Keluarga bahagia adalah impian setiap pasangan suami isteri. Dalam membina sebuah rumah tangga sakinah dan mawaddah sudah tentu cara hidup bertunjangkan kesopanan dan tata tertib yang baik.
Namun sejak akhir-akhir ini segelintir keluarga semakin alpa dengan kehidupan sebegitu. Ada yang tanpa segan silu memaparkan kehidupan dan pandangan kepada umum tanpa memikirkan kesan dan akibatnya.
Sebagaimana perkongsian wanita ini meluahkan rasa kebimbangan terhadap segelintir pasangan suami isteri yang hidup dalam persekitaran urban hingga lupa batas pergaulan dan etika ketika berbicara. Bimbang nanti jejas keharmonian keluarga.
Ikuti lanjut perkongsian wanita ini.
Sebelumnya saya terbaca lalu lalang di wall tentang rancangan temubual beberapa artis lelaki tentang keseronokan babak rogol. Yang berbincang di sana semua suami dan bapak orang. Yang ada isteri. Dan ada anak perempuan.
Tapi tu lah. Orang lelaki ada yang memang otak dia begitu. Lucah memanjang. Kalau tak takdalah pakcik kaki dah reput, gigi tinggal 3 batang pun boleh buat kelakar lagi dengan jiran katil sebelah masa buat senaman.
Ads
“Saya ni kaki je tak kuat. Yang lain kuat lagi. Kahkahkahkah!”. Halaaaa…suka sangat. Tu kalau tersedak tu, mahu minta nyawa tu. Tapi yang peliknya bila kita.
Perempuan. Isteri. Ibu. Lalu di wall saya semalam. Seorang perempuan post pada kawannya yang lain. Gambar lelaki. Hanya bertutup daun keladi. Ada banyak gambar. Tapi saya scroll sebelum ternampak yang lebih huduh lagi.
Tak lama selepas kisah minggu lalu. Seorang ibu dan isteri post gambar artis lelaki korea di wallnya dengan emoji love bermata dua.
Tu kisah lepas beberapa bulan KJ dilantik jadi menteri. Bukan sikit ibu dan bini orang post senak dada, berdarah hidung, pecah ovari, tekak berkahak, halkum lekat, buasir.
Satu saja perkara yang boleh terjadi bila kita boleh rasa seronok post dan bercerita benda begini secara umum untuk dilihat orang. Normalisasi.
Ads
Bila anggap ia biasa
Kita tak rasa benda tu memalukan. Sedangkan dalam list ‘friend’ kita ada saudara mara, pakcik makcik, ipar duai, tok imam, ketua kampung, mertua, jiran dan mungkin juga anak kita sendiri.
Minat lelaki lain. Cakap benda lucah. Tengok aurat orang. Aurat sendiri juga. Semua benda aib. Yang patut kita malu. Dan kita tak bagi tahu orang. Tapi media sosial buat kita rasa normal benda tu. Semua orang buat. Apa salahnya kita pun buat.
Buat aksi pelik-pelik sebab itu adalah sumber nak bagi laku berniaga. Biasa. Makan dengan suami orang sebab dia kawan yang lama tak jumpa. Biasa. Borak dengan kawan lelaki dalam whatapps sebab dia kawan ofis. Biasa. Puji lelaki lain depan pasangan sendiri. Biasa.
Ads
Anak-anak meniru ibu bapa
Biasa yang moga kita tidak lagi biasakan sebab anak-anak kita melihat kebiasaan ibu untuk jadi kebiasaan dia.
Paling sakit bila kita tegur anak-anak tapi anak-anak jawab, “Mak pun sama”. Bila benar ibu adalah ibu, maka dia adalah guru dalam rumahtangga. Kadang asbab dia bukan anak-anak saja, suami pun juga boleh berubah sama. Kalau…
Besar dan kuat pengaruh kredibiliti dia. Sebagai perempuan, isteri, ibu.
3 perkara yang saya perhati bila dipelihara sebaiknya meningkatlah penghormatan diri seseorang wanita walau dia bukan siapa-siapa. Akhlak. Ilmu. Malu. Moga kita lebih bijak seiring usia. Moga kita lebih matang seiring tua.
Sumber: Siti Suryani Yaakop
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat penggemar laksa tentunya mencari cara yang mudah untuk kukus laksa agar menjadi lembut.
Jika nak merebus laksa kering memang memakan masa yang agak lama. Sebenarnya ada petua yang cepat supaya laksa cepat jadi lembut.
Seterusnya ikuti perkongsian puan Suzana Saad yang berkongsi petua yang diberikan oleh seorang taukey laksa.
Dulu saya kalau nak buat laksa, malas bab nak rebus laksa sbb kena rebus lama. Tapi lepas dapat cara baru dari tokeh laksa, anytime terasa nk makan laksa, terus pi cari ikan.
Cara penyediaan:
Rendam laksa kering tu semalaman atau 2 jam pun ok dah
Dengan air rendam tu, rebus hingga mendidih dalam 10 minit.
Tutup api & tutup piuk.
Biarkan dalam air panas tu 1 jam. Kenudian boleh tapis laksa tapi jangan basuh ye. Biarkan dalam penapis macam tu ja. Dah boleh makan.
Selalu kita dengar, selagi orang kita sayang masih ada, hargai mereka sebelum mereka pergi selama-lamanya..
Baik ayah atau ibu, kedua-dua mereka merupakan orang pertama yang memberi kasih sayang yang tiada tandingi kepada anak-anak. Bukan itu sahaja, mereka sanggup berkorban apa sahaja demi membahagiakan anak tercinta.
Pemergian insan tersayang ini amat memberi kesan kepada kita yang masih hidup, malah barangan peninggalan mereka menjadi mengganti diri di kala rindu menyapa.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh Tuan Syed Azmi tentang tiga beradik ini mengundang sebak ramai orang apabila mereka tetap mengguna barangan arwah ayah mereka kerana menganggap perbuatan tersebut dapat rasa dekat dengan ayah yang sudah meninggal dunia.
Rumah ni ada seorang ibu tunggal dan 3 anak. Tapi kat pintu bilik air ada 5 tuala.
Saya pun tanyalah kenapa ada 5 tuala sedangkan ada 4 orang dalam rumah ni.
Yang tuala tengah tu ayah mereka punya yang dah meninggal dunia. Dan itu memang tuala ayah.
Setiap anak ada tuala masing-masing dan tuala ayah ni anak anak ni gilir gilir guna (ikut mingguan) sebab nak tetap kongsi dengan ayah. Saya suruh si ibu ni ulang balik cerita ni.
Katanya sekali lagi. Barang ayah mereka macam tuala, kain selimut dan bantal semua anak pakat guna gilir gilir sebab masing-masing nak rasa dekat dengan ayah.
Sayangnya mereka pada ayah mereka.Semua anak masih bersekolah.Tapi satu hari nanti kena letgo jugak.Untuk kita, hargai mereka yang masih ada.
Perkongsian ini mengundang sebak pengikutnya dan rata-rata bercerita kisah yang sama yang dilalui oleh anak-anak.
Walaupun mengemas rumah setiap hari tetapi rumah kita hanya bersih daripada habuk dan kotoran sahaja tetapi tidak pula kekal harum aromanya.
Sebenarnya ada beberapa cara yang dapat mewangikan rumah dan rasa lebih segar baunya. Caranya bagaimana? Ada banyak cara yang kita kenal pasti supaya rumah kita tak berbau hapak dan busuk.
Cuba periksa beberapa perkara ini dan ikut langkah ini untuk pastikan rumah lebih berbau harum dan segar. Jom cuba!
Periksa Karpet
Sesekali periksa karpet di ruang tamu atau ruang makan. Adakalanya anda mungkin tak perasan anak tumpahkan air di atasnya. Mungkin ini puncanya bau hapak di rumah anda. Jika tiada bau sekalipun, sesekali jemurlah karpet pada cuaca yang panas. Tak perlu diangkat, rapatkan sahaja ke dinding tingkap. Pastikan kena cahaya.
Buka Tingkap
Ketika keluar rumah, pastikan tingkap dibukakan sedikit supaya adanya aliran udara yang keluar masuk. Jangan buka terlalu besar, cukup hanya sekadar melalukan udara. Cara ini buat udara lebih bersih dan bau pun kurang.
Udara Masuk
Walaupun rumah anda menggunakan penghawa dingin setiap hari. Sesekali dihujung minggu, bukalah tingkap untuk membolehkan udara segar masuk ke rumah. Cahaya panas yang masuk membolehkan bau dikurangkan.
Penyegar Udara
Kalau kita ada memelihara haiwan peliharaan seperti kucing di dalam rumah, wajib mempunyai pengegar udara. Cara ini sangat berkesan. Selain sentiasa memastikan kebersihan dijaga, perlu pasangkan penyegar udara ini supaya dapat mengurangkan baunya.
Cara Harumkan Rumah
Nak harumkan rumah kita senang sahaja. Setelah memeriksa mana-mana ruang yang berpotensi mengeluarkan bau kurang enak dan lakukan semua perkara di atas, anda kenalah pula menggunakan beberapa altenatif untuk kekal segar. Begini caranya.
#Petua 1 -Hirisan Daun Pandan
Sesekali rajinkanlah diri untuk menghiris daun pandan dan letakkan di dalam bekas terbuka. Sembur sedikit wangian dan biarkan di rumah tamu rumah kita. Jika malas, ambil sahaja daun pandan dan ikatkan kemas. Kemudian letakkan pada penjuru rumah kita.
#Petua 2 -Sembur Langsir
Bagi memastikan langsir sentiasa terjaga dengan cantik dan harum baunya, semburkan langsir dan seluruh fabrik dirumah kita seperti kusyen dan sofa dengan pewangi. Wangian berbentuk lemon atau ros antara yang serasi dengan bau rumah. Semburkan sahaja dengan kerap!
#Petua 3- Guna Lemon
Di ruang dapur, letakkan hirisan lemon di dalam segelas air dan biarkan sahaja ia mengeluarkan bau yang enak. Boleh juga diletakkan pada ruang-ruang lain jika anda suka.
#Petua 4- Lap Perabot
Satukan air bersama pelembut fabrik kemudian lapkan pada perabot di rumah kita. Bukan hanya dapat elakkan habuk yang melekat tetapi baunya kekal harum.
#Petua 5 – Udara Wangi
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, satukan tiga bahan ini iaitu pelembut fabrik, cuka dan juga air.
Kemudian semburkan sahaja pada seluruh rumah. Gabungan dua bahan ini memperbaiki udara yang lebih bersih dan baunya pun harum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.