Bagi anda yang tidak gemar guna produk moden mungkin boleh cuba petua yang cukup ringkas ini. Perkongsian ini hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda sahaja iaitu buah tomato untuk menghilangkan masalah jerawat dan parut pada wajah.
Petua mudah ini dikongsikan oleh Asha Zakaria. Moga bermanfaat!
TIPS UNTUK HILANGKAN JERAWAT DAN PARUT DEGIL!
+ boleh glowingkan kulit wajah.
Bahan :-
1biji buah tomato
Cara membuat:
Cuci dan simpan dalam peti ais(tempat beku)
Biarkan 1hari , ambik dan potong dua. Gunakan sebelah sahaja.
Ambil dan gosokkan pada kulit muka selama 15minit. Biarkan 1jam kemudian cuci muka seperti biasa.
Buat setiap hari (seelokknya pagi)
Kalau malas boleh buat 2kali seminggu .
SELAMAT MENCUBA !
Saya halalkan anda share posting ini
Posted by Asha Zakaria on Monday, February 12, 2018
“Ibarat Nyawa- Nyawa Ikan, Allah Tarik Aset Suara.” Diserang Angin Ahmar & Masalah Jantung, Ali XPDC Kini Jual Kerepek & Kuih
Vokalis kumpulan XPDC, Ali sebelum ini diuji serangan angin ahmar. Malah dia juga ditidurkan kerana kesukaran bernafas sebelum ini akibat masalah jantung dan paru-paru.
Namun, bapa kepada lima cahaya mata itu bagaikan diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan. Begitupun dia terpaksa makan dan minum menggunakan tiub kerana tekaknya masih sakit untuk menelan.
Pemilik nama sebenar Mohd Ali Ismail baru-baru ini berkongsi cerita suka duka yang melanda hidupnya.
Pafa pandangan masyarakat mungkin beranggapan, anak kelahiran Klang ini mungkin dilihat kental dek kerana jiwanya ke arah genre rock.
Namun hakikatnya, jiwa lelaki berumur 54 Tahun ini cukup rapuh dan manja seperti kanak-kanak. Itu do sendiri isterinya, Sharifah Azuwanna Syed Joned yang dinikahinya sejak 27 tahun lalu.
“Alhamdulillah, saya bagai hilang kata-kata diberi nikmat hidup ini. Saya pernah berada pada tahap peratusan 50/50 untuk hidup. Seperti nyawa-nyawa ikan ketika itu. Allah tarik nikmat aset suara saya miliki, tapi dibentangkan banyak hikmah.
“Tapi kini keadaan saya semakin okey. Dulu nak bercakap pun susah. Sekarang boleh bercakap walaupun tak lancar. Kalau susah sangat nak bercakap, isterilah yang jadi wakil (bercakap). Sehingga kini saya masih meneruskan fisioterapi dan ‘rehab’ seminggu sekali di Hospital Rehabilitasi Cheras.
“Pergerakan dan kos ulang-alik ke hospital juga dapat dijimatkan serba sedikit kerana saya sudah berpindah menyewa pangsapuri di Seri Kembangan sejak awal Ramadan lalu. Dulu masa tinggal di Klang, banyak guna duit,” kata Ali dalam nada sebak sambil menyeka air mata.
Kata Ali, dia bersyukur di saat hilang punca rezeki kerana nikmat ditarik, banyak pihak membantunya.
Kos rawatan di Hospital Ampang sebelum ini selama tiga minggu RM12,000 ditanggung Baitumal. Begitu juga bayaran sewa rumah RM850 turut dibantu badan berkenaan.
“Kediaman baharu yang disewa pun sewanya dibayar Baitulmal sebanyak RM800. Kami hanya bayar RM50 saja,” kata Ali.
Namun, sejak awal Ramadan lalu juga, Ali enggan terus berpeluk tubuh mengusahakan perniagaan menjual kerepek dan kuih tradisional.
“Anak saya syorkan takkan nak terus menerima sumbangan orang, lalu mereka mencadangkan untuk menjalankan perniagaan. Akhirnya kawan syorkan saya menjual kerepek dan kuih diusahakannya.
“Kami berniaga di tapak Pekan Sungai Besi. Tapak pun kawan saya uruskan tanpa perlu saya membayar sewanya. Cuma masa nak mulakan perniagaan itu, duit simpanan yang ada ditampung dengan barang kemas digadai isteri jadi modal. Hasilnya dapatlah kumpul RM8,000 sebagai modal.
“Ketika ini, tiga anak saya termasuk lelaki sulung bergilir-gilir menjaga gerai kerana saya belum kuat untuk menjaganya seorang diri. Hasil jualan ini bolehlah menampung kehidupan saya sekeluarga. Malah pernah hasil jualan cecah RM300 sehari,” kata Ali sambil memberitahu wakil kelab peminat XPDC turut datang ke rumah dan menghebahkan perniagaan diusahakannya.
Akui Ali, dia sebenarnya teringin nak makan pelbagai menu kegemaran.
“Tapi saya memang tak boleh makan beriya-iya. Kena elak makanan keras terutamanya. Tambah nak raya, teringin juga makan ketupat dan lontong. Apakan daya. Tengok kek pun semacam tiada perasaan.
“Tahun ini pun kerana keadaan kesihatan diri, saya tak boleh berpuasa. Saya juga harus meminum susu enam kali dalam sehari untuk membekalkan tenaga selain ubat hospital.
“Setiap kali dengar laungan bacaan solat terawih di surau berdekatan pun jadi sayu. Saya tak boleh melipatgandakan pahala di bulan puasa kerana keterbatasan diri. Isteri selalu memujuk hati akan teman saya ganti atau qada puasa nanti,” katanya.
Ali menambah dia sepatutnya menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah pada 10 malam terakhir Ramadan.
“Pihak agensi kembara umrah sampai sanggup nak bawa saya ke sana walaupun perlu berkerusi roda. Tapi isteri pun cakap tak mahu susahkan mereka. Saya anggap tak ada rezeki.
“Saya pernah tujuh kali mengerjakan umrah. Dua kali daripada jumlah itu saya pernah ke sana bersama isteri iaitu pada tahun 2018 dan 2021,” katanya.
Sementara itu, Sharifah Azuwanna berkata ujian dilalui Ali menjadi ruang terbaik untuk menyokongnya dari belakang.
“Dulu selama lima kali melalui fasa kehamilan, dia (suami) yang bersusah payah menjaga saya. Saya pernah rasa loya nak muntah pun, dia sanggup tadah tangan.
“Kini, sewaktu dia diuji, saya pula menjaganya. Saya ini sebenarnya jenis cepat geli dengan benda yang memualkan. Tapi ketika menjaga suami termasuk membantu ke tandas pun saya seolah-olah hilang sikap geli itu.
“Cuma saya tahu dia memang sedih tak dapat berpuasa baru-baru ini. Dulu waktu sihat, puasa takkan tinggal. Malah siap buat puasa sunat lain termasuk puasa enam,” kata Sharifah Azuwanna .
Terdahulu, pada hari sama, Ali dan isterinya turut menerima kunjungan pihak stesen radio Buletin FM bersama Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin yang menyampaikan sumbangan dan bantuan baucar RM300 sebulan selama tempoh setahun untuk membeli barangan keperluan dapur di premis beli belah itu.
Penyampai Buletin FM, Haiza Hanafi turuf hadir menyerahkan sumbangan peribadi dan barangan stesen radio berkenaan.
Dua Wanita Ni Share Cara Simpan Kelapa Parut Tahan Lama Hingga Berminggu-minggu!
Penggunaan kelapa parut untuk mendapatkan santan asli ketika penyediaan masakan tradisi sudah menjadi kelaziman buat kita.
Pun begitu, apa yang menjadi sedikit kepayahan bila menggunakan parutan kelapa ini adalah bab menyimpan lebihan kelapa parut tersebut.
Ini memandangkan, jika silap caranya, kelapa parut akan cepat basi dan tidak boleh digunakan lagi.
Oleh yang demikian, apa kata kita baca perkongsian tips daripada dua wanita ini yang mempunyai cara berbeza untuk pastikan kelapa parut tahan lama hingga berminggu-minggu lamanya. Jom Semak!
Melalui perkongsian Ebby Hidil, bukan sahaja kelapa parut yang putih sahaja disimpan malah gemar mengasingkan kerak kelapa untuk disimpan dan digunakan bila perlu.
Cara saya simpan kelapa parut..saya asingkan yang putih dan kerak kelapa.
Lebih suka guna kelapa yang asli daripada santan kotak.
Daripada 5 biji kelapa dapat 5 bungkus yang putih,3 bungkus yang kerak.
Biasa yang kerak-kerak ni saya masak untuk gulai dan rendang..lagi banyak lemaknya.
Cara simpan
Simpan dlm freezer.
Manakala berbeza pula cara yang diamalkan oleh Norazila Husin. Menurutnya, dengan kaedah mengukus akan dapat pastikan kelapa parut boleh bertahan hingga berminggu lamanya.
Jom baca perkongsian daripadanya.
“Saya nak bagi tips cara simpan kelapa parut yang boleh tahan seminggu.. mungkin masih ada yang tak tahu kan..
“Suami saya ni suka beli kelapa parut banyak-banyak.. so yang balance tak habis saya kukus dan simpan dalam peti sejuk dengan bekas tertutup.. alhamdulillah boleh tahan seminggu dan lebih..”
Selamat mencuba
Kalau Nak Kempis Perut Macam Anak Dara, Guna Teh Hijau, Madu Dan Halia, Nak Buat Mudah Minuman Herba Ni.
Asyik makan dan kurang bersenam antara punya periut menjadi buncit. Tentu ramai yang ingin mencari solusi untuk mengatasi masalah ini.
Perkongsian oleh Zana Mokhtar boleh jadikan panduan bagi yang mencuba petua untuk kurus dan kempiskan perut.
Siapa peminat teh kan boleh korang buat cara yang ni . Tapi kena konsisten setiap hari la ye.
In shaa Allah dengan cara ni korang akan mudah turun berat badan, buang angin, toksin dan kempiskan perut macam jalan yang rata tu. Lagi satu bagus juga untuk hilangkan bau badan tau.
Bahan bahan dia tak ada la susah mana nak sediakan . Janji cukup bahan.
Bacaan lanjut: Tak Berkira Soal Duit, Gaji Suami Isteri Kumpul Sekali, Lelaki Ini Tunjuk Cara Rancang Belanja Keluarga.
Bahan-bahan
1 uncang teh hijau ye bukan teh biasa tu tau.
1 inci halia di slice nipis nipis.
Madu ( ikut suka)
Cara dia kan macam gini:
1. Panaskan air dalam periuk kecik dan masukkan uncang dalam periuk tu ye.
2. Biarkan seketika dalam 1 minit lepas tu baru masuk kan halia dalam teh tadi tu ye.
3. Tutup api dan biarkan selama 2 minit. Kacau. Sedia untuk diminum.
4. Boleh tambah sedikit madu kalau suka untuk nak rasa manis manis sedikit kan.
4. Amalkan minum setiap pagi ye. Jangan simpan air teh tu buat stok pulak. Jadi bila buat tu cukup cukup la satu mug sudah .
Senang kan nak kurus cara sihat ni. Rajin tak rajin jek. Nak cantik, nak sihat kena la buat sekarang dan konsisten. In shaa Allah korang akan dapat result nanti senyum sampai ke telinga tau. Moga petua ni dapat manfaat kengkawan lain yang nak kurus tu.
Sumber: Zana Mokhtar
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club