Siapa sangka penangan Filem Mat Kilau menyebabkan ramai anak-anak telah mendaftar nak belajar silat.

Filem epik Melayu arahan Syamsul Yusof mendapat sambutan menggalakkan sejak hari pertama ditayangkan sehingga kini tetap meraih perhatian.

Di media sosial memaparkan beberapa kanak-kanak mempamerkan ketangkasan bersilat. Ada juga baru nak belajar dek filem ini.

TRENDING:“Ni Satu-Satunya Gambar Aki Mat Kilau Lengkap Berkeris, Berbaju Melayu Dan Bersamping .” Cucu Mat Kilau Dedah Perjuangan Kisah Benar.

POPULAR: Fenomena Filem Mat Kilau, Ada Yang Sanggup Rembat Seat Orang, Tolong Jaga Tertib. Lelaki Ini Kesal Sikap Penonton.

Majalah Keluarga turut berkesempatan untuk bertanya lanjut mengenai fenomena filem epik ini kepada seorang pendidik iaitu Cikgu Mohd Zuraidi Bin Komari, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,SK Bukit Kemuning 2, Shah Alam Selangor.

Pendidk ini juga merupakan penerima Sandang Kehormat Bintang Mahkota Pelangi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan Negeri Selangor pada tahun 2022 dan merupakan salah seorang penasihat bersama Cikgu Hamidi Bin Shariff, Guru Besar & Cikgu Nor Hasmah Bt Md Isa, Penolong Kanan Kokurikulum.

“Penglibatan dan penyertaan murid memang menggalakkan dengan penambahan ahli seramai 35 ahli setiap minggu dan purata 5 orang sehari.

“Latihan silat diadakan setiap hari Sabtu, 4.00 petang – 5.30 petang di dataran dan Dewan Terbuka SK Bukit Kemuning 2 dilatih oleh gurulatih bertauliah.”

Guru Silat Seni Gayong Akui Fenomena Filem Mat Kilau Cetus Murid Minat Silat, Ahli Makin Bertambah!

Namun kataya lagi, sambutan sebelum filem mat kilau juga amat menggalakkan dikalangan ibu bapa setelah pelbagai promosi, persembahan dan demontrasi dibuat sebelum sesi latihan.

Namun, setelah filem Mat Kilau ditayangkan, permintaan terus bertambah dan ibu bapa hadir mendaftarkan anak-anak untuk mempelajari ilmu silat yang dulunya bukan pilihan utama ibu bapa berbanding seni mempertahankan diri yang lain.

IKLAN

Untuk makluman Penubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan ditubuhkan pada tahun 2018 di SK Bukit Kemuning 2 dengan 60 ahli pertama.

Ahli bertambah

“Ahli Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan di SK Bukit Kemuning 2 sebelum filem Mat Kilau seramai 120 orang ahli, Selepas filem mat kilau ditayangkan ahli silat telah meningkat kepada 250 ahli.”

“Ahli paling muda mendaftar untuk sertai silat di sekolah ini paling mudah adalah berumur 6 tahun. Saya percaya pendaftaran ahli akan terus bertambah setiap minggu.”

Pengaruh filem Mat Kilau
Guru Silat Seni Gayong Akui Fenomena Filem Mat Kilau Cetus Murid Minat Silat, Ahli Makin Bertambah!
Apabila ditanya mengenai pengaruh filem epik ini, guru ini tidak menafikan bahawa pencetus kelas silat mendapat sambutan.

“Filem Mat Kilau ini telah memberi inspirasi, motivasi dan kesedaran kepada ibu bapa dan generasi muda untuk lebih menghargai ilmu silat sebagai warisan bangsa melayu yang perlu dipertahankan, dipelajari dan diwarisi generasi hari ini dan akan datang agar tidak hilang warisan melayu di dunia.

“Filem ini turut menyemarakkan semangat pahlawan dan pendekar dikalangan anak-anak muda agar bangkit dari lena untuk mempertahankan negara dari anasir yang akan merosakkan sejarah bangsa yang telah diperjuangkan sebelum ini. Jika tidak, perjuangan pejuang kemerdekaan sebelum ini sia-sia sahaja andai generasi hari ini tidak menghargainya dan tidak meneruskan perjuangan tersebut.

“Bangsa melayu juga perlu bersatu dan mengelakkan perpecahan dikalangan bangsa melayu. Kini, silat diperkatakan dipelbagai medium sosial oleh semua generasi malah menjadi ikutan anak-anak muda dengan memakai busana melayu bertanjak jika sebelum ini, tidak begitu menggalakkan dan jarang sekali silat ini ditularkan.

Silat Warisan Budaya Untuk Jati Diri Anak

IKLAN

“Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu serta Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau dan kini sudah menjadi satu warisan budaya kita. Silat membawa kita mengenal kembali jati diri sebagai bangsa Melayu.

“Ia merupakan salah satu warisan Melayu zaman berzaman. Di zaman yang serba canggih ini, silat sudah mula dilupakan dan hanya berapa kerat bangsa Melayu tahu bersilat. Silat menyatukan umat. Silat bukan hanya untuk orang Melayu.

“Apa jenis bangsa pun boleh belajar silat. Biasanya apabila kita menjadi ahli gelanggang, sifat kekeluargaan akan jadi menebal dalam setiap pesilat.

Nasihat cikgu, belajarlah ilmu silat untuk mempelajari ilmu lain selain ilmu akademik, pertahanan diri, tingkatkan keyakinan diri, tingkatkan jati diri, mendisiplinkan diri, cabar kemampuan diri, untuk kesihatan dan kecergasan & warisi silat ke generasi akan datang.

“Ibu bapa perlu istiqamah dalam memastikan kehadiran anak-anak ke sesi latihan setiap minggu. Hadir bersama anak-anak untuk memberikan sokongan dan galakan. 

Andai berkemampuan, belikan set pakaian silat agar semangat anak-anak lebih dirasai aura pendekar atau pahlawan. Beri galakan kepada anak-anak untuk sertai pertandingan atau kejohanan pencak silat bagi acara silat seni, tempur atau olahraga agar anak-anak dapat menguji tahap kemampuan diri dan mempraktikkan ilmu silat yang telah dipelajari.”

 

IKLAN

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

 

 

Guru Silat Seni Gayong Akui Fenomena Filem Mat Kilau Cetus Murid Minat Silat, Ahli Makin Bertambah!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI