Kebiasaannya, kerja menukar lampin anak ini pasti akan dilakukan oleh ibu kerana kemudahan yang disediakan lebih terarah kepada kaum ini. Jadi secara automatik, tugas ini harus digalas oleh kaum ibu.
Tanpa disedara, perkara ini adakalanya menjadi beban buat kaum lelaki yang dilihat seakan cuba mengelak dari melakukan tugas ini. Namun hakikatnya kerana tiada kemudahan untuk kaum lelaki bagi memudahkan mereka menukar lampin anak lebih-lebih lagi apabila berada di mall.
Penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal, Alif Satar baru-baru ini telah memuatnaik gambar beserta kapsyen yang menunjukkan beliau sangat teruja apabila terdapat nappy room dalam tandas lelaki sewaktu beliau berkunjung ke mall tersebut.
“Paling happy bila nappy room kat mall..senang untuk bapak-bapak. Kalau tak, most places letak tempat nappy change in the ladies WC. Good job IPC”
Menerusi posting ini, ramai yang memuji sikap Alif Satar kerana tidak ramai lelaki yang akan berbuat begitu kerana selalunya ianya akan dilakukan oleh si isteri lebih-lebih lagi dia merupakan selebriti terkenal.
Ads
Dalam kalangan warganet pula, ramai yang berkongsi kelegaan yang sama seperti Alif Satar apabila pasaraya besar menyediakan kemudahan ‘nappy room’ di tandas lelaki juga. Ini amatlah penting supaya menyedarkan tanggapan orang ramai bahawa tugas menukar lampin bukan hanya kerja si ibu sahaja.
Sebesar apa pun kesalahan anak-anak,jangan marah mereka dan memberi hukuman yang tidar wajar dilakukan kepada mereka yang masih lagi kecil.
Ilmu penjagaan anak-anak perlu dipelajari oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak membesarkan dengan keadaan mental dan fizikal yang sihat. Dalam proses mereka membesar, terdapat pelbagai kerenah atau perangai baharu yang akan dilakukan oleh anak-anak.
Oleh itu, ibu bapa perlu tahu cara untuk menegur anak-anak dengan betul agar tidak memberikan kesan yang mendalam pada mereka di kemudian hari.
Apa yang paling ditakuti bila mak ayah jadi tertekan dan naik angin bila menguruskan ramai anak kecil di rumah. Mudah sangat jadi hilang kawalan dan mula menghukum anak dengan cara yang sebenarnya sangat bahaya pada mereka.
Banyak organ yang penting ada pada kepala anak. Kepala anak yang dipukul boleh tercedera sehingga berlaku gegaran (cerebral concussion) dan pendarahan dalam otak. Tempurung kepala boleh retak.
Mata boleh cedera sehingga cacat penglihatan anak. Telinga boleh cedera hingga boleh pecah gegendang telinga.
Artikel Berkaitan
Bila terlalu marah, ada anak yang dicampak umpama patung permainan. Kesannya, dahi jadi luka, tangan patah, bibir pecah, badan jadi sakit sebab lebam.
Objek yang keras boleh mencederakan anak. Buku atau permainan yang dibaling boleh buatkan anggota badan anak luka berdarah.
Menghukum anak mestilah dengan niat untuk mendisiplinkan anak dan bukannya untuk mencurah segala rasa marah pada anak.
Lebam dan luka pada badan anak yang kecil dikira keterlaluan. Tak patut untuk seorang budak menanggung sakit disebabkan lebam berhari-hari lamanya.
Jangan terkejut kalau anak menyimpan dendam sehingga mereka sudah dewasa.
Inilah yang paling ditakutkan. Bayi atau anak kecil yang digoncang terlalu kuat. Akibatnya sangat teruk. Anak boleh ada pendarahan yang banyak dalam otak sehingga seluruh otak bengkak, ada pendarahan dalam mata dan patah tulang rusuk serta tulang belakang. Inilah yang dinamakan sebagai ‘Shaken Baby Syndrome’.
Menurut buku bertajuk “Shaken Baby Syndrome: A Multidisciplinary Approach”, dilaporkan 15-30% bayi yang mengalami keadaan ini meninggal dunia dan hanya 10% sembuh tanpa sebarang kecacatan otak.
Minta tolong sangat kawan-kawan sebarkan ilmu ini pada mak ayah yang lain. Tersilap sekali, menyesalnya seumur hidup. Jika terlalu stres, dapatkan bantuan ahli keluarga yang lain dan jauhkan sekejap diri dari anak-anak.
Isteri mana tak bahagia dan rasa bersyukur apabila segala kepayahan sepanjang sembilan bulan mengandung dihargai suami tercinta apabila dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh sepanjang berpantang.
Umpama seorang confinement lady, begitulah apa yang dilakukan oleh seorang suami Mohd Najib Mohd Ariffin, 26, apabila bukan sekadar menjaga isterinya, Farahdila Rokman, 25, berpantang malahan turut menjaga anak-anaknya sekali.
Menurut Najib dia memang sukarela menjaga isterinya ketika berpantang tanpa bantuan ibu mahupun ibu mentua.
“Bila saya post video ni ramai ingat saya jaga anak pertama. Jadi mereka cakap ‘anak pertama bolehlah buat’. Sebenarnya ini merupakan anak ketiga saya lepas masuk enam tahun kami berumah tangga.
“Minggu pertama kena bangun awal, lepas solat subuh dah kena uruskan mandi dan hantar anak ke sekolah. Untuk dua minggu pertama, memang saya tak benarkan isteri mandi sendiri. Saya yang akan uruskan dia mandi A-Z lepas hantar anak ke sekolah.
“Waktu inilah sebenarnya kita berpeluang tundukkan ego sebagai seorang suami. Bukanlah bermaksud kita takut pada isteri tetapi ihsan terhadap dirinya yang sedang sakit,” ujarnya.
Menurutnya yang menetap di Sungai Petani, Kedah, setelah merasai sendiri cabaran dan pengalaman menguruskan isteri, barulah dia faham akan kepayahan yang diharungi setiap ibu yang berpantang sendirian tanpa bantuan orang lain di sisi.
Anak ke-11 daripada 12 beradik ini turut berkongsi bagaimana dia dapat membahagikan masa antara kerjaya dengan tugasan menjaga isteri di rumah.
Dalam perkongsian video tiu, Najib yang mesra disapa Abang Sejuk bekerja sendiri dalam bisnes pendingin hawa menunjukkan bagaimana dia akan memastikan segala keperluan buat anak-anak dan isteri disiapkan sebelum keluar mencari rezeki termasukla membuat sendiri minuman ‘booster’ membanyakkan susu ibu.
“Lepas saya alami sendiri pengalaman menguruskan isteri berpantang, saya tak dapat bayangkan macam mana perasaan ibu berpantang sendirian kalau suami tak mainkan peranan mereka. Bila kita dah alami sendiri baru kita faham betapa hebatnya seorang wanita.”
“Semua ilmu dan pengalaman ini banyak saya dapat daripada adik beradik. Mereka banyak ajar cara nak uruskan anak termasuklah cucu najis. Arwah ibu juga banyak ajar kami adik beradik bab berpantang termasuklah bertungku.
“Mak mentua pada mulanya nak duduk rumah kami dua minggu untuk jaga isteri. Tapi bila dia tengok saya uruskan isteri dengan baik sampai bahan mandian pun boleh sediakan, jadi dia serahkan saja tugasan tu pada saya. Katanya secara berseloroh pada saya ‘kalau macam ni beranak setiap tahun pun tak apa’.
Mengakui tugas menjaga isteri berpantang ini susah, Abang Sejuk menitipkan pesanan serta nasihat buat para suami atau lelaki di luar sana agar bersabar dalam menjaga isteri sedang sakit berpantang.
Hal ini bukan sahaja dapat meringankan bebanan isteri malah dapat mengurangkan beban serta tekanan isteri agar mereka tidak didatangi pelbagai jenis penyakit lain termasuklah meroyan.
“Bagi saya, ibu berpantang selama 44 hari ni perlu dilayan seperti permaisuri. Keadaan tubuh isteri yang tidak cukup rehat dan sakit memerlukan bantuan penuh seorang suami. Mereka memerlukan bantuan kita apatah lagi dalam keadaan menanggung kesakitan lepas beranak.
“Anak yang dilahirkan adalah anak bersama jadi kita sebagai suami perlu bantu saat isteri tengah lemah berpantang. Ketika ibu berpantang haruslah dijaga supaya mereka dapat jalani proses ini dengan tenang.
“Kalau bercakap bab susah jaga isteri berpantang ni banyak, tapi bila kita ajar dan latih diri lama kelamaan akan jadi terbiasa dan mudah. Bab nak masak untuk ibu berpantang pun susah sebab ada makanan tidak boleh dimakan sebab takut bernanah pada bahagian luka. Tapi ada juga perkara saya tak boleh buat seperti mengurut jadi saya upah tukang urut,” beritahunya.
“Pada pendapat saya, menjaga isteri berpantang ini adalah perkara wajib bagi setiap lelaki. Inilah yang dikatakan sebagai salah satu nafkah batin. Jadi para suami perlu ada ilmu pengetahuan.
Perkongsian video beliau di TikTok meraih lebih 700,000 jumlah tontonan dan ada yang meninggalkan komen ‘Abang, kursus kahwin dulu pergi sesi permium ke?’ di ruangan komen.
Buat keluarga yang menggemari masakan berasaskan kari, tentu sahaja acapkali memasak memerlukan daun kari untuk menyempurnakan rasa masakan.
Namun sekiranya tiada pokok kari ditanam, agak sukar juga jadinya untuk mendapatkan daun kari yang segar setiap kali memasak.
Jadi apa kata andai balik ke kampung, bolehlah ambil seberapa banyak daun kari untuk dijadikan stok di rumah.
Cara untuk pastikan daun kari tersebut kekal segar, ada triknya. Dan ini dikongsikan oleh Mosba Imus untuk manfaat semua. Selamat mencuba.
“Preseved Curry Leaf In The Oil”
Cara2 nak simpan Daun Kari supaya mudah & tahan lama.Sesuai utk yg tiada pokok sendiri dirumah ataupun time balik kampung jika ada masa terluang.
Bila nak masak just buka balang ambil masuk je dalam kuali.Anytime anywhere so so easy.
Pagi tadi trimming pokok Daun Kari sebelum Mendungak Tingggi Kelangit. Banyak daun jadi saya kongsi pada yg ingin mencuba.