Ramai yang menggunakan pelembap untuk merawat masalah bibir yang bermasalah namun tidak semuanya berhasil. Ini kerana, tidak semua pelembap bibir dapat mengatasi masalah bibir kering, apatah lagi menghilangkan masalah bibir yang kehitaman akibat memakai lipstik. Dalam hal ini anda mungkin perlu menggunakan kaedah rawatan semula jadi.
Sebenarnya memang ada jenis bahan makanan yang sangat bagus untuk merawat bibir dan mengembalikan warna kemerah-merahan bibir seseorang. Jom kita tengok antara petua yang anda boleh guna pakai.
Madu
Usapkan madu ke bibir setiap hari secara rutin. Biarkan 15 minit, kemudian cuci dengan air suam. Ataupun boleh dibiarkan di bibir sepanjang malam dengan menyapu ke bibir setiap malam sebelum tidur.
Limau nipis
Limau nipis dapat memudarkan warna hitam pada bibir. Siapkan air perahan jeruk nipis sebanyak 2 sudu dan air suam 2 sudu. Campurkan air perahan limau nipis dan air suam. Sapu ke bibir anda dan biarkan 10-15 minit. Bilas menggunakan air suam.
Minyak zaitun
Ads
Campurkan madu atau gula dengan beberapa titis minyak zaitun. Sapukan campuran minyak zaitun tersebut pada bibir anda. Tunggu dan bilas dengan air bersih.
Air mawar
Sapu air mawar pada bibir sebelum hendak tidur. Cara menggunakan air mawar ini dapat dilakukan setiap hari.
Tomato
Ads
Ambil tomato kemudian sapurkan ia ke bibir secara rutin. Penggunaan secara rutin akan memberikan kesan yang lebih maksima.
Lidah buaya
Ambil gel lidah buaya dan sapu ke bibir. Ingat ye perlu dilakukan secara rutin untuk kesan yang cepat.
Kunyit hidup
Ads
Campurkan kunyit dengan 1 sudu susu. Campur sampai rata dan sapu ke bibir selama kurang lebih 5 minit, dan bersihkan dengan air.
Elak dari menjilat bibir
Kebiasaan seperti ini dapat menyebabkan bibir menjadi lebih cepat untuk kering dan terlihat pucat. Hal ini kerana enzyme yang terdapat dalam air liur akan menghakis permukaan bibir. Maka warna bibir yang merah akan memudar.
Jauhi kafein dan merokok
Jauhi minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan tinggalkan tabiat suka merokok kerana kandungan nikotin yang terdapat dalam rokok dapat membuat bibir menjadi hitam.
Air masak
Banyakkan minum air masak supaya badan tidak dihidrasi. Ia juga dapat meningkatkan kesihatan kulit dan memerahkan bibir secara semulajadi.
Sumber : Abgbrian.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Antara emosi negatif yang ada dalam setiap diri kita adalah antaranya mempunyai perasaan marah. Atas sebab ini juga, tidak hairanlah dalam satu hari pasti ada sahaja perkara atau tingkah laku anak-anak yang boleh menyebabkan seorang ibu menjadi marah tiba-tiba. Ayat mudahnya, ada sahaja yang tidak kena.
Jika dimarahi sekali sekala itu lumrah, namun andai pantang anak buat silap habis ‘dilahar’, maka tindakan tersebut wajar diambil serius untuk segera berubah. Ini memandangkan perasaan marah itu jika tidak dikawal dengan sebaiknya bimbang akhirnya menyebabkan seseorang menjadi baran dan suka menengking.
Justeru, menyentuh tentang keinginan untuk berubah menjadi seorang yang lebih tenang, dan sekali gus membuang sifat baran dalam diri. Ada baiknya kita baca perkongsian seorang ibu ini yang mana berkongsi pengalaman dan proses yang dilaluinya untuk berubah daripada seorang yang bersikap baran menjadi seorang ibu yang lebih tenang jiwa, perasaan dan tingkah lakunya.
Nak tahu lanjut, jom baca perkongsian penuh daripadanya.
Orang tanya saya, macam mana saya control baran. Ya, dulu saya baran. Luar biasa juga. Tanyalah suami saya, tuan Akmal. Benda kecil pun saya mudah berang.
Awal perkahwinan dulu saya pernah tanya suami saya, angkat baju tak? Masa tu dah Maghrib. Suami saya jawab tak, sebab saya tak pesan.
Terus saya menengking, saya kata habis semua benda saya kena buat sendirilah? Serius keluar suara lelaki masa tu. Sambil angkat baju, saya mendengus kuat sambil muka menyinga. Campak kasar baju-baju ke katil.
Kemudian, apa yang jadi lepas tu saya akan mudah berang. Kalau anak buat perangai, memang kenalah dengan saya. Kalau memukul, boleh berbirat dibuatnya.
Marahnya bersambung-sambung. Kalau boleh nampak dosa, agaknya berbakul-bakul penuh.
Bila saya decide nak lawan balik #depression dan #anxiety, saya kena buang semua benda-benda negatif termasuklah sikap baran.
Tuan Akmal nampak progress saya cuba buang sikap marah. Dari memukul, saya mula berhenti memukul. Dari menengking, saya mula rendahkan tone suara. Dari marah-marah, saya mula senyap. Dari marah berjam-jam, saya mula marah dalam tempoh sekejap. Dari marah bersambung-sambung, saya mula marah masa tu saja.
Ya, tak mudah. Ianya proses yang lama. Bertahun-tahun. Jadi, apa rahsianya?
Tak ada rahsia.
1. Saya banyak membaca dan cari ilmu terutama sekali bab parenting. Sebab life saya surirumah, 24 jam dengan anak. Saya mesti tackle punca utama buat saya stress. Bila ada ilmu, baru saya faham kenapa anak tantrum, kenapa anak meragam, kenapa anak beremosi.
2. Saya jaga makan. Saya perasan, bila saya eat clean dan makan dalam portion yang sedikit, emosi saya semakin baik. Bila saya follow penulisan doktor-doktor di Facebook, fahamlah saya. Makanan memang berkait rapat dengan emosi, terutama sekali kalau pengambilan gula dan tepung yang berlebihan. Jadi saya mula kurang makan makanan manis. Percaya tak, dulu sentiasa standby stok kek SR dalam peti.
3. Setiap malam, saya selalu minta maaf pada suami dan anak-anak. Saya sedar, jadi ibu bukan tanda saya ada kuasa veto untuk control anak. Saya sedar, saya bukan isteri yang sempurna buat suami saya. Amalan meminta maaf buat saya turunkan ego, lama-lama ego akan lenyap.
4. Saya mula memeluk dan mencium anak. Dulu, Mawar sangat takut pada saya. Sekarang, kalau Mawar nak ke sekolah mesti dia dapatkan saya dulu. Peluk dan cium tangan. Pergi kedai pun nak salam.
5. Saya mula ambil insiatif “pejam mata” bila anak buat silap. Contoh macam dalam gambar ini, Muawwiz nak tutup botol mineral sendiri. Yalah, dah 2 tahun ni semua benda dia nak buat sendiri. Saya cakap “okaylah, Awiz tutup sendiri.”
Tak lama lepas tu Muawwiz datang cakap minta maaf. Saya tanya kenapa? Dia tunjuk air tumpah. Yeee memang menyirap juga dibuatnya. Saya tarik nafas, saya jawab pergilah ambil kain di dapur. Boleh lap. (tanpa marah-marah)
Berlari anak Muawwiz ke dapur, ambil kain lap tangan terus lap air atas lantai. Kain lap tangan? Ya Allahhhh… Saya senyum jeee. Dah selesai lap Muawwiz kata dah mami. Saya kata okay pergi letak kain di singki dengan nada lembut. Kemudian saya puji, saya cakap bersih lantai ni, macam baru lepas mop.
Tak lama lepas tu, saya pula tertumpahkan air. Terus Muawwiz bersuara “tak apa mami, air boleh lap. Nanti pergi ambil kain” bersahaja saja dia bersuara, sama macam saya tegur dia sebelum ini. Sayu pulak hati ni bila anak tegur kita. Anak memang copy paste apa kita buat.
Akak-akak, abang-abang, bersabarlah dengan diri sendiri kalau nak berubah. Ada masa kita boleh, ada masa kita tak boleh. Itu biasa.
Berdoalah pada Allah. Bawa berbincang dengan pasangan sebab bagi saya, kunci perkahwinan itu ialah komunikasi. Mintalah pasangan beri sokongan. Kemudian sama-samalah berusaha.
Perkongsian Nur Hidayah, balu kepada Allahyarham Abam Bocey meraih perhatian ramai.
Dia meluahkan rasa sedih ternampak kereta yang dimiliki arwah suaminya di jalan raya.
Menerusi perkongsian tersebut, ibu anak sorang ini berkata kereta jenis Toyota Vellifre itu hanya tinggal kenangan selepas ianya dibeli oleh orang lain.
“Ternampak kereta arwah suami. BNP 639. Hanya tinggal kenangan. Hamzah nanti doakan perniagaan ibu berjaya.
“Boleh ibu beli kereta macam arwah ayah. Ayah pernah kata untuk keselesaan anaknya,” tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut simpati dengan nasib Hidayah serta mendoakan agar wanita itu terus kuat demi anak mereka, Syed Uthman Hamzah.
Detik yang cukup bermakna buat pereka fesyen terkenal Tanah Air, Rizman Nordin apabila isteri tersayang selamat melahirkan bayi sulung mereka. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Rizman usai isterinya Nurida Suraya selamat melahirkan seorang bayi perempuan.
Memuat naik gambar bayi perempuannya, Rizman memanjatkan rasa syukur diatas kelahiran puteri sulungnya yang diberi nama Princess Rizqaa.
Bismillahirahmanirahhim.. dengan Nama Allah yang maha permurah lagi maha penyayang.. pemilik sekian alam. Alhamdulillah, telah lahir insan yang dinanti.. Princess Rizqaa
Rizqaa: A blessing, gift from Almighty.
Semoga Rizqaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama, dan InshaAllah.. yang akan menghuni syurga Allah yang abadi..
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...