Ramai antara kita yang menjaga mak ayah yang sudah berusia atau ahli keluarga OKU tahu betapa mencabarnya urusan keluar rumah. Kadang-kadang perkara paling susah bukan rawatan atau destinasi, tetapi perjalanan untuk sampai ke sana.

Melihat keperluan harian inilah Grab Malaysia memperkenalkan GrabAssist, iaitu perkhidmatan baharu yang memberikan sokongan mobiliti dengan lebih selamat dan lebih mesra untuk Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, serta pengguna alat bantuan mobiliti peribadi.

GrabAssist: Bila Perjalanan Jadi Lebih Mudah Untuk OKU & Warga Emas

Apa sebenarnya GrabAssist ni?

Pendek cerita, GrabAssist ialah perkhidmatan Grab yang lebih mesra OKU dan warga emas.

Ia dicipta khas untuk:

  • Penumpang kerusi roda
  • Pengguna walker atau alat mobiliti
  • Warga emas yang perlukan bantuan naik turun kereta
  • Individu dengan keperluan khas yang perlukan pemandu lebih sabar & memahami

Yang bestnya, pemandu GrabAssist bukan pemandu biasa. Mereka diberi latihan khas untuk bantu penumpang dengan cara yang betul dan selamat.

Ads

Mereka juga ada kit komunikasi dalam kereta, termasuk flip card untuk memudahkan interaksi dengan penumpang yang kurang upaya pendengaran. 

Sesuai sangat untuk keluarga yang ada mak ayah atau ahli keluarga OKU

Satu perkara yang ramai penjaga faham sangat:
Kadang kita bukan tak nak bawa mereka berjalan… kita cuma risau keselamatan.

Dengan GrabAssist:

  • Pemandu dah terlatih
  • Kereta dipilih mengikut keperluan
  • Kita boleh buat Advance Booking jadi tak perlu risau last minute tak ada ride
  • Senang nak plan temujanji hospital atau aktiviti harian

Perkhidmatan ini memang dibuat untuk bantu keluarga Malaysia yang selama ini terpaksa “pandai-pandai sendiri”.

Ads

Kenapa Grab buat semua ni?

Menurut Grab Malaysia, misi mereka mudah:
Semua orang berhak bergerak bebas tanpa rasa terbeban, tanpa rasa menyusahkan sesiapa.

Dan bila tengok perjalanan OKU di Malaysia masih banyak halangan, Grab nak menjadi sebahagian daripada solusi.

Daripada menyediakan ratusan pemandu terlatih, hinggalah usaha memperkasa lebih 3,000 rakan pemandu OKU sejak 2018, semuanya ke arah satu tujuan:
mobiliti yang lebih adil dan inklusif untuk semua. 

GrabAssist: Bila Perjalanan Jadi Lebih Mudah Untuk OKU & Warga Emas

Ads

Promosi Pelancaran RM14 Disediakan Untuk Pengguna

Sebagai permulaan, Grab menawarkan diskaun RM14 bagi setiap perjalanan GrabAssist bermula dari 3 hingga 17 Disember 2025. Pengguna hanya perlu memilih GrabAssist di aplikasi Grab, tetapkan masa pengambilan dan tekan bahagian Offers sebelum membuat tempahan.

Setakat ini hanya di Lembah Klang, Tapi Akan Berkembang..

GrabAssist baru bermula di Lembah Klang, tapi Grab dah umum akan luaskan ke bandar lain nanti. Slowly but surely sebab perkhidmatan macam ni memang patut ada sejak dulu.

Memberi Sedikit Ruang Bernafas Kepada Penjaga Keluarga

Perjalanan mungkin kelihatan seperti perkara kecil, tetapi bagi keluarga yang menjaga warga emas atau ahli keluarga OKU, ia memberi perbezaan besar. Adanya GrabAssist, perjalanan menjadi lebih mudah dan selesa, sekali gus memberi sedikit ruang bernafas kepada penjaga yang sering terpaksa memikirkan banyak perkara dalam satu masa.

Perkhidmatan ini mungkin baru bermula, namun langkah awal ini sudah menunjukkan usaha untuk menjadikan mobiliti lebih inklusif dan lebih berperikemanusiaan untuk masyarakat kita.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads