Jangan ingat goreng ayam ni senang seperti goreng nuget. Hanya masukkan dalam minyak panas, kemudian tunggu beberapa minit dan nuget telah siap dimasak dengan sempurna.
Apa yang selalu terjadi bila kita makan ayam goreng, luar nampak garing tapi di bahagian dalam atau isi masih berdarah. Kalau terkena memang boleh putus selera untuk terus menikmati ayam goreng yang ada di depan mata.
Ayam tidak masak dengan sempurna. Masih berdarah isinya.
Bagi memastikan ayam yang digoreng masak sempurna di bahagian isi memang ada cara tertentu yang harus dilakukan. Bermula daripada proses membersihkan ayam hinggalah teknik menggoreng, semua ada petuanya. Jom semak.
1. Kelar dan kukus seketika
Ads
Cuci bersih ayam dan jangan lupa untuk kelar-kelarkan ia terutamanya pada bahagian paha ayam. Kemudian perasakan dengan garam dan kunyit dan kukus seketika.
2. Gunakan minyak yang banyak
Ads
Sediakan kuali yang bersesuaian dan isi dengan minyak yang banyak. Pastikan semasa menggoreng, ayam tenggelam di dalam minyak sepenuhnya.
3. Masak bahagian yang sama
Ads
Asingkan bahagian berdaging dengan bahagian bertulang dan masak mengikut kumpulan yang telah dibuat tadi. Contohnya, jika bahagian berdaging dimasukkan ke dalam kuali, maka pastikan semua bahagian berdaging digoreng serentak. Kemudian diikuti menggoreng bahagian bertulang pula sehingga habis. Ini untuk pastikan ia masak sekata.
4. Pastikan api sederhana
Jangan sekali-kali menggunakan api yang besar untuk memendekkan waktu menggoreng. Memanglah ayam digoreng akan nampak kekuningan dan garing di bahagian luar namun bahagian isinya pasti tidak akan masak sempurna. Sebaiknya gunakan api sederhana.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nasi dagang dan nasi impit adalah salah satu menu yang popular di pantai timur. Menu ini tidak lengkap jika tidak ada sambal kelapa. Istimewanya sambal ini, ia menjadikan menu ini lebih sedap.
Kepada yang belum tahu cara membuat sambal kelapa ini, boleh ikut resipi ini. Mudah dan sedap.
Bahan-bahan:
4 ekor ikan selayang@kembong
1 biji kelapa parut – goreng tanpa minyak sehingga kekuningan dan tumbuk
Bahan tumbuk :
3 biji bawang merah
1/4 inci halia
2 batang serai dihiris nipis
1 keping gula melaka – tumbuk
1/2 sudu gula
1/2 sudu kecil garam
Cara-cara :
1. Rebus ikan dgn 3 keping asam keping dan 1 sudu garam dgn air separas ikan.
(Panggang pun boleh)
2. Asingkan isi dan tulang. Kemudian goreng isi ikan tanpa minyak hingga kering air supaya tidak berbau hanyir.
3. Tumbuk bawang merah, halia dan serai.
4. Gaul semua bahan tumbuk bersama ikan dan kelapa parut yg dah digoreng dan ditumbuk dan gula melaka
5. Perasakan dgn gula dan garam secukup rasa ikut selera masing-masing
Selamat mencuba!
Credit : Suhada Azid
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila dah PKP, sudah tentu ramailah yang tak balik kampung. Raya tetap raya, kena juga meraikan. Jadi kita kena belajar masak sendiri untuk hidangan di pagi hari raya. Ia termasuk kuah kacang untuk makan dengan nasi impit.
Biasanya kacang ini dibuang kulitnya dengan cara tampi. Ia bertujuan supaya kuah kacang kelihatan cantik selepas di masak. Namun untuk membuang kulit kacang cara tampi agak remeh.
Bagaimana pun cara wanita ini amat mudah. Hanya menggunakan penapis jarang, kulit kacang mudah ditanggalkan. Caranya memang berkesan. Ikuti lanjut cara ini dengan melihat video yang dikongsi beliau.
Jika ibu-ibu suka makan sambal, pasti resipi yang satu ini wajib cuba. Sambal Balado ini memang padu rasanya, mudah je nak buat. Boleh dimakan dengan nasi panas bersama ayam goreng, ikan ataupun dijadikan pes untuk nasi goreng.
Admin kongsikan resipi dari puan Mazliana Mazlan Selamat mencuba!
Resepi sambal ala balado ini, adik saya dapat dari kawan dia yang berasal dan menetap di Indonesia. Lepas saya cuba resepi dari Indonesia ini, saya dah tak pernah buat carian resepi lagi di internet untuk sambal balado. Saya dah jumpa resepi yang betul-betul kena dengan lidah. Padu sangat rasa dia, pelbagai guna lagi, memang stok yang tak pernah putus yang perlu ada di rumah saya. Tumis bawang, kemudian masukkan sambal dan telur, gaul dengan nasi. Siap nasi goreng tak sampai 5 minit. Tumis bawang holland, masukkan sambal, masuk air dan perasakan dengan garam. Siap untuk digaul dengan ayam atau ikan goreng. Makan dengan sup sayur pun dah tak ingat orang sebelah. Buat peminat sambal, anda wajib cuba resepi ini tau! Resepi sambal balado ala Indonesia (Kuantiti yang saya tulis hanya sebagai guideline sahaja. Boleh ubah ikut tahap kepedasan yang diingini. Saya banyak kali cuba olah bawang lebih, sambal lebih, tomato lebih, akhirnya saya suka dengan kuantiti yang ini.)
Bahan-bahan :
1. 1 biji bawang besar
2. 1 biji tomato
3. 3 ulas bawang putih
4. 3 biji cili merah
5. 3 genggam cili padi (campur merah dan
hijau ikut tahap kepedasan masing-masing)
6. 2 inci belacan
7. 2 sudu besar gula
8. Garam secukup rasa
9. Minyak
Ini bahan-bahannya. Saya kehabisan bawang besar yang betul-betul besar, jadi saya masukkan 3 biji bawang besar yang bersaiz agak kecil. Siapa yang suka pedas meletop, boleh lebihkan cili padi merah.
Cara penyediaan:
Kalau rajin, boleh tumbuk bahan-bahan ini. Cara saya yang kurang sikit rajinnya dan nak cepat, saya masukkan semua dalam food processor. Jangan letak air langsung ye. Kalau guna blender biasa pun boleh, letak air sikit je okay.Kisar jangan lumat sangat, biar nampak ada serdak-serdak cili gitu.Panaskan minyak, agak-agak je. Saya guna minyak masak lebihan goreng ikan bilis masa buat sambal tempoyak haritu. Sekali harung buat stok semua bahan.Masukkan dalam kuali. Masak sampai agak kering airnya untuk tahan lama, biar betul-betul kering.Masukkan gula dalam 2 sudu. Saya guna organic raw cane sugar.Masukkan garam Himalaya secukup rasa. Apa-apa garam pun boleh.Siap! Boleh simpan dalam bekas dan masukkan dalam chiller. Tak perlu sejuk beku, boleh tahan dalam 2 minggu.Ini haaaa salah satu menunya. Pecal lele gitu. Padu betul rasa dia.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di