Meskipun hanya sekangkang kera sahaja tanah yang ada di sekeliling rumah, jika tidak dijaga rapi memang akan tumbuh rumput dan lalang. Hal ini menyebabkan paling tidak sebulan sekali kerja-kerja merumput perlu dibuat.
Jika dibiarkan hingga berbulan-bulan, tentu semak samun pula jadinya kediaman kita dek kerana bukan sahaja rumput malah lalang juga akan tumbuh melata. Hal ini tentu membuatkan kita sakit mata untuk memandangnya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Oleh itu buat anda yang tiada masa untuk mencabut rumput-rumput yang ada di sekeliling rumah, sebenarnya ada cara mudah dan praktikal untuk anda buat sebagaimana yang dikongsikan oleh Hassan Khalid ini.
Dengan sekali buat, terus selesai masalah rumput hingga setahun lebih lamanya. Memang hebat idea ini dan modalnya pun tidak mahal, hanya menggunakan sarang telur!
ARTIKEL BERKAITAN :
Nak Elak Monyet Masuk Ke Laman, DIY Macam Lelaki Ni Buat Pada Pagar Rumahnya!
Ads
Dapat Upah Tanam Rumput Terus Belanja Ibu Ayah Makan KFC, Tindakan Anak Ni Dapat Pujian Netizen!
Guna Minyak Ni Untuk Sembur Rumput & Lalang Di Kawasan Rumah. Confirm 6 Bulan Rumput Tak Akan Tumbuh!
CARA MUDAH UNTUK HAPUSKAN RUMPUT & RUMPAI GUNA KOTAK TELUR
Benci rumput dan rumpai? Tak de masa potong dan merumpai?
Cuba tip saya tanpa ada kos!
Dah bertahun tak guna mesin rumput atau merumpai sampai rindu amalan tu. Hujan lebat tanah tak percik pun.
Bahan:
Ads
Kotak Telur
Cara Membuat:
1.Kotak telur dilapis bersebelahan dan bertindih disisinya.
2.Basahkan sampai lencun. Minta anak pijak sampai kemek serata. Siap.
Tahan hampir setahun lebih. Air boleh membolosi.
Ads
Sumber : Hassan Khalid via Berkebun Di Rumah
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bonding time bersama keluarga, umumnya perkara ini sudah menjadi agenda utama yang sering difikirkan oleh ibu ayah untuk pastikan masa yang berkualiti dapat dimanfaat sebaik mungkin.
Sama ada menggunakan waktu lapang pada hujung minggu dengan keluar beriadah atau bercuti ke tempat menarik pada hari-hari tertentu, dengan tujuan mengeratkan hubungan bersama seisi keluarga. Diakui dengan bonding yang baik dapat meningkatkan kebahagiaan seluruh anggota keluarga.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Pun begitu dalam memberi keistimewaan mencipta bonding bersama anak-anak, En Mohd Yazid Ismail dan juga merupakan bapa kepada enam orang anak ini mempunyai caranya yang tersendiri.
“Setiap tahun saya akan buat special bonding session dengan anak-anak secara one by one. Jalan-jalan berdua. Atau sekadar dinner berdua. Kadang dua kali setahun setiap orang,”tulisnya di akaun facebook hingga menarik perhatian wargamaya untuk mengetahui kisahnya itu.
Berkongsi lanjut, En Mohd Yazid Ismail yang juga merupakan bapa kepada enam orang anak ini turut berkongsi sekeping gambar anak lelakinya yang sedang berdiri di dalam train.
“Hari ni saya buat bonding session dengan Saeed, umur 5 tahun. Bawa jalan-jalan, naik Komuter lepas tu tukar naik MRT.
“Sesi bonding ada giliran untuk setiap anak. Semua tak sabar tunggu giliran masing-masing.
“Sebelum giliran Saeed hari ni, saya buat sesi dengan Dhia, lepas tu Fina. Bawa keluar mengopi dan makan kek waktu malam,” ceritanya lagi.
Ujarnya lagi sesi bonding secara one by one ini bukanlah perkara baru dilakukan olehnya. Malah telah lama dipraktikkan semenjak anak pertama lagi dan hinggalah kini.
“Saya memang buat sesi macam ni dengan anak-anak sejak anak sulung (Bashir) kecil lagi. Sekarang Bashir dah 14 tahun.
“Bagus sesi macam ni. Anak-anak boleh buat luahan perasaan one by one. Borak lama-lama tanpa gap, macam-macam cerita keluar. Macam bercerita dengan kawan. Happy diorang.
“Anak rasa dirinya special, dihargai, dan ada orang yang sedia mendengar luahan perasaan yang lama terpendam. Kalau anak bawah umur 7 tahun macam Saeed ni, ia akan jadi sesi bertanya beribu-ribu soalan. Bersedialah goreng jawapan.
“Sesi bonding juga saya gunakan untuk bagi motivasi dan nasihat yang spesifik untuk setiap anak. Masing-masing ada perangai dan masalah yang berbeza, maka nasihat pun berbeza tak sama dengan adik beradik yang lain.
Saya pun rasa bahagia dapat keluar berdua macam ni. Rasa macam me time. Tenang je.
Meninjau di ruangan komen, nyata
“MasyaAllah TabarakAllah menarik…boleh cuba ni insha’Allah……biasa buat dengan mak diorang…,” komen salah seorang warganet.
Akui yang lain, “Sangat bagus. Saya dah 60 tahun dan masih ingat lagi bonding time saya dengan arwah abah saya.”
Begitu juga komen daripada seorang ibu,”Saya ada buat ni, dan biasanya tarikh tu jatuh pada birthday diorang. Tapi bagus buat kerap.”
“Sungguh, setelah bertahun2 anak sulung saya asyik dikelilingi adik-adik, masa darjah 6 saya keluar berdua saja dengan dia sebab nak buat IC dan masa tu PKP, cuma sorang penjaga saja boleh masuk. Dia punya seronok sampai ajak umi ni lumba lari dgn dia kat taman bawah JPN Putrajaya tu. Terus keluar perangai kebudak2an, selfie berdas-das. Sebenarnya kat rumah pun ada je ruang dan masa yg saya berdua dgn dia, tapi tak sama bila keluar berdua tu. Alhamdulillah.,” kongsi salah seorang ibu yang lain pula.
Cuti sekolah hujung tahun ini kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sekali pandang bila dinding rumah dihias dengan cermin bersaiz besar ia akan mampu memberi impak mewah dan bergaya.
Pun begitu, tidak dinafikan untuk merialisasikan impian tersebut memerlukan kos, apatah lagi jika ukurannya penuh satu dinding.
Oleh itu, apa kata cuba cara yang dikongsikan ini untuk lebih jimat dan mampu beri impak wow.
Ini perkongsiannya.
Sekeping RM2.10 di kedai RM2.. Beli ikut berapa keping nak pakai.. Beli lebih tak pa.. Spare ganti yang pecah. Kena ulang kedai banyak kali sebab depa tak da banyak stock. Gunting plastik kat belakang cermin cermat-cermat, jangan sampai calar yea.
Lukis kat dinding nak lekat macam mana. Kalau nak ada gap ukur siap-siap gap tu. Kalau malas nak potong.. Lekat jea terus 4 segi tepat.
Potong cermin guna pemotong cermin.. Rm7.50 ja kt Mr.DIY. sapu minyak tanah sebelum potong. Cermin mata keselamatan kena pakai.
Mula la melekat ke dinding.. Patikan gam yang digunakan kuat yea.. Saya gunakan brand Ace. Gam dia mcm gam tikus
Hampir siap.. Cermin lebihan kecik-kecik tu.. Tindan kat bucu dia. Tak da dalam plan pun.. Tapi lawa gak. Soo.. Lekat semua bucu.
Last pieces akhirnya.. Selepas 2minggu.
Frame.. Sy beli online.. Rubber bukan kayu. Berat nak mampoih habaq hang. Potong ngam pen knife jea. Kalu boleh guna frame kayu yea. Dato dah tersilap beli.. Soo.. Guna jugak la.
Spray warna coklat.. Nak bagi nampak macam warna kayu.
Disebabkan terlampau berat.. tak boleh gam saja. Kena skru frame tu le dinding.. Rosak cat aku.
Kena cat sekali lg. Selepas palam lubang skru tadi. Nak ambil hati bini tak susah pun.. Cat lebih tu… Tulis 2/3 patah ayat romantik sikit.. Bagi dia teringat setiap kali tengok cermin tu… Hehehe
Siap juga akhirnya. Cuci cermin dengan glass cleaner guna Surat khabar.. Berkilat baq hang..
Deco sikit untuk majlis harijadi Naail & Miqael.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon Noorkhiriah meluahkan rasa syukur dan gembira apabila kerja amal dalam menguruskan jenazah secara percuma berjalan lancar dan mendapat sambutan baik.
Kerja amal yang bermula sejak dua tahun lalu di bawah Pertubuhan Amal Nur By Khiriah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Satu.
Ia diusahakan bersama suaminya, Azfaizul Ahtan yang merupakan insan yang banyak menggerakkan operasi khidmat pengurusan jenazah sebagai ‘orang kuat’ kerja amal itu.
“Saya hanya bantu dari aspek perkongsian dan hebahan melalui Instagram (IG). Memang ada yang memuji usaha ini, tetapi saya tak buat apa-apa pun.
“Suami dan pasukan kerjanya yang lebih ke depan. Saya sering memaklumkan usaha ini dilakukan secara percuma buat golongan sasaran iaitu Muslim dari awal hingga selesai pengurusan jenazah.
“Khidmat ini dilakukan untuk semua peringkat usia. Malah, ada kes yang mana kaki hendak dipotong akibat kencing manis juga kami uruskan,” katanya kepada BH Online.
Tambahnya, kerja amal itu juga membuatkan dirinya terus istiqamah dan mengingati kematian.
“Permintaan mengurus jenazah yang diterima tidak menentu. Ada ketika, sampai empat kes sehari. Kadang-kadang tiada langsung.
“Malah, sekadar berkongsi, suami pernah menguruskan jenazah yang sudah empat tahun tersimpan dalam peti mayat kerana dipercayai tiada waris menuntutnya.
“Ada ketika apabila mendapat tahu ada yang meninggal pada usia muda, secara tak langsung, ia menginsafkan diri kita,” katanya.
Noorkhiriah atau nama penuh Noorkhiriah Ahmad Shapie berkata, pertubuhannya kini memiliki empat van jenazah untuk digunakan.
Dia bagaimana pun tidak menafikan ada peminat bertanya mengapa memilih kerja amal menguruskan jenazah.
“Pada awalnya, suami hanya menghantar jenazah ke tanah perkuburan. Kemudian lama-kelamaan, suami terbabit sama dalam proses memandikan jenazah, kafan, solat dan hantar jenazah ke pusara,” katanya sambil menambah suami dibantu lima petugas lain.
Dalam perkembangan lain, aktres berusia 44 tahun itu bersyukur diberi kepercayaan sebagai duta jus kesihatan keluaran Vieura Group Sdn Bhd.
“Rasa terharu kerana pada usia sekarang, orang masih buka rezeki jadi duta produk. Inilah rezeki saya sebenarnya. Mungkin rezeki ‘shooting’ tidak rancak seperti dahulu, tetapi ada sahaja perkara baik datang.
“Dalam ramai-ramai orang, saya terpilih dan ini amat mengujakan,” katanya.
Kecurangan suami di media sosial boleh mengundang dosa, aib dan risiko undang-undang. Ustazah jelaskan kenapa bukti perlu dibawa ke saluran yang betul.