Setiap daripada kita pasti teruja melawat keluarga atau rakan terdekat yang baru melahirkan bayi. Namun dalam keterujaan menziarahi ibu baru bersalin dan bayi baru lahir, ada beberapa perkara yang perlu dipandang berat. Lebih-lebih lagi situasi sekarang yang mana wabak Coronavirus (Covid-19) tengah melanda negara kita.
Dr Maiza Tusimin, Pakar Obstetrik dan Ginekologi dari Prince Court ketika sesi live bersama Majalah Pa& Ma menegaskan, langkah keselamatan amat penting dalam memastikan ibu dan bayi baru lahir selamat terutama apabila dibawa pulang ke rumah.
“Mana-mana hospital mengambil langkah ketat terutama dalam mengurangkan orang ramai melawat. Dalam keadaan sekarang, lebih baik kita elakkan dan kekalkan jarak atau pengasingan demi keselamatan baik ibu, bayi dan juga ahli keluarga lain. Tak perlu ada lawatan secara fizikal. Memandangkan sekarang teknologi canggih, jadi memadai kita berhubung melalui telefon baik video call dan sebagainya.
“Bagi ibu-ibu yang sudah mengeluarkan belanja membayar untuk perkhidmatan menjaga kita dalam pantang, dalam situasi sekarang kita tak tahu bagaimana dengan orang itu, datang dari mana, sama ada membawa virus dan sebagainya. Jadi lebih baik elakkan.
“Ada ibu-ibu yang cakap lepas bersalin kena mengurut, itu hanya amalan dalam budaya orang kita sahaja kononnya untuk buang angin dan sebagainya. Kalau nak juga mengurut mungkin minta tolong ahli keluarga terdekat. Misalnya jika ada ibu yang kebetulan tinggal bersama ataupun suami yang bantu,” ujar Dr Maiza lagi.
Ads
Dalam pada Itu Dr Maiza menegaskan soal suami nak teman isteri bersalin dalam tempoh PKP ini, mengikut garis panduan (Kementerian Kesihatan Malaysia) KKM tidak menggalakkan berbuat demikian.
“Ada pihak hospital swasta membenarkan dengan syarat kedua-dua telah melakukan ujian covid dua hari sebelum bersalin. Jika negatif maka dibenarkan. Tetapi untuk menjaga keselamatan semua, tidak dibenarkan suami menemani di bilik bersalin. Ini bagi mengelakkan sebarang jangkitan.
Ibu kena lebih paranoid
Dalam pada itu, Dr Maiza turut menggariskan beberapa langkah keselamatan sewaktu membawa pulang bayi ke rumah.
Ads
“Apabila nak pulang ke rumah, ibu-ibu sendiri kena jadi ‘lebih paranoid’. Semua tak bersih sehingga kita sendiri yang bersihkan. Biasanya di hospital yang tiada kes memang terjamin tetapi tak salah kita sentiasa berjaga-jaga.
“Sebagai contoh, panduan sewaktu menekan lif atau memegang peralatan di hospital dan sebagainya. Tak perlu jemput atau benarkan ramai-ramai datang untuk menjemput kita dari rumah. Balik rumah terus, tak perlu singgah mana-mana. Sampai sahaja di rumah terus masuk bilik. Benda pertama buat adalah basuh tangan dan lepas tu nak mandi boleh dan minta tolong suami dalam hal ini.
Kena alert dan jaga diri
Sementara itu ketika ditanya mengenai pemeriksaan rutin yang perlu dilakukan oleh ibu-ibu mengandung, Dr Maiza memberitahu rutin tersebut boleh dilakukan seperti biasa.
Ads
“Mungkin ada ibu-ibu yang takut nak ke klinik memandangkan bimbang dijangkiti, tapi usah risau kerana pihak klinik sudah mengambil langkah-langkah melakukan keselamatan. Pakai mask jika selesema atau batuk. Jika tiba-tiba batuk ketika sampai di klinik, ikut etika atau cara batuk yang betul. Jangan harapkan kepada doktor dan petugas kesihatan semata-mata. Kita sendiri kena alert dan menjaga diri.
“Jika anda pulang ke kampung, jangan lupa sentiasa bawa buku check up anda. Tolong jujur apabila anda mengalami apa-apa simptom atau kontak dengan mereka yang positif. Jangan risau pihak petugas dan doktor akan memeriksa anda dengan baik. Rawatan tetap sama seperti biasa cuma mungkin dalam kes sebegini doktor atau petugas kesihatan akan memakai pakaian PPE demi langkah pencegahan untuk bayi serta orang sekeliling.
“Bagi ibu-ibu yang bergejala dan positif covid-19, ia tidak akan menjangkiti bayi dalam kandungan. Dari segi pemerhatian saintifik tidak ada pemindahan virus dari ibu kepada bayi. Cuma mungkin ada ‘kontak’ di mana si ibu yang positif covid dan menyusukan bayi. Tetapi si ibu tidak memakai perlindungan seperti masak dan terbersin atau batuk. Secara tidak langsung bayi berkenaan terkena jangkitan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mulai 10 Jun kita semua dibenarkan merentas negeri. Tentu ada yang tidak sabar untuk pulang ke kampung.
Namun, dalam kegembiraan meraikan kebenaran ini, kita kena patuhi beberapa peraturan sebagaimana yang dijelaskan oleh Public Health Malaysia.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Kebenaran untuk merentas negeri telah diberikan, masyarakat juga telah diberi lampu hijau untuk melancong dalam negeri.
Ketahuilah, bahawa kebenaran ini adalah sebahagian dari strategi untuk membantu ekonomi, BUKAN bermakna kita telah bebas dari risiko.
Jika anda memilih untuk melancong, ketahui apakah sikap, tanggungjawab dan pengetahuan yang perlu anda galas sebelum memulakan perjalanan.
Lokasi dan aktiviti memainkan peranan penting. Jika anda nampak suatu lokasi kelihatan padat dan sesak, SKIP dan elakkan. Tempat tertutup seperti pusat membeli belah bukan pilihan yang baik untuk anda meluangkan waktu bercuti.
Pilihlah lokasi yang tenang, tidak padat, mempunyai banyak tempat terbuka, jauh dari orang ramai dan berunsur alam semula jadi. Luangkan masa untuk berehat di bilik/ homestay bersama keluarga adalah lebih baik sepanjang tempoh bercuti.
Anak anak adalah tanggungjawab anda sepenuhnya. Anda boleh biarkan mereka berlari dengan gembira di padang lapang, tepi pantai yang tidak sesak, taman rekreasi yang tidak sesak BUKAN di tempat padat dan tertutup seperti pasaraya.
ALERT JADUAL
ALERT UNDANG-UNDANG
JAGA PENJARAKKAN DAN KEBERSIHAN
Sumber: Public Health Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hidung berdarah atau pendarahan hidung biasanya berlaku secara tiba-tiba dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Malah masalah hidung berdarah bukanlah perkara yang ganjil lagi, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Tetapi ramai ibu bapa yang tidak sedar bagaimana nak hentikan pendarahan ini dengan segera. Ikuti sebab dan rawatan segera mengikut panduan Doktor ENT ini, Doktor Dr Ezairy M.Sallih moga menjadi panduan bersama
Ini 4 Tip berguna untuk ibu bapa dan guru-guru yang ada masalah anak dan murid yang kerap alami hidung berdarah…
1. Cuba kenal pasti apa punca masalah berlaku. Hidung akan mengalami pendarahan mesti ada punca. Di usia kanak-kanak ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Paling biasa ditemui jika alahan hidung yang tidak terkawal. Dah tahu punca, mudah untuk merawat.
2. Sejarah keluarga. Ini pun penting. Biasanya, apabila ibu ayah dan keluarga ada masalah sesuatu penyakit, anak-anak juga berisiko untuk alami masalah sama. Ia termasuk masalah berkaitan sistem darah atau juga masalah resdung.
3. Perlu tahu langkah kecemasan apabila pendarahan berlaku. Saya Selalu pesan amalkan langkah ini.
– posisi dalam keadaan duduk. – tundukkan kepala sedikit ke bawah. Jangan dongak ke atas. – compress bahagian luar hidung. Lakukan berterusan kira-kira 20 minit. – letak ais di bahagian dahi. – ulang langkah di atas jika masih belum berhenti sepenuhnya. – bawa ke hospital sekiranya masih mengalir tanpa ada tanda-tanda berhenti
4. Tahu langkah pencegahan. Elakkan sebarang suplemen atau produk yang tidak tahu isi kandungannya. Lebih bahaya jika tiada kelulusan KKM. Produk dan ubatan ini ada yang boleh menyebabkan masalah pendarahan. Hati-hati.
Sila kongsi tulisan ini jika anda rasa ia bermanfaat buat orang anda sayangi. Moga lebih ramai beroleh manfaat.
Dr Ezairy M.Sallih Doktor telinga, hidung & tekak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mungkin dengan kehadiran anak-anak, suami isteri tidak berpeluang berjalan berpegangan tangan seperti dolu-dolu. Kesibukan bekerja, tidak ada masa untuk bergurau senda atau sudah bila sudah lama bergelar suami isteri tiada lagi istilah bercinta selepas berkahwin.
Dalam membina kebahagiaan dan kasih sayang perlu kerjasama antara kedua belah pihak. Perlu give and take. Suami dan isteri kena sama2 membina dan memupuk kasih dan sayang itu.
Tips Semakin Hari Semakin Sayang
1. Masak sendiri dan makan bersama
Nampak simple tapi ramai yang tak mampu nak buat…keluar pukul 7.00 pagi, balik pukul 7 malam, nak masak…badan pun dah letih. Mudahnya beli saje atau makan makan di luar. Hakikatnya air tangan isteri mampu mengikat kasih sayang walaupun nasi telur goreng saje. Apatah lagi kalau masak masakan kesukaan suami.
Makan bersama seisi keluarga memang saat2 yang harmoni. Anak2 gembira bercerita dan berbual di meja makan. Memang amalan inilah yang diamalkan oleh datuk nenek kita dari dulu lagi. Google je tips cara masak mudah dan cepat….suami pun boleh buat…
2. Jaga tempat tidur
Jangan pandang remeh keperluan batin suami isteri. Kepuasan seksual adalah perkara penting dalam sebuah perkahwinan. Bukan mula2 kawen je tunggu malam menjelma….hari2 macam malam pertama…cheewah nak tahu pm kita kihkih…semua ada tips nak tak nak je..
3. Jaga mulut
Ini penting terutama isteri..Jangan melawan cakap, jangan tinggikan suara,,, jangan berleter macam keretapi terhadap suami. Berdosa sememangnyer…suami bosan dengarnya.Suami isteri perlu sentiasa senyum dan bergurau sendi. Paling penting tidak memburukkan pasangan kepada orang lain
4. Solat berjemaah
Tidak dinafikan solat berjemaah akan mengukuhkan kasih sayang suami isteri dan anak2. Inilah masa untuk sama2 berdoa agar dibei rahmah dan mawaddah dalam perkahwinan. Ingat tak sebelum kita kawen, kita nak bakal suami kita boleh jadi imam. Bila dah kawen lupa angna2 tu yer…suami tak tahu…boleh belajar.
5. Rumah sentiasa kemas, rumah ku syurgaku
Rumahku syurgaku…itulah ungkapan yang terbaik untuk memastikan semua ahli keluarga berada di rumah. Kalau rumah dah macam syurga sememangnya ahli rumah suka dan tidak mahu berada di luar rumah. Syaratnya rumah perlu sentiasa kemas dan bersih. Sama2 bergotong royong untuk memastikan rumah sedap dipandang mata. Anak2 pun boleh tolong sama. Boleh tambah pewangi yang menyegarkan…..
6. Riadah, berkelah dan bercuti
Perlu cari masa untuk keluar beriadah….tak perlu berbelanja besar, sekadar keluar joging ke..berkelah ke atau ke taman2 permainan. Kalau ada bajet lebih boleh tempah hotel sambil jalan2 cari makan. Sekurang-kurangnya pada hari ulang tahun perkahwinan sekali setahun.
7. Komunikasi
Didapati salah satu punca perceraian adalah disebabkan masalah komunikasi. Suami isteri perlu berkomunikasi dengan berkesan. Sebelum kawen bergayut berjam-jam tak terasa lamanya…banyak cerita hingga lewat malam, tapi malang bila dah kawen tanya sepatah, jawab sepatah. Kadang2 sunyi sepi bila duk dalam kereta. Jom ubah kepada suasana yang lebih ceria bukan memendam rasa atau berprasangka antara satu sama lain.
8. Sihat dan Cergas
Suami isteri perlu sentiasa sihat dan cergas. Keadaan diri yang letih dan lesu tidak bagus untuk pasangan. Badan yang cergas akan mendatangkan kegembiraan dan keceriaan seisi keluarga. Macam mana nak kekalkan kecergasan setiap hari?klik sini.
9. Berdoa
Segala usaha yang dilakukan perlu disulami dengan doa. Berdoa agar diberikan kebahagian dunia dan akhirat. Hanya Dia saje yang berhak memberi yang terbaik untuk kita. insyaAllah kebahagian milik kita semua…Amin..