Zaman sekarang siapa je taktahu makanan Korea. Restoran Korea pon dah banyak dekat negara kita. Tinggal nak cuba semua menu je. Cakap pasal makanan Korea, siapa pernah try Hotteok?
Hotteok ni lempeng sebenarnya. Dalam dia ada inti sirap gula yang dicampur dengan kacang-kacang. Hotteok sebenarnya berasal dari China dan mula-mula dibawa masuk ke Korea pada abad ke-19.
Hotteok merupakan snek jalanan yang popular di Korea. Cara makan dia senang je. Biasanya penjual dekat pasar atau tepi jalan dekat sana akan lipat Hotteok tu dan masukkan je dalam cawan kertas. Senang kan? Nak makan sambil jalan-jalan pon tak leceh.
Macam best je kalau bercuti dekat Korea masa musim sejuk sambil makan Hotteok panas-panas. Alah takpe, nak buat sendiri pon boleh. Makan puas-puas buat minum petang dengan susu, wah sedapnya. Simple pon ya. Jom cuba resepi ni dekat bawah!
BAHAN-BAHAN
Bahan Kering:
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
Bahan Basah:
1 cawan air suam
2 sudu besar gula
2 sudu kecil yis kering
1 sudu besar minyak masak
Inti:
4-5 sudu besar kacang walnut (boleh gantikan dengan kacang tanah disangai dan dikisar kasar). Boleh tambah kuaci bunga matahari juga.
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1/2 cawan gula perang
Cara Memasak
1. Satukan bahan kering (tepung gandum dan garam) gaul rata kemudian ketepikan.
2. Sementara itu satukan bahan basah kecuali minyak masak.
Ads
3. Kacau rata dan biarkan 5 minit hingga berbuih. Masukkan minyak masak.
4. Gaul rata, masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
5. Doh agak melekit tapi tak perlu tambah tepung. Tutupkan doh dan biarkan selama 1 jam.
6. Sementara itu boleh satukan bahan inti dan gaul rata. Ketepikan.
Ads
7. Selepas 1 jam, sapu tangan dengan sedikit minyak masak dan tumbuk doh untuk buang udara yang terperangkap di dalam doh.
8. Uli dan tutup lagi hingga 20 minit. Taburkan sedikit tepung gandum pada silicon mat dan keluarkan doh. Uli doh sebentar dan bahagikan kepada 8 bahagian.
9. Bulatkan doh dan ratakan. Masukkan inti anggaran 1 – 1 1/2 sudu besar, picit-picitkan hujung doh untuk mencantumkan nya. Panaskan kuali leper dengan api sederhana besar. Masukkan anggaran 2 sudu besar minyak masak dan masak lah doh tadi dengan bahagian yang dicantum tadi menghadap ke kuali. Masak anggaran 30 saat.
10. Terbalikkan hotteok dan tekan hingga leper. Makin leper makin sedap. Terbalikkan lagi sekali selepas warna kekuningan hingga coklat. Kecilkan api dan masak anggaran seminit supaya gula nya melarut.
Ads
11. Angkat dan boleh dinikmati panas-panas. Jangan berebut.
Nota: Boleh masak lebih daripada satu Hotteok jika kuali bersaiz besar tetapi pastikan ada cukup ruang untuk leperkan Hotteok nanti.
Raya Korban ni antara menu wajib buat lain tidak bukan adalah menu yang berasaskan daging. Memandangkan agihan daging korban yang diterima, bermacam-macam menu boleh disediakan. Selain dimasak rendang, apa kata kali ini kita masak bakar ala-ala makan ala-ala di restoran Korea.
Nasi Kak Wok begitu popular di negeri Kelantan, dengan kuah gulai, ayam goreng serta sambal lada. Rasanya memang terangkat lebih lagi jika dimakan panas-panas.
Selain beli dikedai, boleh juga cuba buat dirumah ala-ala nasi kak wok. Seperti wanita ini yang telah cuba beberapa kali memasak menu ini. Akhirnya dapat rasa seakan sama dengan masakan yang dijual dikedai.
Dinner arini .Nasi ala kak wok
So nak share resepi sebb mmg sedp n sama rasa mcm kak wok. ( Setelah byk kali ‘ber’ experiment untk dpt rasa mcm kak wok so ni la yg plg mirip ,, xtipu jujur sis ckp )
Sebb suami cakap sama smpai dia ckp “jom bt jual la”.
Org pantai timur rasanya mmg tau la kn nasi kak wok ni kan, so ni resipinya.
Nasi ala kak wok
Bahan- bahan gulai
3biji bawang merah *
3ulas bwg pth *
1inci halia *
1inci lengkuas *
2sb rempah gulai / kari daging ( sy guna rempah gulai ganu)
1sb rempah kerutub
1sb cili kisar
Tulang2 ayam( leher,kaki, n yg tlgw ckit tu )
Kcg pjg
Terung
Nisan/ gula melaka
Asam kpg
Santan
Cara penyediaan
– blend bahan bertanda,, lepastu tumiskn bhn blend masukkan rempah2, cili kisar, and smpaj pch myk mskkn ayam biar jap air ayam turun,, mskkn terung ,kcg pjg n santan perasa seckp rasa,,
Ayam.goreng:
Serbuk knyit
Serbuk cili ( cili kisar pon blh )
Kari daging
Daun kari
Tpg bestari dlm 1-2 sb ( lau xda guna tpg jagung tp lau guna tpg bestari or serbaguna mmg sedp)
Gaul sume ni bersma ayam potong kecil2
Sambal belacan:-
Cili padi + cili merah + limau kasturi+ belacan + air as. Jawa or cuka + garam gula
Nak feeling mcm mkn kt kedai kak wok
Alas dengan kertas minyak tu ye, bru feeling pstu klik klik amik gmbr.
Sumber: Eemaa Ramli
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hujung sesi persekolahan biasanya sibuk juga kita mak-mak sediakan menu istimewa untuk dibawa oleh anak-anak kita sempena jamuan kelas. Kalau boleh kita mahu berikan menu yang lazat dan sedap untuk rakan sekelas anak-anak kita menikmatinya.
Pun begitu mungkin ada juga yang ketika ini tengah mencari-cari menu apa yang paling sesuai dan digemari oleh kanak-kanak.
Jadi apa kata anda ‘tiru’ idea yang dikongsikan oleh Rose Senni yang juga merupakan seorang ibu dalam membuat persiapan jamuan sekolah anaknya.
“Saya masak 3 kali sebab waktu lain-lain dan banyak sangat. Sekali masak untuk 40 cup. Dah hantar anak-anak akan letak siap garfu/chopstik. Mudah sebab tak perlu pinggan bagai dah. Boleh terus gaul dan makan.
Ni resepi Spagetti Beef Bolognese cara saya. Nak tukar Chicken Bolognese pun boleh. Boleh ubah ikut kesesuaian dan bahan masing-masing. Untuk yang nak buat jualan pun saya rasa ok. Resepi untuk 40 cup aka 40 orang,” jelasnya.
Spagetti Beef Bolognese
2 pek spagetti (direbus dengan sedikit minyak)
Bahan kuah spagetti :
5 tin sos prego cendawan
1 tin sos pasta cendawan adabi
2 pek daging lembu kisar Ramly
1 tin cendawan butang (dihiris halus)
3 biji capsicum aka cili benggala (3 warna di potong dadu)
1 biji bawang holand (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
6 batang sosej (dihiris halus)
2 cawan air (ikut sukatan tin prego)
Sedikit garam
2 ulas bawang merah (tumbuk halus)
1 ulas bawang putih (tumbuk halus)
5 batang sosej (direbus dan dihiris kasar untuk hias di atas. Kalau ada bajet lebih boleh letak meatball yang dah digoreng)