Mesti ramai yang masih tertanya-tanya, apa punca hidung kerap berdarah?
Ramai yang bertanya kepada saya, apa sebenarnya punca yang menyebabkan anak mereka mengalami pendarahan hidung secara kerap, walaupun fizikalnya mereka nampak sihat.
Di bawah merupakan beberapa sebab biasa dan common yang boleh menyebabkan pendarahan hidung berlaku. Saya beri sepuluh punca. Antaranya :
1. Cuaca yang kering : persekitaran yang kering dan panas akan mengakibatkan lapisan mukosa dalam hidung anda kering dan mudah berdarah. Sekiranya anda sering mengalami pendarahan daripada hidung, pastikan anda mengelak daripada berada di kawasan yang terlalu kering yang boleh menyebabkan pendarahan lebih mudah berlaku.
Ads
2. Kerap mengorek hidung : ini biasa berlaku kepada anak-anak termasuk juga dewasa. Bagi kanak-kanak biasanya mereka akan menggaru hidung akibat gatal dan sebagainya, manakala bagi golongan dewasa tabiat mengorek hidung yang sudah menjadi ‘habit’ perlu dihentikan. Trauma dan luka pada lapisan dalaman hidung boleh mengakibatkan pendarahan.
3. Terlalu kerap menggunakan ubat nasal spray: ya, penggunaan ubat nasal spray adalah bagus bagi mereka yang mengalami masalah alahan, alergik dan sinus. Namun, untuk penggunaan sesetengah ubat nasal spray yang digunakan melebihi dan tidak mengikut nasihat doktor, ia boleh mengakibatkan lebih iritasi pada lapisan dalam hidung. Pendarahan boleh juga berlaku.
4. Ubat-ubatan : hati-hati dalam penggunaan ubat-ubatan khususnya jika anda mempunyai masalah pendarahan. Ubat-ubat seperti ubat tahan sakit jenis NSAIDS (non-steroidal antiinflammatory drug), ubat cair darah dan beberapa lagi yang lain boleh mengakibatkan pendarahan mudah berlaku. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil ubat-ubat seperti ini.
Ads
5. Penyakit hati: sekiranya anda mempunyai penyakit yang boleh mengganggu fungsi pembekuan darah, seperti organ hati… ia boleh juga menyebabkan pendarahan berlaku. Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya masalah yang anda alami tidak berkurang.
6. Alahan dan resdung : masalah ini merupakan antara yang biasa ditemui di kalangan pesakit saya. Sekiranya masalah sinus atau alahan anda tidak terkawal, anda memang berisiko untuk mengalami pendarahan hidung. Gunakan ubat yang diberi atas nasihat doktor. Cuba elakkan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan masalah anda bertambah serius.
7. Darah tinggi : masalah ini biasa berlaku kepada mereka yang mengalami ‘hypertension’ yang tidak terkawal. Pesakit biasa boleh mengalami gejala seperti pening kepala, kabur mata dan mereka juga boleh mengalami simptom pendarahan hidung akibat pressure terlalu tinggi. Kawallah tekanan darah anda. Pastikan anda mendapat follow up yang regular dan teratur bersama doktor.
Ads
8. Penyakit dalam darah : kadang-kadang kita tidak sedar bahawa pendarahan daripada hidung juga merupakan antara simptom kepada penyakit dalam darah seperti thrombocytopenia, leukemia, hemophilia dan sebagainya. Sekiranya anak anak anda ada tanda-tanda pendarahan atau lebam pada anggota lain selain hidung, dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.
9. Penggunaan bahan dan makanan tradisional : ada juga di kalangan pesakit saya yang mengalami pendaran hidung akibat masalah ini. Ada yang terlalu percaya pada suplemen atau minunan tradisional berbanding ubat-ubat hospital. Tujuannya untuk supaya badan lebih kuat, memutihkan kulit, mencuci buah pinggang kononnya, mengawal kencing manis… namun akibatnya, masalah lain pula yang datang. Penggunaan makanan atau minuman seperti ini tanpa nasihat doktor boleh mengakibatkan pendarahan berlaku juga.
10. Kanser : untuk mereka yang berusia khususnya(walaupun boleh berlaku kepada golongan muda), pendarahan daripada hidung secara tiba-tiba perlu diambil lebih serius. Apabila ia berlarutan melebihi tiga minggu disertai benjolan pada leher, masalah pendengaran, maka dapatkanlah pemeriksaan daripada doktor.
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang wanita yang menderita akibat berat badan naik mendadak sehingga mencecah 200 kilogram (kg) meninggal dunia malam tadi di Kampung Gaung, Tendong. Nur Izzati Afiqah Hussein, 29, mengalami keadaan itu dalam tempoh lima bulan ekoran penyakit misteri itu menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 10.50 malam tadi. Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kehidupan bekas tenaga pengajar kontrak di Pusat Pembangunan Kemahiran Melaka berubah sepenuhnya apabila berat badannya naik mendadak secara ‘misteri’ apabila mencecah sehingga 200 kg dalam masa tiga bulan. Sebelum ini adik bongsu Nur Izzati Afiqah, Muhammad Khairul Akram, mengalami masalah sama dan meninggal dunia empat bulan lalu pada usia yang muda 25 tahun.
Ibu saudaranya, Zainab Hassan, 57, berkata, sebelum ‘pergi’ Nur Izzati Afiqah mengalami pendarahan luar biasa.
“Mulanya, kami ingatkan dia datang haid tetapi berlaku dalam keadaan yang begitu banyak.
“Darah tersebut keluar pada jam 2 petang dalam keadaan berketul,” katanya lagi.
Menurutnya, ketika itu Nur Izzati Afiqah masih boleh bercakap seperti biasa dan kemudian beransur-ansur menjadi lemah sebelum menghembuskan nafas terakhir. Katanya, dia dan seluruh ahli keluarga reda dengan pemergian arwah yang disifatkan sebagai seorang yang baik.
“Selain ibunya, saya adalah orang yang cukup rapat dengan arwah kerana setiap hari mengurus dan menjaganya sepanjang dia sakit,” katanya.
Zainab berkata, jenazah arwah akan disemadikan jam 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung. Tambahnya, keluarga terpaksa mendapatkan kerjasama Bomba dan Penyelamat Balai Pasir Mas bagi membantu urusan pengebumian kerana keadaan fizikal arwah.
Aktiviti mewarna sememangnya aktiviti yang cukup mudah namun cukup bermanfaat untuk anak-anak kita. Melalui aktiviti ini anak dilatih untuk memegang pensil dengan baik dan melatih kekuatan tangan selain tahap fokus yang baik pada anak-anak.
Anak ajar anak mewarna di rumah, agaknya pensil warna jenis apa yang lebih sesuai atau krayon lebih baik? Ini penjelasan dari Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Mahfuzah Zainol.
“Nak Pakai Crayon Atau Pensel Warna?”
1. Ramai juga guru-guru pendidikan khas dan guru tadika yang tanya saya, “nak suruh guna pensel warna atau nak guna krayon?”
2. Penggunaan krayon sebenarnya adalah untuk latihan tripod grip.
3. Krayon untuk kanak-kanak adalah yang hujungnya berbentuk segi tiga dan badannya bentuk silinder yang besar. Untuk promote tripod grip semasa memegang.
4. Tripod grip pula adalah pegangan efektif yang menggunakan tiga jari. Melibatkan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
5. Disebabkan pada masa sekarang sudah wujud pensel warna yang bersaiz besar dan berbentuk segi tiga untuk menyokong tripod grip kanak-kanak, tiada lagi dilema nak guna krayon atau pensel warna.
6. Diharap info ini merungkai dilema nak guna krayon ke pensel warna.
7. Jika kanak-kanak sudah pandai tripod grip, bolehlah beralih kepada pensel warna saiz biasa. Tiada masalah. Projek 10 minit setiap hari dengan anak-anak kadang-kadang ialah mewarna.
Saya bagi arahan yang sama kepada kedua mereka, tapi hasil berbeza.
Arahan mewarna diberi secara verbal.
– Warnakan matahari dengan warna oren.
– Warnakan payung dengan warna biru.
– Warnakan baldi dengan warna hijau.
Jika sebut tentang Kieda Crepe, pasti rata-rata mengenali pempengaruh media sosial dan juga usahawan Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra yang menjual pencuci mulut Crepe yang menggunakan sistem ‘support vendor dulu baru Kieda’ dan sering menjadi tumpuan ramai untuk membelinya.
Semalam, Kieda berkongsi khabar duka apabila bapanya meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam pada Selasa.
Perkara ini dikongsikan oleh Kieda di aplikasi TikTok dengan menyatakan bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga terdekat.
“Kieda hilang lelaki pertama yang cinta dan sayangkan Kieda. Allah sayang abah lebih daripada kami sayang dia. Abah tarik nafas waktu kami ajar mengucap. Abah pergi depan isteri dan anak menantu.” katanya dalam video tersebut.
Malah, Kieda juga akui bahawa kehilangan ini adalah dugaan besar yang berlaku dalam kehidupannya.
“Dalam banyak-banyak ujian Kieda dapat bulan tujuh (Julai), ujian ini paling berat. Kieda boleh kuat dalam segala hal tapi bukan dengan kehilangan orang tua Kieda.
“Dalam pada itu, pengusaha makanan terkenal ini memohon orang ramai agar mendoakan semoga arwah bapanya ditempatkan di kalangan orang beriman.
“Kieda minta doa agar orang tua Kieda dipermudah segala urusan, ditempatkan dengan orang beriman. Alhamdulillah dia (bapa) tak sakit lama.
“Reda tu memang kena reda. Tapi antara reda dengan sayang tu, dia macam berbahagi sebab saya baru nak senang, nak bagi abah senang.” tambahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata membuat ucapan takziah atas pemergian ayahanda tercinta. Malah, ada juga yang mendoakan dan beri semangat buat kieda untuk terus tabah menghadapi ujian.
Fizo Omar terharu dapat anak lelaki-"Perasaan excited, sedih, hiba dan bangga bercampur baur. Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya.