Apa perasaan anda apabila nak menanak nasi, tiba-tiba mendapati ada bubuk atau kutu beras di dalam tempat simpanan beras tersebut. Pasti akan kembang tekak kan lebih-lebih lagi haiwan ini akan mudah dilihat kerana berwarna hitam dan bentuknya sangat menggelikan. 

Ada juga yang berpndapat bahawa ianya tidak memudaratkan. Hanya rendam beras tersebut, kutu atau bubuk akan naik di atas air. Jadi mudah untuk membuangnya. 

Namun, anda perlu tahu bahawa beras yang sudah dicemari oleh kutu dan bubuk ini akan mudah basi dan lembik selain sudah kurang enak untuk dinikmati. 

Takkan nak buang beras tersebut lebih-lebih lagi jika kutu dan bubuk tersebut sudah ada sejak dari anda membeli beras tersebut. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, ada petua yang anda boleh cuba. Moga ia bermanfaat dan membantu anda di dapur.

5 CARA MUDAH & BERKESAN UNTUK HALAU KUTU BERAS

1. Paling mudah untuk hilangkan kutu beras ialah letakkan beras di atas dulang kemudian jemur di tengah panas. Kutu beras akan keluar dari beras untuk cari tempat lembap.

 

IKLAN

2. Kedua, masukkan cili kering ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu beras tak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalau kutu beras.

Geli Lihat Kutu Beras Dalam Bekas? Ini Cara Mudah Dan Selamat Untuk Halau

3. Kutu beras tidak sukakan bau-bauan jadi boleh halau kutu beras dengan bawang putih. Bawang putih mempunyai bau yang sangat kuat. Jadi ia mampu menghalau kutu beras.

Geli Lihat Kutu Beras Dalam Bekas? Ini Cara Mudah Dan Selamat Untuk Halau

IKLAN

4.  Daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian kisar jadi serbuk dan masukkan ke dalam uncang. Boleh juga digaulkan bersama-sama dengan beras. Cara ini agak berkesan menghalau kutu beras.

Geli Lihat Kutu Beras Dalam Bekas? Ini Cara Mudah Dan Selamat Untuk Halau

5. Letakkan daun limau purut ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu beras dari terus menghuni bekas simpanan beras.

Anda juga boleh letak kulit kayu manis di dalam bekas beras. Bau harumnya mampu menghalau kutu dari bekas beras.

IKLAN

Cubalah petua ni, kalau-kalau ada yang berkesan dan masalah bubuk beras tak ada lagi.

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Geli Lihat Kutu Beras Dalam Bekas? Ini Cara Mudah Dan Selamat Untuk Halau

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI