Kasih sayang ibu itu memang tanpa batas. Biarpun anak telah melakukan kesilapan tetap dimaafkan, malah dipeluk dengan penuh kasih sayang. Kata-kata nasihat sentiasa dimain dibibir waima anaknya telah mendirikan rumahtangga.
Begitu juga kesejahteraan buat anaknya, tanpa pernah jemu menitipkan doa buat anak-anak. Begitulah kasih seorang ibu yang tiada penghujungnya hingga akhir hayatnya.
Sebagaimana kisah yang dipaparkan ini jelas membayangkan kasih ibu itu tiada galang ganti. Biarpun dirinya disahkan dijangkiti Covid-19 akibat kecuaian anaknya sehingga dirinya dijangkiti semasa berada di rumah.
Ibu ini tetap tidak menyalahkan anaknya. Malah memaafkannya. Juga memberi nasihat supaya jangan menyesali jika dirinya tidak dapat kembali ke pangkuan keluarga lagi.
Ikuti perkongsian seorang pegawai perubatan,timothylau_qs menerusi Instagram miliknya yang meruntun jiwa mengenai pesakitnya yang kritikal setelah dijangkiti Covid-19.
Ads
SEORANGN IBU YANG YANG SENTIASA MEMAAFKAN ANAKNYA
Gambar sekadar hiasan
Hari ini kisah bagaimana saya bercakap dengan pesakit COVID ini sebelum saya intubasi atau menidurkannya.
Biasanya saya akan berikan masa untuk pesakit menelefon orang yang mereka sayangi atau membantu mereka menghubungi seseorang. Selalunya pasti ada orang akan bercakap dengan mereka.
Ads
JANGAN KESAL JIKA IBU TAK BANGUN LAGI
Kali ini seorang wanita tua menelefon anak lelakinya. Dan mengatakan bahawa “Ibu tidak akan menyalahkan kamu kerana membawa pulang Covid-19. Jangan salahkan diri kamu sekiranya Ibu tidak bangun lagi.”
Berat mata yang memandang, berat lagi bahu ibu tabah ini memikulnya. Tidak tergambar akan kehidupan mereka yang terpaksa bersempit di dalam bekas reban ayam sebagai ‘syurga’ mereka anak-beranak.
Cukup memilukan dan tersentuh hati tatkala membaca kisah ibu muda beranak empat ini. dek kerana kesempitan hidup dia memilih untuk tinggal di bekas reban ayam milik ibunya.
Rabiatul Adawiyah Ayub, 32, bersama anaknya, Wan Nurdhiya Irdina Wan Rubuan, 7; Wan Mohd Aniq Anaqi, 6; dan Wan Mohd Firas Irfan, 3, tinggal di ruang sempit itu sejak sebulan yang lalu. Namun anak bongsunya berusia setahun, Wan Mohd Harraz Naufal diserahkan dibawah jagaan seorang kakaknya yang bersimpati dengan nasib mereka anak-beranak.
Kisah Rabiatul dan anak-anak yang tinggal di reban ayam tersebut tular sehingga netizen mengeluarkan pelbagai andaian. Namun, ibu tunggal ini menafikan dia sengaja mahu memalukan keluarga.
“Saya bukan berniat menarik perhatian orang atau memalukan keluarga apabila tinggal di tempat ini tetapi kerana tidak mahu menyusahkan orang lain,” katanya lagi.
Bercerita lanjut mengenai kehidupan mereka, segalanya berubah selepas dia berpisah dengan suaminya, tahun lalu.
Lebih teruk katanya, bekas suaminya tidak mampu untuk menampung keperluan anak-anak apabila mengalami cedera parah susulan terlibat dalam kemalangan.
Katanya, sebelum ini mereka tinggal di Machang, namun terpaksa pindah selepas gagal membayar sewaan rumah ditanggung bekas suami yang bekerja sebagai pemandu lori.
“Saya berpisah dengan bekas suami pada November tahun lalu. Namun, bekas suami masih memberi nafkah dan membayar sewa rumah kami sekeluarga. Bagaimanapun pada Januari lalu, bekas suami terbabit kemalangan dan sejak itu, kami tidak dapat membayar sewa.
“Bulan lalu, saya mengambil keputusan pulang ke rumah ibu dan tinggal di sana selama seminggu. Namun, saya kasihan melihat ibu terpaksa melayan kerenah anak saya yang sedang membesar.
“Oleh itu, saya meminta izin tinggal di bekas reban ayam di belakang rumah ibu. Bagaimanapun, saya sedih kerana selepas kisah tular, banyak cerita tidak betul ditokok tambah sehingga memalukan ibu sedangkan beliau banyak membantu.
“Malah, saya difitnah mahukan perhatian dan meraih simpati orang. Saya tinggal di bekas reban ayam kerana ini sahaja pilihan yang ada. Saya memang tiada wang hendak menyewa rumah,” katanya.
Rabiatul Adawiyah berkata, mereka hanya menumpang tidur di bekas reban itu, manakala makan minum dan basuh pakaian banyak dibantu ibunya yang turut menanggung anak lain di rumah.
Beliau yang sebelum ini suri rumah, berusaha mencari pendapatan dengan menjaja barangan seperti pakaian kanak-kanak . Dalam masa yang sama , mereka hanya makan nasi sekali sehari untuk mengisi perut.
“Memandangkan anak-anak masih kecil, sukar untuk saya bekerja. Buat masa ini saya jual kain yang dibekalkan oleh kakak. Selepas hantar anak sulung ke sekolah, saya akan mula menjaja kain atau kutip duit jualan kain.
“Setiap hari pada waktu pagi atau tengah hari saya akan beli nasi bungkus untuk makan bersama anak-anak.
“Waktu petang dan malam, kami ikat perut atau makan makanan ringan,” katanya.
Ketika ini, katanya, beliau sedang berikhtiar melunaskan yuran persekolahan anak sulung dan wang proses dokumen perceraian bagi membolehkannya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Jika ada pihak ingin membantu, saya berharap mendapat modal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan supaya dapat memberi kehidupan lebih selesa kepada anak,” katanya yang juga anak keempat daripada 10 beradik.
Kisah hidup Rabiatul dan anak-anak mendapat perhatian sehinggakan ramai individu dan pihak yang datang menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai, barangan keperluan dan makanan. Malah bahan untuk membina rumah juga dihantar ke tempatnya.
“Hari ini ada orang parti politik datang jenguk, saya tak kenal. Ada orang lain daripada NGO, mereka ada bagi sumbangan bekalan makanan dan duit.
“Selain itu ada yang mula menghantar barang-barang untuk membina rumah. Katanya rumah akan dibina tidak lama lagi untuk menggantikan reban ayam ini,”katanya.
Rabiatul berterima kasih dengan keprihatinan masyarakat yang sudi membantu keluarganya itu. Kepada mereka yang mahu membantu, boleh menghubungi keluarga ini di talian 017-9689519.
Kejayaan personaliti media sosial terkenal, Khairul Aming dengan jualan sambalnya mencetus rasa kagum dan bangga di kalangan netizen.
Menerusi hantarannya di Instagram (IG), Khairul Aming Bin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming meluahkan rasa syukur atas kejayaan jualan Sambal Nyet yang telah mencecah RM21.5 juta.
“Alhamdulillah hari ini jumlah jualan Sambal Nyet telah mencecah RM21.5 juta.” tulisnya.
Selain itu, hasil jualan sambal itu turut menerima dua anugerah istimewa iaitu kategori Best Customer Service dan Best New Seller.
Menurutnya, jualan bagi tahun 2021 berjumlah RM7.5 juta manakala pada tahun 2022 jualan Sambal Nyet meningkat iaitu RM14 juta.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat pempengaruh media sosial itu dengan kejayaan yang dikecapinya. Selain itu, terdapat juga netizen yang terinspirasi dengan usaha yang ditonjolkan oleh Khairul Aming.
Sebelum ini Khairul Aming pernah memuat naik perjalanan hidupnya dari usia 20 hingga 30 tahun. Semoga dapat jadi inspirasi buat semua!
Setiap pasangan suami isteri pastinya mendambakan kehadiran zuriat dalam rumah tangga. Momen paling indah bagi seorang wanita adalah apabila dapat mendukung anak sendiri.
Namun, gembira hanya sekatika bila mana anak kecil yang di nanti pergi buat selama-lamanya. Itulah yang dikongsikan oleh Jaja Rahman di laman Facebook miliknya memberitahu bahawa puteri kembar sulungnya telah menghadap Ilahi selepas 42 hari dia melihat dunia sementara adik kembarnya masih lagi di hospital.
23 MEI,Genap usiaku 37tahun.Alhamdulillah terima kasih ya Allah kerana memanjangkan usiaku hingga saat ini.
Tahun dimana aku diberi rezeki setelah sekian lama menanti dan Diuji dgn Ujian yang sangat perit untuk aku telan.
Tp aku yakin Allah tahu yg terbaik buat diri ini.
Pintaku buat kalian yg membaca,
Doakan diri ini diberi kekuatan kerana sakit masih terasa,
Doakan kesembuhan dan kesihatan Putri Qianna(adik).
Alfatihah untuk kakak Putri Qhaira.
Hadiah bermakna buat diri ini,
Walaupun tak sempat temukan adik dan kakak , mumy abadikan gambar ini sebagai kenangan mumy.
Mumy sayang anak anak mumy,terima kasih ya Allah ,aku bersyukur dgn segala perancanganmu terhadap diriku.
ʾInnā li-llāhi wa-ʾinna ʾilayhi rājiʿūn 10 tahun penantian tp Allah pinjamkan anak kembar sulungku hanya 42 hari, Disaat si adik masih lagi di hospital, kakak dah pergi tinggalkan kami semua. Aku tak kuat ya Allah. Maafkan mumy sayang, Mumy leka dan lalai dalam menjaga kakak.
Sekelip mata kakak dah tiada.Salah mumy sebab susukan kakak sambil baring,mumy tak sedar sayang. Mumy tak sengaja.Mumy terlelap.Maafkan mumy sayang.
Wanita ini juga meluahkan rasa sedih dan meminta maaf atas kekhilafannya yang leka ketika menjaga anak perempuannya yang diberi nama Putri Qhaira Binti M. Hadri Fisqi. Minta tlg sahabat semua sedekahkan al fatihah buat anak syurga saya yang telah kembali kepada penciptanya subuh tadi.
Putri Qhaira binti M.Hadri Fisqi.Jenazah akan dikebumikan selepas selesai post mortem. Ya Allah kuatkan la hati dan semangatku dalam menempuh hari2 mendatang.
Anak manja mumy dah tak ada **Hanya Minta tlg semua doakan adik Putri Qianna yang masih di hospital ya.Doakan juga mumy kuat melalui hari2 yg sgt sukar ni.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.