Sebagai sebahagian daripada inisiatif global, Ice-Watch turut memainkan peranannya dalam penganjuran aktiviti kecergasan dengan memperkenalkan salah satu acara larian terbesar dalam komuniti global kami untuk kali ke-6, Ice-Watch Colour Up The Night Run 2023.
“Ice-Watch Colour Up the Night Run 2023 lebih daripada sekadar maraton; ia adalah perayaan kehidupan dan vitaliti,” kata Pengerusi Ice-Watch Malaysia, Dato Sri Meer Habib.
“Kami teruja untuk mengumpulkan komuniti yang pelbagai untuk merasai keajaiban acara unik ini.”
Larian pada tahun ini menjadi lebih istimewa dengan pengenalan ICE smart one, sebuah jam tangan pintar canggih yang menggabungkan gaya, fungsi, dan inovasi dengan lancar.
Ads
Walaupun memiliki ciri-ciri seperti jam tangan pintar lain di pasaran, ICE smart one membezakan dirinya dengan tali jam yang boleh ditukar ganti, membolehkan pemakai meluahkan individualiti mereka dengan mudah.
Koleksi ICE smart one merupakan bukti komitmen Ice-Watch terhadap inovasi. Dengan empat model yang mencolok, masing-masing penuh dengan warna yang cerah, koleksi ini menetapkan standard baru untuk jam tangan yang terhubung.
Ads
Jam tangan pintar ICE smart one mengintegrasikan teknologi terkini dengan sempurna sambil mengekalkan reka bentuk yang khas dari jenama, mengajak pemakai untuk merangkul masa depan penjagaan masa.
“ICE smart one adalah bukti komitmen kami yang tidak berbelah bagi untuk menggabungkan teknologi canggih dengan kecenderungan kami untuk reka bentuk yang unik,” kata Pengarah Time Zone Malaysia, Mirzan Meer.
Ads
“Koleksi ini melambangkan dedikasi kami untuk menyampaikan bukan sahaja jam tangan, tetapi pengalaman yang bergema dengan kepekaan moden dan gaya peribadi.”
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pasangan mana yang tidak mahu cahaya mata. Malah kehadiran zuriat ini seakan mengikat lagi kasih sayang suami isteri.
Tidak kira, untuk kelahiran pertama atau seterusnya, keterujaan itu sangat dirasai. Setiap anak ada keistimewaan tersendiri.
Namun bagi pasangan ini, anak mereka Ayesha Nuha menjadi perhatian sejak kisahnya dikongsikan oleh ibunya. Ayesha Nuha adalah seorang bayi pramatang yang dilahirkan pramatang pada 9 Jun 2022.
Menurut ibu kepada bayi ini, Nor Faizah Ismail, dia dan suami Md Aidil Faat hanya mampu berdoa selepas doktor memberi bayangan bahawa si cilik itu mungkin tiada harapan untuk terus hidup.
“Sebelum bersalin, doktor pakar dah maklumkan bahawa baby akan meninggal. Tapi kuasa Allah yang maha hebat, baby Nuha berjaya membesar berkat doa orang sekeliling,” tulisnya pada kapsyen video di TikTok.
Faizah turut mengakui telah bersedia dengan sebarang kemungkinan, namun terkejut anaknya terus bertahan.
“Sebelum ini saya pernah alami keguguran. Kali ini kelahiran pramatang. Anak saya lahir pada usia kandungan enam bulan. Doktor tak bagi kami harapan sebab organ pentingbaby sangat tak matang. Kami hanya mampu reda.
“Nuha dilahirkan secara normal walaupun dia berada dalam keadaan songsang. Keadaannya 50 – 50 masa tu, dia terus dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU). Doktor cuma minta kami bersedia dengan apa-apa kemungkinan.
“Dua bulan Nuha dalam NICU. Banyak komplikasi berlaku. Nuha juga jalani pembedahan saluran jantung selepas dua minggu dilahirkan. Pembedahan itu sangat berisiko. Kami suami isteri pasrah tapi yakin Nuha anak yang kuat,” ujarnya.
Menurut Faizah, dia dan suami tidak menyangka si comel itu mula menunjukkan reaksi positif selepas dua bulan dia ditahan di NICU.
Biarpun masih menjadi penghuni hospital, Nuha menunjukkan perubahan sedikit demi sedikit sehinggalah dibenarkan untuk pulang ke rumah, pada bulan ini.
“Selepas pembedahan dan keluar NICU, Nuha dipindahkan ke wad bayi tapi dia masih perlu dipantau oleh doktor. Dari situ doktor nampak peluang Nuha untuk terus hidup adalah cerah. Kami memang lega sebab di NICU dia sangat kritikal.
“Lapan bulan lebih Nuha dalam hospital. Saya dan suami berulang alik sepanjang masa dari rumah kami di Pontian ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terletak di Johor Bahru. Akhirnya Nuha dibenarkan balik ke rumah pada bulan ni, kami bersyukur sangat,” ujarnya.
Pada Rabu, Nuha sekali lagi dimasukkan ke hospital kerana paras oksigen yang tidak stabil, namun Faizah berharap situasi itu tidak berpanjangan dan besar harapannya dia dapat pulang sebelum Aidilfitri tidak lama lagi.
“Nuha baru keluar hospital bulan ni. Hari ini (Rabu) dia dimasukkan ke hospital semula kerana oksigen menurun sikit. Mungkin dia belum sesuai dengan keadaan di rumah, ada risiko balik rumah.
“Kali ini saya tak pasti berapa lama Nuha akan dipantau oleh doktor. Tapi saya berharap dia cepat sihat. Saya yakin Nuha kuat. Raya tahun ini kami tidak merancang untuk ke mana-mana, cuma kami harap dia ada bersama kami,” ujarnya lagi.
Menurut Faizah, dia bersyukur dengan sokongan orang ramai, malah kembali bersemangat selepas ramai insan senasib dengannya turut ‘hadir’ memberi sokongan secara dalam talian.
“Saya kongsi di TikTok sebab nak cari semangat. Masa tu Nuha belum keluar hospital. Saya cuma mahu cari member yang boleh bagi semangat, terutamanya yang senasib dengan saya. Komen-komen mereka membuatkan saya rasa tidak berkeseorangan.
“Video-video TikTok itu juga menjadi kenangan buat kami sekeluarga. Selain mendoakan anak saya, ramai yang senasib turut berkongsi cerita yang mana ujian mereka jauh lebih hebat berbanding saya. Mereka sentiasa tanya perkembangan kesihatan Nuha.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang doakan kami. Saya juga nak berterima kasih kepada staff nurse NICU dan wad A4 di HSA,” ujar Faizah mengakhiri bicara.
Dalam sebuah keluarga, perbezaan itu bukan masalah. Malah, itulah yang menceriakan suasana rumah. Ada yang gemar drama penuh emosi, ada yang tak boleh tinggal aksi bola sepak, ada pula yang setia dengan siri antarabangsa dan kartun kegemaran.
Namun dalam dunia hiburan digital hari ini, perbezaan minat kadang-kadang datang bersama satu cabaran iaitu langganan yang berasingan dan kos yang semakin bertambah.
Ibu mungkin mahu mengikuti sambungan drama seperti Andai Itu Takdirnya 2 yang sarat dengan konflik dan pengajaran kehidupan. Ayah pula tidak mahu terlepas aksi mendebarkan Premier League setiap hujung minggu. Anak remaja sibuk bercakap tentang episod baharu One Piece dan Stranger Things, manakala si kecil tersenyum riang menonton Hey Duggee.
Jika setiap minat ini memerlukan langganan berasingan, jumlahnya bukan sedikit. Di sinilah Astro One: Epic Pack hadir sebagai penyelesaian semua dalam satu yang lebih praktikal untuk keluarga Malaysia.
Dengan harga bermula RM159.99 sebulan (RRP RM199.99), pakej ini menghimpunkan lebih 140 saluran dan akses kepada lapan aplikasi penstriman popular termasuk Netflix, Disney+, Prime Video, iQIYI, Sun NXT, beIN SPORTS CONNECT dan Astro GO. Semuanya dalam satu bil yang sama, dengan penjimatan hebat tanpa perlu bertukar-tukar langganan.
Menariknya, bukan sahaja kandungan tempatan tersedia, malah hiburan antarabangsa juga berada di hujung jari. Di Disney+, keluarga boleh menantikan judul seperti Tron: Ares dan siri adiwira Wonder Man.
Peminat drama Asia pula boleh mengikuti Love in Red Dust (iQIYI) dan Holy Night: Demon Hunters (tvN Movies). Bagi yang gemarkan rancangan santai berunsur nostalgia dan kekeluargaan, Dapur Bapak-Bapak sentiasa menjadi pilihan yang dekat di hati.
Akhirnya, yang paling penting bukanlah jumlah saluran atau aplikasi, tetapi momen yang tercipta. Ketika seisi keluarga duduk bersama, berkongsi gelak tawa, berdebar menunggu keputusan perlawanan atau berbincang tentang episod drama, di situlah nilai sebenar hiburan itu dirasai.
Astro One: Epic Pack bukan sekadar pakej hiburan. Ia adalah cara mudah untuk menyatukan perbezaan dalam satu rumah.
Promosi sah sehingga 30 April 2026. Strim lebih, jimat lebih dengan Astro One: Epic Pack. Layari astro.com.my atau anda boleh ke mana-mana cawangan Astro untuk maklumat lanjut.
Pelakon Harris Annuar yang merupakan anak kepada usahawan terkenal, Kak Ton telah mendedahkan bahawa dia bakal bergelar bapa selepas memaklumkan isterinya, Asha Merican kini sedang hamil cahaya mata pertama mereka.
Pelakon berusia 30 tahun itu telah berkongsi berita gembira tersebut sebaik kandungan isteri memasuki fasa trimester ketiga.
“Sebenarnya isteri saya dah mengandung banyak bulan, tapi kami memilih untuk merahsiakan. Jantina anak pun kami dah tahu tapi bila dah lahir nanti baru kami kongsi,” katanya.
Bercerita lanjut, Harris yang juga anak kepada usahawan terkenal Zaiton Hassan atau popular dipanggil Kak Ton berkata, isterinya mengalami mabuk atau alahan tertentu yang dianggap sangat unik.
“Isteri saya ada alahan yang pelik, dia tidak boleh dengar lagu-lagu Melayu atau Bahasa Inggeris nanti dia akan muntah tapi itu untuk trimester pertama.
“Tapi kalau nak elakkan dia daripada muntah kena bawa dia masuk ke dalam tangga kecemasan. Bila bau simen akan elakkan dia dari bau muntah.
“Asha juga alahan tidak boleh bau badan saya membuatkan saya terpaksa memakai sabun badannya agar miliki bau yang sama.
“Lebih kelakar lagi apabila kulit dia jenis sensitif dan hanya menggunakan sabun mandi untuk bayi, jadi dengan saya sekali guna sabun yang sama,” katanya.
Selain simptom berkenaan, Asha juga lebih gemar menikmati lauk Asam Pedas selain pernah mengidam untuk makan di depan Pantai Klebang, Melaka.
Sementara itu, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu turut berkongsi kejadian lucu dimana dia menyangka alat ujian kehamilan adalah kit ujian kendiri COVID-19 sewaktu isterinya melakukan kejutan.
“Saya dengan dia pergi mini bulan madu di Cameron Highland, petang itu saya pergi joging apabila balik dari joging dia buat kejutan dengan letak alat ujian kehamilan bawah selimut.
“Mula-mula saya ingat dia positif COVID-19 sebab saya tak pernah tengok alat itu. Rupanya dia cakap dia mengandung, menangis juga saya masa itu,” kongsinya.