Hari bahagia sepatutnya disambut dengan penuh kegembiraan, namun terselit kedukaan bila orang yang tersayang tiada di sisi untuk sama-sama meraikannya.

Demikian bagi  personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi, 51, yang  baru sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamed Azam Ali, 57.

“Gembira Dapat Suami, Hiba Hilang Sahabat.”   Bertemu Jodoh Sahabat Lama Selepas 33 Tahun Kenal, Ras Adiba Bergelar Isteri Di Usia 51 Tahun.

Majlis akad nikah berlangsung  pada hari sabtu yang lalu bertempat di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur itu disempurnakan bapa Ras, Mohd Radzi Wahab, dengan disaksikan Imam Masjid terbabit, Yahya Mat Husin.

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 bersama empat dulang hantaran berbalas lima. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

“Gembira Dapat Suami, Hiba Hilang Sahabat.”   Bertemu Jodoh Sahabat Lama Selepas 33 Tahun Kenal, Ras Adiba Bergelar Isteri Di Usia 51 Tahun.

Namun hari yang sama, Ras telah kehilangan kawan baiknya, allahyarhamah Wafa Abdul Kadir akibat kanser yang ditanggungnya.

Sementara itu, menerusi akaun Instagramnya pagi semalam, Ras turut terkesan apabila tidak dapat hadir ke pengebumian rakan baiknya, Allahyarham Wafa Abdul Kadir.

IKLAN

“Gembira Dapat Suami, Hiba Hilang Sahabat.”   Bertemu Jodoh Sahabat Lama Selepas 33 Tahun Kenal, Ras Adiba Bergelar Isteri Di Usia 51 Tahun.

“Ini cukup sukar  buat saya kerana dalam gembira, terselit duka. Gembira kerana saya akan diijabkabulkan dengan seorang yang amat menyayangi seluruh jiwa dan raga. Namun hari ini juga saya kehilangan Kak Long saya.

“Saya ingin meraikan akad ini bersama dia, namun saya sedar rancangan Illahi tiada tolak tandingnya. Maafkan Deep kerana tidak dapat menghantar akak ‘pulang’, namun Deep tahu akak mahukan Deep gembira.

“Akan Deep cekalkan diri dan kawal airmata daripada mengalir di pipi. Itu janji Deep, Kak. Maaf sekali lagi, kerana adikmu ini tidak dapat bersama mengiringi dirimu untuk mengadap Illahi. Allahu,” tulisnya.

“Gembira Dapat Suami, Hiba Hilang Sahabat.”   Bertemu Jodoh Sahabat Lama Selepas 33 Tahun Kenal, Ras Adiba Bergelar Isteri Di Usia 51 Tahun.

IKLAN

Ras Adiba dan suami berkenalan ketika sama-sama bertugas di TV3 pada 1986 dan mula rapat pada Disember tahun lalu.

“Sebenarnya, kami sudah lama saling mengenali, iaitu sejak masing-masing bertugas di TV3 yang ketika itu beroperasi di Jalan Liku, Bangsar.

“Bagaimanapun, ketika itu hubungan kami adalah atas paksi profesional. Malah, masing-masing tidak pernah terfikir akan bertemu jodoh.

“Gembira Dapat Suami, Hiba Hilang Sahabat.”   Bertemu Jodoh Sahabat Lama Selepas 33 Tahun Kenal, Ras Adiba Bergelar Isteri Di Usia 51 Tahun.

“Disember lalu, kami berjumpa kembali pada majlis pertemuan semula (reunion) bekas kakitangan stesen televisyen berkenaan. Ketika itu, kami lebih banyak berkongsi cerita sesama sendiri,” katanya yang sudah lima tahun hidup solo selepas perkahwinan kedua berakhir.

IKLAN

Menurut Ras, sepatutnya pada hari ini mereka akan ditunangkan terlebih dahulu sebelum disatukan sebagai suami isteri. Bagaimanapun, selepas mendapat nasihat keluarga, ia diteruskan dengan majlis pernikahan.

“Gembira Dapat Suami, Hiba Hilang Sahabat.”   Bertemu Jodoh Sahabat Lama Selepas 33 Tahun Kenal, Ras Adiba Bergelar Isteri Di Usia 51 Tahun.

“Kami pula hanya mengadakan majlis kecil-kecilan. Lagipun, ia bukan perkahwinan pertama buat saya dan suami,” katanya.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Ras dikurniakan dua cahaya mata, manakala suaminya pula mempunyai enam anak.

Sumber: Berita harian, FB Ras Adiba Radzi

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI