Hari ni dira hampir mental breakdown, sebabnya LETIH
Arra memang betul2 menguji kesabaran, dira boleh jaga 5 Kakak Imra sorang2,tapi untuk jaga Arra sorang dira tak boleh handle, sebab dia sangatttttttt aktif tak padan 8 bulan plus dia punya separation anxiety tak boleh bawak bincang,
Hari ni sambil basuh pinggan hampir nak nangis sebab Arra melalak kat bawah macam kena dera, dia nangis bukan rengek biasa pakej meraung terus!
Dalam hati duk zikir sabarkanlah aku ya Allah, janganlah Kau izinkan aku hilang kewarasan kali ni,
Dengan rumah macam kedai mainan pecah, mainan bola berterabur, kakak tumpahkan air, arra penyet biskut kat lantai, Arra nak berdukung je kerja dia,
Serius tiber je datang macam bisikan suruh kurung anak2, tape mulut sorang2,
Dira stop buat kerja rumah, tarik nafas panjang2 pastu ucap pada diri
Ads
Terima kasih Allah untuk nikmat ini, Terima kasih sebab kurniakan anak yang aktif tanda dia sihat
dalam sebak ambik Arra dukung, layan kakak main, hari ni ayah budak2 ni balik awal dia bawak gi pantai, dia tanya sebab apa muka berkerut masam gini, rozi sejenis kalau dira senyap muka masam dia jadi susah hati, tapi kalau mulut aku pokpek2 marah dia okay pulok haha
Sebab dia kenal dira,kalau dira diam ada benda yang sangat tak kena
Dira jawab sepatah je,
Ads
” letih “
Lillahi dira letih, mental dan fizikal,
Dia balik je memang dira pass baton, rumah tongkang pecah pandai2 laa kemas, nak makan pandai laa masak, sebab perempuan bila letih tapi dia push diri dia, dia akan jadi bukan lagi diri dia,
Mula2 okay, lama2 K.O
Ads
Ibu,kalau penat rehatlah jangan paksa diri, ibu yang penuh amarah adalah datang dari seorang ibu yang penat, kita bukan superwoman,
Rasa pijar tangan biasanya berlaku bila kita usai menyediakan bahan kisaran cili kering, cili padi mahu pun cili merah.
Tangan akan rasa tidak selesa dan sekali gus kita mahu meredakan rasa pijar tersebut dengan pelbagai cara.
Bahkan petua-petua lama juga banyak kongsikan cara alternatif untuk hilangkan rasa pijar tersebut.
Dan salah satu daripada petua itu adalah sepertimana yang dikongsikan oleh Rafiza Idayu. Malah menurutnya petua ini jaga telah dibuktikan oleh sains akan keberhasilannya.
[Petua menghilangkan pijar yang dibuktikan oleh sains]
Tempoh hari saya baca tentang macamana nak buat jika tangan pijar.
Sebab saya ni spesis yang tak boleh tolerate dengan cili. Jika masak yang ada contact dengan cili, mesti dia punya pijar lain macam.
Sama juga kalau makanan makanan yang pedas. Jari jemari saya akan pijar. Jadi kita ni macam cacing kepanasan menunggu pijar tangan tu hilang…
Pagi tadi saya gunting halus cili kering nak buat cili flakes untuk masak Spagetti Aglio Olio. Lepas siap masak.. dia punya pijar.. buat kita tak keruan.
Teringat tip pertama untuk hilangkan pijar adalah dengan melumur tangan kita dengan bahan lemak.
Jadi saya gunakan minyak masak.
Lemak bertindak melarutkan dan melemahkan ikatan capsaicin yang ada dalam komponen cili yang membuatkan cili pedas dan penyebab pijar.
Memang lega lepas sapu minyak tu.. kemudian saya cuci dengan sabun.
Sabun juga mengandungi komposisi lemak yang boleh melarutkan capsaicin tersebut.
Excited tangan hilang pijar, terus saya buat posting ni sebab nak share keberkesanan tip no 1. Ada 7 tip yang dikongsikan oleh Dr Fatimah Salim.
Suka duduk dalam group ini. Banyak petua yang dibuktikan secara saintifik oleh sains. Trigger otak saya yang suka sangat berfikir bagaimana sesuatu itu berlaku secara teknikal.
Melalui pengalaman pertama kali anak akan melangkah ke alam persekolahan, tentu ada antara ibu ayah berasa bimbang dan tidak yakin melepaskan anak-anak ke sekolah.
Maklumlah, pada pandangan ibu ayah anak berusia 7 tahun masih kecil dan belum pandai berdikari.
Menyedari hal itu, seorang guru ini menyenaraikan beberapa perkara asas yang harus diajar oleh ibu ayah bagi memastikan anak-anak mereka dapat menyesuaikan diri di alam persekolahan sebelum melangkah di hari pertama ke sekolah.
Diharapkan dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu. Jom semak perkongsian penuh daripada guru ini.
Ada anak Darjah 1 tahun 2020? Ini persiapan sebagai ibu bapa.
1) Pastikan anak kenal huruf dan boleh membaca dan mengeja walau sedikit. Operasi asas nombor, tambah dan tolak bawah 10 dia dah kuasai.
Silibus KSSR Semakan 2017 sangat tinggi arasnya. Murid yang masuk dengan ‘zero’, pasti ketinggalan jauh ke belakang. Silap-silap akan masuk kelas pemulihan.
Bahasa Malaysia tahun 1 silibus baru ini murid dah kena pandai bina ayat berdasarkan gambar menjelang pertengahan tahun.
Matematik pula dah diperkenalkan asas bundar, asas pecahan malah pengurusan data. Ini semua topik di Tahun 4 kalau ikut silibus lama, KBSR. KSSR ni lain macam dia punya pergi.
Bayangkan kalau anak kita masuk dengan ‘zero’. Pasti tertinggal kerana cikgu tak akan tunggu anak kita seorang.
2) Bimbing anak di rumah. Ini sangat penting. Berhenti merungut kata silibus tinggi dan soalan terlampau KBAT.
Anak walau ada asas membaca dan tahu operasi asas nombor pasti ketinggalan juga jika tiada bimbingan lanjut di rumah.
Silibus berat, masa singkat. Namun sebenarnya anak-anak kita boleh kuasai. Majoriti murid mampu ikut dengan baik.
Kebanyakan murid yang tertinggal adalah yang tidak diberi bimbingan lanjut di rumah.
Nak anak berjaya? Bantu mereka. Jangan harap ilmu di sekolah dan guru semata-mata.
3) Ajar anak kenali wang. Ajar anak guna wang. Ajar anak tunggu terima baki. Ajar anak jangan bagi wang jika murid lain minta. Ajar anak maklumkan pada cikgu kalau murid lain minta wang dari mereka.
Semua asas ini perlu diajar dari rumah lagi. Cikgu tak mampu nak ajar beratus murid cara guna wang dan cara jaga duit poket mereka.
Fakta : Ramai murid tahun 1 tidak tahu guna wang.
4) Ajar anak guna tandas awam/sekolah. Jangan buat macam di rumah. Ajar anak minta izin untuk ke tandas.
Fakta : Ada murid buka seluar dalam kelas dan berlari bogel menuju ke tandas tanpa rasa malu. Ada pula buka seluar di luar pintu tandas dan seluar basah kuyup kena air kat lantai dan kotor dipijak kawan yang lalu lalang.
5) Jangan takutkan murid dengan bagitahu mereka cikgu garang. JANGAN!
Ramai ibu bapa takutkan anak mereka dengan ayat,
” Abang jangan nakal-nakal. Nanti cikgu rotan.”
Akibatnya, murid takut nak minta izin ke tandas.
Fakta : Kebanyakan murid yang kencing berak dalam seluar kerana takut untuk minta izin sebab dimomokkan oleh ibu bapa mereka bahawa cikgu garang.
6) Ajar anak berkongsi dan menjaga barang sendiri.
Bekal makanan buatlah lebih. Suruh anak berkongsi dengan murid lain. Ini amalan mulia.
Begitu juga pensel, pemadam dan alat tulis. Berkongsi, tapi sila pastikan mereka ambil dan simpan semula.
Fakta : Ramai murid tidak pandai jaga harta sendiri. Hasilnya, di kantin lambakan botol air dan bekal makanan yang murid tinggal. Dalam kelas, lambakan alat tulis yang jatuh tidak dikutip, buku ditinggalkan di bawah meja.
7) Jangan bagi murid pakai kasut bertali jika mereka tak pandai ikat. Ajar juga anak buka dan pasang tali pinggang.
Ramai murid tahun 1 pakai tali pinggang buat kali pertama bila menjejak kaki di sekolah. Mak ayah yang pakaikan di rumah.
Fakta : Ramai murid terkencing dan terberak dalam seluar gara-gara tak pandai buka tali pinggang.
8. Ajar anak susun jadual ikut hari. Jangan bawa semua buku. Bawa buku mengikut jadual sahaja. Baru beg tak berat.
Ajar ayah dia sekali susun jadual anak. Ini pun penting!
Fakta : Biasa murid bawa buku ikut jadual dan beg tak berat. Suatu hari semua buku murid itu bawa. Rupanya ibu dia ‘out station’ dan ayah tukang susun buku.
Semua buku ayah dia sumbat. Banana punya ayah. Kesian kat anak.
9) Jika ada group wasap kelas, jangan wasap tengah-tengah malam buta dan mengharap balasan segera. Cikgu bukan kedai 7-Eleven yang setiap masa tunggu nak reply mesej anda.
Hormati group wasap tersebut. Jangan post status politik, jangan spam dengan nasihat, kata-kata hikmah, perkongsian cerita menarik atau apa jua. Cukuplah group itu untuk maklumat anak dan kelas.
Nak sangat post isu semasa, hadis, kata nasihat, mutiara kata, mutiara naga, kau buka group wasap lain dan add lah semua parent. Post lah semua benda sesuka hati kamu.
Paling penting, jangan promote barang anda berniaga dalam group tu. Menyampah dan mengganggu tahu tak?
10) Tampal no telefon ibubapa pada bekas pensel, buku komunikasi dan beg sekolah anak. Mana tahu ada kecemasan, anak terberak dalam kelas, anak jatuh terluka, anak demam dan sakit tiba-tiba, senang cikgu nak hubungi.
11) Usah lagi diratib tentang sukarnya silibus baru dan payahnya soalan KBAT.
BERHENTI MERUNGUT!
Sebaliknya bertindaklah. Merungut tidak mampu mengubah apa-apa. Orang lain yang bertindak anak mereka dah maju ke depan.
Kita yang sering merungut di hadapan anak tentang sukarnya silibus sehingga anak pun set dalam kepala ‘payahnya belajar’.
Indahnya sebuah perkahwinan apabila cinta yang disulam sewaktu selepas akad nikah kekal hingga ke hujung usia.
Menikmati bahagia bersama, melihat anak-anak dan cucu membesar depan mata. Kebahagiaan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata apabila dapat meniti usia bersama pasangan tercinta.
Sebagaimana tular gambar koleksi ulang tahun perkahwinan ke 50 bagi pasangan warga emas ini yang mendapat perhatian warga net.
Perkongsian oleh jurugambar, Cpin Aidil dengan kapsyen yang ringkas namun gambar-gambar yang dikongsi ‘bercerita’ tentang kebahagian warga emas ini.
Riah wajah dan penampilan diri jelaskan kebahagiaan yang mendalam dilalui oleh pasangan ini. Sungguh inspirasi!
Sungguh teruja dan terharu kerana saya di beri peluang untuk mengambar majlis berikut ini… 50 tahun bukan sikit..cinta dan kasih di perjuangkan… alhamdullilah
BIAR GAMBAR YANG BERBICARA.
Berikut beberapa keping gambar yang dikongsi. Moga jadi inspirasi.
Sweetnya gambar ulang tahun perkahwinan pasangan warga emas ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.