Memang tidak dinafikan setiap ibu bapa inginkan anak yang cemerlang. Namun ada juga anak yang sebaliknya. Biasanya anak yang cemerlang akan diraikan atas kejayaannya. Bukan untuk menunjuk atau raik atas kejayaan namun moga jadi inspirasi kepada anak-anak yang lain untuk berusaha ke arah kecemerlangan. Baru-baru ini, seorang guru di laman facebooknya Mohd Fadli Salleh meluahkan isi hati bahawa anak-anak cemerlang punya hak untuk naik atas pentas atas usaha gigih yang dilakukannya untuk berjaya. Ikuti perkongsiannya, sungguh deep!

______________________________________________

Hari Kecemerlangan Bukan Untuk Riak.Tapi Jadi Pendorong Kepada Anak Lain Untuk Berjaya. Deep Perkongsian Cikgu Ini!
Gambar hiasan

KENAPA NAK NAFIKAN HAK MURID CEMERLANG?

Ada khabar pantas tersebar, kononnya keputusan UPSR tahun ini sengaja diumumkan lewat supaya pihak sekolah tidak membuat sambutan dan meraikan pelajar straight A’s dan cemerlang ini.

Satu soalan aku nak sangat bertanya dan nak sangat tahu jawapan. Kenapa bersungguh-sungguh tak nak raikan murid yang cemerlang ini?

Kenapa nak sekat hak mereka untuk bergembira atas kejayaan mereka? Kenapa?

Adakah semata-mata nak menjaga hati murid yang gagal? Itukah sebab utamanya?

Baik. Jika benar begitu, mansuhkan saja APC yang diterima dan disambut saban tahun oleh jabatan-jabatan. Mansuhkan juga segala keraian dan sambutan untuk meraikan jabatan yang cemerlang.

Nanti orang lain terluka sebab dia tak dapat APC. Nanti jabatan lain kecil hati sebab jabatan mereka tidak cemerlang. ?

Aku berbeza pandangan tentang hal ini. Pada aku, murid cemerlang harus diraikan. Cuma mungkin pada waktu berbeza dan tidak semasa keputusan dikeluarkan untuk menjaga hati banyak pihak.

Itu usaha mereka. Itu titik peluh mereka. Itu pahit jerih mereka. Itu pengorbanan mereka. Dan bila mereka berjaya, kita nak nafikan hak mereka pula? Apa adil begitu?

Murid ini, usaha mereka berganda-ganda. Saat kawan-kawan mereka tidur, mereka bangun malam. Belajar, solat hajat dan berdoa.

IKLAN

Murid lain diwaktu hujung minggu berseronok di taman mainan, bersuka ria seolah tiada apa yang bakal berlaku sedangkan mereka ini menahan diri.

Bukan murid cemerlang ini tak minat main, tapi demi sebuah kejayaan, pasti satu pengorbanan perlu dilakukan. Mereka belajar, mereka minta tunjuk ajar, mereka usaha bersungguh-sungguh. Saat orang lain bersenang-lenang, mereka bertungkus lumus.

Sampai ketika keputusan diumumkan, pengorbanan, pahit getir dan usaha mereka dinafikan pula? Hanya kerana nak jaga hati murid yang tidak banyak berusaha seperti mereka?

Hendak jaga hati murid yang malas sehingga tidak beri anugerah pada yang cemerlang dan melarang buat sambutan. Apa betul tindakan kita?

Ya, aku tahu bukan semua murid yang yang gagal itu pemalas. Ada yang usahanya gigih, namun rezekinya setakat itu. Tapi lazimnya yang gagal itu kurang usaha mereka. Itu kelazimannya.

Dari dulu mereka yang cemerlang kita bagi anugerah secara terbuka. Aku ini bukan murid yang genius. Jarang sekali dapat naik pentas terima anugerah.

Namun setiap kali melihat rakan naik pentas terima anugerah, ia menjadi pendorong untuk mereka yang gagal berusaha lebih gigih. Itu satu motivasi yang baik.

Dari kecil aku tanam niat dan ibu bapa selalu cakap,

” Belajar sungguh-sungguh. Kalau cemerlang dapat naik pentas terima hadiah.”

IKLAN

Itu pendorong dan pembakar semangat. Jangan sampai suatu masa nanti murid berkata pada diri sendiri,

“Buat apa belajar rajin-rajin. Buat apa bersekang mata belajar tengah malam. Buat apa korban waktu hujung minggu untuk belajar. Kalau dapat straight A bukan dapat apa pun.”

Kau nampak tak apa yang aku nampak? Kau nampak tak apa kerisauan aku?

Murid tahun 6, tak kira yang gagal atau cemerlang memang pihak sekolah raikan saban tahun. Setiap tahun sebelum UPSR umum lagi hampir semua sekolah buat jamuan untuk semua murid tahun 6.

Bagi semua murid gembira. Bagi mereka makan besar. Bagi mereka buat persembahan dan berseronok. Itu semua atas kegigihan mereka belajar selama ini.

Kami raikan semua pelajar. Bukan yang cemerlang sahaja. Bukan murid kelas depan sahaja.

Tapi bila keputusan sebenar keluar, pastinya yang cemerlang perlu diraikan atas kejayaan mereka. Biar semua menyaksikan agar menjadi pendorong pada adik-adik dan kawan-kawan yang lain.

Yang gagal, pastinya akan bersedih. Itu normal. Itu tanggungjawab guru di sekolah dan ibu bapa di rumah untuk mengubat kekecewaan itu.

IKLAN

Di sekolah, pihak guru tak pernah abaikan murid yang kecewa ini. Guru kelas, guru mata pelajaran, guru kaunseling terus menerus memberi kata dorongan dan semangat mereka.

Kekecewaan mereka jika kita pandai manipulasi akan jadi satu kekecewaan yang memberi pulangan tinggi di masa akan datang.

Kesedihan mereka ini bukannya berkekalan sampai mati. Tidak!

Namun semangat yang mereka perolehi akibat kegagalan ini yang berterusan. Ini yang aku paling suka. Sejarah telah pun membuktikan ramai tokoh terkemuka yang berjaya asalnya pernah gagal suatu ketika.

Ramai murid gagal menjadikan tangisan sewaktu rakan lain melangkah naik pentas terima penghargaan atas kecemerlangan sebagai sumber dorongan dan semangat baru untuk mereka lebih rajin dan berusaha di masa akan datang.

Tangisan semalam menjadi punca senyuman akan datang.

Apa itu tidak bagus?

Kecemerlangan itu bukan mudah untuk dicapai. Tak kira dalam apa jua bidang sekali pun.

Anugerah ini bukan sekadar memberi penghargaan pada yang cemerlang, malah menjadi dorongan dan sumber inspirasi pada yang kurang cemerlang.

Pada aku, meraikan mereka yang cemerlang adalah relevan sepanjang masa.

Pada aku-lah.

#MFS
.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI