Sebut saja anai-anai, ramai yang takut dengan serangan serangga kecil ini. Apa tidaknya, bila anai-anai menyerang bahagian kayu yang nampak kukuh diluarannya boleh mereput dan rosak.
Rekahan dinding atau lubang pada kawasan rumah antara penyebab utama anai-anai mula mendekati kediaman kita. Tak perlu gunakan racun untuk menghalau anai-anai ini sebaliknya usahakan cara ini dulu untuk pulihkannya. Jom cuba.
Petua Halau Anai-anai
1. Tembakau
Tembakau berkesan dalam menghalau anai-anai. Caranya hanya perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Kemudian, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.
Ads
2. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.
3. Air Kapur sirih
Kapur bersifat panas dan ia sangat tidak disukai kerana anai-anai memiliki kulit nipis dan lembut . Kapur juga mampu membakar kulit anai-anai.
Ads
Jadi anda boleh menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.
4. Air Cucian Beras
Ads
Manfaatkan air basuhan beras yang pertama untuk mengusir anai-anai. Siramkan sahaja air basuhan beras ke atas sarang anai-anai.
5. Minyak Tanah
Kebiasaannya minyak tanah digunakan untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah.
Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau di sembur di dalam rumah. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rata-rata anak-anak yang telah mendapat keputusan peperiksaan SPM baru-baru ini sedang merancang untuk masa depan mereka.
Ada yang sedang mencari kursus yang sesuai untuk ke menara gading, ke kolej swasata atau melangkah ke alam pekerjaan.
Bagi anak-anak yang berminat untuk bergelar sebagai jururawat, wanita ini berkongsi pandangan mengenai kerjaya ini.
Apa yang pasti kerjaya ini bukan calang-calang yang mampu menyandang tugas sedemikian.
____________
‘Kakbel, boleh ke kalau saya nak jadi Nurse lepas habis SPM?’
Ada yang pm tanya soalan begini pada saya.
Mari dik, dialu-alukan sangat. Mari jadi penyambung generasi jururawat yang boleh terus memberi khidmat bakti kepada masyarakat.
Tapi, anda kena tahu yang;
1. Jadi jururawat ni bukan macam drama ikut doktor jalan sambil pegang fail.
Jadi jururawat ni wayyy different dari apa yang ditontonkan dalam drama. Waktu datang kes-kes kecemasan, nak duduk pun tak dapat, nak minum pun jangan harap. Takde drama kenyit mata kat doktor hensem atau kat waris yang boleh buat ovari meletup atau tulang rusuk bergegar. Nehi!
2. Jadi jururawat ni bukan takat cuci najis seperti netizen cakap.
Jadi jururawat ni tugasnya holistik dan menyeluruh. Kitalah jururawat, kita juga tukang paip, kita pun kaunter pertanyaan, kita pun guru, kita juga kaunselor dan kita juga kaunter aduan. Dari punch in sampai punch out, ada je kerja nak buat bukan setakat duduk kaunter layan tiktok atau belek buku Avon.
3. Jadi jururawat ni takat sijil je.
Jadi jururawat ni, bukan takat sijil je. Ada hierarki pendidikan dalam kejururawatan ;
– Sijil Jururawat Masyarakat; belajar 2 tahun setengah, jadi Jururawat Masyarakat (JM) yang kat tudung/cap ada garis ungu.
– Diploma Kejururawatan ; belajar 3 tahun, jadi Jururawat Terlatih/Staff Nurse (JT/SN) yang kat tudung/cap/bahu (bagi jururawat lelaki) ada, garis warna biru.
– Sijil Pengkhususan/Diploma Lanjutan/Post Basic; belajar 6bulan-1 tahun untuk speciality tertentu dari unit kita bertugas contoh, Diploma Lanjutan Perbidanan, Sijil Pengkhususan PeriAnaesthesia, Diploma Lanjutan Kecemasan dan Trauma, Sijil Pengkhususan Orthopaedik dan banyak lagi.
– Kursus Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL); belajar setahun untuk jadi jururawat terlatih. Ni terbuka untuk JM yang dah cukup syarat servis.
– Ijazah Kejururawatan; Belajar 4 tahun untuk dapat ijazah. Kalau naik pangkat, gred 41, tapi ada je yang ada ijazah masih kekal U29 sebab belum ada tawaran kenaikan pangkat.
– Sarjana Kejururawatan atau Sarjana berkaitan. Ni bergantung jenis sarjana yang kita ambil tidak kira sepenuh masa atau separuh masa.
– PhD Kejururawatan atau PhD berkaitan.
4. Jadi jururawat banyak cuti, boleh kesana kesini perabis gaji.
Jadi jururawat ni jangan mimpi nak cuti hujung minggu, jangan mimpi nak cuti raya setiap tahun, nak cuti waktu hari kelepasan am tidak kira kerja hospital atau kerja klinik. Jadi, sebelum nikah nanti pastikan pasangan faham bukannya buat muka bila pasangan kena kerja hujung minggu, bila pasangan kena kerja pada hari raya, bila pasangan kena kerja pada hari kelepasan am. Hospital tak tutup dik.
5. Jadi jururawat senang pakai cable.
Tak kira pakai cable kelajuan kilat pun, bukan cable boleh tolong jawab exam dari Semester 1 Diploma hingga Semester 6. Bukan juga cable tolong jawab soalan exam dari Lembaga Jururawat Malaysia yang bagi lesen untuk kita jadi Jururawat. Lesen ni kena renew setiap tahun sama macam lesen kereta.
6. Jadi jururawat boleh pilih nak kerja dalam kawasan kampung halaman.
Jadi jururawat kena bersedia untuk bertugas tidak kira mana pun dihantar. Nanti dah cukup tempoh servis, mohonlah bertukar walaupun kena beratur tunggu giliran. Masa ni lah kita nak belajar budaya dan bahasa baru.
Jadi, sebelum jadi jururawat, kena bersedia segala segi. Jadi jururawat ni akan buka minda dan buka mata kita betapa kecilnya pengetahuan kita tentang kehidupan. Dan kita akan belajar erti kehidupan, erti menghargai sesiap saat yang ada bila kita lihat segala kesakitan, kehilangan dan keperitan pesakit kita.
Macam mana nak jadi jururawat?
1. Boleh mohon di SPA9 (https://spa9.spa.gov.my/login) dibawah Latihan Separa Perubatan dan pilih Latihan Jururawat kat sana. Sekarang ni, bila mohon kat SPA dia dah letak kelayakan kerja/jawatan berdasarkan sijil atau kelayakan akademik kita.
2. Boleh mohon dimana-mana IPTA/IPTS yang tawarkan jurusan kejururawatan dengan/tanpa tajaan atau perlu buat pinjaman PTPTN.
3. Boleh mohon di mana-mana universiti yang ada hospital/hospital pengajar seperti PPUM, UiTM, PPUKM, UPM, USM, dan UIAM.
** Setiap ipt ada kelayakan untuk kemasukan yang berbeza. Kena rajin layari portal dia.
#BelNawhen Diploma Kejururawatan, KKM (2008-2010) Ijazah Sains Kejururawatan dengan Kepujian, MAHSA University (2016-2019) Sarjana Penguatkuasaan Undang-undang, UiTM Shah Alam ( Feb 2020 – sekarang)
Bagi masyarakat di Utara tanahair, ikan pekasam umpama makanan wajib bagi masyarakat di sana. Penambah selera kala buntu dan jemu dengan sajian menu setiap hari.
Makan nasi panas dengan ikan pekasam juga sudah cukup memadai. Tak perlukan lauk pauk yang lain. Memang bangkit selera.
Kebiasaannya kita hanya membeli pekasam di kedai sahaja. Maklumlah tak pernah terfikir cara untuk menyediakannya sendiri di rumah. Pun begitu rasa yang kadang-kala sedap dan ada juga yang kurang buat kita rasa geram dan tak puas
bila makan.
Jawapannya tentu sahaja buat sendiri di rumah adalah pilihan terbaik. Sebenarnya mudah sahaja nak hasilkan sendiri ikan pekasam di rumah. Ikuti perkongsian ini. Senang je nak buatnya.
Bahan-bahan:
Beras yang siap dibasuh & ditoskan sehingga kering
Garam kasar
Ikan yang siap dibersihkan
Caranya:
Langkah 1:
– Gaul rata ikan yang siap dibersihkan tadi dengan garam kasar.
– Masukkan juga garam kasar ke dalam bahagian dalam ikan.
– Perap ikan tersebut di dalam bekas yang ditutup rapat selama 3 malam
Langkah 2:
– Goreng/sangai beras yang siap dibersihkan tadi hingga menjadi keperangan.
– Goreng dengan api yang sederhana.
Langkah 3:
– Kisar beras yang siap digoreng tadi.
– Kisar jangan terlalu halus.
Langkah 4:
– Masukkan sedikit air putih ke dalam beras yang siap dikisar tadi.
– Gaul rata
Langkah 5 :
– Bersihkan dahulu ikan daripada garam kasar.
– Gaul ikan yang siap dibersihkan tadi bersama beras yang siap dikisar yang dicampur dengan air.
– Gaul rata
– Masukkan sekali beras ke dalam bahagian dalam ikan.
Langkah 6 :
– Perap ikan yang siap digaul dengan beras perang yang siap dikisar di dalam bekas yang rapat.
– Pastikan tiada lalat atau serangga kecil dapat masuk ke dalam bekas tersebut.
– Perap sekurang-kurangnya 14 hingga 21 hari.
Setelah 21 hari diperap di dalam bekas.
Selamat mencuba!
Kredit: Sue Ketom Ketom
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sesungguh kreatif apabila seseorang itu dapat menjadikan perabot lama diberi sentuhan baru melalui DIY. Lebih menarik lagi, apabila ia melibatkan kos yang murah.
Begitu juga yang dihasilkan oleh Puan Ainul Zehraa ini melalui Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY. Kerusi pallet di beri sentuhan DIY ‘berwajah baru’ menjadi side table di ruang tamu.
Lebih cantik dipadankan dengan hiasan pasu pokok bunga orkid penyeri ruang.
Apa yang pasti, make over kerusi pallet ini menjadi memang superb setelah tranformasi dengan bajet yang rendah.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Diy kerusi pallet jadi side table mewah!
Nak tengok hasilnya. Kena tengok sampai habis gambar na.. Kami nak share yer.. kot ada yang nak try.
Okey takda keje cari keje kan. Dah barang pun ada semua. Kul 12 malam start buat habis jam 1.30 pagi kot.
Untuk bahan-bahan dan langkah demi langkah rujuk gambar yang diberikan. Bahan-bahan boleh dibeli merujuk kepada gambar di bawah. Selamat mencuba!
Ini bahan-bahanya- rujuk gambar.
Mulanya nak tauk buang ja kerusi pallet tu masa lepas renovation. Tapi asben kak ain buat lapik barang kat luar. Tak terfikir pun lagi nak buat benda ni. Mujur xbuang lagi ada sebuah lagi. Nanti kita sambung buat sebab ada barang habis kena order kat shoppe dulu.
Balut kerusi pallet dengan seat foam.
Kain baldu biru dilekatkan atas seat foam.
Paku tekan Diamond pada kerusi.
Lakukan kemasan pada kerusi.
So korang cuba tengok apa yang ada sekeliling yang boleh makeover jangan buang. Try buat mcm kakain buat. Beli je shoppe pilih warna kain hangpa suka warna apa. Atau ada kain dah yang cantik kat rumah. Boleh diy. Ikut citarasa sendiri. Satu kepuasan dan kenikmatan.