Bab cantik memang cukup sinonim dengan wanita. Sebut sahaja apa jua produk, petua mahupun tip, segalanya mahu dicuba. Janji hasilnya terbaik untuk kulit wajah dan tubuh.
Bagi mereka yang menghadapi masalah pori terbuka, pastinya hal ini akan menyebabkan kulit muka kadang-kadang nampak macam berlubang. Terutama di bahagian pipi, dagu dan hidung.
Banyak faktor sebenarnya yang menjadi penyebab pori terbuka. Salah satunya adalah sikap diri sendiri yang malas cuci kulit muka. Ini punca utama kotoran akan melekat dan tersumbat seterusnya liang roma menjadi lebih besar.
Tapi jangan risau, jangan stress, jom ikut petua mudah dari Mem Myrah menerusi #tipscantikmyfa ni.
Hanya dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi yang ada di dapur sahaja, boleh membantu menutup atau mengecilkan kembali pori di wajah anda. Cukup mudah, jom cuba!
Ads
Bahan-bahan
Ads
1 biji pisang
1 cup yogurt asli
1 sudu madu
1 of 3
cara membuat:
1. Haluskan semua bahan dan kacau rata sehingga campur rata.
2. Sapu masker pada wajah. Fokuskan pada kawasan pori terbuka.
3. Tunggu sehingga kering dan bilas dengan air bersih.
4. Lakukan seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dan berkesan.
Ads
Tip cantik:
*Ketiga- tiga bahan ni banyak sangat manfaat untuk kulit muka.
*Lepas buat masker ni, jangan lupa sapukan Argan oil dam honey bee macam biasa sebelum tidur.
Lepas ni bolehlah keluar rumah tanpa mekap tebal untuk tutup pori itu. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di sini pagi tadi.
Siti melahirkan bayi seberat 3.84 kilogram itu secara pembedahan. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak syarikatnya, penyanyi nombor satu negara ini dan bayi berada dalam keadaan baik.
Isnin, 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H, Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada pukul 6.21 pagi. Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.
Suami penyanyi popular itu, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersyukur dengan kelahiran cahaya matanya itu.
“Apa yang penting bagi saya adalah proses melahirkan bayi berjalan dengan baik, isteri dan anak juga sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar,”ujarnya dalam kenyataan tersebut.
Dato K dan isteri dalam pada itu turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.
Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.
Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.
Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah s.w.t.
Hendak suburkan tanaman atau pokok bunga pun ada rahsianya. Selain yang biasa kita dengar perlu dibaja, disiram dan dijaga rapi bahkan ada cara yang mudah dan terbukti berkesan.
Ini sepertimana yang dipraktikkan oleh Puan Zaiton Hamid, berkongsi cara untuk memastikan tanaman yang ditanam hidup subur dengan siraman air cucian ikan. Difahamkan, setiap kali selepas mencuci ikan airnya akan di simpan untuk digunakan sebagai siraman pokok dan dalam masa yang sama menjadi baja yang cukup berkesan.
“Ini ialah air basuhan ikan. Setiap kali lepas siang ikan saya akan simpan airnya untuk dijadikan baja organik,” tulisnya di group facebook Berkebun D Rumah.
Rugi Buang Air Basuhan Ikan, Jadikan Baja
Petua ini saya dapat dari arwah ayah dan mak yang selalu jadikan air basuhan ikan sebagai baja pokok.
Alhamdulillah pokok akan tumbuh subur selepas disiram dengan air basuhan ikan.
Sangat rugi kalau kita buang air tersebut begitu sahaja. Kerana,unsur dan kandungan dalam organ ikan itu memberikan kesan positif pada tanaman.
Terdapat zat besi yang wujud semulajadi dalam darah dan organ ikan.
Setiap kali siang ikan,kita simpan dalam bekas siraman.
Apabila waktu petang, kita boleh siram kepada tanaman.
Kenapa waktu petang?
Pagi sehingga tengah hari merupakan waktu pokok aktif melakukan fotosintesis.
Jadi selepas dari waktu itu, keperluan harian tanaman telah mencukupi.
Sebab itu, petua orang-orang tua kalau nak pindah kan pokok, lakukan di waktu petang supaya pokok tak terkejut.
Lagi pun dah nak menjelang senja ke malam, pokok dah mula tidur.
Baru lah ia mudah stabil selepas dipindahkan.
Note: Penulisan saya adalah berdasarkan pengalaman dan petua arwah ayah & mak serta disokong dengan pembacaan dibeberapa blog.
PS : Baja air ikan ini ada baik buruknya,ada kawasan tidak bermasalah menggunakan nya dan ada kawasan akan menghadapi masalah semut,lalat,tikus dan beberapa masalah lagi,boleh cuba sedikit dulu dikawasan tertentu, jika ok teruskan jika tidak abaikan.
Meninjau di ruangan komen, ramai juga warganet turut terpanggil untuk berkongsi petua yang dilakukan untuk memastikan pokok yang ditanam menjadi subur. Bahkan ramai juga yang berkongsi pengalaman yang sama menyiram tanaman dengan air basuhan ikan.
Antaranya adalah seperti komen daripada Ruhidah Rostam, “Saya pun guna air cucian ikan.Selain itu saya juga gunakan air cucian beras,air teh o tanpa gula (teh yg dah guna & rendam)kadang air cucian pakaian & air rendaman nasi basi,serbuk kulit telur (jemur & tumbuk/kisar)kulit kupang (jemur & tumbuk)hampas serbuk teh,hampas serbuk kopi,sayur-sayuran & buah-buahan yang tidak elok ,kulit kentang,kulit bawang putih,kulit bawang merah & kadang saya letak rambut saya yang gugur”
Manakala Dahrom Hashim menyarankan agar ditapis terlebih dahulu air basuhan ikan tersebut. “Tapis dulu air ikan tuu supaya tiada sisa daging yg tinggal..,.baru tiada semut…..”
Ramiza Mb pula berkongsi amalannya, “Selain basuhan ikan air peraman kulit bawang juga sgt bagus..pokok nk mati dh alhamdulillah hidup subur blk..insya allah”
Manakala kongsi Afsah Daud Cha-cha pula tulisnya, “Jiran sy buat siram kat orkid… Ya rabbana… Gemok lepok orkid berbunga”
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua.
Mengamalkan pemakanan sihat untuk tujuan penjagaan tubuh badan tentunya akan diberi perhatian serius.
Apatah lagi bagi seorang ibu yang mahukan setiap makanan yang dimasak untuk keluarganya adalah yang berkhasiat dan terbaik.
Menyentuh tentang amalan makan makanan sihat, salah satunya adalah dengan makan kurma merah.
Walaupun hakikatnya, masyarakat cina lebih senonim dengan kurma merah ini, terasa rugi pula andai kita tidak manfaatkan kebaikan kurma merah ini yang dikatakan tinggi khasiatnya.
Jadi bagaimana caranya untuk menikmati khasiat kurma merah ini?
Jom ikuti perkongsian Linda Matori ini.
PEMINAT RED DATES? NAH TIPS YANG PENTING
Kurma merah atau yang disebut juga dengan Red Dates dapat memulihkan tubuh setelah sakit, baik bagi wanita yang menopause, period dan yang sedang berpantang.
Buah ini juga melindungi fungsi hati, dengan kandungan antioksidan yang berlimpah kurma merah juga baik untuk mencegah pertumbuhan sel kanser.
Dan masih banyak lagi manfaat dari kurma merah ini sehingga dalam rawatan china buah ini sering dimasukkan dalam resipi sinshe.
Tips yang Bos (Chinese) bagi:-
-Masak Red dates lebih sedap.
Biasa orang cina masukkan dalam sup
-koyakkan red dates untuk seimbangkan rasa manis dalam masakkan atau minuman.
-Buang biji red dates sebab menurutnya biji dia bersifat boleh memanaskan badan.
-Nak lebih sedap dan elok boleh letak gingko biloba dan longan kering.
-minum red dates lepas makan dalam keadaan suam sangat elok.
Ekstra info
Best tau kalau amalkan kurma cina ni. Terutama time datang bulan. Elok sesangat.
Kalau yang pregnant hb rendah pun Bos cakap elok amalkan.
Kiriman : Linda Matori via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.