Memiliki emas sebagai perhiasan bagi seorang wanita memang menjadi sesuatu yang diingini.

Bukan sahaja kerana wanita terpesona dengan kilauan emas dan rekaannya yang pelbagai. Malah  dek kerana emas mempunyai nilai harga yang tinggi walau telah lama dibeli.

Ini  sekali gus menjadikan ramai wanita bukan sahaja membeli emas seutas dua, malah sanggup menggumpul emas dengan membelinya dari masa ke semasa.

Pantang dengar jika ada tawaran emas murah mesti teruja untuk membelinya.

Pun  begitu, ada baiknya kita baca perkongsian wanita ini tentang kira-kira harga emas agar kita membeli, benar-benar untung dan tidak terpedaya dengan tawaran harga emas murah oleh penjual.

Ok, ni perkongsiannya.


Jujur la sebelum ni aku memang x penah peduli pun pasal harga atau kiraan jual beli emas ni. Sebab tau jenis x berapa mampu.

Siapa yg tau alhamdulillah anda bagus!

Yg kurang pandai sikit mcm aku ni meh la aku ajar free of cassss kali ni.

Tadi aku dapat kesempatan tolong orang belikan emas kat satu kedai di kawasan Klang.

Kedai yg selalu penuh sebab harga semasa dia murah dari kedai lain. So aku terasa nak main kire kire hari ni. Betul ke murah sgt kedai ni??

Dan balik dari kedai tu aku sempat singgah kedai emas yg berdekatan dengan rumah semata untuk bezakan harga.

Mari kite bermula mengira guyss…
Kedai A harga Rm225/gm
Kedai B harga Rm238/gm

Nampak? Korang mesti la pergi kedai A kan.

IKLAN

Ilmu Beli Emas Nak Lebih Murah. Wanita Ni Kongsikan Cara Perkiraannya. Sila Takenote Agar Tak Rugi!

Aku beli tadi Gelang Tangan Gajah berat 15gm

Bila staff kira kira tadi selepas aku nego nego nego dan nego dapat total Rm4050 (ikutkan boleh rendah lagi tapi i is belom pandai)

Kemudian aku singgah di kedai B untuk puas kan hati aku dalam sesi perbandingan.

Tanye harga semasa staff jawab je Rm238/gm aku tebeliak. Yelah tadi 225 je kannn… Jauh kan beza. Takpe kite teruskan misi. Maka kat sini aku huraikan ape yg aku dapat hari ni.

Jom mengira!

Ilmu Beli Emas Nak Lebih Murah. Wanita Ni Kongsikan Cara Perkiraannya. Sila Takenote Agar Tak Rugi!

Kiraan kedai A :-
Harga semasa Rm225/gm
Total harga yg diberi utk gelang seberat 15gm selepas nego adalah Rm4050

IKLAN

15gm x Rm225 = Rm3375 (harga asal per gm)

Rm4050 – Rm3375 = Rm675 (harga upah barang)

Kedai A upah untuk seutas gelang 15gm adalah Rm675. anda rase murah ke mahal?

Meh cek kedai B pulakk.

Kiraan Kedai B :-
Harga Semasa Rm238/gm
Total harga yg diberi utk gelang seberat 15gm selepas nego adalah Rm3800

15gm x Rm238 = Rm3570 (harga asal per gm)

Rm3800 – Rm3570 = Rm230 (harga upah barang)

Kedai B upah utk seutas gelang 15gm adalah Rm230

IKLAN

Lg Mahal ke murah dri kedai A??

Sekarang nampak x??

Kedai A Rm4050 (harga semasa Rm225/gm)
Kedai B Rm3800 (harga semasa Rm238/gm)

…………………………………………………….

Ape yg aku tekankan kat sini adalah HARGA UPAH BARANG KEMAS.
Utk 15gm gelang tu harga upah sahaja bermula dari Rm100 hingga ke Rm9++ dan kau sebagai pelanggan BOLEH menurunkan harga upah barang tersebut mengikut persetujuan kedai.

Jadi.. Nak beli emas lepas ni jangan terlalu pandang pada harga per gram.

JANGAN TEREDAYAAAAAAAA TIPAHHHH

Ilmu Beli Emas Nak Lebih Murah. Wanita Ni Kongsikan Cara Perkiraannya. Sila Takenote Agar Tak Rugi!
Amik tau pasal harga upah. (Upah berbeza ikut jenis dan design emas ye)

Tak semestinya kedai A harga gram lg murah dr kedai B bermakna barang kedai A murah! Masuk dulu buat kira kira.

Dapat ke dapat?? Najib assadokk gitu..

Aku harap mengkome paham lah ye sesi pembelajaran hari ni.
Maaf la kalau belit belit sikit.
Aku cikgu tak berdaftar kat pesbuk ni
Tapi aku cuba share ape yg aku tahu.
Sebab aku tanye mak aku, die x penah amik tau pun pasal upah emas selama ni adehhhh..

Ikutkan harga harga diatas boleh dikurangkan lagi serendahnya2 mengikut kepandaian anda mengayat. Tapi sbb aku belom expert kan….Paham paham je la..

Sumber : SyaQiela Fendy

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI