18 haribulan lalu menandakan sudah genap tiga tahun penyanyi, Bunga Citra Lestari kehilangan suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
Baru-baru ini, pelantun ‘Wanita Terbahagi’ ada berkongsi di laman Instagram miliknya yang menunjukkan dia bersama-sama ahli keluarga termasuk anak tunggalnya, Noah Sinclair, 14, hadir menziarahi pusara Allahyarham yang terletak di Jakarta, Indonesia.
Dalam perkongsian tersebut, Bunga yang memakai jubah berwarna merah jambu sedondon berselendang turut menghiasi kubur Allahyarham dengan kelopak bunga-bungaan segar.
“Hey you, anaknya (Noah) udah gede nih (anak kita sudah besar ni)”, tulis Bunga seakan-akan berbicara kepada arwah suaminya.
Dalam pada itu, Bunga turut memuat naik kata-kata pujangga popular yang disebutkan pakar psikatri serta aktivis kemanusiaan terkenal, mendiang Elisabeth Kubler-Ross dalam menghadapi kehilangan insan tersayang dalam hidup.
Ads
“Realitinya, kamu akan sentiasa berduka cita.
“Kamu tidak akan sama sekali dapat melupakan kehilangan orang tersayang, sebaliknya kamu akan cuba belajar untuk terus kuat untuk hidup tanpa mereka.
“Kamu akan pulih dan kembali bangkit di sebalik kehilangan yang terjadi.
Ads
“Kamu akan jadi kuat semula, tapi ia tetap tidak akan sama seperti dulu lagi.
“Walaupun begitu, kamu tetap jalaninya juga demi hari-hari mendatang,” tulis Bunga memetik kata-kata Elisabeth yang menulis tentang lima peringkat kesedihan yang akan dilalui individu akibat kehilangan insan tersayang.
Walaupun pokok cili adalah antara pokok yang banyak cabarannya ketika bercucuk tanam, namun masih ada yang terus berusaha menanam pokok ini.
Hasil lumayan dan sering digunakan untuk masakan menjadikan pokok cili menjadi tanaman kegemaran ramai.
Tapi nak tanam memang kena tahu ilmunya baru menjadi dan dapat merasa hasilnya.
Nak tahu caranya ikuti teknik peniaganya.
Ikuti teknik ini.
Nak tips jaga pokok cili bara paling mudah? Baca sampai habis☺️ Jika saya boleh anda juga boleh Cili bara. Tip bagi yg baru nak cuba
Kenal tanah dan nisbah.
Kalau guna cocopeat campur lah ia dgn bahan lain seperti. 1)Tanah hitam 2)Topsoil 3)Sekam padi/sawit Nisbah 2+1 Contoh dua cocopeat dan satu tu blh la pilih antara 3 bahan tadi
Tujuan supaya kita lebih mudah merawatnya nanti kerana semua bahan ada nutrisinya yg tersendiri (Pengalaman yg pernah terjadi masa musim pertama sy menanam) Jika cocopeat baru perlulah di basuh dahulu sebelum guna. Kalau guna topsoil campur lah ia dgn cocopeat Nisbah 2+1 Contoh dua topsoil dan satu cocopeat
Tujuan topsoil di campur dgn cocopeat untuk mendapatkan tanah yg poroi maka tidak lah tanah tadi padat atau mampat yg menyebabkan anak pokok bantut atau mati.(pengalaman yg pernah terjadi ketika musim kedua sy tanam) topsoil yg di beli secara pukal lain beno rupanya dgn yg kita beli satu beg rm3 tu bila hujan air x lalu.tidur2 anak pokok saya masa tu.terpaksa buat kerja dua kali keluarkan anak pokok dan tambah cocopeat pas tu tanam semula…fuhhhh….di sebabkan rasa keciwa lepas tambah cocopeat tu sy x jaga dh tinggal MCM tu je
Jika di tanya saya suka guna yg mana? Jawapan saya suka topsoil dan cocopeat.senang jaga walau pun terlepas baja tapi tanah tu sangat kaya dgn nutrisi dia sendiri.pengalaman sy tanam dan tinggal tanpa baja dan siram ingt pokok tu semua mati tapi tau2 dh ada bunga .selepas di rawat semula itulah pokoknya yg anda lihat sekarang pada gambar di bawah.
Baja.
Bagi yg baru bermula kecil-kecilan baru nak belajar dan modal x banyak blh cuba baja npk 15 15 15
Dan racun serangga pula blh cuba mapa malathion 57 .kalau ada duit lebih blh LA tambah cuka kayu sekali.cukup untuk 3 bahan ini bagi yg betul2 baru nak bertatih.
Baja npk sudah cukup lengkap N untuk daun P untuk akar K untuk buah Pembajaan cukup seminggu sekali
Racun serangga
Cukup sekadar seminggu sekali di selang seli dgn cuka kayu.jika pokok sudah berbuah dan banyak lalat buah atau ulat yg makan buah blh guna kekerapan 2 ke 3 kali seminggu.bila serangga dh x nampak lagi blh LA kita jarakkan semula seminggu sekali. Nisbah sy gunakan 1ml dan 1 litter air Pokok rosak apa nak buat?
Bab ni atas pengalaman juga.bila kita tanam dlm masa 2 minggu selepas pindah dlm polly beg atau batas kita dh blh nampak mana yg dh mula kerinting dan kuning di bahagian pucuk.kalau ada yg begitu kita potong pucuk tu dan asing kan dari pokok yg lain.biarkan dlm seminggu penjagaan beri sama rata x perlu berlebih-lebihan sebab kita x nak manjakan sgt dia sampai kita terpaksa keluarkan kos rawatan pula hanya setakat dia satu tu je.kita ada banyak lagi anak pokok lain yg perlu kita fokuskan.selepas dua minggu jika masih juga dia x sihat,nasihat sy cabut dan buang jauh sebelum dia berjangkit pada pokok lain.
Siram.
Pagi sebelum jam 9. Petang selepas jam 6.jika kawasan tu redup awal blh LA siram awal.siram seluruh pokok terutama bawah daun.ini yg saya amalkan setiap dua hari seklai alhamdulillah setakat ini saya tiada masalah hama putih di bawah daun.jadi kita dh blh jimat racun serangga dan kita dah x perlu guna racun serangga banyak sangat pada pokok.
Pokok cili banyak akar serabut,jenis akar serabut sukakan tanah yg poroi lagi gembur tanah lagi banyak akar dpt keluar
Sy juga baru belajar dan masih belajar.apa yg saya sampaikan adalah pengalaman.sy suri rumah bukan pekebun sepenuh masa.menanam adalah hobi kini hobi menjadi pendapatan sampingan.pokok sy x banyak ada lebih kurang hampir 200 pokok.saya cuba jimatkan kos bagi penjagaan dari musim2 yg lepas.
Cara ini sesuai bagi yg baru nak belajar dan kepada yg nak jimatkan kos dan pokok yg x banyak mcm saya.
pokok ni saya dh kutip buah dia minggu lepas yg tinggal ni belum cukup matang nak petik.ada org suka petik sampai habis saya suka petik yg besar2 je so dpt LA lepak2 kat kebun seminggu sekali petik cili.
Setiap kejayaan pasti ada kepayahan dan impian yang dicanang dalam diri. Lalu ia menjadi cakna untuk diri menjadi seorang yang berjaya sekali gus memberi kebahagiaan diri dan keluarga.
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh saudara Taufiq Razif ini sungguh inspirasi setelah menemubual seorang pengerusi Karangkraf Sdn Bhd dan TV Al Hijrah, Dato Dr Hussamuddin Yaacub.
Moga, 7 kunci kejayaan anak kelahiran Kelantan ini akan menjadi inspirasi untuk mengukir kejayaan.
7 ILMU KEJAYAAN
7 Ilmu Mahal Yang Dikongsikan Oleh Chairman Karangkraf & TV Al Hijrah Kepada Saya
Siapa yang tak kenal antara individu paling berpengaruh di Malaysia, Dato’ Dr Hussamuddin Yaacub ni kan?
Dengan jualan tahunan Karangkraf mencecah RM500 Juta setahun dan mampu menjadi syarikat yang sustain selama 40 tahun ni bukan calang calang orang yang boleh buat.
Kebetulan saya baru balik daripada Misi Kemanusiaan di Arakan dua hari lepas. Tiba tiba Ustaz Hakim Mohd Nor Pengurus Besar Serantau Muslim bagitahu ada seorang Dato’ yang buat sedekah rm10 juta setahun nak jumpa. Terus saya stay je di KL sampai keesokan harinya semata mata nak bertemu mata dengan beliau.
Nah. Sekarang saya dah jumpa Dato’ yang bersedekah RM10 Juta setahun tu dan dah berjaya korek sendiri rahsia dan ilmu mahal daripada mulut beliau sendiri semalam. Dah sedia untuk belajar ilmu mahal yang saya dapat daripada Dato’ Dr Hussamuddin ni?
Okey jom baca penulisan saya ni sampai habis.
Ilmu Mahal 1 :
Be A Competitive Dreamer
Dato’ Dr Hussamuddin selalu ulang ayat ni. Saya rasa dalam 4 hingga 5 kali Dato’ ulang ayat ni. “Be a competitive dreamer!”. Maksudnya adalah, boleh bermimpi tapi tolong execute setiap mimpi kita tu dengan cara HARDWORKING & DETERMINATION
Ilmu Mahal 2 :
Mulakan Dengan Kejayaan Kecil Dahulu
Dato’ Dr Hussamuddin bagitahu jangan bermimpi benda yang terlalu susah untuk dicapai dulu. Mulakan dengan kejayaan kejayaan kecil sahaja dahulu. Ini yang akan bawa kita kepada kejayaan yang lebih besar
Ilmu Mahal 3 :
Focus On The Effort, Not The Outcome
Dato’ bercerita macam mana orang Cina selalu ajar anak dia untuk usaha, usaha dan usaha. Melayu pulak banyak ajar anak untuk fikir duit, duit dan duit. Tak salah fikir duit tetapi yang salah adalah we put a very high expectation pada semua benda. Expectations yang terlalu tinggi tu la yang akan bawa kepada frustation.
“Most psychological stress comes from high expectation that does not meet the reality”
Ilmu Mahal 4 :
Tukar Operating Sistem (OS) Kita Dulu
Apa apa kita nak buat, buatlah tapi pastikan OS dalaman kita tu adalah Quranic Based OS dulu. Nak jadi engineer ke doktor ke pastikan kita gunakan Quranic OS dulu.
Caranya adalah tadabbur dan amalkan dengan hati. Tak pandai baca tajwid pun tak apa asalkan pandai apply setiap sistem dan disiplin yang ada dalam Al Quran tu pada mindset dan pemikiran kita. Tu yang Barat lebih berjaya daripada kita sebab mereka ada Quranic OS ni dalam diri mereka walaupun mereka tak beriman padanya.
Ilmu Mahal 5 :
Invest duit extra kita
Beliau bagitahu yang beliau suka invest duit lebihan dia. Bila kami tanya boleh tak buat loan untuk invest? Beliau kata beliau prefer invest dengan extra money, bukan dapat good money after bad money.
Yang saya faham adalah you have to be so good at making money sampai you tak perlu buat apa apa hutang untuk buat investment.
Ilmu Mahal 6 :
Ambil yang perlu sahaja untuk diri sendiri
Dato’ Dr Hussamuddin pesan untuk ambil yang perlu je untuk diri sendiri. Selain itu, sedekah dan agihkan kekayaan tu kembali kepada orang lain.
Ajaibnya, kekayaan tu akan kembali berpatah balik pada kita dengan jumlah yang lebih besar!
Ilmu Mahal 7 :
Senangkan keluarga dan kerabat
Dato’ Dr Hussamuddin pesan kat saya supaya apa apa pun pastikan anak dan keluarga kita bahagia dulu. Kalau isteri mengidam nak makan Musang King sekalipun, bagi je lah kalau mampu.
Selepas itu, pastikan keluarga belah mertua pula bahagia dan jangan sampai ada seorang pun yang menderita dan kesusahan!
Tolong share ilmu ni pada orang lain juga kerana ilmu mahal ni anda takkan dapat di kedai buku dan mungkin ianya mampu mengubah hidup orang yang kita sayang buat selamanya ❤️
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pemindahan hati Chempaka Naura benar-benar menyentuh hati ramai apabila kisah perjuangan si kecil ini dikongsikan oleh pertubuhan kebajikan, Nadi Permata Malaysia di Facebook.
Di sebalik tubuh kecil dan wajah polosnya, Chempaka Naura rupa-rupanya sedang melalui satu ujian kesihatan yang sangat besar. Lebih meruntun jiwa, perjalanan rawatan yang ditempuh bukan sahaja penuh debaran, tetapi turut dihiasi dengan air mata, doa dan pengorbanan luar biasa daripada seorang ibu.
Segalanya bermula pada 6 Februari 2026 apabila Chempaka Naura dibawa ke Shanghai, China demi mendapatkan peluang rawatan yang lebih baik. Bagi mana-mana ibu bapa, keputusan membawa anak ke luar negara untuk menjalani pembedahan besar bukan sesuatu yang mudah.
Namun demi melihat anak kembali sihat, keluarga ini nekad menempuh apa jua cabaran. Perjalanan pemindahan hati Chempaka Naura sepanjang berada di sana pastinya bukan calang-calang. Setiap hari dilalui dengan penuh harapan, menanti saat yang mampu mengubah masa depan anak kecil itu.
Dalam diam, ramai juga yang mengikuti perkembangan Chempaka dan tidak putus-putus mengirimkan doa agar segala urusan dipermudahkan.
Tanggal 6 Mac 2026, tibalah hari paling mendebarkan buat keluarga ini apabila Chempaka menjalani pembedahan pemindahan hati. Apa yang membuatkan kisah ini lebih menyentuh hati, ibunya sendiri iaitu Puan Puteri tampil sebagai penderma dengan mendermakan kira-kira 10 peratus daripada hatinya untuk anak tersayang.
Pengorbanan itu bukan sekadar satu prosedur perubatan, tetapi lambang kasih sayang seorang ibu yang tiada penghujung. Dalam dunia ini, tiada siapa mampu menandingi kekuatan hati seorang ibu apabila melibatkan nyawa dan masa depan anaknya.
Puan Puteri membuktikan bahawa kasih seorang ibu bukan hanya pada kata-kata, tetapi hadir melalui pengorbanan yang sangat besar dalam proses pemindahan hati Chempaka Naura ini.
Syukur ke hadrat Ilahi, pembedahan tersebut dilaporkan berjalan lancar. Lebih melegakan, kedua-dua mereka menunjukkan perkembangan pemulihan yang positif. Berita itu menjadi sinar buat semua yang sejak awal mengikuti kisah Chempaka Naura.
Namun begitu, proses pemulihan Chempaka masih memerlukan pemantauan rapi. Doktor mengambil keputusan untuk terus menempatkannya di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi memastikan keadaannya benar-benar stabil.
Dalam keadaan itulah, ibu dan ayahnya terpaksa akur dengan nasihat doktor untuk pulang terlebih dahulu ke Malaysia. Situasi meninggalkan anak kecil di negara orang bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh mana-mana ibu bapa.
Rindu, bimbang dan doa menjadi peneman setiap hari. Video perkembangan Chempaka yang dikirimkan dari sana menjadi pengubat rindu buat keluarga di tanah air.
Berita yang diterima dari hari ke hari bagaimanapun cukup melegakan. Chempaka menunjukkan perkembangan yang semakin baik dan terus memberi harapan baharu kepada semua yang mendoakannya.
Kekuatan anak kecil ini benar-benar luar biasa, seolah-olah mengajar ramai bahawa semangat untuk hidup boleh hadir walaupun dalam tubuh yang sangat kecil.
Akhirnya pada 6 April 2026, detik yang dinanti-nantikan tiba apabila Chempaka Naura selamat pulang ke Malaysia. Kepulangannya disambut dengan penuh rasa syukur kerana dia kembali ke tanah air dalam keadaan yang semakin sihat.
Walaupun perjalanan rawatannya belum selesai sepenuhnya, kepulangan Chempaka membawa sinar baharu buat keluarganya. Dia masih perlu menjalani rawatan susulan serta pemantauan rapi bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik.
Namun, perkembangan positif ini sudah cukup melegakan hati ramai yang mengikuti kisah pemindahan hati Chempaka Naura sejak awal.
Kisah pemindahan hati Chempaka Naura ini mengingatkan kita bahawa setiap ujian datang bersama hikmah yang besar. Dengan kesabaran, tawakal dan doa yang tidak pernah putus, sesuatu yang kelihatan mustahil juga boleh bertukar menjadi harapan yang nyata.
Semoga Chempaka Naura terus membesar dengan sihat, ceria dan kuat. Semoga juga keluarga kecil ini sentiasa diberikan ketabahan, kekuatan dan dipermudahkan setiap urusan dalam meneruskan fasa pemulihan yang seterusnya.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.