Semenjak sudah berumah tangga, Jep kerap kali dilihat berhati-hati dalam membawa watak apabila digandingkan dengan artis jemputan wanita. Hal itu mencuri perhatian umum dek kerana caranya yang menghormati perasaan si isteri.
Baru-baru ini, Jep sempat berkongsi detik pengenalan bersama suri hatinya, Sari Yanti yang sekali lagi mencuri perhatian warganet dengan sikapnya yang dianggap ‘gentleman‘.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok, Jep menyatakan dia hanya menghubungi pelakon wanita tersebut menerusi mesej sebelum dirinya berjumpa kedua ibu bapa Sari Yanti untuk langkah seterusnya.
Lepas mesej, pastu ada keluar bersama. Kita cakap yang kita tak main-main.
Jika memang okay, saya memang nak jumpa ayah dia.
Pelawak berkenaan tenang menjawab segala persoalan daripada rakan sekerjanya yang turut berada di konti ketika itu.
Ads
Malah, Jep sempat berseloroh untuk ‘sound’ ayah kepada Sari Yanti dan membuatkan keadaan ketika itu meriah dengan gelak tawa.
Walau bagaimanapun, Jep segera memperbetulkan maksudnya dengan gurauan yang disampaikan. Menurutnya, dia ingin menyuarakan isi hatinya untuk mengambil alih tanggungjawab ayahnya dalam menjaga Sari Yanti.
Untuk rekod, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin mendirikan rumah tangga bersama Sari Yanti pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Akhirnya pengacara, pelawak dan pelakon terkenal tanah,Jihan Muse kenalkan anak kedua.
Ramai peminat teruja melihat ‘ hero’ kedua pengacara popular itu.
Menerusi hantaran di instagramnya, Jihan Muse kongsi wajah anak dan memilih nama Ungku Altamis Barr.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Assalamualaikum.. izinkan saya memperkenalkan hero kedua kami sebagai Ungku Altamis Barr Ungku Hariz Faizal.”
RAKAN ARTIS & WARGANET UCAP TAHNIAH
Meninjau di ruangan komen mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang meluahkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah buat pasangan itu
Untuk rekod, pengacara berusia 39 tahun itu selamat melahirkan Ungku Altamis Barr di sebuah pusat perubatan swasta pada 6 September lalu.
Jihan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Hariz pada 20 Mac 2016. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ungku Arsalan Haq kini berusia 4 tahun.
Memanfaatkan kawasan laman rumah dengan menanam pokok bunga bukan sahaja memberi kepuasan kepada yang menggemari hobi ini malah dengan sendirinya landskap kediaman menjadi begitu sempurna.
Tidak dengan itu, jika aktiviti menanam dan menjaga pokok bunga ini dapat dilakukan oleh seisi keluarga secara bersama-sama pasti sahaja menjadikan aktiviti ini cukup menyeronokkan.
Jadi sebagai permulaan, mungkin boleh memilih untuk menanam pokok bunga ros. Di sini ada dikongsikan oleh Azni tentang tip berguna untuk pastikan tanaman ros berbunga lebat dan hidup segar. Nak tahu lebih detail jom semak.
Kena buang daun2 yg rosak tu. ada jek daun2 kuning kena cpt2 cabut buang. Pastu sy pn bila bunga tu dh telajak kembang sy gunting n cucuk kat tanah. Nanti dia siap keluar pucuk baru.
2. Saya ltk kulit telo jek. Kulit telo lps masak telo dadar or buat nasi lemak tu sy hancurkn pakai tgn jek pastu sy ltk jek lam pasu tu. bila ltk kulit telo tu daun pokok rose pn besar mcm mula2 beli dulu.
3. Satu lg bila beli jek dr nursery kena kuatkan pokok tu n tanam dlm pasu lebih besar. Biasanya dia ada dlm 4btg pokok dlm 1 pasu yg dijual so tanam balik 2btg dlm 1 pasu. Tu tips personal. Alhamdulillah hidup. Kalo biar jek lam pasu yg nursery bagi tu mmg xkan hidup.
4. Sy bg direct sunlight jek. Umah sy xde pokok besar lg. sbb kawasan baru. Siram tu kalo ujan sy xsiram lgsg. Hehe. Tp kalo panas mmg sy siram 2x sehari. Pagi n ptg.
5. Tp bab kena buang bunga sebelum ye layu tu mmg main peranan. Sbb sy penah tgl lama pokok ni n masa tu bunga tu dh kembang sgt2. Bila layu kt pokok dia akn effect pokok. Mati pokok saya tu.
Tanggal 23 April yang lalu, genaplah 12 tahun usia Zareef Yusof, yang merupakan anak kedua Datuk Seri Eizlan Yusof bersama dengan bekas isterinya.
Menjengah ke akaun Instagram Vie Shantie Khan, kelihatan satu video yang memaparkan sambutan hari lahir anaknya itu.
Majlis tersebut telah diadakan di kediaman Vie Shantie, yang turut disertai teman-teman rapat Vie.
Lebih meriah lagi, majlis tersebut turut dihadiri Datuk Eizlan bersama isteri, Datin Sasha dan anak mereka, Zaelynn Rose.
Umum mengetahui, hubungan mereka tetap akrab dan baik walaupun sudah berpisah.
Vie dan Datuk Eizlan antara contoh pasangan suami isteri yang tetap berbaik walaupun sudah berpisah dan memiliki keluarga baru. hubungan rapat antara mereka turut dikagumi ramai.
Menerusi video tersebut, ibu bapa dan ahli keluarga menitipkan ucapan dan doa Zareef. Raut wajah bahagia jelas terpancar Di wajah semua ahli keluarga apabila dapat berkumpul meraikan majlis tersebut.