makcik maklumkan kejadian itu,” katanya yang juga dalam perjalanan pulang dari Sungai Petani ke Bangi.
Anak bongsu mangsa, Mohamad Hazman, 20 tahun, reda dengan pemergian sekali gus empat ahli keluarganya dalam kemalangan terbabit. Dia hilang kata-kata sebaik menerima perkhabaran duka mengenai kemalangan yang mengorbankan ibu bapa dan dua kakaknya itu, selepas dihubungi seorang lagi kakaknya.
Menurutnya, kali terakhir mereka bertemu ialah pada Selasa, sebelum dia pulang ke Perlis untuk menjalani latihan Industri.
Katanya, ibu bapanya dalam perjalanan menghantar kakak sulungnya, Nor Hadirah, ke Kuala Lumpur untuk melapor diri di tempat kerja selepas sekian lama bercuti.
“Saya tahu mereka hendak ke Kuala Lumpur sebab mahu hantar kakak saya ke Kuala Lumpur, sebab kakak hendak kerja di sana.
“Saya sangkakan mereka pergi macam biasa, macam sebelum-sebelum ini, ayah yang akan bawa kakak ke sana.
“Jadi, saya pun balik kerja di Perlis macam biasa, salam cium tangan mereka. Tapi tiba-tiba, dengar-dengar macam ini.
“Rasa sedih, tak tahu hendak cakap macam mana. Di sini, tinggal saya dengan kakak sahaja,” kata Mohamad Hazman ketika ditemui pada majlis pengebumian jenazah empat ahli keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Permatang Pasir, Pulau Pinang awal pagi ini.
Jelasnya, sebelum kejadian, tiada kelakuan pelik yang diperhatikan melibatkan ahli keluarganya itu.
“Semua macam biasa. Kami keluar pada Hari Raya tempoh hari, saya bawa kakak saya berjalan-jalan, pergi ziarah ke rumah adik-beradik. Emak dan ayah pun pergi. Kiranya, kami sempatlah berziarah,
“Cuma, saya sedihlah, sebab sekali pergi empat orang, bukan satu, bukan dua, bukan tiga, tapi sekali empat. Memang betul-betul sedih,” tambahnya.
Terdahulu, jenazah empat beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira jam 3.15 pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 3 petang Rabu, empat sekeluarga yang menaiki kereta Proton Persona maut akibat tersepit selepas terlibat nahas membabitkan enam kereta dan sebuah treler.