Semua sedia maklum keburukan menghisap rokok dan rokok elektronik atau vape memberi kesan buruk pada kesihatan badan amatlah berbahaya. Macam-macam kes daripada tabiat buruk ini dilaporkan di dada akhbar tetapi masih lagi ada yang berdegil teruskan menghisap benda terlarang tersebut.
Antaranya pengalaman yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini, kesan kesihatan badan yang dihadapi akibat merokok dan vaping telah memakan dirinya. Dia disahkan mengalami masalah paru-paru yang dipanggil spontaneous pneumothorax.
Diharapkan perkongsian individu ini menjadi asbab buat para perokok di luar sana untuk mengambil inisiatif berhenti merokok secara perlahan-lahan dan iktibar buat kita semua. Buat saudara Faris Ifwat, semoga anda diberikan kesembuhan kesihatan.
Paru-paru sebelah kanan dihimpit udara yang terperangkap dan kecut
Assalamualaikum. Alhamdulillah semalam saya telah pun discaj dari hospital setelah hampir seminggu ditahan di wad kerana sesak nafas atau masalah paru-paru yang dipanggil spontaneous pneumothorax akibat daripada vaping dan smoking (merokok).
Ads
Iaitu komplikasi di mana udara masuk ke rongga paru-paru menyebabkan paru-paru tak dapat mengembang. Situasi ini menyebabkan paru-paru sebelah kanan saya dihimpit oleh udara yang terperangkap dan seterusnya menjadi kecut.
Jadi setelah dibincangkan, doktor memberitahu saya untuk terus menebuk di bahagian kanan dada dengan segera dan meletakkan chest tube untuk mengeluarkan udara bagi membolehkan paru-paru bahagian kanan saya berfungsi dengan baik.
Tangan kanan tak boleh letak sisi badan sbb ada tiub. Tidola mcm tu 4 hari dengan tiub dlm paru2. Sakit dia tak terkata
Jika lambat…Boleh menyebabkan kematian!
Alhamdulillah selepas lebih 72 jam memakai chest tube, udara yang terperangkap dapat dikeluarkan. Dan chest tube ini terus ditanggalkan pada hari ke-4.
Ads
Sekarang paru-paru saya masih lemah dan memerlukan latihan bagi menguatkan balik paru-paru saya seperti biasa.
Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri saya, ahli keluarga saya, keluarga mertua saya, saudara-mara saya, doktor-doktor, jururawat dan semua staf hospital Teluk Intan dan rakan-rakan sahabat yang mendoakan kesihatan saya dan menolong dari segi mental dan fizikal dan menziarahi saya semasa terlantar di hospital.
Kena training paru2 bagi pulih seperti biasa
“Beringatlah sesama kita bertapa bahayanya benda alah ni”
Doakan saya agar pulih sepenuhnya dan doakan hati saya kental dapat mengharungi hari-hari tanpa vape dan rokok (pening nak demam semua ada yelah terpaksa berhenti mengejut).
Ads
Untuk kawan-kawan ku beringatlah sesama kita bertapa bahayanya benda alah ni. Dulu saya seperti anda smua tak percaya. Bila dah kena dekat diri sendiri baru ada akai orang cakap haha.
Untuk kawan-kawan yang bertanya rasa sakit macam mana bila mula-mula kena. Rasa sakit dia rasa macam susah nak bernafas. Nafas jadi pendek dan tercungap cungap, macam ada sesuatu menghalang saluran pernafasan dan pergerakan juga terbatas.
Rasa sakit dia hanya Allah saja yang tahu.
Sekian dari saya Mohamad Faris Ifwat. Check in Hospital Teluk Intan 21-26/7/22. Assalam.
Geram kan apabila tengok rumput liar tumbuh menghiasi kawasan rumah? Rasanya baru dibersihkan sebelum raya tempoh hari, sudah tumbuh kembali. Bagaimana agaknya cara mudah nak hapuskan rumput liar tersebut? Jangan risau, ada tips mudah yang boleh anda cuba.
Ini merupakan perkongsian berguna oleh seorang pengguna Facebook, Lucius Maximus untuk hapuskan rumput liar yang tumbuh. Dengan hanya menggunakan dua bahan asas yang ada di rumah, masalah tersebut boleh diatasi. Tapi apa yang paling penting ianya selamat digunakan dan tidak membahayakan alam sekitar. Jom kita cuba.
Bahan-Bahan:
Cuka Masakan
Sabun Cecair Pencuci Pinggan
Alat Penyembur (Spray)
Cara Membuat:
1. Tuangkan cuka masakan ke dalam alat penyembur.
2. Setelah itu, titiskan 3 atau 4 sudu besar sabun cecair pencuci pinggan ke dalam alat penyembur tersebut.
3. Kemudian, semburkan ia pada kawasan rumput liar tersebut secara menyeluruh.
Tip Tambahan:
-Cuka masakan mengandungi asid asetik yang boleh membuatkan rumput liar mudah mati.
-Sabun pencuci pinggan pula bertindak sebagai ejen pelekit yang memastikan cuka yang disembur, melekat pada rumput liar tersebut.
-Sembur hanya sekali, selepas seminggu hasilnya rumput akan bertukar warna coklat, akarnya menjadi kering dan mudah dicabut.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila anak rapat-rapat, si ibu akan luang lebih banyak masa dengan si bongsu. Maka si abang dan kakak akan sedikit terpinggir. Jika tiada masalah bertutur, tak apa. Tp bila anak itu ada masalah bertutur, maka si ibu kena cuba lakukan sesuatu.
Sebelum cakap hal ibu, si ayah dulu kena mainkan peranan. Ayah kena luangkan masa dengan anak2 lain sementara ibu sibuk dgn si kecil.
– singgah kedai. Ajar anak minta apa yg dia nak beli. Nak beli roti? Ais krim? Air kotak? Biskut? Ajar dia tunjuk dan sebut.
– jika ayah membuat kerja-kerja rumah, panggil anak untuk duduk dekat dan lihat apa yg ayah buat.
Sebutkan ayat2 mudah seperti “buang sampah, sampah busuk, banyak sampah, buang dalam tong”
– main cikgu-cikgu dengan anak. Bagi anak penunjuk dan ayah jadi murid. Lekat poster di dinding.
– main perang-perang dengan anak. Susun bantal jadi kubu2. Sebutkan perkataan / ayat mudah seperti “tembak, serang!” “Bom!” “Ayah menang” “bom lagi” “baling asap, busshhhh”
Kuncinya ialah jangan pegang hp di tangan.
Bagaimana pula dengan ibu? Dah ada baby baru, sibuk baby tu nak susulah, beraklah, mandilah….
Panggil anak yg ada masalah bertutur tu. Suruh dia duduk dekat dgn anda dan anda cerita apa yg anda sedang buat kat baby/adik.
Sebutkan ayat mudah “baby pakai baju” “letak bedak” “baby wangi”
Cakap perlahan-lahan. Ayat pendek saja dan ulang ayat yg sama beberapa kali.
Sumber: Pakar Pertuturan Ruby Atikah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika dilihat kehidupan anak-anak kita pada masa ini, tidak keterlaluan dikatakan semuanya ‘melekat’ bermain gajet. Jauh bezanya jika ingin dibandingkan dengan kehidupan kita zaman kanak-kanak dahulu.
Boleh dikatakan macam-macam aktiviti kita lakukan, selain bermain kita juga akan membantu ibu ayah melakukan kerja rumah dan mengambil upah melakukan kerja-kerja yang mudah. Apa yang pasti bukannya ‘terperap’ di dalam bilik.
Pun begitu melalui perkongsian di laman tiktok, @mfs_bengkelbesi ada berkongsi video berkenaan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang rajin membuat kerja-kerja dan turut membantunya mengecat meja.
Sebagai ganjaran, anak kecil ini mahu usahanya itu dibayar dengan beras dan bukannya wang ringgit. Kerana baginya dengan beras dapat makan ramai-ramai bersama ahli keluarga.
Menurut Faeez Salleh, sebenarnya masih ada anak-anak di zaman ini yang tidak meletakkan gajet sebagai pilihan utama dalam mengisi masa yang ada.
Berkenaan video yang dikongsikan itu telah tular, dia ingin memberi sedikit pencerahan berkenaan adik Muhammad Hanif Zakaria itu sebenarnya daripada keluarga B40.
Jelasnya lagi, “Saya tak mahu orang salah sangka, salah anggap kata keluarga adik ni daif. Umur dia 11 tahun, dia rajin dan musim PKP ni dia boring. Kebetulan saya ada job sikit-sikit. Saya panggil dialah, suruh dia belajar pastu saya bagi upah sikit.”
“Cuma bila berkenaan upah, saya tanya nak duit ke nak beras. Lepas tu dia kata nak beras. Saya tanya kenapa nak beras, dia kata sebab beras boleh makan ramai-ramai.
“Tujuan saya nak tunjuk kerajinan dia, budak-budak umur dia sekarang semua gajet tapi dia gajet nombor dua. Dia suka tolong orang, buat kerja-kerja kampung. Kira bukanlah daripada keluarga daif. Harap semua dapat ambil maklum,” ujar Faeez di posting berikutnya.
Meninjau diruangan komen, ramai mendoakan agar adik ini menjadi anak yang soleh dan dimurahkan rezeki. Bahkan ramai memuji dan tidak menyangka, anak berusia 11 tahun sudah tahu untuk membantu orang tuanya di musim pandemik ini yang rata-rata semua antara kita terasa terbeban dengan masalah kewangan dan sebagainya.