Ibu tunggal dipukul, diugut bekas kekasih, rugi lebih RM300,000. Seorang wanita yang juga anak ahli perniagaan bergelar Datuk mendakwa menjadi mangsa pukul selain diugut bekas teman lelaki kerana gagal memberikan wang.
Ibu Tunggal Dipukul, Diugut Bekas Kekasih, Rugi Lebih RM300,000
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Jihan, 39, mendakwa turut kerugian lebih RM300,000 akibat diperdaya lelaki itu.
Ibu tunggal seorang anak itu mendakwa mengenali lelaki terbabit yang bekerja sebagai penjawat awam di sebuah agensi penguat kuasa di Langkawi sejak 2020 melalui media sosial.
Katanya, pada mulanya lelaki itu langsung tidak menunjuk belangnya malah menunjukkan sifat romantis dan penyayang selain berjanji untuk berkahwin dengannya.
“Dia beritahu saya yang dia dalam proses untuk berpisah dengan isterinya walaupun sudah mempunyai seorang anak namun semuanya tipu belaka.
“Disebabkan dia berjanji untuk berkahwin dengan saya, apa saja yang dia mahu saya tunaikan sehinggalah saya sanggup membelikan sebuah kereta mewah jenis BMW, sebuah motosikal, jam tangan berjenama bernilai RM6,000, cermin mata bernilai RM2,000 selain wang yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya setiap bulan.
“Saya mula mengikut kehendaknya dengan memberi apa saja termasuk wang sejak itu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Menurut Jihan, dia juga sering bertemu dengan bekas kekasihnya itu di Langkawi kerana lelaki itu bertugas di sana malah turut membelikan jet ski untuk lelaki itu menjalankan perniagaan di sana.
Katanya, lelaki itu mula menunjukkan sikap panas baran apabila dia tidak memberikan wang kepadanya sejak tahun lalu.
“Saya pernah dimaki hamun oleh lelaki berkenaan malah pada 10 Oktober 2023 pada jam 3.13 petang dia turut mencekik saya sehingga meninggalkan kesan merah, lebam di bahagian mata akibat ditumbuk serta dihantuk kepala.
“Saya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Langkawi akibat kecederaan yang dialami.
Ads
“Bukan itu saja malah bekas kekasih turut mengugut dengan pelbagai ugutan termasuk mahu mengaibkan diri saya kepada keluarga jika saya tidak menurut kehendaknya serta pernah juga mengacu pisau ketika kami bergaduh tahun lalu,” katanya.
Jihan berkata, lelaki itu yang bekerja di Langkawi juga sering mencari kesilapan dalam perhubungan mereka dan terus menghantar WhatsApp ugutan kepadanya.
Katanya, keadaan itu menjadikan dia trauma dan terpaksa menyekat nombor telefon lelaki terbabit bagi mengelakkan terus menerima ugutan.
“Namun, disebabkan tidak tahan selain risaukan keselamatan diri, saya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi Rabu lalu untuk memaklumkan kejadian yang menimpa saya.
“Saya menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan terhadapnya di atas apa yang berlaku,” katanya yang terpaksa mengambil masa lama untuk membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatannya.
Menurutnya dia kini terpaksa mendapatkan khidmat kaunseling melalui rakannya selain bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki berkenaan kerana trauma dengan apa yang berlaku sehingga mengalami tekanan perasaan.
Ads
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada wanita terbabit.
Maryam Durian Kimchi Sebak Tak Dapat Dukung Rina, “Omma Boleh Dukung Rina Ke? Baby Tak Sakit Ke?” Selebriti media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi kini sarat hamil lapan bulan. Isteri kepada selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim ini hamil anak kedua. Usia kandungan sudah memasuki 33 minggu.
Maryam Durian Kimchi Sebak Tak Dapat Dukung Rina
Seperti ibu hamil yang lain, ketika hamil ramai yang mengelak untuk mengangkat benda berat termasuk mendukung anak. Tidak terkecuali dengan Maryam. Sejak hamil anak kedua, dia tidak lagi ‘berani’ mendukung anak sulungnya, Rina. Situasi ini membuatkan Maryam tersentuh hati.
Masa awal mengandung saya jarang dukung Rina. Saya selalu cakap “omma tak boleh dukung Rina sebab dalam perut omma ada baby, nanti perut omma sakit.”
Sekarang dah 33 minggu, Rina tak minta saya dukung dia. Tapi semalam saya dukung dia dalam 3 saat, bila saya cakap “Rina jom omma dukung Rina..” dan Rina terkejut dan tanya dengan muka happy, “omma boleh dukung Rina ke? Baby tak sakit ke?”
Bila saya dengar dia cakap macam tu, rasa kesian pada Rina dia dah boleh faham situasi dia sebagai kakak kena berkorban walaupun dia masih 3 tahun. Dia siap cakap “Rina suka omma dukung Rina” sambil peluk saya.
Maafkan omma tak dapat dukung Rina dan omma rasa berterima kasih kerana Rina faham omma.
Hantaran Maryam mendapat respon di kalangan warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya:
Untuk info, Maryam sebelum ini pernah mengalami keguguran pada Mei 2023 ketika usia kandungan baharu tiga minggu.
Terdahulu, bekas ahli fisioterapi itu memeluk Islam pada 11 Julai 2019 sebelum mengahwini Ryzal pada 15 Ogos 2019 di Masjid Itaewon, Seoul. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada
Lama menyepi daripada berkongsi tentang kehidupan peribadinya, pelakon dan penyanyi, Fattah Amin kini mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar terbaharu bersama anak tunggalnya, Fatima buat pertama kali tahun 2025.
Setelah melalui fasa mencabar dalam perkahwinan, Fattah dilihat semakin fokus membina hubungan erat bersama anaknya, yang menjadi sumber kekuatan dan kebahagiaannya.
Momen indah ini bukan sahaja menyentuh hati para peminat, tetapi juga menjadi inspirasi tentang kasih sayang seorang ayah yang kekal utuh walau apa pun cabaran yang dihadapi.
Gambar ini menunjukkan momen penuh kasih sayang antara seorang ayah, Fattah Amin, dan anak perempuannya, Fatima. Dalam paparan ini, Fattah mengungkapkan rasa kasih sayang yang mendalam kepada Fatima dengan kata-kata yang menyentuh hati.
“Fatima, jangan bersedih meski tadi Daddy memeluk dirimu sejenak saja, karena yang perlu kamu tahu, hati Daddy memelukmu selamanya”
Ungkapan ini menunjukkan betapa seorang ayah sentiasa mencintai anaknya, walaupun mungkin ada batasan waktu dalam kebersamaan mereka. Hubungan ayah dan anak yang ditunjukkan ini penuh kelembutan, dan menggambarkan bagaimana cinta seorang ayah akan tetap abadi walaupun dalam keadaan apa sekali pun.
Melalui gambar dan kapsyen ini, Fattah Amin memberikan contoh bahawa momen kecil bersama anak boleh menjadi kenangan indah yang berharga. Gaya parenting seperti ini sangat menginspirasi, khususnya dalam membentuk hubungan erat dan penuh kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mendoakan dua beranak ini supaya kasih sayang berpanjangan.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2025 kepada seluruh rakyat.
Baginda berdua mendoakan agar tahun baharu ini membawa keberkatan, kesejahteraan, dan kejayaan untuk semua.
Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran berserta poster yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa.
Bersempena Tahun Baharu 2025 membuka tirai, Seri Paduka Baginda berdua mendoakan kesejahteraan rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut mendoakan keharmonian serta perpaduan negara terus berkekalan.
“Ya ALLAH, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami memohon kepada-Mu agar Engkau sentiasa melindungi rakyat serta negara.
“Semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bencana dan musibah,” titah Seri Paduka Baginda.
Penyanyi rock lagenda, Ella, baru-baru ini menyentuh hati ramai apabila memberikan ucapan penuh kasih sayang kepada anak perempuannya, Shanome, sempena hari lahirnya.Ella atau nama...