Nama Achraf Hakimi melonjak sepanjang kejohanan FIFA 2022 ini selepas fotonya tular meraikan kemenangan bersama ibu. Setiap kali menjaringkan gol atau pasukannya memperoleh kemenangan, perkara pertama yang dilakukan adalah pergi ke arah ibunya yang berada di bahagian penonton.

Achraf Hakimi yang juga merupakan pemain pertahanan kanan Paris Saint-Germain (PSG) FC berjaya menjaringkan gol kemenangan dalam penentuan sepakan penalti sewaktu menentang pasukan gergasi Eropah itu dengan skor 3-0.

Sambil menatap mata penjaga gol Sepanyol, Unai Simon, Achraf berjaya menghasilkan sepakan penalti panenka sekaligus melayakkan Morocco ke suku akhir Piala Dunia dalam detik ikonik tersebut.

‘Hari Ini Saya Berjuang Untuk Ibu Bapa Saya.’ Achraf Hakimi Bangga Rai Kemenangan Bersama Ibu

Achraf Hakimi dibesarkan di jalanan Madrid sebelum berjaya memasuki akademi Real Madrid. Dia layak bermain untuk Sepanyol tetapi sebaliknya, dia memilih untuk bermain bagi negara kelahiran ibu bapanya iaitu Morocco.

Ibu bapanya memainkan peranan penting dalam perjalanannya sebagai seorang pemain bola sepak. Kedua ibu bapanya juga dikatakan banyak berkorban dalam hidup mereka untuk melihat Achraf berjaya.

IKLAN

Sebelum ini, Achraf Hakimi pernah menyatakan bahawa seluruh karier bola sepaknya didedikasikan untuk ibu bapanya dan tindakan itu jelas selepas dia berjaya dalam menjaringkan gol dalam penalti penentuan.

‘Hari Ini Saya Berjuang Untuk Ibu Bapa Saya.’ Achraf Hakimi Bangga Rai Kemenangan Bersama Ibu

Seperti yang dia pernah lakukan sebelum ini, dia dengan pantas meraikan jaringan itu bersama ibunya yang berada di kerusi penonton pada perlawanan awal pagi tadi.

“Ibu saya membersihkan rumah dan bapa saya adalah peniaga jalanan. Kami berasal dari keluarga sederhana yang bersusah payah mencari rezeki. Hari ini saya berjuang untuk ibu bapa saya. Mereka banyak berkorban untuk saya,” kata Achraf Hakimi sebelum ini melalui Bundesliga.

IKLAN

Pemain muda berusia 24 tahun itu telah pun bermain untuk banyak kelab terkemuka dunia dan dianggap sebagai salah seorang pemain bek kanan terbaik di dunia.

Memiliki sejarah baik dalam bermain dengan kelab besar seperti PSG, Inter Milan, Borussia Dortmund dan Real Madrid jelas menunjukkan bakatnya yang besar itu.

Sumber : Siakap Keli

IKLAN

Artikel Berkaitan

Mesti Baca :

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

‘Hari Ini Saya Berjuang Untuk Ibu Bapa Saya.’ Achraf Hakimi Bangga Rai Kemenangan Bersama Ibu

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI