Betullah orang kata, apabila sudah bergelar ibu segala penat lelah hilang tatkala menatap wajah si kecil, demikian juga dengan usahawan terkenal Neelofa.
Usai 4 bulan melahirkan bayi sulungnya, dia mengakui segala masalah hilang dan hatinya rasa tenang sebaik sahaja melihat wajah anak kesayangannya, Muhammad Bilal.
Rasanya setiap ibu berhadapan dengan cabaran tersendiri dalam menguruskan anak kecil mereka. Apa lagi ketika tempoh berpantang dan keadaan diri dimana hormon masih belum stabil.
Bagaimanapun, betul kata orang semua persoalan akan terjawab selepas 40 hari berpantang. Semuanya menjadi lebih baik apabila seorang ibu itu selesai menjalani tempoh berpantang.
“Walau apa pun cabaran yang datang, saya akan sentiasa rasa tenang setiap kali melihat wajah anak,” katanya.
Walaupun baru bergelar ibu, namun Neelofa tidak kekok menguruskan anaknya. Sementelah dia rajin bertanyakan tip penjagaan anak kepada rakan-rakan serta sentiasa mengikut nasihat doktor.
IKLAN
“Ramai kawan-kawan sudah bergelar ibu, jadi setiap kali ada masalah saya akan hubungi mereka bertanyakan tip yang sesuai.
“Saya tidak ada amalan spesifik dalam menguruskan anak. Lebih banyak mengikut nasihat doktor dan ibu tentang apa yang terbaik,” katanya.
Waktu mengandung adalah saat yang sukar untuk digambarkan. Ada wanita yang melalui pengalaman yang berbeza-beza.
Ada yang sihat tanpa sebarang gangguan dan alahan tetapi ada juga yang mengalami bermacam alahan dan keletihan melampau.
Malah melalui tempoh sarat dari usia kandungan tujuh bulan hingga 9 bulan adalah saat yang getir. Ibu terpaksa membawa kandungan yang agak berat dengan perut yang sudah mula cekang dan menegang.
Selain rehat yang mencukupi, amalan pemakanan yang tepat dan sihat adalah cara bijak ibu menjaga kandungan. Maklumlah ketika mengandung ibu dilarang mengambil ubat-ubatan tertentu dan pemakanan dan rehatlah sebagai langkah bijak.
Pun begitu mengamalkan petua tradisional tidak salah, asalkan tidak memudaratkan kepada ibu mengandung. Ini cara yang dilakukan oleh wanita bernama Lyndah Abraham di facebooknya. Perkongsiannya buat ibu-ibu mengandung yang selalu mengalami keletihan dan lemau-lemau badan boleh kita cuba.
Teh Penyegar Badan
Air Tea O penyegar badan. Paling sesuai untuk keluarga. Ibu-ibu mengandung yang selalu lemau pun boleh cuba.
Bahan-bahan:
Halia
Daun Pandan
Gula kabung/gula batu
Uncang tea
Caranya:
1. Rebus air bersama halia dan daun pandan.
2. Setelah mendidih tutup api.
3. Masukkn air panas tadi ke dalam cawan. Letakkan gula dan uncang teh (seperti bancuh teh biasa).
Jarang kita melihat situasi begini dalam kehidupan biasa. Cukup indah dan menjadi contoh buat pasangan lain di luar sana. Jika ada antara suami atau ketua keluarga yang ego dan tidak mahu mengaku kekurangan diri, namun lelaki ini sebaliknya.
Bahkan, momen yang cukup menyentuh hati ini dikongsikan oleh anak pasangan suami isteri dengan ungkapan “Ibu guide ayah baca Quran…”
Perkongsian tersebut dimuat naik di Twitter, yang mana Ibunya dilihat membantu mengajar ayahnya mengaji. Menurut gadis yang dikenali sebagai Nisha, setiap malam ibunya membantu bapanya itu yang dikatakan kurang fasih membaca Al-Quran.
My favourite view right now 🥰 Ibu guide ayah baca Quran every night sbb ayah tak berapa lancar baca, Alhamdulillah ❤️😍 pic.twitter.com/Q5E4WSwwRf
Perkongsian tersebut nyata cukup menyentuh hati ramai pihak. Bahkan ada yang sangat terinspirasi dengan sikap ibu bapa gadis berkenaan dan menginginkan pasangan seperti ini dikemudian hari.
I want this kind of relationship. Yg sama2 perbaiki diri, sama2 melengkapi each other. Barulah bahagia sampai ke hari tua 🥺
Having a stable relationship where one does not have to feel inferior towards the other is something I really admire. Admitting your flaw is one, but to let yourself be guided is another example of humbleness 🌈
As a guy, I adore this kind of man. A man who lowers down his ego or put it aside just to learn something or improve whatever necessary from his wife. Lelaki ada ego bila kena tegur dgn wife kalau bab benda yg diorang x tau because they always think that they know everything.😉
Teringat mak abah dekat kg, Abah dah start belajar mengaji dekat surau so petang2 mak akn ajar balik. Ya Allah seronok betul hati tgk abah ngaji, abah siap rekod suara mak dalam fon. So kalau free2 abah bukak fon je dgr balik. ❤️
How lucky. My mom still have me talking to my dad whenever I asked about him when she is just 2cm away from him and I lived 200000km ft away from them. Lol. Love to see this kind of family passing through my tl. Semoga keluarga sis sentiasa diberkati dan bahagia selalu ♥️
Comelnya macam ni. Sama sama mengajar one another. Goals 🥺🥺🥺
— Qixe nak raya but can’t 🦄 (@diyahensem__) April 26, 2020
Inilah keluarga bahagia
alhamdulillah macam ni lah keluarga bahagia boleh ajar suami alquran kalau suami tak lancar , bukan hina lelaki yang tak perfect yang tak seumpama ustaz dan nabi. Carilah pasangan yg ajak buat kebaikkan bukan ajak kearah yang bukan bukan boleh membimbing ke jln benar.
Siapa sangka perkataan ‘unboxing’ yang sebelum ini digunakan untuk hastage membuka kotak atau bungkusan kini menjadi trend apabila digunakan oleh pengantin baru dengan hastage ‘unboxing pengantin by husband’ atau ‘unboxing pengantin.
Viral beberapa hari lalu menerusi perkongsian pengguna di laman TikTok, ia seakan trend yang menjadi ikutan dikalangan wargamaya.
Video yang dimuat naik memaparkan aksi pengantin lelaki membantu pengantin perempuan membuka tudung dengan menanggalkan aksesori bahagian kepala. Masih berpakaian pengantin, aksi itu dirakam menerusi cermin oleh pengantin perempuan.
Biarpun, ia nampak biasa dari padangan kasar, namun ia boleh melangkau imaginasi jika ditonton oleh remaja dan kanak-kanak.
Sejak ia menjadi trending, rata-rata wargamaya memberikan pelbagai reaksi mengenai aksi begitu.
Sehingga kini, ia menjadi carian popular di sosial media. Cakna mengenai hal ini, Pensyarah Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, Dr. Ahmad Sanusi Azmi menegur tindakan yang tidak wajar itu.
Beliau menjelaskan bahawa ia perbuatan yang bercanggah dengan prinsip asas Islam agar memelihara kehormatan kaum wanita.
Katanya lagi, melahirkan rasa bimbang ia akan menjadi budaya yang tidak sihat dikalangan masyarakat.
Seterusnya ikuti lanjut perkongsian beliau. Moga muhasabah diri agar perbuatan ini tidak berulang. Ibu bapa juga berhak menegur anak-anak yang baru melangsungkan perkahwinan mengenai adab dan pergaulan suami isteri.
Suami Jangan “Unboxing” Isteri
1. Telah menjadi trend terkini pula di TikTok, pasangan pengantin baru menjalankan upacara “unboxing isteri”. Akhbar Kosmo melaporkan: “Video yang dimuat naik itu memaparkan pengantin lelaki akan membantu membukakan tudung pengantin perempuan dengan menanggalkan setiap aksesori yang terdapat pada bahagian kepala pengantin terlebih dahulu.”
2. Upacara ini adalah bercanggah dengan prinsip Islam secara asasnya. Rasulullah memerintahkan para suami agar memelihara kehormatan dan penampilan para isteri sekalipun di hadapan seorang lelaki yang buta.
3. Perhatikan bagaimana Rasulullah memerintahkan isteri Baginda agar memakai hijab sekalipun di hadapan seorang yang buta. Saranan ini diucapkan kepada Saidatina Ummu Salamah dan Saidatina Maimunah apabila datang seorang buta ke rumah Baginda. Kata Rasulullah: احْتَجِبَا مِنْهُ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَلَيْسَ هُوَ أَعْمَى لاَ يُبْصِرُنَا وَلاَ يَعْرِفُنَا؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ: أَفَعَمْيَاوَانِ أَنْتُمَا أَلَسْتُمَا تُبْصِرَانِهِ “Hendaklah kamu berdua memakai hijab.” Lalu isteri Baginda berkata: “Bukankah dia seorang yang buta wahai Rasulullah? Dan dia tidak boleh melihat kami.” Lalu Rasulullah menjelaskan: Bukankah kamu berdua boleh melihat dia? (HR al-Tirmizi)
4. Apa yang lebih membimbangkan sekiranya video upacara sebegini menjadi perhatian kepada anak-anak muda yang masih bersekolah sehingga mereka terkeliru dalam merasakan perbuatan tersebut boleh dipraktikkan yang berpotensi menjadi budaya.
5. Atau perbuatan tersebut diikuti pula oleh pasangan suami isteri lain yang turut mendedahkan aksi mesra mereka. Bukankah kita tidak mahu menjadi pencetus kepada kemungkaran. Sabda Rasulullah: وَمَن سَنَّ في الإسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، كانَ عليه وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَن عَمِلَ بهَا مِن بَعْدِهِ “Dan barangsiapa yang melakukan perlakuan jahat di dalam Islam, sehingga diikuti oleh orang lain, maka dia beroleh dosa dan menanggung dosa mereka yang melakukan perbuatan tersebut.” (HR Muslim).
7. Malah, istilah “unboxing” ini juga tidak layak untuk digunakan pada isteri yang bukan material atau barangan semata-mata. Nasihat ini hanyalah berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah demi kebaikan sesama muslim. Semoga Allah membimbing kita.