Pencapaian membanggakan untuk komuniti ibu menyusu apabila penganjuran webinar penyusuan terbesar Ya, Aku Mampu Susukan Anak (YAMSA) anjuran Pa&Ma pada Sabtu lepas berjaya menghimpunkan lebih daripada 1000 peserta bersama barisan speaker yang hebat dan berkredibiliti dalam bidang penyusuan.
Webinar yang diadakan selama satu hari, bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 5.30 petang ini mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu menyusu dan ibu hamil yang mendaftar diri sebagai peserta.
Walaupun diadakan secara virtual, kemeriahan tetap dirasakan kerana ruangan chat box dihujani pelbagai komen dan soalan daripada peserta. Para peserta tetap bersemangat mengikuti webinar ini sehingga ke penghujung.
Apa yang seronoknya tentang webinar sehari ini kerana menyediakan pelbagai perkongsian menarik daripada para speaker yang dijemput.
Webinar dimulakan dengan acara cabutan bertuah bagi menghangatkan suasana pagi dan diikuti tazkirah oleh Ts Siti Fatahiyah Mahamood yang berkongsi garis panduan apa amalan yang patut dilakukan dan perkara yang patut dielakkan oleh ibu menyusu sepanjang mereka menyusukan anak.
Acara bertambah semangat apabila sesi Kaunselor Laktasi terkenal, Nad Masrom memulakan perkongsiannya dengan mengupas topik utama webinar Ya, Aku Mampu Susukan Anak!
Rata-rata peserta yang terdiri daripada ibu pertama kali seronok dengan perkongsian ilmu penyusuan dan semangat yang diberikan oleh Nad Masrom untuk terus menyusukan anak.
Ruangan chat box dipenuhi banyak soalan pelbagai masalah penyusuan untuk dijawab oleh Nad Masrom.
Slot seterusnya bersama Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi yang tidak asing lagi Dr Maiza Tusimin yang berkongsi topik Ibu Sakit Dan Cabaran Menyusukan Anak.
Ads
Penjelasan Dr Maiza dapat melegakan hati ibu menyusu yang sering tertanya-tanya bolehkah mereka terus menyusukan anak sekiranya sakit dan mengambil ubat.
Masih Ada Harapan
Bagi meleraikan masalah yang sering ditakuti oleh ibu-ibu menyusu iaitu masalah susu berkurangan, Kaunselor Laktasi yang juga merupakan pelakon drama terkenal Ika Nabella mengupas topik Susu Ibu Drop, Jangan Give Up Masih Ada Harapan.
Penjelasan Ika yang bersemangat dengan pelbagai tip mengurangkan tekanan apabila berhadapan dengan situasi normal susu drop melegakan kerisauan para ibu.
Selesai memahami permasalahan penyusuan para ibu menyusu, webinar turut menampilkan speaker kaum bapa yang turut tidak terkecuali merupakan penyokong tegar penyusuan susu ibu iaitu Muhammad Noor Zakaria.
Bapa kepada sepasang cahaya mata yang bakal menimang anak ke-3 ini sememangnya terkenal dengan bahan media sosialnya yang mempromosikan kebaikan penyusuan susu ibu.
Ads
Muhammad Noor mengupas topik Real Dad Support Breastfeeding dari kaca mata dirinya sebagai bapa yang telah berjaya memastikan dua orang anaknya mendapat khasiat susu ibu sehingga mereka berusia dua tahun.
Sebelum melabuhkan tirai, sesi terakhir menampilkan selebriti mama yang juga seorang pelakon terkenal satu masa dahulu iaitu Raja Farah Raja Aziz.
Pelakon filem Anak Halal ini sudah lama menyepikan diri dari dunia lakonan sejak bergelar ibu kepada tiga orang anak. Menurut perkongsian Raja Farah dalam topik BF Journey, Lain Anak Lain Ragamnya, menyusukan dua orang anak lelaki sangat berbeza dibandingkan dengan anak perempuannya yang baru berusia empat bulan.
Katanya, anak perempuan nampak lebih bertenang dan tidak berapa kuat menyusu dibandingkan anak-anak lelakinya yang juga kuat ‘mengempeng’.
Antara kupasan menarik oleh speaker webinar Ya, Aku Mampu Susukan Anak!
1. Menurut Ts Siti Fatahiyah, ibu menyusu seharusnya menjaga akhlak dan tingkah laku sepanjang menyusukan anak kerana ia akan mempengaruhi pembentukan karektor anak yang menyusu.
Ads
2. “Anak pertama saya telah mengalami alahan pada susu formula dan saya telah kehilangannya pada usia 21 hari semasa saya masih dalam pantang. Saya mengalami kemurungan teruk. Kegagalan saya kerana kekurangan ilmu penyusuan.” Nad Masrom.
3. Di dalam slotnya, Dr Maiza berkongsi aplikasi yang membantu para ibu menyusu memeriksa ubat yang boleh diambil apabila menyusukan anak ketika sakit.
4. “Bila berlakon pengarah selalu bagi pegang watak sedih, jadi susu pun ikut sedih nak keluar. Sepanjang 2 tahun 3 bulan menyusu anak, Ika berpegang pada prinsip yang Ika buat sendiri iaitu 5 M iaitu “Mindset, Matlamat, Motivasi, Mentor, Member.” – Ika Nabella.
5. “Peranan seorang ayah adalah provider, jadi dia harus menyediakan dari segala segi iaitu kasih sayang, tempat tinggal, pendidikan untuk bagi keluarga rasa selamat termasuk makanan dan untuk baby mereka hanya minum susu dan susu ibu adalah yang terbaik.” – Muhammad Noor.
6. Menurut Raja Farah, anak keduanya langsung tidak pandai menyusu terus dari puting payudara dari lahir sampai usia 2 bulan. Sepanjang dua bulan itu dia gigih mengepam dan bersyukur selepas itu anaknya boleh menghisap direct dan dia mampu menyusukan selama dua tahun.
Selain perkongsian ilmu dan pengalaman dari panel jemputan, webinar semalam turut dimeriahkan dengan acara Teka & Menang serta cabutan bertuah. Memang gamat walaupun secara virtual.
Pa&Ma mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para peserta yang komited dengan webinar sepanjang hari semalam. Teruskan bersama kami untuk acara anjuran Pa&Ma yang akan datang, sehingga kita berjumpa lagi!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap kali tibanya Syawal, ramai yang menggunakan kesempatan ini untuk mengadakan jamuan hari raya. Tidak kiralah sama ada si pejabat, sekolah mahupun tadika, pasti akan mengadakan jamuan bagi mengeratkan silaturahim.
Bagi menjadikan suasana jamuan lebih meriah, ramai yang memilih untuk mengadakan potluck bagi memeriahkan lagi juadah.
Bagaimanapun, disebalik kegembiraan meraikan jamuan hari raya, ada pula kisah sedih yang berlaku kepada seorang pelajar di sebuah sekolah rendah baru-baru ini.
Menerusi sepotong video yang tular di laman TikTok, seorang pelajar bernama Syakir merasa sedih dan menangis apabila kuih raya yang dibawa ke jamuan tidak dimakan mahupun diusik oleh rakan-rakan sekelasnya.
Pelajar yang dikenali dengan nama Syakir itu dilihat menangis di meja sambil menutup muka sebelum cuba ditenangkan oleh gurunya.
Guru tersebut kemudian membawa pelajar berkenaan ke tempat makanan dikumpulkan lalu membuka penutup bekas kuih tersebut sebelum mengajak pelajar lain untuk makan bersama.
Tindakan guru ini yang pandai mengambil hati pelajar bekenaan serta mengawal suasana itu mendapat pujian dari netizen.
“Memang la, Syakir kena buka la biskut ni. Okey semua makan cepat!!”
Pelajar itu kemudian tersenyum kegembiraan sambil mengesat airmata selepas rakan-rakan sekelasnya mengambil kuih raya yang dibawa.
Kanak-kanak ini banyak ragam dan banyak juga aksinya yang menghiburkan. Itulah sebabnya kehadiran mereka dalam rumah tangga selalu dinantikan untuk memeriahkan alam rumah tangga selain merupakan rezeki buat ibu bapa.
Sedari kecil, telatah mereka pasti sentiasa menghiburkan dan sangat mencuit hati. Tidak hairanlah di media sosial, ibu bapa kerap memuatnaik telatah anak-anak mereka.
Terbaru menerusi sebuah video yang tular di laman Tiktok, dimuat naik oleh @belleamin, memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang difahamkan berada di kaunter sebuah hospital.
Apa yang mencuri perhatian ialah gelagat kanak-kanak tersebut yang secara selamba menegur dan beramah mesra dengan kanak-kanak perempuan lain walaupun dia tidak mengenali kanak-kanak perempuan itu.
Namun apa yang lebih memeranjatkan apabila kanak-kanak perempuan tersebut terus mencium pipi kanak-kanak lelaki tersebut membuatkan ayahnya seperti sudah tidak keruan untuk mengambilnya semula.
“Yeah.. Dapat Kiss.”
“Sorry Uncle & Aunty.” – tulis bellaamin menerusi text di videonya.
Gelagat kedua-dua kanak-kanak itu sangat mencuit hati. Di ruangan komen, ramai yang meninggalkan komen lucu.
aalaaaaa sweeet nye..bpk die xkeruan ye,ank bujang buat hal 😂😂 mcm mne nk jawab tu- syazlin
Ikut perangai bapak ni 😂 – bellajsmdi
Berani ko dik!!! Depan bapak dia ko main kiss kiss eh🤣 -Atenbeauty
bayangkan dieorg tgk vid ni balik lpstu dieorg kahwin HAHAHAHA – sara 🤍
mak NGN ayah nya Dh blh bingcang2 masa depan kedua dua nye . 🥰🥰🥰🥰🥰🥰 semoga berjoduh…aminnn – azmiumar768
uish ank dara sorang ni kemain melompat dpt kiss yee 😂 – Vanella •
Perkara yang paling memalukan bila tetamu datang ke rumah kita apabila ‘terkantoi’ melihat tilam dan bantal yag penuh dengan peta.
Sebenarnya kedua elemen ini adlaah penting untuk menunjukkan tahap kita menjaga kebersihan lebih-lbih lagi ianya digunakan setiap hari.
Tilam dan bantal yang tidak dijaga dengan betul bukan sahaja akan menampakkan kotoran tetapi ianya juga akan mengundang bakteria yang boleh menjadi punca penyakit kulit.
Sebab itu, ramai yang sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan tilam dan bantal yang empuk dan selesa lebih-lebih lagi waktu tidur adalah penting untuk kita merasainya bagi mendapatkan rehat yang cukup.
Bagi tilam yang terkena pelbagai kotoran sehingga meninggalkan kesan seperti air liur basi, air kencing, kebocoran darah haid, air mani dan macam-macam lagi , anda boleh menggunakan kaedah kaedah ‘deep clean’ ini untuk membersihkannya dan tampak baru.
Dengan hanya menggunakan empat bahan sahaja, anda sudah boleh mencucinya sendiri tanpe perlu beli yang lain atau hantar ke dobi.
Bahan-bahan:
1. Baking soda
2. Cuka
3. Cecair Dettol
4. Air kosong
Cara-cara :
1. Proses ‘deep clean’ ini perlu dimulakan dengan menyedut segala kekotoran dengan menggunakan vakum. Sebaiknya, gunakan kepala vakum yang mempunyai hujung yang tirus dan kecil.
2. Taburkan baking soda pada permukaan tilam atau bantal untuk menghilangkan kotoran yang melekat.
3. Masukkan cuka dalam bekas semburan dan semburlah ia dengan sekata di atas tilam atau bantal.
4. Selepas melakukan proses ini, anda boleh mengambil kain bersih dan gosok pada bahagian permukaannya.
5. Taburkan baking soda sekali lagi dan biarkan tilam atau bantal itu selama empat ke lima jam.
6. Vakum lebihan soda yang ditabur tadi.
7. Semburkan cecair Dettol yang dicampurkan dengan air di atas tilam.
8. Biarkan ia kering secara semula jadi dengan membuka tingkap bilik. Jika mempunyai ruang di luar rumah, boleh jemurkan ia di bawah cahaya matahari.