Hendak suburkan tanaman atau pokok bunga pun ada rahsianya. Selain yang biasa kita dengar perlu dibaja, disiram dan dijaga rapi bahkan ada cara yang mudah dan terbukti berkesan.

Ini sepertimana yang dipraktikkan oleh Puan Zaiton Hamid, berkongsi cara untuk memastikan tanaman yang ditanam hidup subur dengan siraman air cucian ikan. Difahamkan, setiap kali selepas mencuci ikan airnya akan di simpan untuk digunakan sebagai siraman pokok dan dalam masa yang sama menjadi baja yang cukup berkesan.

“Ini ialah air basuhan ikan. Setiap kali lepas siang ikan saya akan simpan airnya untuk dijadikan baja organik,” tulisnya di group facebook Berkebun D Rumah.

Rugi Buang Air Basuhan Ikan Jika Ada Tanaman Di Laman Rumah. Buat Seperti Wanita Ni,  Confirm Puas Hati Hasilnya!

Rugi Buang Air Basuhan Ikan, Jadikan Baja

Petua ini saya dapat dari arwah ayah dan mak yang selalu jadikan air basuhan ikan sebagai baja pokok.

Alhamdulillah pokok akan tumbuh subur selepas disiram dengan air basuhan ikan.
Sangat rugi kalau kita buang air tersebut begitu sahaja. Kerana,unsur dan kandungan dalam organ ikan itu memberikan kesan positif pada tanaman.

Terdapat zat besi yang wujud semulajadi dalam darah dan organ ikan.
Setiap kali siang ikan,kita simpan dalam bekas siraman.

Apabila waktu petang, kita boleh siram kepada tanaman.

Kenapa waktu petang?

Pagi sehingga tengah hari merupakan waktu pokok aktif melakukan fotosintesis.
Jadi selepas dari waktu itu, keperluan harian tanaman telah mencukupi.

Sebab itu, petua orang-orang tua kalau nak pindah kan pokok, lakukan di waktu petang supaya pokok tak terkejut.

Rugi Buang Air Basuhan Ikan Jika Ada Tanaman Di Laman Rumah. Buat Seperti Wanita Ni,  Confirm Puas Hati Hasilnya!
Photo by Jonathan Kemper on Unsplash

Lagi pun dah nak menjelang senja ke malam, pokok dah mula tidur.
Baru lah ia mudah stabil selepas dipindahkan.

Note: Penulisan saya adalah berdasarkan pengalaman dan petua arwah ayah & mak serta disokong dengan pembacaan dibeberapa blog.

IKLAN

PS : Baja air ikan ini ada baik buruknya,ada kawasan tidak bermasalah menggunakan nya dan ada kawasan akan menghadapi masalah semut,lalat,tikus dan beberapa masalah lagi,boleh cuba sedikit dulu dikawasan tertentu, jika ok teruskan jika tidak abaikan.

Rugi Buang Air Basuhan Ikan Jika Ada Tanaman Di Laman Rumah. Buat Seperti Wanita Ni,  Confirm Puas Hati Hasilnya!
Photo by Markus Spiske on Unsplash

Meninjau di ruangan komen, ramai juga warganet turut terpanggil untuk berkongsi petua yang dilakukan untuk memastikan pokok yang ditanam menjadi subur. Bahkan ramai juga yang berkongsi pengalaman yang sama menyiram tanaman dengan air basuhan ikan.

Antaranya adalah seperti komen daripada Ruhidah Rostam, Saya pun guna air cucian ikan.Selain itu saya juga gunakan air cucian beras,air teh o tanpa gula (teh yg dah guna & rendam)kadang air cucian pakaian & air rendaman nasi basi,serbuk kulit telur (jemur & tumbuk/kisar)kulit kupang (jemur & tumbuk)hampas serbuk teh,hampas serbuk kopi,sayur-sayuran & buah-buahan yang tidak elok ,kulit kentang,kulit bawang putih,kulit bawang merah & kadang saya letak rambut saya yang gugur” 

Manakala Dahrom Hashim menyarankan agar ditapis terlebih dahulu air basuhan ikan tersebut. “Tapis dulu air ikan tuu supaya tiada sisa daging yg tinggal..,.baru tiada semut…..”

Ramiza Mb pula berkongsi amalannya,Selain basuhan ikan air peraman kulit bawang juga sgt bagus..pokok nk mati dh alhamdulillah hidup subur blk..insya allah”

Manakala kongsi Afsah Daud Cha-cha pula tulisnya, “Jiran sy buat siram kat orkid… Ya rabbana… Gemok lepok orkid berbunga”

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua.

 

Sumber : Zaiton Hamid 

 

IKLAN

 

ARTIKEL MENARIK : “Kenderaan Adalah ‘Monster’ Yang Telan Banyak Duit…”-Lelaki Ni Pesan, Ada Betulnya!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Rugi Buang Air Basuhan Ikan Jika Ada Tanaman Di Laman Rumah. Buat Seperti Wanita Ni,  Confirm Puas Hati Hasilnya!

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI