Adat berumah tangga, ada pasang dan surutnya. Tak terlepas daripada ujian, rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle turut tempias dalam kemelut ini.
Memetik laporan daripada Berita Harian, pasangan suami isteri ini difahamkan tiba di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini bagi sebutan kes hadanah atau hak penjagaan untuk kedua orang anaknya iaitu Muhammad dan Aurora.
Bagi yang belum tahu, hadanah adalah permohonan mendapatkan hak penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum boleh menguruskan dirinya sendiri sama ada lelaki atau perempuan dalam tempoh perkahwinan atau selepas penceraian.
Difahamkan lagi, sebutan kes ini berjalan dengan lancar dan nampak seperti ada sinar untuk kembali berdamai.
Ads
“Alhamdulillah, sebutan hari ini berjalan dengan baik. Saya cuma mendoakan yang terbaik dan diharapkan kita boleh membuat kesimpulan dan penyelesaian”.
Menurut Diana juga, ini bukan soal menang atau kalah, sebaliknya mahu keadilan untuk kedua orang cahaya matanya.
Ads
“Sekarang ini hak penjagaan interim masih lagi di bawah Diana dan hakim sudah memberikan lanjutan hak penjagaan hingga 30 Mei depan”.
Walaubagaimanapun, dari sudut lain, Farid dikatakan masih cuba untuk berusaha menyelamatkan keluarganya dan memanjatkan kesyukurannya kerana dapat berjumpa isterinya walaupun dari jauh.
Ads
“Saya tengah dalam proses untuk memikirkan jalan terbaik bagi mencapai pendamaian. Pendamaian yang saya maksudkan adalah pendamaian untuk kembali semula dengan isteri saya dan berikan anak-anak kedua ibu bapa mereka kembali”.
Sebelum ini pernah tular kisah cinta pelakon, Azah Aziz dan suami, Daud Leroy Abdullah menyemai kasih sayang selama lebih 31 tahun dan menjadi inspirasi ramai, kali ini Azah berkongsi pula fotonya bersama anak-anak tercinta.
Foto yang dimuat naik di laman instagramnya memaparkan Azah bersama tiga anak lelaki iaitu Aaron, Ryan dan Justin yang menginjak dewasa.
“Married at 22, have my first born at 24, happily married for 28 years. Here my picture with my older son and last picture with all my 3 sons. I’m the queen in the house,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Begitu banyak pengorbanan yang dilakukan oleh seoang ayah kepada anak-anaknya. Sedaya mampu diusahakan untuk pastikan anak-anaknya diberikan keperluan yang secukupnya.
Walau hidupnya dibelenggu dengan kemiskinan, namun demi anak yang dicintai, seorang ayah itu akan bertindak seperti seorang super hero. Boleh lakukan apa sahaja demi anak tercinta.
Begitu juga halnya mengenai kisah yang dipetik daripada daripada Kompas.com berkenaan seorang ayah di Kemboja yang dihimpit kemiskinan, tidak mampu membeli beg sekolah untuk anaknya.
Namun dengan tekun si ayah ini sanggup mengayam beg sekolah yang diperbuat daripada tali rafia untuk diberikan kepada anaknya bagi memudahkan membawa buku-buku sekolah.
Gambar beg sekolah tali rafia buatan bapa seorang murid miskin di Kemboja tular di media sosial kerana dapat diubah kepada tiga jenis bentuk.
Memetik daripada Kompas.com, beg berwarna biru itu dianyam bapa NY Keng, murid Sekolah Rendah Lumpat yang berusia lima tahun.
Keng dilaporkan enggan ke sekolah kerana tidak mempunyai beg dan kerana tiada wang bapanya menganyam beg berkenaan untuk anaknya.
Guru Keng, Sophous Suon memuat naik beberapa keping gambar beg unik itu di Facebook dan status berkenaan dikongsi semula lebih 6,204 kali dengan 1,553 ‘likes’.
Sophous berkata, Keng yang berjalan kaki sejauh tiga kilometer tanpa kasut ke sekolah tidak segan membawa beg itu ke kelas.
Menurut Sophous, murid itu tinggal di Oda Commune Kamrieng yang terletak di daerah Battambang dan keluarganya baru berpindah dari Thailand. Sementara itu, Sophous berkata, Keng tidak begitu berminat untuk belajar kerana masih kecil. Sebaik pulang dari sekolah, kanak-kanak itu akan membantu ibu saudaranya mengembala sapi.
sumber : Kompas.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika nak rezeki melimpah, salah satu caranya kenalah berikan kasih sayang kepada isteri dan anak-anak. Jangan asyik nak berkira atau marah seborono je.
Ikuti perkongsian suami ini Mohd Fhais tentang bagaimana dia menjemput rezeki datang mencurah-curah. Ini adalah pengalamannya sendiri. Sungguh inspirasi.
Kita berkira dengan anak, rezeki akan berkira dengan kita
Pernah tak kita terfikir? orang tua-tua cakap bila ada anak ni rezeki murah. Tapi lain jadi kat kita, anak dah ramai tapi rezeki masih sama macam masa belum ada anak.
Pengalaman sendiri.
Alhamdulillah selepas annur rania dilahirkan rezeki saya mudah je masuk. Kadang-kadang rezeki tak di sangka-sangka dapat. Dapat tawaran kerja di kampung halaman. Padahal tak pernah terfikir pun saya boleh dapat sebab ramai sangat calon yang temuduga.
Masa berhenti kerja lama gaji pada bulan tu di tahan sebab berhenti tak cukup notis. Susah jugak nak survive bulan tu dengan komitmen yang ada tapi alhamdulillah semua berjaya di harungi. Rezeki ada je untuk bayar semua.
Semua berubah bila saya leka.
Di tempat baru kerja bertambah banyak, kadang-kadang balik ke rumah jam 9-10 malam. Kurang luangkan masa dengan keluarga dan anak-anak. Sedikit demi sedikit wang gaji tak cukup.
Bila wang tak cukup mulalah berkira-kira dengan anak. Mainan rm5 pun tak belikan. Sanggup biarkan anak menangis berlinangan air mata. keluar beriadah jauh sekali.
Pada mulanya salahkan gaji yang sedikit jika banding dengan gaji dulu. Tapi sebenarnya semakin jauh kita mengabaikan anak semakin jauh rezeki akan bai bai kita.
Anak-anak adalah anugerah setiap insan bergelar ibu bapa. Mereka adalah amanah Allah kepada kita. Mereka adalah masa depan generasi kita.
Besar tanggungjawab kita untuk membesarkan mereka jadi seorang anak yang setia kepada negara dan agama.
Saya tidak manjakan anak cuma saya tidak pernah berkira dengan anak.
Ini 8 amalan saya menjemput rezeki melalui anak :
1. Kanak-kanak pantang nampak mainan. Sebulan sekali beri mereka reward mainan yang mereka nak. Selagi termampu berilah barang kesukaan mereka. Apalah sangat mainan rm5-rm10 asalkan mereka happy. Ingat jika mereka happy kita sebagai ibu bapa turut happy, sama jugak jika sebaliknya. Bila keluarga happy baru rezeki mudah nak datang.
2. Berikan mereka pelajaran yang terbaik. Jangan pilih taska sebab sehala laluan ke tempat kerja sahaja. Fikirkan jugak keperluan anak-anak untuk belajar. Banyak taska hanya buka televisyen sahaja masa belajar. Taska yang bagus ialah yang penuh dengan aktiviti yang membantu perkembangan otak anak-anak.
3. Luangkan masa bersama anak-anak at least seminggu sekali. 6 hari masing-masing sibuk dengan urusan berbeza, apa kata sehari seminggu buat something bersama. Contoh jalan di zoo atau bawak anak-anak ke learning center. Banyak pusat learning center di malaysia yang bagus untuk perkembangan mereka.
4. Sediakan keperluan yang terbaik untuk mereka. Jangan recycle sahaja. Apa perasaan si adik yang hanya recycle barangan abang dan kakak. Contoh belikan baju baru kesukaan mereka. Mesti perasaan sayang tu bertambah-tambah.
5. Banyak kaedah pembelajaran awal kanak-kanak yang membantu perkembangan otak kanak-kanak sudah ada. Laburlah sedikit untuk masa depan mereka. Tahu tak 90% otak kanak-kanak berkembang sewaktu umur 0-6 tahun? Semua bahagian kritikal otak berkembang masa ini.
6. Sentiasa prihatin dengan perubahan sikap anak-anak. Jangan sentiasa fikir mereka akan cari jalan sendiri sebaliknya bantu selagi mereka boleh di bantu. Percaya tak yang kanak-kanak 1-6 tahun pun boleh kena STRESS? Sekali mereka stress dan kita tidak bantu emosi mereka akan terbantut dan boleh jadi serius.
7. Jangan marah anak tanpa berfikir panjang. Bila nak marah tu paksa diri diam atau minum air dan wuduk. Lebih baik berdiam diri dari marah dan terkeluar kata-kata kesat. Masa ini anak-anak masih belajar dan mereka akan ikut cara anda walaupun masa marah. Jika baik yang mereka nampak maka baiklah mereka buat.
8. Setiap kanak-kanak ada perkembangan berbeza. Fahami dan cuba bantu mereka. Berikan keperluan yang diperlukan bukan yang kita mahukan. Berhenti dari membanding dengan kanak-kanak lain.
–
Alhamdulillah selepas saya praktis 8 amalan di atas rezeki mencurah-curah masuk. Satu persatu hutang dapat habis. Bisnes pun semakin berkembang sehingga mampu upah 5 orang staf.
Rezeki adalah ketetapan dan tidak wajar kita merasa ragu dengan rezeki yang diperlukan bagi membesarkan zuriat kita.
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (Surah al-Isra’, ayat 31)
Nak rezeki mencurah-curah cuba curah dulu kasih sayang kat anak isteri. Barulah rezeki datang mencurah-curah.
Tak percaya? cuba mewahkan anak isteri, hari ini suprise mereka dengan hadiah yang mereka idam selama ni. Tengok apa hasilnya.
Jangan salahkan saya bila rezeki melimpah tak henti-henti.
P/s : Sebarkan jika beri manfaat pada anda supaya lebih ramai ibu bapa di luar sana dapat manfaat yang sama.
Follow dan Set See First Mohd Fhais supaya tak terlepas posting terbaru saya
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Faizal Ismail mencuri perhatian apabila tidak dapat menahan sebak ketika menjadi wali dalam majlis pernikahan anak sulungnya, Nur Khairina Iman, yang berlangsung di Cyberjaya.