Ibu sebak anak maut dihempap pokok kelapa sawit -“Dia pakai cantik, wangi sangat.” Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menemui ajal selepas ditimpa sebatang pokok kelapa sawit yang telah reput di Kampung Parit Wak Katek, Sanglang, dalam kejadian sekitar jam 11.30 pagi Selasa.
Ibu Sebak Anak Maut Dihempap Pokok Kelapa Sawit -“Dia Pakai Cantik, Wangi Sangat”
Mangsa, Muhammad Azam Asmawei, ketika itu sedang melakukan kerja menggali parit berhampiran kawasan tali air bersama rakannya, Muhammad Hairey Rosli, 18 tahun.
Ibunya, Nazihah Mahtar, 43, memberitahu anak bongsunya itu keluar rumah awal pagi dengan penampilan yang luar biasa.
“Dia keluar rumah awal pagi dengan berpakaian kemas dan sangat wangi.”
Nazihah Mahtar.
Nazihah memaklumkan bahawa mereka sekeluarga baru berpindah ke kampung berkenaan dari Port Dickson, Negeri Sembilan selepas sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
“MALAM TADI SAYA AJAK AZAM MAKAN DI GERAI, TAPI DIA TOLAK, CUMA MAKAN ROTI CANAI YANG SAYA BELI. LEPAS SUBUH DIA DAH SIAP ELOK, PAKAI BAJU CANTIK, WANGI SANGAT, PADAHAL NAK IKUT KAWAN KERJA GALI PARIT SAJA.
“Dari jam 6.30 pagi dia dah tunggu kawannya datang ambil dengan motosikal,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pontian.
Ads
Tambah Nazihah, pemergian Azam amat dirasai kerana anak bongsunya itu ringan tulang dan rajin membantu keluarga, terutamanya ayahnya yang bekerja di sebuah bengkel mengecat kereta di Kampung Parit Panjang, Ayer Baloi.
Sementara itu, Muhammad Hairey yang merupakan rakan mangsa, menyifatkan Azam seperti adik kandung kerana keakraban mereka.
“SEBELUM KEJADIAN SAYA ADA PESAN SUPAYA BERHATI-HATI SEBAB NAMPAK POKOK SAWIT DI SITU DAH REPUT. INI KALI KEDUA DIA DATANG TOLONG, JUMAAT LEPAS DIA IKUT GALI PARIT JUGA.
“Tadi dia cakap nak duduk rehat atas jambatan, tiba-tiba pokok sawit tumbang terus hempap dia. Saya menjerit minta tolong dan lari panggil orang kampung. Masa tu keadaan dia dah berlumuran darah,” katanya.
Ads
Muhammad Hairey menunjukkan gambar rakan baiknya Azam yang maut dihempap pokok kelapa sawit reput pada pagi Selasa.
Jenazah mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Pontian bagi menjalani proses bedah siasat dan dijangka dikebumikan pada malam yang sama di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Bunian.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohamad Shofee Tayib, ketika dihubungi mengesahkan insiden tersebut.
“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dihempap sebatang pokok kelapa sawit ketika berada di lokasi kejadian. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan dari Klinik Kesihatan Benut.
Ads
“Pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
“Bersih mayat (jenazah) dia, bang. Tak ada darah pun. Kecuali di dagu sikit ja. Itu pun nampak seolah-olah cedera ringan.”
Kongsi saksi kejadian kemalangan maut seorang guru al-Quran dikenali Ustaz Muaz Abdullah pada Selasa.
Bayangkan, jasad yang terbaring selepas satu kemalangan, tapi tetap dalam keadaan yang sangat tenang. Tiada luka besar, tiada darah yang membasahi tubuh – hanya calar kecil di dagu, seolah-olah kematian itu datang dengan penuh kelembutan.
Seolah-olah Tuhan memanggilnya pulang dengan cara yang paling halus, tanpa kesakitan yang berpanjaorang yang sempat menyaksikan), Allahyarham seperti sedang tidur dan kematiannya mudah serta cepat sahaja ‘pergi’.
“Ada juga yang berkongsi dan memaklumkan yang ini kali pertama mereka menyaksikan kemalangan tidak berdarah walaupun berlaku hentaman kuat,” tulis Hajar di Facebook.
Catat Hajar lagi, kemalangan membabitkan adiknya itu sama sekali tidak diketahui sehinggalah dia terbaca satu hantaran di Facebook komuniti Batu Pahat yang memaklumkan insiden berkenaan.
“Kata adik kedua, dia (Muaz) baru lepas syahadahkan pelajar tahfiz sebelum kejadian berlaku. Rutin kehidupan hariannya pula hanya dipenuhi dengan mengajar al-Quran kepada anak-anak murid.
“Ketika di Jabatan Forensik, Hospital Batu Pahat, saya berpeluang lihat muka arwah. Benarlah kata ‘runner’ tadi, muka adik (Muaz) bersih.
“Adik…moga syurga buatmu. Pengakhiran kau baik dik. Tenanglah kau di alam sana. Insya-ALLAH, kita bertemu lagi. I’m here, I don’t even know what is my ending. Kerana mati tu sekali sahaja,” catat Hajar.
Ia mengingatkan kita, ajal itu pasti. Tak kira bagaimana cara kita pergi, bila tiba masanya, ia tetap akan berlaku. Yang tinggal hanyalah kenangan dan doa daripada yang masih hidup. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan mengurniakannya tempat di sisi orang-orang beriman.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah melalui saat sukar berjauhan dengan insan tersayang, namun semangat dan kesabaran yang ada pada pengacara dan panyanyi Dayah Bakar menjadi inspirasi buat wanita khususnya isteri yang berjauhan dengan suami dek tuntutan kerja.
Kini, pasangan muda ini sudah tidak berjauhan lagi setelah Dayah berhijrah ke Australia bersama anak sulungnya untuk tinggal dekat dengan suami tercinta,Kapten Muhammad Hanif.
Terbaru, Dayah berkongsi momen bahagia menyambut ulang tahun perkahwinan yang memasuki tahun ketiga bersama suami dan anak mereka.
Tarikh 29 Jun 2021 menajdi detik yang cukup bermakna buat pasangan ini apabila pertama kali mereka dapat meraikannya bersama pada hari sebenar, walaupun sudah 3 tahun Dayah dan Kapten Hanif bergelar suami isteri.
This is the first time that we get to celebrate our anniversary on the day itself . 3rd year , and there’s 3 of us now . Syukur alhamdulillah . Sampai syurga , syurgaku 🤍
Perkongsian Dayah itu menerima banyak ucapan tahniah dan rata-rata mendoakan pasangan ini bahagia bersama selamanya.
Yaaa 3rd year with 3 of you.. same goes to here soon 😍😍 HAPPY ANNIVERSATY DAYAH & Tn HANIF. In Syaa Allah sampai Jannah.!😍❤️
Alhamdullilah..moga hingga kejannah..eppy aniversary
COMELNYAAAA SI TECIK TUU!!! Happyyyy anniversary kak dayah and husband! Semoga perkahwinan sentiada diberkati dan berada dalam mawaddah wa rahmah sentiasa❤️
Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah gelagat anak mereka, Achbar Muhammad Fahri yang lebih mesra dengan panggilan Fahri cukup menghiburkan.
Apa tidaknya, dalam setiap gambar mahupun video dimuat naik Dayah, pasti ada sahaja stoking Fahri yang tertanggal.
Happy anniversary kakdayah dan kapten ! 😍 fahri dan stoking terbuka berpisah tiada 😂
Sronok fahri boleh bukak stokin sndiri 😂
Stokin x tanggal x sah ye fahri 😅😅
Part stokin dgn part lepas suap makan tu, fahri sgt 😄.. selamat ulang tahun K.Dayah dan K.Hanif. Selamat berpimpin tangan ke syurga ❤️
Tak salah kalau jadi seorang yang tegas dan garang, tetapi ada batasnya, lebih-lebih lagi lelaki.
Jangan pula terlampau garang sehinggakan membuatkan isteri serta anak-anak sentiasa berasa takut maka ia boleh mendatangkan keburukan kepada keluarga. Ketua keluarga perlu dihormati tetapi bukan ditakuti.
Jom ikuti perkongsian ini telah dimuat naik di Tiktok oleh @mfzzy mengenai perangai suami terlampau garang yang disampaikan oleh Mohamad Wadi Annur Bin Ayub atau lebih dikenali sebagai ustaz Wadi Annuar.
PERANGAI SUAMI TERLAMPAU GARANG
“Antara perangai suami yang boleh menjejaskan keluarga ialah bila suami terlalu garang. Bila isteri dia masak kurang garam, dia lempar pinggan.
“Dah lah aku balik kerja lapar, hang buat tawar pula’ lempar pinggan. Suami saya boleh kata macam itu kepada saya.
“Ustaz dia lempar makanan saya masak, suami saya ini ustaz perangai daripada sebelum kahwin sampai lah kahwin tak ubah perangai.” katanya dalam video berkenaan.
Ustaz Wadi juga turut berkongsikan kisah tentang Saidina Umar yang merupakan antara manusia paling garang, tetapi bila dengan isterinya, Saidina Umar hanya mendengar sahaja.
“Antara manusia yang paling garang dalam dunia ini ialah Saidina Umar Bin Al-Khattab. Saidina Umar garang, tegas. Tapi apabila isteri dia berleter, Saidina Umar hanya mendengar sahaja.
“Dia tak taip masej, dia tak baca surat khabar, dia tak tengok televisyen, dia tak main game. Dia hanya mendengar, dia kata sebab isteri inilah yang telah melahirkan anak untuk aku, menyusukan anak aku dan membesarkan anak-anak aku.
“Apalah kiranya, apabila isteri-isteri kita meluahkan perasaan mereka untuk kita dengar. Itu kira luah perasaanlah berleter itu.” jelasnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wanita tidak menyukai sifat suami yang melemparkan makanan tersebut. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri mengalami situasi yang sama seperti mana yang dikongsikan oleh ustaz itu.