Daun sup merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium.

Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.

Cara tanam

Beli Daun Sup dari pasar yang mempunyai akar. Rendamkan pokok daun sup itu di dalam bekas yang berisi air paip selama lebih kurang 1 hari. Semasa hendak tanam, potong daunnya (untuk dibuat masakan) dan tinggalkan akar dan pangkal pokok lebih kurang 1 – 2 inci. Tanam dalam pasu dan pastikan tanahnya sentiasa dijirus air dan sentiasa lembab. Letak ditempat teduh. Jangan jirus air terlalu banyak kerana ia akan reput.

Untuk menggunakan daun sup untuk masakan, jangan cabut keseluruhan pokok tersebut. Setakat ambil sahaja daunnya sahaja sebanyak mana yang diperlukan dan yang selebihnya boleh diambil apabila diperlukan supaya anda sentiasa mendapati daun yang segar. Lebih elok ambil daun yang lama dan biarkan pokoknya tumbuhkan daun baru.

IKLAN

TIGA BAJA SUBURKAN POKOK SUP

Dalam pada itu, menerusi perkongsian puan Malmisa Swak Lis Lis di group pokok sup/ketumbar/pokok bawang-jom tanam sendiri, beliau mengunakan tiga baja bagi menyuburkan daun sup iaitu ajinomoto,ccucian air beras  dan air basuhan ikan.

Katanya lagi, dalam cucian air beras tu simpan 1sudu teh ajinomoto dan disiram sebelah petang.

IKLAN

Air basuhan beras dan ikan memang baja terbaik.

Guna 3 Petua Baja Ni, Supaya Pokok Daun Sup Gemuk-Gemuk Merimbun Dan Segar.  Memamg Menjadi!
mula-mula tanam macam ni
Guna 3 Petua Baja Ni, Supaya Pokok Daun Sup Gemuk-Gemuk Merimbun Dan Segar.  Memamg Menjadi!
Saya tanam dari keratan batang. Tanam jangan dalam sangat.
Guna 3 Petua Baja Ni, Supaya Pokok Daun Sup Gemuk-Gemuk Merimbun Dan Segar.  Memamg Menjadi!
Pokok kena matahari pagi sampai petang

MERIMBUNYA!

Guna 3 Petua Baja Ni, Supaya Pokok Daun Sup Gemuk-Gemuk Merimbun Dan Segar.  Memamg Menjadi! Guna 3 Petua Baja Ni, Supaya Pokok Daun Sup Gemuk-Gemuk Merimbun Dan Segar.  Memamg Menjadi!

Tip tambahan:

IKLAN

1.Tanam daun sup, akar saja tanam dalam tanah. Batang sup, jika boleh jangan kena tanah. Siram air jangan kena batang. Dah stabil, baru letak hujan panas. Boleh potong botol utk sokongan batang supaya tegak, tak tumbang

2.Penggunaan ajinomoto: seminggu, 1 kali guna baja ajinomoto

3. Untuk elak daun sup mudah mati, masa mula tanam letak pokok di tempat terbuka. Jika musim hujan, tak perlu siram. Dalam 1minggu/2minggu akan ada akar.

Selamat mencuba!

Sumber: Malmisa Swak Lis Lis  pokok-sayur-ensiklopedia

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI