Masalah angin dalam badan jangan dibuat main. Boleh menyebabkan segala kerja terbantut.
Jom cuba susu halia yang dikongsikan puan Aisyah Badar Bajrai ini. Selain untuk buang angin, ia juga dikatakan baik untuk atasi masalah demam dan tak sedap badan.
Hello hello. Sorry terlambat up petua untuk buang angin. Aisyah kebizian tadi. Okey citer pasal petua angin ni. Sebenarnya petua ni bukan petua baru. Aisyah dah pernah up dulu.
Tapi almaklomlah, budak yang nama Aisyah ni memang suka upgrade resepi. Tu yang ada tambah lagi satu bahan superfood best dalam petua ni.
And Aisyah tak sangka, abah puji petua ni. Abah Aisyah bukan senang nak puji-puji tau. Jadi bila abah puji petua ni bagus, aii is bangga. Hahaha.
Aisyah cakap awal-awal, petua ni guna bahan biasa-biasa jek, tapi kesan dia memang amazing giler. Badan abah Aisyah yang banyak angin tu memang lega sangat sangat lepas minum petua ni. Ok jom tengok resepi
Ads
============================
Bahan bahan
1 cawan susu tepung atau susu segar
1 potong halia (diketuk)
Ads
1/2 sdk kayu manis Ceylon (KMC) Cara membuat:
Rebus susu, halia dengan KMC sampai mendidih. Pastu tutup api. Campur semua bahan ke dalam kole air. Kemudian masak atas api. Selepas mendidih tutup api itu.
Tapis terlebih dahulu susu tersebut. Mudah nak minum, rasa smooth je masuk tekak. Tadaaa… dah siap. Susu Halia ni sedap kalau minum panas-panas. Susu halia KMC ni ada macam-macam khasiat jugak tau. Kalau korang rasa badan tak sedap nak demam pun bagus minum susu ni. Nanti badan terus rasa segar.
Ps: Kalau mengandung KMC tu korang kurangkan atau boleh skip terus.
Cuba renung seorang demi seorang anak-anak kita yang kini berada di depan mata dan imbas kembali apa yang telah kita lakukan untuk mereka sepanjang masa ini.
Adakah itu yang terbaik mampu kita lakukan sebagai ibu dan ayah. Allahu Akbar!
Tanpa sedar kita sebenarnya telah banyak berhutang dengan mereka walau di hati kata sayang namun apa yang kita buat untuk mereka sebaliknya pula.
Contoh paling mudah dan kerap terjadi, umpamanya cuba bayangkan satu keadaan di mana bila kita terasa penat bekerja, pantang anak buat bising habis kita marahkan mereka.
Itu belum lagi bila anak hendak bercerita dengan kita, seringkali kita acuh tak acuh sahaja dengan apa yang ingin disampaikan.
Hingga ada waktunya kita sendiri tidak tahu hujung pangkal perbualan dengan anak-anak dek kerana tidak memberi tumpuan kepada mereka.
Kita sentiasa mengatakan apa yang kita kerjakan atau lakukan untuk memberi kebahagiaan pada anak-anak hingga menyebabkan tanpa sedar kita telah banyak berhutang masa dengan anak-anak.
Malah ini dijelaskan dengan detail lagi melalui perkongsian daripada Ustaz Ahmad Nasir, semoga perkongsian ini dapat menginsafkan kita untuk menghargai setiap detik waktu yang dikurniaan, perlu disyukuri dan diisi dengan penuh makna bersama insan yang kita sayangi.
Tanpa Sedar, Kita Banyak Berhutang Dengan Anak-Anak Kita
Kita selalu berhutang banyak cinta kepada anak-anak. Tidak jarang, kita memarahi mereka saat kita lelah. Kita membentak mereka padahal mereka belum benar-benar faham kesalahan yang mereka lakukan. Kita membuat mereka menangis kerana kita ingin lebih dimengerti dan didengarkan.
Tetapi seburuk apa pun kita memperlakukan mereka, segalak apapun kita kepada mereka, semarah apapun kita pernah membentak mereka, mereka akan tetap mendatangi kita dengan senyum kecilnya, menghibur kita dengan tawa kecilnya, menggenggam tangan kita dengan tangan kecilnya.
Seolah semuanya baik-baik saja, seolah tak pernah terjadi apa-apa sebelumnya…
Mereka selalu punya banyak cinta untuk kita, meski seringkali kita tak membalas cinta mereka dengan secukupnya. Kita selalu berhutang banyak kebahagiaan untuk anak-anak kita. Kita kata kita bekerja keras demi kebahagiaan mereka, tetapi kenyataannya merekalah yang justeru membahagiakan kita dalam lelah di sisa waktu dan tenaga kita.
Kita merasa bahawa kita boleh menghibur kesedihan mereka atau menghapus air mata dari pipi-pipi kecil mereka, tetapi sebenarnya kitalah yang selalu mereka bahagiakan. Merekalah yang selalu berhasil membuang kesedihan kita, melapangkan kepenatan kita, menghapus air mata kita.
Kita selalu berhutang banyak waktu tentang anak-anak kita…
Dalam 24 jam, berapa lama waktu yang kita miliki untuk berbicara, mendengarkan, memeluk, mendakap dan bermain dengan mereka? Dari waktu hidup kita bersama mereka, seberapa keras kita bekerja untuk menghadirkan kebahagiaan sesungguhnya di hari-hari mereka, melukis senyum sejati di wajah mungil mereka?
Tentang anak-anak, sesungguhnya merekalah yang selalu lebih dewasa dan bijaksana daripada kita. Merekalah yang selalu mengajari dan membimbing kita menjadi manusia yang lebih baik setiap harinya. Seburuk apapun kita sebagai orangtua, mereka selalu siap bila saja untuk menjadi anak-anak terbaik yang pernah kita punya.
Memang kita selalu berhutang kepada anak-anak kita…
Anak-anak yang setiap hari menjadi korban dari betapa buruknya cara kita mengendalikan emosi. Anak-anak yang menanggung akibat dari nasib buruk yang setiap hari kita buat sendiri. Anak-anak yang barangkali masa depannya terkorbankan gara-gara kita tak bisa merancang masa depan kita sendiri.
Tetapi mereka tetap tersenyum, mereka tetap memberi kita banyak cinta, mereka selalu mencuba membuat kita bahagia. Maka dakaplah anak-anakmu, tataplah mata mereka dengan kasih sayang dan penyesalan, katakan kepada mereka,
“Maafkan untuk hutang-hutang yang belum terbayarkan. Maafkan jika semua hutang ini telah membuat Allah tak berkenan. Maafkan kerana hanya pemaafan dan kebahagiaan kalianlah yang bisa membuat hidup ayah dan ibu lebih baik dari sebelumnya.”
Halba memang diakui kehebatan khasiatnya malah sering digunakan dalam makanan, tidak kurang juga dijadikan air rebusan untuk kesihatan dalaman wanita.
Langsung tak terfikir untuk olah jadikan skrub kecantikan seperti yang dilakukan wanita bernama Sumaiyah Abdullah ini. Hebat! Jom ikut langkah dan caranya.
SKRUB AWET MUDA
Ramai yang tak tau rupanya khasiat halba bukan untuk dimakan sahaja. Halba juga baik untuk kecantikan kulit tau. Seperti yang dijanjikan, kali ni ciksu nak share satu petua awet muda. Petua ni ciksu dapat dari Pak Arab yang jual makanan sunnah. Kalau kat negara belah-belah Arab, diorang dah biasa guna serbuk halba ni untuk penjagaan diri dan kecantikan.
Seriusly, dah hampir 3 bulan ciksu amal petua ni. Kesannya puas hati sangat. Jerawat kat muka pun takut-takut nak muncul tau. Kulit rasa smooth sangat bila sentuh.
Bahan-bahan dapat kat dapur je.
1- Halba
2- Putih telur
Cara-cara :
1- Kisar halba sehingga menjadi serbuk.
2- Masukkan serbuk halba ke dalam putih telur.
3- Kacau rata.
4- Sapu kat muka atau tangan.
5- Biarkan kering.
6- Bilas dengan air suam.
Amal seminggu sekali. Boleh rasa keanjalan kulit kat situ. Trust me. ?
Untuk penggunaan harian, Ciksu amal 3 kali sehari sebagai ganti facial foam. Caranya basahkan muka, pastu sapu serbuk halba kat muka. Gosok perlahan-lahan ke seluruh muka lebih kurang 3 minit. Kemudian, bilas. Terasa kulit begitu anjal sekali. Best sangat. Kalau nak campur dengan foam yang korang guna sekarang pun boleh jugak. ?
Khasiat halba untuk kulit.
Biji halba mengandungi protein, vitamin C, niasin, kalium, dan diosgenin (yang merupakan sebatian yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan estrogen). Komponen-komponen aktif lain dalam halba adalah alkaloid, lisin dan L-tryptophan serta saponin.
Serbuk halba ni dapat membantu melembutkan kulit serta mengelakkan kulit menjadi kering. Untuk masalah jerawat mujarab sangat tau.
Cuba la. Tak payah lagi dah beli produk memahal. Itu pun belum tentu bebas bahan chemical yang merbahaya.
Nampak hebat kan? Seperti kata Sumaiyah lebih baik kita cuba produk alami macam ni sebab tak bahayakan kulit kita. Chemical pun tak ada. Selamat mencuba!
Kredit: Sumaiyah Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penantian empat tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya termakbul buat pasangan selebriti Pekin Ibrahim dan Mona Allen.
Dalam satu perkongsian menerusi Instagramnya, pelakon drama Monalisa ini mengumumkan kini sedang hamil anak sulung.
Menurut Kata pemilik nama sebenar, Munna Hafiraneza Allen, dia tidak berniat untuk merahsiakan kehamilannya cuma menunggu masa yang tepat untuk diumumkan.
Pasangan ini pada awalnya merancang untuk menunggu sehingga usia kandungan mencecah tujuh bulan namun terpaksa diawalkan selepas ramai yang perasan ‘baby bump’.
“Alhamdulillah… kandungan dah masuk enam bulan. Sebenarnya kami bukanlah sorok atau merahsiakan kehamilan. Tapi sekadar tak umum saja. Ikutkan ada saja video atau gambar yang memperlihatkan ‘baby bump’.
“Cuma kami memilih untuk umum selepas kandungan dah kuat dalam enam atau tujuh bulan. Rancang nak umum masa kandungan cecah tujuh bulan tapi sebabkan ramai yang dah bertanya sebab dah viral, jadi kami umum saja, kongsinya lagi.
Pekin mual dan mengidam
Mengakui tidak mengalami sebarang alahan sepanjang proses kehamilan, sebaliknya Pekin yang sering mual dan mengidam.
“Saya tak ada alami alahan sepanjang hamil ini tapi Pekin pula kena tempias alahan. Masa bulan pertama itu, dia mual, muntah dan mengidam macam-macam.
“Sekarang pun, ada masa dia rasa mual-mual juga. Tapi tak selalu.Saya ada baca dekat online, katanya kalau lelaki yang kena alahan maksudnya dia suami penyayang,ujar Mona lagi.
Cuba kaedah perubatan Islam
Dia turut mendedahkan pernah melakukan kaedah perubatan Islam di Melaka sebagai usaha untuk hamil atau Trying to Conceive (TTC).
Katanya, selepas kali ketiga minum air kelapa muda bakar yang disertakan doa, dia mendapat berita gembira.
“Sebenarnya saya dan suami ada berubat dengan seorang ustaz menggunakan kaedah perubatan Islam untuk ikhtiar hamil. Kebetulan ada shooting di Melaka, kawan pun beri cadangan untuk jumpa ustaz di sana.
“Alhamdulillah, dalam ikhtiar untuk dapatkan anak saya hamil selepas kali ketiga minum air kelapa muda bakar yang disertakan doa. Sebelum ini, kami ada juga buat pemeriksaan doktor dan doktor beritahu saya dan suami tiada masalah kesihatan lain. Itu yang ambil keputusan untuk cubaperubatan Islam pula.
Untuk rekod, Mona mendirikan rumah tangga dengan Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim pada 7 Disember 2018.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.